Anda di halaman 1dari 1

Tema diberi barakahnya Ramadan,

Bulan dituntut untuk berpuasa,


Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum….
ke Majlis Perasmian Program Ihya’ Ramadan dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan tahun 2023
bersamaan 1444 Hijrah peringkat SMK PALONG 7.

Yang Berusaha, Puan Janab binti Baharudin, Pengetua SMK Palong 7


Yang Dihormati, Cik Hajah Hazlina binti Rani, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Cik Hajah Zalina binti Ismail, Penolong Kanan HEM
Yang Dihormati, Ustaz Mohd Zulmajdi bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
Barisan guru-guru
Seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dalam kita
meniti Ramadanul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Perasmian
Program Ihya’ Ramadan dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah
peringkat SMK PALONG 7.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Janab binti Baharudin, Pengetua SMK Palong 7 diiringi oleh Puan
Suzana binti Hassan, GKMP Sains Sosial bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Ihya’ Ramadan
dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah.

Dipersilakan.

.................GIMIK DAN PERASMIAN SELESAI.............................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Janab binti Baharudin, Pengetua SMK Palong 7 diatas
perasmian sebentar tadi.
Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini ialah Tadarus al-Quran, Solat Zohor
Berjemaah, Sedekah Ramadan, Bacaan Yasin, Pertandingan Hafazan, Kuiz Ramadan Online dan Majlis
Khatam al-Quran.

Semoga semua program Ihya’ Ramadan yang dirancang berjalan dengan baik serta mendapat barakah dan
keberkatan daripada Allah SWT....amin....

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai