Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

SK MERLIMAU KALI KE 61 2019

ACARA SKRIP

KETIBAAN Mengumumkan, ketibaan Yang Dihormati, Encik Hamedi bin Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif
PERASMI Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, diiringi oleh Encik Mohamad bin Kasim, Guru Besar SK
Merlimau, Encik Ismail bin Ahmad Shukri, Yang Dipertua PIBG SK Merlimau, Guru-guru Penolong
Kanan dan AJK PIBG SK Merlimau.

ALU-ALUAN Bandar Kulim nun di utara,


Tempat kenangan sejarah tersirat,
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.

Kompang bergema pusaka bangsa


Di palu oleh si anak muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam Sejahtera, Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih..
Salam Mendidik Daripada Hati Dengan Penuh Intergriti,
Salam PPD Jasin Memacu Kecemerlangan, Berjiwa Kawan Bukan Berjiwa Tuan, Salam SK
Merlimau Sahsiah Disanjung Ilmu Dijunjung.

 Yang Dihormati Encik Hamedi bin Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan
Pertanian Melaka Sdn Bhd.
 Yang Berusaha Encik Mohamad bin Kasim, Guru Besar SK Merlimau
 Encik Ismail bin Ahmad Shukri, Yang DiPertua PIBG SK Merlimau
 Encik Sabarhan bin Mokhtar, NYDP PIBG SK Merlimau
 Encik Ashari bin Osman, GPK Pentadbiran
 Puan Nur Haryati binti Mohd. Noor, GPK HEM
 Encik Yazid bin Md. Tap , GPK Kokurikulum
 Encik Ahmad Zulkifli bin Manoh, GPK KPKP,
 Para Pegawai Kejohanan, AJK PIBG, AJK Kejohanan, para tetamu, para ibu bapa, guru-guru,
staf –staf sokongan serta anak-anak didik SK Merlimau yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan
Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada
pagi yang indah ini bagi memeriahkan Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61, 2019.

Sirih puan terselit di jari,


Ingin kucecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir kemari,
Temasya yang indah tambah gemilang.

Saya mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan, mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61,
2019. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan
ACARA SKRIP
kepada atlet - atlet muda yang akan beraksi dalam acara yang akan dipertandingkan pada pagi ini.

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan, marilah kita sama-sama menadah tangan
BACAAN DOA untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Amir bin Kamis. Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Amir bin Kamis. Semoga dengan bacaan doa itu tadi,
majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.

Selamat datang kami ucapkan,


PERARAKAN Tuan dan puan ke kejohanan sukan,
MASUK Mengatur langkah peserta perbarisan,
PERBARISAN Lintas hormat sebagai pembukaan.

Sebagai pembuka tirai majlis Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61, 2019 ini,
marilah kita saksikan perbarisan lintas hormat oleh ketua kontinjen, pembawa bendera kejohanan, dan
diikuti kontinjen rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan pada pagi ini.

Mengorak langkah jalan seiring,


Kemas teratur pelbagai hiasan,
Biru, merah dan juga kuning,
Semangat kejituan, lambang kesukanan.

TABIK HORMAT Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan


Yang Dihormati Encik Hamedi bin Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian
Melaka Sdn Bhd, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohamad bin Kasim, Guru Besar SK Merlimau
untuk berdiri bagi menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Mendahului perbarisan ialah ketua kontinjen, Adik ...........................................................


Diikuti 4 orang pembawa Bendera Kejohanan yang terdiri daripada

Adik ......................................................, Adik .........................................................................,

Adik ........................................................... , dan Adik .............................................................


Memulakan perbarisan rumah-rumah sukan pada pagi ini ialah, pasukan Rumah Merah atau
PERBARISAN Delima

Merah menyala lambang berani


Tampak segak tampan bergaya,
Menjadi juara niat di hati,
Bersemangat kental pahlawan Negara.

Menyusul di belakang, Pasukan Rumah Biru atau Nilam.

Pasukan Nilam berwarna biru,


Mengatur langkah jalan bergandingan,
Bersemangat waja pahlawan Melayu,
ACARA SKRIP
Kemenangan & kejuaraan akan dibuktikan

Mengakhiri perbarisan pada petang ini ialah pasukan Rumah Kuning atau Intan.

Kuning ceria tangkas bergaya,


Dalam diam tersemat juara,
Impian melonjak mencipta nama,
Intan gagah semangat membara.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Hamedi bin Zakariah, kerana
sudi menerima tabik hormat sebentar tadi.

IKRAR Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya ialah lafaz ikrar kejohanan.
KEJOHANAN
Dipersilakan wakil murid – Adik .....................................................................................
selaku ketua kontinjen - mara ke hadapan –
diiringi ketua-ketua rumah - untuk melafazkan ikrar kejohanan .
Dipersilakan.

Demikianlah tadi lafaz ikrar kejohanan yang diketuai oleh Adik .....................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UPACARA Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu,
MENAIKKAN dipersilakan 4 orang pembawa bendera untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera
BENDERA
kejohanan.
KEJOHANAN

Berkibarlah sudah bendera Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61, 2019.

UCAPAN GURU Hadirin sekalian, tibalah masa untuk kita mendengar bait-bait ucapan oleh Encik Mohamad
BESAR bin Kasim, Guru Besar SK Merlimau sempena Kejohanan Balapan & Padang kali ke 61, 2019. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapan kepada Encik Mohamad bin Kasim atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Bukan rumput sebarang rumput, Rumput


PERASMIAN VIP hiasan tepi halaman, Bukan
jemput sebarang jemput, Jemput
memohon kata perasmian.

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Encik Hamedi bin Zakariah,
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd untuk menyampaikan ucapan -
dan seterusnya - merasmikan Kejohanan Balapan & Padang - SK Merlimau, kali ke-61 pada tahun
2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Hamedi bin Zakariah, kerana
sudi menyempurnakan perasmian - Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61, 2019 ini.
ACARA SKRIP

Tanam cendawan tumbuh kelapa,


Terbit bunga pohonnya mati, Budi
tuan kami tak lupa, Sudah
terpahat di dalam hati.
* Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Mohamad bin Kasim, Guru Besar, SK Merlimau
untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda ingatan dan terima kasih kepada Yang Dihormati
Encik Hamedi bin Zakariah, kerana sudi menyempurnakan perasmian - Kejohanan Balapan & Padang
SK Merlimau kali ke 61, 2019 ini.

Kita sesusun bagaikan sirih, Kita


serumpun bagaikan serai, Kami
ucapkan terima kasih, Budimu tuan
tidak ternilai.

PERBARISAN Hadirin sekalian,


KELUAR
Semua peserta perbarisan akan berbaris keluar menuju ke khemah masing-masing.
Mengatur langkah menghayun tangan,
Berjuang dengan semangat kesukanan,
Berbaris megah mengukir senyuman,
Enggan tewas mahukan kemenangan.

Cantik manis putera dan puteri ,


Langkah diatur tersusun rapi,
Kini atlet siapkan diri,
Beradu tenaga sekuat hati.

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Balapan dan Padang kali
PERSEMBAHAN ke 61. Sebelum itu mari kita saksikan
terlebih dahulu persembahan daripada murid-murid SK Merlimau di bawah pimpinan Puan Norazilah
binti Mohd. Affendie dan Puan Afizah binti Md. Din.

Begitulah tadi persembahan daripada anak-anak didik SK Merlimau.

ACARA Hadirin sekalian, Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 61 akan berlangsung sebentar lagi.
BERMULA
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya - mempersilakan pegawai-pegawai kejohanan pada petang
ini mengambil tempat.
Terima kasih.

UPACARA Hadirin sekalian,


PENUTUP
Selesai sudah acara-acara yang telah dipertandingkan sebentar tadi.
Kita telah menyaksikan peserta-peserta kejohanan menunjukkan bakat mereka.
Pihak majlis merakamkan syabas dan tahniah kepada para peserta kejohanan serta jutaan terima kasih
ACARA SKRIP
kepada para pegawai kejohanan yang sama-sama menggembleng tenaga dalam menjayakan kejohanan
ini.

Seterusnya,

Majlis mempersilakan semua peserta, pasukan rumah-rumah dan pegawai-pegawai kejohanan - mara
ke hadapan khemah jemputan - bagi meneruskan - upacara penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN Hadirin Sekalian, seterusnya ialah Upacara Penyampaian Hadiah,


HADIAH
Untuk itu majlis mempersilakan …………………………………………….......... di iringi oleh
……...............................................................……………………………………….
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah.
Berikut diumumkan ,

PERBARISAN
KEPUTUSAN PERBARISAN RUMAH-RUMAH

JOHAN disandang oleh............................


NAIB JOHAN disandang oleh ................................
SAGUHATI KE 3 diberikan kepada ..............................

Sekarang diumumkan
OLAHRAGAWAT
I OLAHRAGAWATI SK Merlimau 2019
Dengan mendapat........pingat emas, ............pingat perak dan ........pingat gangsa
telah disandang oleh .........................................dari pasukan ......................

OLAHRAGAWAN SK Merlimau 2019


OLAHRAGAWAN
Dengan mendapat .......pingat emas .........pingat perak dan ...........pingat gangsa
telah disandang oleh ..................................... dari pasukan ........................
## Kini tibalah saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi Johan Keseluruhan Rumah
Sukan.

Johan Keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61 2019
JOHAN adalah Rumah..............................................
KESELURUHAN
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………..
kerana sudi menyampaikan hadiah.  .

UPACARA Hadirin sekalian,


MENURUNKAN
BENDERA Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini bendera kejohanan akan diturunkan dengan rasminya
KEJOHANAN sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 61 2019
Seterusnya majlis menjemput Encik Mohd. Dasila bin Johari, Setiausaha Sukan SK Merlimau untuk
ACARA SKRIP
menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh ...................................................... Bendera
ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, Insya Allah..

Maka Kejohanan Balapan & Padang SK Merlimau kali ke 60 2018 ini akan melabuhkan tirainya.
Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur di hujung dahan, Mancis digores menyala api,

Sebelum saya mengundur diri, Sinar kilauan menyambar para,

Salah dan silap harap maafkan. Walau kejohanan berakhir di sini,


Semangat
Kepada semua atlet, pegawai-pegawai kejohanan, parakesukanan terus
ibu bapa dan membara.
semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung demi menjayakan majlis ini dari awal hingga akhir, majlis merakamkan
jutaan terima kasih daun keladi, tahun hadapan kita jumpa lagi.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu adalah kekhilafan saya
sendiri . Saya sudahi dengan kalimah mulia Wabillahitaufik walhidayah, wassalamu
alaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
PENGUMUMAN Hadirin Sekalian,
ACARA &
KEDUDUKAN Sebentar lagi akan berlangsung Acara ....... - ............ P/L ...................
LORONG
Berikut diumumkan kedudukan lorong peserta,
Lorong 1......... dari rumah .........

Acara ...... - ................. P/L ...................

PENGUMUMAN Tuan-tuan dan puan-puan,


KEPUTUSAN
RASMI Berikut diumumkan keputusan rasmi bagi
Acara ......... - ................ P/L..............
Tempat pertama ................... dari rumah ..............
# Dengan catatan masa / jarak ketinggian / jarak rejaman / jarak balingan /
jarak lompatan........................ saat/ meter
Tempat Kedua .......... dari rumah ............. #
Tempat Ketiga ........... dari rumah ............. #

Keputusan rasmi Acara ......... - ................ P/L..............

PENGUMUMAN Hadirin Sekalian,


PENYAMPAIAN
HADIAH Marilah kita mengalihkan pandangan kita ke pentas juara.
Majlis beralih ke upacara pengalungan pingat.
Bagi menyempurnakan majlis, majlis menjemput
Yang Berusaha ...................................................... Mengiringi
Yang Berhormat ...........................................................
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.


Bagi Acara ...........
Pingat Emas dimenangi oleh ......................... dari rumah .........
Pingat Perak disandang oleh ........................ dari rumah ..........
Pingat Gangsa dimenangi oleh .................... dari rumah .........

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Majlis merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada ........................................ atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai