Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN KHATAM AL-QURAN

SK PARIT KASAN

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 Yang berusaha, Puan Zuhaini bt Md Noh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit
Kasan.

 Yang dihormati,
Cikgu ___________________________, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Parit
Kasan,
Cikgu____________________________,Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK
Parit Kasan,
Cikgu ,___________________________Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Parit Kasan,

 Yang dihormati,
Barisan guru SK Parit Kasan, Barisan AKP, serta anak-anak Sekolah Parit Kasan
yang dikasihi sekalian

 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-
Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun pada Majlis Penutupan Ihya
Ramadan dan Khatam Al-Quran Peringkat SK Parit Kasan pada hari ini.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru
khususnya Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam atas usaha
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Hadirin Sekalian,
 Secara dasarnya Program ini bertujuan untuk melatih anak-anak berpuasa
di bulan Ramadan disamping memupuk dan menyubutkan minat membaca
Al-Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata
membuahkan hasil seperti yang kita lihat pada hari ini

 Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan


kejayaananak-anak menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi apa
yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan
pengertiannya kepada kita.
 Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan
memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri
kepada Allah dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana
al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan
memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan.

Hadirin Sekalian,
 Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengajak semua warga sekolah Kebangsaan Parit Kasan untuk terus
membaca dan mempelajari Al-Quran.
 Al-Quran adalah kitab suci yang memberikan petunjuk dan hikmah hidup kepada kita
semua. Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman,
“Ini adalah Kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: Ayat 2)
 Di kesempatan ini, Saya mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parit kasan ,
ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada
semua warga SK Parit Kasan.Maaf Zahir dan Batin.

 Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis


Penutupan Ihya Ramadan dan Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsan Parit Kasan
pada tahun ini. Sekian, “ wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh”.

Anda mungkin juga menyukai