Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT

SEKOLAH BANDAR PENAWAR

ALU-ALUAN

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Asrap


Guru Besar SK Bandar Penawar

Yang Dihormati
Puan Hajah Yatinah binti Sabarie
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Rosman bin Md Sidek


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Zahari bin Natimi


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru serta semua murid yang dikasihi sekalian.


___________________________________________________________________________
___

Hadirin yang dirahmati,

Kayu dibelah di tepi paya,

Sampai di baruh gelap gelita,

Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,

Menerangi seluruh alam semesta.

1
Sampai di baruh gelap gelita,

Suram cahayanya di rumah bonda,

Menerangi seluruh alam semesta,

Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang


merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk. Kelahiran
Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda
memandu hati dan jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah yang bertemakan Perpaduan


Teras Malaysia Madani ini merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap
Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi selain mengamalkan
sunnah Baginda dan menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

___________________________________________________________________________
___

BACAAN DOA

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN


AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan Ustaz Abdul Hadi bin Hamzah untuk mengetuai bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.


___________________________________________________________________________
___

BERZANJI DAN MARHABAN

Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan alunan berzanji yang akan disampaikan oleh
murid-murid tahun 5 dan dendangan marhaban yang akan disampaikan oleh adik
…………………………………………………………………………………….
2
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan berzanji dan adik ………………………..atas


alunan berzanji dan marhaban yang indah sebentar tadi.
___________________________________________________________________________
___
UCAPAN GURU BESAR

BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT


MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI
Hadirin sekalian,

Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan, Yang berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Asrap untuk menyampaikan
ucapan. Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Asrap Guru Besar SK Bandar Penawar atas
ucapan sebentar itu tadi.
___________________________________________________________________________
___
JEMPUTAN PENCERAMAH

Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis iaitu ceramah Maulidur Rasul yang akan
disampaikan Ustaz Nur Mubin bin Onn.
Untuk makluman para hadirin, Ustaz Nur Mubin merupakan Guru Penolong Sekolah Agama
Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara. Sedikit makluman mengenai kelulusan beliau :
2010-2011 : ASASI SYARIAH & UNDANG² : USIM,NILAI,N9

2011-2015 : IJAZAH SARJANA MUDA TAHFIZ QURAN QIRAAT: UNISHAMS


KEDAH

2017- 2020 : DIPLOMA SAINS SERTA PENDIDIKAN: UTM SKUDAI

2022- KINI : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN: UTM SKUDAI

Selain itu, beliau juga pernah menyandang Anugerah guru kafa cemerlang negeri johor 2023.

3
Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan menjemput dan mempersilakan,
Al-Fadhil Ustaz Nur Mubin bin Onn untuk bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Nur Mubin bin Onn atas
penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat sebentar tadi. Semoga semua guru dan
murid dapat mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
___________________________________________________________________________
___
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan kuiz. Semua murid dah bersedia ?

___________________________________________________________________________
___
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.

Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Tuan Haji Kamaruddin bin Asrap, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar
Penawar diiringi Puan Hajah Yatinah binti Sabarie, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
tampil ke pentas utama. Dipersilakan.Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang
berbahagia Ustaz Nur Mubin bin onn untuk menerima cenderahati dari pihak sekolah. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin dan Puan Hajah Yatinah atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

___________________________________________________________________________
___
Dengan berakhirnya penyampaian censerahati itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita
pada pagi ini.

MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH


MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
4
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.

Sekian,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Anda mungkin juga menyukai