Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan YDP PIBG Hari Kecemerlangan

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,


Yang Berbahagia, Tn. Hj. Nashan bin Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa.
Yang Berusaha, Pn. Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Kamariah binti Md. Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir
dalam majlis ini, khususnya kepada pelajar yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah
yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja datang ke
sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal
insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini
memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, untuk memenuhi tuntutan
zaman. Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia
untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Para hadirin yang saya muliakan,
Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat
antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform
meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta
menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.
Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut
amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.
Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan

cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu


kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang
kepada kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara
berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini selari dengan
matlamat memotivasikan murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa akan datang
bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi
ada peningkatan atau kemajuan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
murid-murid yang akan menerima hadiah atas pencapaian mereka dan diharapkan
pencapaian tersebut tidak berakhir di sini. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bilabila.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Cemerlang pada tahun ini.
Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim dengan ini merasmikan, Majlis
Anugerah Cemerlang SMK Kampong Jawa tahun 2014.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai