Anda di halaman 1dari 6

Catatan Ucapan

TEKS MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN UB DAERAH 2022


Mas Assalamualakikum wbt dan selamat sejahtera.
(Ketibaan
Perasmi) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Musa bin Atan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, JPNJ, diiringi oleh Yang Berusaha ,Pn Siti Aminah binti Rohmat, Guru besar SK (P) Jalan Yahya Awal ke
tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Ayu Yang Berbahagia, En Musa bin Atan,
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPNJ
Yang Berusaha ,
Pn Siti Aminah binti Rohmat, Guru besar SK (P) Jalan Yahya Awal

Barisan Penolong Kanan,


Pn Haniza binti Hassan, PK Pentadbiran
Pn Diong King Hong, PK Hal Ehwal Murid,
Cik Aza Abeha binti Adam, PK Kokurikulum,

Barisan guru besar jemputan serta guru-guru pengiring, barisan fasilitator jemputan serta murid-murid sekalian,
Assalamualaikum WBT, Salam Darul Takzim dan Selamat Sejahtera.

Selamat Datang ke “Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Daerah Johor Bahru” bagi tahun 2022.

Para hadirin mohon berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Dipersilakan.
Mas Hadirin yang dihormati
Bacaan Doa Bagi memulakan majlis dijemput En Fatzhorrazi Bin Yusuf untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Amin Amin YRA. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Fatzhorrazi di atas bacaan doa sebnetar tadi.

Ayu Hadirin yang dihormati,


Ucapan GB Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Siti Aminah binti Rohmat, GB SKPJYA untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada puan guru besar di atas ucapan sebentar tadi.

Mas Seterusnya, majlis dengan rasa berbesar hati ingin menjemput dan mepersilakan Yang Berbahagia En Musa bin Atan, Ketua
Ucapan Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPNJ untuk naik ke atas pentas bagi
perasmi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan “Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat
Daerah Johor Bahru” bagi tahun 2022.

Majlis juga mohon kepada perasmi untuk terus kekal berada di atas pentas bagi upacara selanjutnya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Musa bin Atan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Ayu Hadirin yang dihormati,


Cenderahati
perasmi Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah kepada perasmi kita
pada hari ini.
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Siti Aminah binti Rohmat, GB SK (P) Jalan Yahya Awal diiringi oleh Cik Aza Abeha
binti Adam, PK Kokurikulum untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En Musa bin Atan,

Majlis mempersilakan.

Mas Hadirin sekalian,


Penyampaia
n sijil Majlis seterusnya akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil penyertaan kepada 7 buah sekolah yang terlibat untuk
penyertaan sesi perkhemahan yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam ini.

Untuk itu dijemput, dimulakan dengan tuan rumah, wakil SK (P) Jalan Yahya Awal. Seterusnya,

1) Wakil daripada sekolah SK (P) Bandar Tinggi


2) Wakil daripada sekolah SK Sg Danga
3) Wakil daripada SK Sikijang
4) Wakil daripada SK Tanjung Adang
5) Wakil daripada SK Taman Universiti 2
6) Wakil daripada SK Taman Universiti 3

Terima kasih diucapkan kepada En Musa bin Atan di atas kesudian menyampaikan sijil penyertaan ssebentar tadi.
Ayu Hadirin yang dihormati sekalian,
Penyampaia
n Hadiah Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk pertandingan-pertandingan yang telah
berlangsung sepanjang perkhemahan ini iaitu Pertandingan Masakan Rimba, Pertandingan Roket Air serta Pertandingan Bantu
Mula.

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan ________________________________________ diiringi oleh


________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan pertandingan Masakan Rimba. Tempat pertama jatuh kepada :

1)
2)
3)

Pertandingan Roket Air :


1)
2)
3)

Pertandingan Bantu Mula :


1)
2)
3)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Mas Para hadirin sekalian,

Anugerah Untuk penyampaian hadiah Anugerah Kepimpinan dijemput ______________________________ diiringi oleh ________________
Kepimpinan untuk menyampaikan anugerah khas ini kepada yang terpilih.
Terbaik dan
Johan Majlis dengan ini menjemput adik ________________________________________ untuk menerima anugerah kepimpinan terbaik.
Keseluruhan
Tahniah diucapkan kepada ________________ di atas penganugerahan ini.

Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian Johan Keseluruhan.

Dijemput pemenang untuk johan keseluruhan adalah daripada sekolah _____________________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Ayu Seterusnya majlis dengan ini menjemput __________________ diiringi oleh ___________________ untuk menyampaikan sijil
Penyampaia kepada barisan fasilitator jemputan. Majlis mempersilakan.
n sijil
fasilitator
Mas Seterusnya majlis dengan ini menjemput __________________ diiringi oleh ___________________ untuk menyampaikan sijil
Penyampaia jaringan kepada 6 buah sekolah yang terlibat untuk perkhemahan peringkat daerah ini.
n sijil jaringan
Ayu ( Penutup )
Bersurai Hadirin yang dihormati sekalian, kita telahpun tiba di penghujung majlis.
Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka tamatlah sudah majlis penutupan perkhemahan unit beruniform peringkat
daerah tahun 2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda
terus cemerlang dalam bidang masing-masing di hari yang mendatang. Renungilah kata-kata seorang cendekiawan:

“ Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit,


namun rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. “

Sebelum tirai dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang telah diberikan.
Sekian, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai