Anda di halaman 1dari 1

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi


Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Taklimat
Bersama UNICLIQ ini.
Yang Berusaha Encik Raman @ Hj. Amit Bin Hj. Sebai, Guru Besar SK Issu Bangat,
Yang Dihormati, Encik Amran , selaku wakil pihak PKG,
Cik Alliana dan __________________ selaku penceramah kita pada hari ini dari pihak
UNICLIQ,
para ibu bapa, dan guru-guru yang saya kasihi sekalian.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk datang ke Taklimat bersama UNICLIQ
pada hari ini. Untuk pengetahuan semua hadirin, taklimat ini terbahagi pada dua sesi. Sesi
pertama untuk ibu bapa dan seterusnya untuk guru dan murid. Tanpa melengahkan masa
lagi, majlis menjemput Cik Alliana untuk memulakan taklimat beliau. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Selesai sudah taklimat kita bersama ibu bapa. Selepas rehat, taklimat seterusnya akan
diberikan kepada guru dan murid pula. Semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk
menikmati jamuan ringan.

(Selesai taklimat bersama guru dan murid)


Terima kasih kepada pihak UNICLIQ atas segala input yang disampaikan sebentar tadi.
Sebelum saya menutup tirai majlis, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Bunga seroja di atas cemara;
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang saya pinta.

Sekian, terima kasih. Murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai