Anda di halaman 1dari 5

SALUTASI

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha Encik Azman bin Ahmad


Guru Besar Sk Merampong

Yang dihormati Puan Mariam Kahar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati En. Harimin


Ruslan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Rakan-rakan guru dan para asatizah pendidikan islam Sk Merampong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


KATA ALUAN

1. Pucuk selasih bertunas menjulang,


Dahannya patah ditimpa rotan,
Bulan Ramadhan Kembali menjelang,
Bulan beribadah penuh keberkatan.

2. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana


dengan rahmat dan izinNya insyaallah kita akan bertemu
dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan bagi tahun
1444 Hijrah bermula minggu lepas.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan


selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada
seluruh warga SK Merampong dan murid-murid SK
Merampong. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna Insha Allah.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

4. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, Panitia


Agama Islam SK Merampong telah merancang begitu banyak
aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua terutamanya untuk
anak-anak murid SK Merampong. Di sini saya ingin memohon
kerjasama guru-guru untuk menggalakkan murid-murid
menunaikan ibadah puasa dan menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab.

5. Seterusnya saya juga ingin menyeru agar kita sama-sama


dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk meningkatkan
amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan
sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang
mempunyai banyak kelebihan ini kita sia -siakan dengan
melakukan perkara yang tidak berfaedah.

7. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan


penghargaan kepada semua jawatankuasa yang akan
menjayakan setiap aktiviti Ramadhan. Terima kasih juga
kepada Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab yang
menjadi nadi kepada setiap program sepanjang Ramadhan dan
sentiasa memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan
setiap program berjalan dengan lancar.

8. Juga tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara


langsung ataupun tidak langsung. Semoga ianya menjadi
saham di akhirat kelak insyaAllah.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

9. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama semoga


ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.

Selamat Berpuasa Kepada Semua,


Moga Amalan Kita Diterima,
Meski Harus Berlapar Dahaga,
Tak Terjangka Hebat Ganjarannya

Teguhkan Iman Di Bulan


Ramadhan, Tetapkan Diri Jalankan
Kewajipan, Allah Menduga Hanya
Sebulan, Inilah Peluang Dan
Kesempatan

Marhaban Ya Ramadhan …. Selamat menyambut bulan


Ramadhan dan Selamat berpuasa.

Sekian, saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai