Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM IHYA’ RAMADHANN SK JAYA BAKTI 2018

Salam sejahtera untuk semua..

Akar keladi melilit selasih

Selasih tumbuh hujung kiliran

Kalungan budi junjungan kasih

Kasih tertaut kekal berzaman

1. Yang Dihormati Barisan Guru- guru Penolong Kanan.


2. Pn ____________________________ Ketua Panitia
Pendidikan Islam.
3. Guru-guru SK Jaya Bakti.
4. Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya berasa gembira dan bersyukur kepada

Tuhan kerana sama-sama kita dapat berkumpul pada hari ini dan

saya diberi kesempatan serta peluang untuk menyampaikan

ucapan sebagai Guru Besar Sk Jaya Bakti sempena Sambutan

Program Ihya’ Ramadhan dan majlis Khatam Al-Quran Peringkat

Sk Jaya Bakti bagi tahun 2018.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Panitia Pendidikan Islam

mengadakan satu Program untuk meraikan kedatangan bulan

Ramadhan yang dinamakan Program Ihya’ Ramadhan. Program

Ihya’ Ramadhan yang membawa maksud “Menghidupkan

Ramadhan” memenuhi objektif program adalah untuk

menggalakkan warga SK Jaya Bakti supaya dengan merebut

peluang untuk mempertingkatkan amalan yang baik sepanjang

bulan Ramadhan secara konsisten dan berdisiplin. Seperti mana

yang kita ketahui, bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh

keberkatan bagi umat islam kerana diberi peluang untuk melipat

gandakan pahala dengan bersedekah, berdoa, berzikir, membaca

Al-Quran, menjaga lisan, menjauhi sifat dusta dan sebagainya.

Selain itu, sejajar dengan itu semua warga SK Jaya Bakti juga

khususnya guru dan murid yang beragama Islam telah menjayakan

beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan

Islam sepanjang bulan Ramadhan ini seperti Tadarus Al-Quran,

Tazkirah Ramadhan, Kuiz Ramadhan dan Pungutan Derma.


Walaupun pada waktu siang berpuasa dan masa kita diiisi

dengan belajar, bekerja dan malamnya diisi dengan pelbagai

amalan sunat seperti solat terawih, para pelajar diingatkan agar

mengekalkan prestasi pelajaran walaupun sedang menjalani

ibadah puasa. Saya ingatkan kepada semua supaya jangan

jadikan alasan berpuasa untuk membolehkan pelajar tidur dan

tidak fokus semasa proses pembelajaran dijalankan lebih-lebih lagi

kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR nanti.

Sepatutnya murid-murid perlu mengambil peluang

memperbanyakkan doa kepada Tuhan.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan

penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam

kerana Berjaya menganjurkan majlis pelancaran Prgram Ihya’

Ramadhan pada kali ini.

Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan


Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Sekolah Kebangsaan Jaya
Bakti bagi tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai