Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

UCAPAN Harum cempaka di sisi bidara,


PEMBUKA Indah redup dihias Melati,
Salam sembah pembuka bicara,
Sulamkan mesra satukan hati,

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Yang diraikan En. Azmi bin Mat Husin, Guru besar Sekolah Kebangsaan
Sungai Duri. Yang dihormati, En. Syukri bin Awang Yahya, Penolong
Kanan Pentadbiran, Puan Nor’Aini binti Senapi, Penolong Kanan Hem, En.
Nubhan bin Yahya, rakan-rakan guru seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

****************************

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, pada hari yang tenag dan ceria ini, kita
dapat bersama-sama dalam majlis ringkas sempena perpisahan dan
perpindahan Tuan Guru Besar, En. Azmi bin Mat Husin ke sekolah baharu.

Orang jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak restu dipinta,
Doa dipohon moga selamat.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput


_______________________________________ untuk membaca doa.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Aminn…amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapankan kepada adik


NYANYIAN LAGU ________________________________ atas pimpinan doa sebentar tadi.

Majlis akan diteruskan lagu dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri
Pulau Pinang dan Lagu Sekolah. Murid-murid diminta bersedia dan berdiri
tegak semasa lagu dinyanyikan.

BACAAN IKRAR Seterusnya, majlis menjemput adik ________________________ untuk


mengetuai bacaan ikrar. Majlis dengan ini mempersilakan.

UCAPAN GURU Terima kasih diucapkan kepada adik __________________________ atas


BERTUGAS bacaan ikrar sebentar tadi.
***************************

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru bertugas pada minggu ini
untuk memberikan sepatah dua kata.

PERSEMBAHAN Jasamu dikenang


MONTAJ Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti Encik Azmi bin Mat
Husin sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Tiada kata yang dapat
mengungkapkan kesungguhan beliau dalam menabur bakti disekolah ini.

Tanpa melengahkan masa, mari kita saksinya persembahan montaj yang


telah disediakan.

UCAPAN KETUA Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan dengan ucapan daripada
MURID ketua murid. Dijemput adik_________________________
__________________________ untuk memberikan ucapan.

Terima kasih adik_____________________ atas ucapan itu tadi.

PERSEMBAHAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid. Dengan ini dijemput
MURID. ________________________________ untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.

Terima kasih______________________ atas persembahan sebentar tadi.

UCAPA GURU Setiap pertemuan pasti ada perpisahan


BESAR YANG Itulah lumrah kehidupan
DIRAI Walau sukar ditelan namun kaki tetap mengorak langkah selagi hayat
dikandung badan.

Burung kedidi di tepi perigi


Anak puyuh ditangkap musang
Jasa tuan tidak terperi
Budi baik tuan tetap dikenang

Seterusnya tibalah waktu yang kita nantikan iaitu ucapan yang diraikan
Guru Besar kita Encik Azmi bin Mat Husin. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
***************

Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru


Besar kita atas ucapan itu tadi. Sungguh bermakna. Ini merupakan ucapan
beliau yang terakhir di seklah ini dan selepas ini beliau akan ke SK Jawi.
Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baharu
nanti.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Bunga melur bunga kemboja


Cantik sungguh dalam jambangan
Hari ini kita bersua
Esok lusa dilupa jangan

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat sekalian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati


HADIAH oleh pihak sekolah dan murid-murid kepada tuan Guru Besar kita.

Dijemput tuan guru besar, En. Azmi bin Mat Husin, diiringi oleh En.
Syukri Bin Awang Yahya untuk menerima sedikit cenderahati daripada
guru-guru dan murid-murid.

Dipersilakan wakil panitia___________________________________

Seterusnya, dipersilakan wakil murid untuk memberi cenderahati kepada


tuan guru besar.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Azmi atas kesudian
menerima cenderamata daripada warga sekolah dan murid-murid.

PENUTUP Berucap sudah , beri hadiah pun sudah


Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian kita telah pun sampai ke hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Tuan
guru besar kita En. Azmi bin Mat Husin atas kesudian beliau untuk
bersama-sama kita pada hari ini.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin


memohon maaf andai tersilap kata tersalah bahasa sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bertemu Kembali

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekian sahaja salam
hormat wabillah hi taufik walhidayah assalammualaikum
warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai