Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN ALUAN STORY TELLING DAN PUBLIC SPEAKING Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, saya guru besar Sekolah lelaki Jalan Pasar 2, diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi menjayakan pertandingan Story Telling & Public Speaking. Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang menyertai pertandingan tersebut. Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Bangsar dan Pudu haji Ismail bin Musa, Pegawai PPD, guru-guru besar, guru-guru pengiring dan murid-murid yang dikasihi sekalian kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis pada hari ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dan berganding bahu menjayakan pertandingan ini bagi memperkasa Bahasa Inggeris dan membentuk kemahiran pertuturan kata murid dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Pertandingan Story Telling dan Public Speaking diadakan bagi mencungkil bakat

murid-murid serta membentuk transformasi dalam meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris ke menara gading dan berkembang di segenap penjuru dunia. Ia juga satu bentuk kesinambungan usaha guru-guru untuk menjana keutuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke dua di Negara kita dan bukan sahaja berupaya bergerak seiringan dengan persekitaran malah memperkembangkan lagi Bahasa Inggeris diperingkat globalisasi. Cita-cita dan hasrat kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia untuk terus melihat Bahasa Inggeris berkembang maju di serata dunia kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia. Jika murid-murid boleh menguasai Bahasa Inggeris maka mereka berpeluang memahami Bahasa Inggeris di peringkat global. Bahasa Inggeris merupakan alat komunikasi dunia teknologi, pendidikan, politik, perdagangan dan sebagainya.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Guru memainkan peranan yang sangat besar dalam mendidik anak-anak bangsa dan mencorak masa depan Negara menuju pembangunan Wawasan 2020. Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini adalah sesuai dengan persekitaran yang semakin berubah dan sifatnya yang tidak pernah statik. Jelas bahawa guru perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam merialisasikan impian kerajaan untuk menjadikan kita bangsa yang maju dan negara yang membangun. Begitu banyak cabaran yang di hadapi sebagai seorang pendidik. Namun, berkat kesabaran dan keyakinan memandu para guru untuk terus berkorban terhadap murid mendidik serta memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris. Semua itu tidak pernah mematahkan semangat juang para guru demi memperkembangkan ilmu. Ilmu itu banyak seumpama luas lautan, gurulah yang membimbing dan memimpin murid-murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, guru berperanan sebagai golongan yang memberikan tunjuk ajar dan melahirkan murid yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris. Lantaran itu, murid haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan diri dan memahirkan diri dalam menguasai pembelajaran bahasa Inggeris supaya mereka akan mudah memahami Bahasa Inggeris dalam pendidikan di peringkat antarabangsa.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai