Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dan Salam Malaysia Madani.

Terima Kasih Tuan pengerusi majlis,

Yang berusaha;
Pn. Norzita binti Hj. Mohamad Noh, Guru besar SK Seri Perak
En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
__________________________________________________
Pn. Norazlina binti Mohd Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati;
En. Othman Bin Majid, NYDP PIBG SK Seri Perak,
Pn. Rosnani Binti Ahmad, Ketua Kumpulan Sokongan Ibu Bapa,
Barisan AJK PIBG
Dan Guru-guru SK Seri Perak, 1

Seterusnya yang dikasihi,


Semua murid SK Seri Perak sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat


Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berhimpun pada hari ini
sempena Majlis Perasmian Ihya Ramadan anjuran Panitia Agama Islam SK Seri
Perak pada tahun ini.

Sesungguhnya, saya menyambut baik usaha Panitia Pendidikan Islam di atas


penganjuran program yang cukup bermakna lebih- lebih lagi pada bulan penuh
rahmat ini. Kita akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak bermula pada 1
ramadan iaitu hari esok Selasa 11 Mac 2024. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada SK Seri Perak di atas penganjuran program ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagaimana kita maklum bulan Ramadhan adalah satu bulan yang mulia lagi barakah,
bulan utama dari bulan – bulan yang lain di mana. “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu
bulan yang lain”. Ini jelas dari sabda Rasulullah SAW maksudnya :
Dialah (bulan Ramadhan) bulan kesabaran danpengajaran. Ganjaran kesabaran ialah
Syurga. Di awal Ramadhan disediakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan
diakhirnya dibebaskan dari api neraka.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Ramadhan yang datang kepada kita setahun sekali membawa berbagai - bagai keberkatan
dan kerahmatan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya para muslimin, muslimat yang ikhlas
kepada Allah S.W.T. akan berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi
berakah ini.

Ini kerana pada bulan ini, umat islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai- bagai amal
ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi mengumpulkan
pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Saya dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan2 Islam merancang begitu banyak aktiviti
yang bermanfaat untuk kita semua. Saya menyeru agar semua murid dapat mengambil
bahagian dan manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan
ramadan. Apa yang pasti segalanya akan dibalas dengan ganjaran yang hebat yang
merupakan saham di akhirat kelak

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus,
bersedekah, qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang
mempunyai banyak kelebihan kita sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, Saya juga ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Ihya Ramadan SK Seri
Perak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis
ini. Semoga semua kebaikan yang telah kita lakukan berbalik kepada diri kita
masing-masing hendaknya. Inshaallah, amin.

Akhir kalam, saya dengan lafaz bismilllahirrahmanirrahim merasmikan Majlis


Perasmian Ihya Ramadan SK Seri Perak bagi sesi 2024/2025.

Sekian,
WabillahitaufikWalhidayahWassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
3

Anda mungkin juga menyukai