Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 SK BAHAGIA TAWAU TAHUN 2017

Acara Teks pengacara Catatan


Mohon perhatian kepada semua hadirin, untuk melancarkan majlis kita pada pagi ini, Sam
Sebelum mula semua hadirin diminta :
majlis meminimakan urusan keluar- masuk dewan semasa acara berlangsung,
matikan atau tinggalkan dalam mod SENYAP telefon bimbit anda dan
mohon hadirin berdiri ketika emcee mengumumkan perarakan masuk vip.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Ketua Sam
Ketibaan Unit Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Darah Tawau, diiringi oleh tuan guru besar
perasmi dan para pentadbir seterusnya mengambil tempat di hadapan pentas.

Mohon para hadirin mengambil tempat.


Ladies and gentleman, let us stand straight and sing the National anthem, Negaraku; Mila
Nyanyian lagu State anthem, Sabah Tanah Airku; and School anthem, Penjana Generasi Gemilang.

Hadirin dipersilakan duduk. Sam

_______________________________________________________________________ Hawa

Alu-aluan Bismilahirrahmanirahim.
pengacara majlis
Ramai tetamu bermadah puisi,
Kata bertuan tanda berbahasa,
Selamat bertemu di majlis transisi,
Semoga tuan puan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia, Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Ketua Unit Kemanusiaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Yang berusaha Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia tawau,
Yang dihormati Encik Hamiddi bin Danin, YDP PIBG SK Bahagia
Yang dihormati Puan Dayang Murni, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati Encik Aris Tawakkal, penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Encik Samsudin Ambo Rasida, Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn Kasmah Matto, Ketua Penyelaras Program Transisi Tahun 1 2017,
Para guru, para ibu bapa, tetamu-tetamu jemputan, dan para pelajar sekalian.

Assalamualaikum warrahmatullahi taala wabarakatuh, dan salam kecemerlangan


diucapkan.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia,


Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Ketua Unit Kemanusian,
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau ke Majlis Penutupan Program Transisi Tahun
Satu 2017. Majlis juga turut merakamkan sekalung ucapan terima kasih atas
keprihatinan dan kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk bersama-sama menjayakan
majlis ini.

Untuk makluman para hadirin, majlis ini akan dijalankan dalam tiga bahasa, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Untuk itu, bertindak sebagai peneraju majlis
anda,
saya Samsidar Yasse,
And I, Jamilah Ahmad,

(Hawa)___________________________________________________________________

Welcome to ________________
(Hawa)___________________________________________________________________

Ucapan Wakil Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid Tahun 1, adik Sarah Faqiha dan adik
Murid _______________________________ .

Please welcome.
(Hawa)___________________________________________________________________
Sidang intelektual yang dihormati sekalian,
Ucapan Guru
Besar Majlis seterusnya mempersilakan Yang berusaha Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK
Bahagia, Tawau bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Nuri berhimpun sama hadapan,


Bawah kejora di tengah huma,
Tutur tersusun santun ucapan,
Begitu bicara yang berkarisma.

- Thank you Mr Ismail Banchir the headmaster of Sk Bahagia Tawau for the
inspiring welcoming speech.
- (hawa)______________________________________________

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,


Ucapan Perasmi
Untuk menjadikan majlis pada pagi ini lebih bermakna, dengan penuh takzimnya dijemput
Yang berbahagia Yang Berbahagia, Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program
Transisi tahun 2017. Majlis mempersilakan.

- Ladies and gentlemen, with the speech, our ceremony is now officiated.
- (Hawa)____________________________________________________

Paluan gong bergema megah,


Pembakar semangat bangsa berhemat,
Upacara majlis rasmilah sudah,
Dirasmi oleh tamu kehormat.

Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.


Sebagai tanda penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih, majlis dengan segala
Penyampaian hormatnya mempersilakan Yang berusaha, Encik Ismail Banchir untuk menyampaikan
Cenderamata cenderamata kepada Yang Berbahagia, Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Ketua Unit
Perasmi Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

. Dipersilakan.

- Thank you Mr Ismail Banchir for presenting the momento to Mdm


Maimunah bt. Ali Osman, Head of Humanitarian Unit of Tawaus Education
Department.

Angkut-angkut terbang ke langit,


Mati disambar anak tempua,
Tertangkup bumi dengan langit,
Budi puan tak akan dilupa.

- (Hawa)____________________________________________________

Kini marilah kita sama-sama saksikan persembahan multimedia yang menghimpunkan


Tayangan Slaid aktiviti sepanjang Program Transisi Tahun 1 2017 ini.

What a.........................................

(Hawa)____________________________________________________
Para hadirin sekalian, majlis dengan rasa bangga dan sukacitanya, mempersilakan
Penyampaian Yang berusaha Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia
Hadiah Dengan diiringi oleh Pn Dayang Murni bt. Dullah, PK Kurikulum
Untuk menyempurnakan upacara penyampian hadiah kepada semua murid.

Majlis mempersilakan (Hawa) ___________________________________

Thank you Mr. Ismail Banchir for giving away the gifts for all the Year 1.
Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
Persembahan Action Song tarian Selamat Datang yang akan dipersembahkan oleh anak-anak Sk
Action Song Bahagia Tawau.

Majlis mempersilakan.

What a wonderful performance by Year 1 Siddiq pupils lead by Mr. Mohd


Samsuddin Ali b. Tami.

(Hawa) _____________________________________________________

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas Murid kepada para pelajar.
Anugerah Khas
Murid Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini, majlis mempersilakan
Yang berusaha Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia
untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia, Pn. Maimunah bt. Ali Osman, Ketua Unit Kemanusiaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.
Dipersilakan.
(Rujuk Lampiran)

1. Disiplin
2. Ketrampilan (Please welcome.................
3. Potensi (Hayatafaddal......................
4. Kekemasan (Please wecome .........................
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan majlis itu tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Persembahan
Twist Sinar berseri muncul berselang,
Indah purnama jauh meninggi,
Hari ini hari gemilang,
Majlis kita terus dirai.

Kini, mari kita saksikan pula persembahan tarian twist yang akan dipersembahkan oleh
anak-anak tahun 1 Siddiq dan 1 Amanah.
Sama-sama kita saksikan.

- What a hilarious and funny performance from the very talented students
of SK Bahagia Tawau lead by Madam Azriah Ahmad and Mdm Mona
Erawaty Amat Pardi. Thank you very much for that performance.
(Hawa) _____________________________________________________

Begitulah tadi berakhirnya Majlis Transisi Tahun Satu SK Bahagia bagi tahun 2017.
Penutup Saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

- We would like to thank everyone for supporting todays event.


- Congratulations to all students who received awards for today. Keep
moving forward and may you all keep on excel in everything you do soon.
Best wishes and all the best to you.

Seterusnya kita teruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat, barisan
pentadbir dan guru-guru.

~~~~~ susun kerusi ~~~~~

Dipersilakan barisan guru naik ke pentas. Seterusnya dipersilakan pula tetamu kehormat
diiringi oleh barisan pentadbir untuk naik ke pentas.
~~~~~ sesi fotografi ~~~~~

Demikian sudah sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan kita pada Majlis Apresiasi
SK Bahagia bagi tahun 2016.

Para hadirin yang dihormati, dengan sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah Majlis
Transisi Tahun Satu SK Bahagia bagi tahun 2017

Bintang barat terbit petang,


Bintang timur terbit pagi,
Kalau tidak melarat panjang,
Ada umur berjumpa lagi.

- Ladies and gentlemen, thank you for attending tdaynceremony. Your


attendance is very much appreciated. Till next time, goodbye. Have a
good one and good day to you.

Hawa ______________________________________________________________

Para jemputan, guru, hadirin dan pelajar juga dipersilakan menikmati jamuan yang telah
disediakan. Mudah-mudahan majlis hari ini akan terpahat sebagai kenangan paling manis
untuk kita semua.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum w.w.b

Anda mungkin juga menyukai