Anda di halaman 1dari 1

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi


Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Yang Berusaha Encik Raman @ Hj. Amit Bin Hj. Sebai, Guru Besar SK Issu Bangat,
Yang Dihormati, Encik Amran Bin Rakli, selaku wakil pihak PKG,
Encik Azman Bin Mantaril, guru ICT/ Bestarinet dari SK Saka iaitu selaku penceramah dan
fasilitator kita pada hari ini, dan rakan- rakan guru yang saya kasihi sekalian.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke Bengkel Pemantapan Frog VLE
SK Issu Bangat 2018 pada hari ini. Terima kasih juga buat tetamu kita, Encik Azman dan
Encik Amran kerana sudi hadir untuk memberi khidmat bimbingan mengenai Frog VLE ini.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk
i. Memberi pendedahan kepada guru mengenai Frog VLE dan cara penggunaannya
sewaktu dalam PdPC.
ii. Menggalakkan guru menggunakan Frog VLE dalam PdPC bersama murid-murid serta
iii. Bagi meningkatkan pengetahuan guru mengenai cara-cara menggunakan Frog VLE.
Walaupun sekolah kita mempunyai kekangan dari segi kemudahan internet, hal tersebut tidak
menjadi halangan untuk kita sama-sama belajar dan mengambil tahu cara penggunaan Frog
VLE ini agar kita tidak jauh ketinggalan dalam dunia pembelajaran ICT ini.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Encik Raman @ Hj. Amit Bin Hj. Sebai,
Guru Besar SK Issu Bangat untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh guru besar sebentar tadi. Seterusnya, majlis
menjemput Encik Azman untuk menyampaikan input beliua. Majlis dipersilakan.

(Selesai sesi bimbingan bersama Cikgu Azman)


Selesai sudah sesi bimbingan kita bersama Encik Azman pada hari ini. Rasa seperti masih
banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari mengenai Frog Vle ini. Jutaan terima kasih sekali
kepada buat Encik Azman dan Encik Amran kerana sudi datang ke SK Issu Bangat dan
memberikan segala input yang berguna buat kami, guru-guru SK Issu Bangat.

Sebagai tanda kenang-kenangan dari kami. Majlis menjemput Tuan Guru Besar, Encik
Raman @ Hj. Amit Bin Hj. Sebai untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Azman Bin
Mantaril dan seterusnya Encik Amran Bin Rakli. Majlis dipersilakan.
Bagi sesi fotografi, majlis menjemput semua hadirin untuk ke dewan dan seterusnya
menikmati sedikit jamuan ringan.
Sebelum saya menutup tirai majlis, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Bunga seroja di atas cemara;
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang saya pinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai