Anda di halaman 1dari 21

Teks Pengacara

Majlis( Sambutan Maulidur


Rasul SMKBBS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha,puan pengetua
____________________________
yang dihormati, guru penolong kanan 1
___________________________
Guru penolong kanan HEM
___________________________
Guru penolong kanan kokurikulum
____________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para pelajar sekalian.

Pengenalan

Rabiul awal merupakan bulan kelahiran rasulullah s.a.w. Umat islam merayakan
sambutan majlis maulidur rasul sebagai mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w.
Untuk menyegarkan rasa kasih dan cinta kepada baginda. Baginda merupakan contoh
teladan yang paling agung dalam sejarah kehidupan manusia. Justeru itu, pihak panitia
pendidikan islam smk bandar baru serting telah merancang program sambutan
maulidur rasul peringkat sekolah yang bertemakan persefahaman asas perpaduan
ummah . Semoga ianya dapat menanamkan rasa cinta para pelajar khususnya dan
seluruh warga sekolah amnya. Sekaligus menjadikan baginda sebagai role model
dalam kehidupan.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput __________________________________untuk bacaan doa.

Amin,amin ya robalalamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya marilah kita bersama-sama mengalunkan bacaan zikir Asmaul Husna.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. pengetua untuk menyampaikan


ucapan sekaligus merasmikan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada
hari ini.

Majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua untuk sesi penyerahan kain rentang
kepada setiap tingkatan.
Terima kasih diucapkan kepada puan pengetua
Pelajar diberi masa 15/20 minit untuk membuat persiapan perarakan.
Pada pukul 8.20 pelajar diminta berkumpul semula untuk memulakan majlis perarakan.

Majlis menjemput En Mohd Kamsidi untuk mengetuai bacaan selawat.


Majlis perarakan bermula.
Teks untuk Majlis yang ke 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Yang berusaha,puan pengetua
______________________________
yang dihormati, guru penolong kanan 1
______________________________
guru penolong kanan HEM
______________________________
Guru penolong kanan Kokurikulum

____________________________________
Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para pelajar sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadratnya kerana kita masih diberi peluang untuk


bersama-sama di dewan yang penuh barakah ini bagi mengikuti slot
pengisian ilmu bersempena dengan sambutan Maulidur rasul peringkat
sekolah. Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata
penceramah kita pada hari ini.

Nama :
Umur :
Asal :
Stasus /Keluarga :
Jawatan terkini :

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah jemputan


untuk menyampaikan ceramahnya.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah di atas ceramah yang


disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat
memberikan manfaat kepada kita semua.Insyallah.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan


pertandingan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ____________________________________untuk menyampaikan
hadiah dengan diiringi oleh ______________________________

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak
penceramah.

Begitulah tadi berakhirnya acara penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan


kepada pemenang dan bagi yang kurang berjaya jangan berputus
asa,teruskan usaha di masa yang akan datang.

Jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak di
dalam menjayakan majlis ini.
Saya sebagai pengacara majlis pada hari ini, memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan.

SKRIP PENGACARA MAJLISMAULIDURRASUL


MAULIDURRASUL 2011
(1) sra
Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK
Permaisuri Nur Zahirah
Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam
masjid hadhari Jerteh, selaku penceramah jemputan
En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,
En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakanrakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, Gemilang SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi satu
majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
tahun 2010 bersamaan dengan 1431 tahun hijrah. Sambutan
Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih
kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam,
di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim
sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur
Rasul tahun 1432 Hijrah; Satu Malaysia Satu Ummah
(2)
Rasulullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sirahmu,
pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh
ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya
akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.

(3)
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat
dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd
Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk
menyampaikan bingkisan kata. Majlis mempersilakan.
***********
Nik
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas
ucapan itu tadi.

(4)
Seterusnya, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah
Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Alfadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid, Imam Masjid Hadhari
Jerteh. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
#########################
sra
Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan
pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau
sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan
dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil
Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.
(5)

Siddiq, amanah ,tabliq, fatanah,


Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Satu Malaysia Satu ummah.
Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan slot kuiz spontan.
..

Nik
(6)
Khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya. Hai
sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap
terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap
individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka
bersaudara..hai manusia, saya telah meninggalkan kepada
kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya
selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini, iaitu Kitab Allah
atau al-Quran dan sunnah Rasulullah.
(7)
Seterusnya, selingan irama nasyid buat halwa telinga.
Majlis mempersilakan kumpulan nasyid..
Untuk menyampaikan lagu

Terima kasih kepada kumpulan nasyid.

(8)
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,
Seterusnya pengumuman Personaliti maulidurrasul.
.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
berbahagia, En Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong kanan
Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli
bin Che Mat, pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan hadiah
kepada personaliti Maulidurrasul;
Dipersilakan.

Seterusnya,
cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih kepada
penceramah jemputan, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamnuri bin Yazid.
. Dipersilakan.
##############
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Pengetua.
(9)
Majlis kita sampai ke penghujungnya, pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita
pada siang hari ini.

Terima kasih sekalung budi. Majlis bersurai.


Sekian, wassalamualakum wbt.
Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari
ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada
majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.
DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ
HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DEMAK BARU KE DEWAN.
MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.
ALU-ALUAN
Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching
Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran
En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum
En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI

En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj
Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang
dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.
BACAAN DOA
MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis
dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul
Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan
Robbul izzati.
UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG
Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua
Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA

MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti
Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin
Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu
tadi.
UCAPAN PERASMIAN
BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI
Tibalah masa yang dinantikan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli
bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada
pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong
kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas
pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua.
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn
Pengetua atas perasmian itu tadi.
BACAAN AI -QURAN
Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran
yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh

adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan
ayat suci al-quran itu tadi.
BACAAN BERZANJI/MARHABAN
Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas
untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat.
Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersamasama.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas
persembahan itu tadi.
PERSEMBAHAN NASYID
Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput
kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya
yang bertajuk Ya Rasulullah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar
Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi.
Para guru dan pelajar sekalian.
Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah
Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi
diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi
menyempurnakan upacara.Dipersilakan..
HADIAH PERTANDINGAN BANNER
Tempat ketiga...................................................
Tempat kedua...................................................
Johan.................................................................

Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan


kekemasan.Tahniah diucapkan kepada
persatuan/kelab.............................................
HADIAH BERCERITA KISAH NABI
Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh
adik...............................................dari tingkatan....................
Seterusnya tempat kedua dimenangi
oleh...........................................dari tingkatan...................................
dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada
adik....................................dari tingkatan.........................
Tahniah diucapkan.
HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI
Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi
dimenangi oleh..........................................dari
tingkatan.....................................
Naib Johan........................................................dari
tingkatan........................................................
dan Johan........................................................................dari
tingkatan............................................
Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu
Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala
dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada
tahun ini diberikan kepada
Adik...............................................................atas sumbangan dan
khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah.
Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima
anugerah..
Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi
menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi

diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya


menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka
berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.
sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu
pertiwiku.
SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H


Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)
BANDAR SERI ALAM

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam


dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mega berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
@ Assalamualaikum w.b.t.
Yang dihormati Ustaz Mohammad James, Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz,
yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba)
Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya, dan para hadirin yang rahmati Allah
sekalian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia
serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para
jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis
yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci alQuran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin... Majlis mempersilakan.

@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi
memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakanEn.
Ismail Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

@ Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail Nasirudin Shah
di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis
kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah
S.W.T.

@
Bagi
meneruskan
majlis,
dengan
ini
dipersilakan
.untuk mempersembahkan marhaban dan
selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.
Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan
itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan
menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan olehUstaz Mohamed
James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohammad Jamesdi atas


ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat
mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting,


Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan
cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan


Rimba Seri Alam.

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang
Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke majlis
santapan...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri
Majlis ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Assalamualaikum..
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi melayari laman
Blog saya. Untuk julung kalinya di sini saya menyenaraikan ruangan ilmiah
untuk rujukan semua. Diharap ianya dapat dikongsi bersama..
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H/2007
SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGGAM, KLUANG, JOHOR
5 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
Masa : 8.00 Pagi
Que : Pengumuman
Makluman : Kepada semua hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat
di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi

Tindakan : Mohd Ismail Bin Sulaiman


Masa : 8.15 Pagi
Que : Pengumuman
Makluman : Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj. Onn Bin
Mohd Yasin, ADUN Kawasan Layang-layang, Tuan Haji Musa Bin Omar
Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang diiringi oleh dif-dif kehormat.
Tindakan : Mohd Ismail Bin Sulaiman
Masa : 8.30 Pagi.
Que : Ucapan aluan pengacara majlis
Assalamualaikum w.b.t...Yang dihormati Tuan Hj. Musa Bin Omar, Pegawai
Pendidikan Agama Daerah Kluang, yang berusaha Puan Guru Besar Ustazah
Ruslinah Binti Kamsan, yang berusaha Tuan Hj. Abu Samah Bin Abdul Jalil
Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Renggam serta ahli
jawatankuasanya, guru-guru , pelajar-pelajar dan hadirin hadirat yang
dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini dapat kita mengadakan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang telah dimaklumkan , Majlis pada hari
ini adalah majlis bersama iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan
Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Bandar Renggam bagi tahun 2007.
Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini,
semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar
dan jayanya.
Tindakan : Mohd Alhafiz Bin Sirat
Masa : 8.35 Pagi
Que : Bacaan Al-Quran dan Doa
Makluman : Hadirin dan hadirat sekalian,..Majlis pada pagi yang
berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang
akan disampaikan oleh adik Syafiqa Syahrifin Binti Ismail dan ditafsirkan
oleh adik Ain Wahida Binti Hasham. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Qari dan Penterjemah atas bacaan ayat
suci al-Quran itu tadi. Seterusnya bagi memberkati majlis, dengan ini
pihak majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Pornomo Bin Abu untuk
membacakan doa. Dipersilakan ustaz.
Amin Ya Rabbulalamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Pornomo Bin
Abu di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau
itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat
keberkatan daripada Allah SWT.
Tindakan : Mohd Ismail Bin Sulaiman
Masa : 9.00 Pagi
Que : Bacaan Berzanji dan Marhaban
Makluman : Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan Kumpulan
Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Bandar Renggam untuk
mempersembahkan bacaan Berzanji, diikuti marhaban dan selawat ke
atas Nabi. Untuk itu, diminta para hadirin dapat berselawat bersamasama. Dipersilakan.
Tindakan : Mohd Alhafiz Bin Sirat
Masa : 9.20 Pagi
Que : Ceramah
Makluman : Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas
atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita
bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang
akan disampaikan oleh Ustazah Hamidah Binti Musa yang diundangkan
khas dari Sekolah Agama Taman Desa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Tindakan : Mohd Ismail Bin Sulaiman
Masa : 10.30 Pagi
Que : Selesai ceramah
Makluman : Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah
Hamidah Binti Musa di atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau
itu tadi. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan panduan berguna
daripada ceramah tersebut.
Tindakan : Mohd Alhafiz Bin Sirat
Masa : 10.35 Pagi

Que : Penyampaian cenderahati


Makluman Kini majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis pada pagi ini. Majlis
menjemput dan mempersilakan yang berusaha Puan Guru Besar Ustazah
Ruslinah Binti Kamsan untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu
jemputan. Dipersilakan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya Ustazah Hamidah Binti Musa untuk
menerima cenderahati daripada pihak majlis.
Tindakan : Mohd Ismail Bin Sulaiman
Masa : 11.00 Pagi
Que : Selesai majlis
Makluman : Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderahati itu tadi , maka sempurnalah sudah majlis pada hari ini iaitu
Majlis sambutan Maulidur Rasul 2007 Sekolah Agama Bandar Renggam.
Pihak majlis memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya sepanjang
perjalanan majlis pada hari ini berlaku sebarang kekurangan dan
kesilapan sama ada yang disengajakan atau tidak.
Pihak majlis juga mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Y.B. Tuan Hj. Onn Bin Mohd Yasin di atas kesudian meluangkan
masa hadir ke majlis ini walaupun sibuk dengan urusan sebagai wakil
rakyat. Tidak lupa juga kepada Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang
Tuan Hj. Musa Bin Omar yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi
memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya.
Sebelum bersurai, majlis menjemput Tuan Pengerusi Badan Kebajikan
Sekolah Agama Bandar Renggam untuk mengiringi dif-dif jemputan ke
bilik jamuan. Sementara itu, ibu bapa dan para pelajar diminta menjamu
selera di tempat yang telah disediakan berhampiran dewan ini.
Dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Sekian sahaja semoga berjumpa lagi, Insya Allah. Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Tindakan : Mohd Alhafiz Bin Sirat

Anda mungkin juga menyukai