Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI UPSR

“JADILAH PELAJAR CEMERLANG” BERSAMA CIKGU EMMET 2019


ACARA TEKS
Para hadirin yang dihormati sekalian

Majlis mempersilakan tuan-tuan dan Puan-puan untuk mengambil


tempat duduk masing – masing.

Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini, Majlis


memohon kerjasama para hadirin sekalian.

Mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefin bimbit berada


dalam mod senyap atau dimatikan.

Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima kasih.

KATA ALU- Selamat Pagi dan Selamat Sejahterah.


ALUAN
Majlis mengucapkan selamat datang ke CERAMAH MOTIVASI
UPSR “JADILAH PELAJAR CEMERLANG” BERSAMA
CIKGU EMMET 2019

Indah Berbalam Si Awan Pagi,


Berarak Di Celah Pohon Cemara;
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Yang dihormati Peceramah jemputan yang didatangkan khas pada


hari ini Encik Ahmad Faizal bin Osman

Yang berusaha Cikgu Maurice Joshapat Jepun, Guru Besar SK St


John kampung Medong.

Cikgu Suraya Binti Siting, Penolong Kanan Pentadbiran,


Cikgu Robita Binti Ali Basah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Jayson John, Penolong Kanan Kokurikulum

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang
baik untuk berkumpul dalam CERAMAH MOTIVASI UPSR
“JADILAH PELAJAR CEMERLANG” BERSAMA CIKGU
EMMET 2019.
NYANYIAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin
LAGU dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku.
NEGARAKU
*****************NYANYIAN LAGU********************

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.


Tetamu jemputan dan para guru dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama
menadah tangan, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
____________________________________________________

untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

********************* Bacaan
Doa************************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

______________________________________________________

atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Seterusnya, majlis mempersilakan


ALUAN GURU
BESAR / GPK 1 Untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

***************** UCAPAN ALUAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada

_____________________________________________________

PENGENALAN
PENCERAMAH Hadirin yang dimuliakan,
sebelum tirai ceramah dibuka, sebelum ceramah bermula, suka saya
membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.
 Nama diberi Ahmad Faizal bin Osman atau lebih dikenali
sebagai Cikgu Emmet.
 Beliau merupakan anak kelahiran Teluk Intan Perak.
 Beliau mempunyai Kelulusan Diploma perguruan IPSI dan
Ijazah sarjana muda pengajaran BPG (bahagian pendidikan guru
) dari OUM
 Cikgu Emmet juga mempunyai pengalaman mendidik selama
24 tahun
 Beliau juga merupakan seorang penulis bebas dan penulis blog,
penulis di Page Cikgu Emmet Menulis dan Kolumnis mastika
2017
 Dan kini menjawat jawatan sebagai (jawatan)
_______________________________________________.

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Cikgu Emmet untuk menyampaikan ceramah
beliau.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.


PEMBERIAN Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu Suraya Binti Siting untuk
CENDERAMAT mengiringi Cikgu Maurice Joshapat Jepun untuk memberikan
A cenderamata dan sijil kepada penceramah. Dipersilakan.

Majlis segala hormatnya mempersilakan


Penceramah kita Cikgu Emmet untuk menerima cenderamata.

PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya pemberian cenderamata itu tadi, maka


berakhirlah CERAMAH MOTIVASI UPSR “JADILAH
PELAJAR CEMERLANG” BERSAMA CIKGU EMMET

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Majlis bersurai.

MERARAU Dijemput Guru Besar dan juga guru-guru penolong kanan bagi
mengiringi cikgu Emmet untuk menjamu selera di bilik operasi.
Silakan.

Murid – murid diminta berada di tempat masing –masing untuk


taklimat.

Anda mungkin juga menyukai