Anda di halaman 1dari 3

BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM.

Yang dihormati, TUAN HAJI MOKHSIN BIN HAJI YUSOF, Imam Surau KG. Bukit Pelandok,

Yang Berusaha , EN RAZALI BIN MD. TAIB ,Pengetua SMK Tanah Merah,

TN HJ ZULKIFLY BIN UJANG, Penolong Kanan pentadbiran & Akademik,

Pn. NORROHANI BINTI OTHMAN, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

.ketua bidang, guru- guru, dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum…. dan salam sejahtera…


Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa,
kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Perdana Ihya’ Ramadhan, SMK TANAH MERAH, tahun
2016 Masihi bersamaan 1437 hijrah.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak
terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan
diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.

Allah telah berfirman.

Ya aiyuhallazi naamanu kutiba’alaikumussiam


Kama kutiba’ alallazi naminkoblikum laallakum tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)
 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput
_____________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________ di atas


pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian, sebagai tanda penghargaan

Majlis menjemput En. Razali Bin Md Taib naik ke pentas untuk menyerahkan
cenderamata kepada TUAN HAJI MOKHSIN BIN HAJI YUSOF.

Dijemput

Yang berbahagia TUAN HAJI MOKHSIN BIN HAJI YUSOF,

Naik ke pentas untuk menerima cenderamata sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah.

Terima kasih kepada En. Razali Bin Md Taib, atas penyampaian sebentar tadi.

…………………………………………………………………………………………………………

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, En. Razali Bin MD Taib,
pengetua smk tanah merah untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada En Razali Bin Md Taib atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput TN HJ ZULKIFLY BIN UJANG, PENOLONG KANAN


PENTADBIRAN DAN KOKURIKULUM naik ke pentas …. untuk menyampaikan

Cenderamata khatam Al-Quran kepada murid-murid khatam Al-Quran.

##################################################

Terima kasih kepada Tn. Hj Zulkifly Bin Ujang, atas penyampaian sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput En Razali Bin Md Taib, Pengetua SMK Tanah Merah untuk
menyampaikan Sumbangan “Masih Ada Yang Sayang” kepada para pelajar.

Terima kasih kepada En. Razali Bin Md. Taib, atas penyampaian sebentar tadi.

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya penyampaian sebentar tadi maka Program Ihya’


Ramadhan, SMK Tanah Merah, tahun 2016 Masihi bersamaan 1437 hijrah pada kali ini
sampai ke penghujungnya.

Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai