Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS ANTI DARVIH PERINGKAT SEKOLAH

SMK BUKIT KUCHING TENGAH


KUALA SELANGOR 2019

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1 Pembuka Bicara Ke Pekan Kuala membeli bingka, Pengacara diminta


Sayang pesanan terlupa sudah; untuk memaklum-kan
Majlis bermula tirai dibuka, kepada semua murid
Dengan alunan madah yang indah. agar bersedia dan
senyap untuk upacara
Melati kuntum tumbuh melata, majlis bermula
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

2 Alu-aluan Pengacara Bismillahirrahmanirrahim.


Majlis. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berusaha
En Ismail bin Sidek
Tuan Pengetua SMK BKT

Yang Dihormati
Pn Salina binti Ahmad Tajari
Guru Penolong Kanan Pentadiran

Pn.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Rosyatimah
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran


Guru Kaunselor, Guru-guru Cemerlang

Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
rahmatNya dapat kita berkumpul di majlis penutupan BULAN ANTI DARVIH
tahun 2019

3 Emcee Menyenaraikan Hadirin sekalian


Program-program yang
telah dijalankan Seorang pujangga pun berkata
,
adalah dadah itu musuh utama Negara
adalah dadah itu perosak jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata.

Hari ini,
angkara dadah telah mati seorang negarawan
angkara dadah telah mati seorang seniman
angkara dadah telah mati seorang olahragawan
angkara dadah telah mati seorang jutawan
angkara dadah telah mati seorang sasterawan
angkara dadah telah mati seorang ilmuwan
angkara dadah telah mati seorang wirawan.

Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia


kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga
kau racun dalam khayal yang tidak terduga
seperti tercatat dalam sejarah
jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja
namamu
kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

Begitulah bahayanya dadah. Oleh sebab itu, Unit PPDa Sekolah telah pelbagai
aktiviti sebagai KEMPEN KESEDARAN bahanyanya DADAH ini.

Antara Program yang telah dijalankan :

1. Masej 5 minit Anti Dadah


2. Ceramah Akil Baligh untuk pelajar Ting 1 dan 2
3. Ceramah Kesihatan untuk pelajar ting 3
4. Ceramah AADK untuk pelajar ting 4
5. Ceramah ANTI DARVIH oleh ketua unit PPDA JPNS Tuan Haji Mohd
Ghazali Bin Haji Anuar
6. Senamrobik
7. Pertandingan
a. melukis poster
b. mewarna ,
c. buku folio kesihatan
d. eksplorasi anti darvih dan
e. sudut ppda
4 Ucapan Perasmi Para hadirin sekalian, Tuan Pengetua

Hati tertawan Jejaka Tampan


Gerangan Pendeta di Pulau Jawa
Jemputlah Tuan Tampil ke Depan
Berikan Kata Sepatah Dua

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Ismail bin Sidek,
Tuan Pengetua SMK Bukit Kuching Tengah untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Bulan ANTI DARWISH 2019.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di


atas ucapan serta perasmian oleh Tuan Pengetua sebentar tadi.
5 Penyampaian Hadiah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderhati kepada para
pemenang untuk program yang telah dijalankan sepanjang Bulan Anti DARVIH
ini.

Majlis menjemput GPK HEM, ____________________________


Mengiringi Tuan Pengetua bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.

Dipersilakan Para pemenang tampil ke pentas untuk menerima hadiah..

- Pertandingan Melukis Poster


Ting 5 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 4 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 3 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 2 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 1 – tempat ketiga, kedua dan pertama
- Pertandingan Mewarna Poster
Kelas PPKI – tempat ketiga, kedua dan pertama
- Pertandingan Buku Folio kategori Menengah Rendah sahaja (Berkumpulan)
Tempat ke -5
Tempat ke -4
Tempat ke -3
Tempat ke -2
Tempat ke -1

- Ekplorasi Kembara Anti DARVIH


Tempat ke -8
Tempat ke -7
Tempat ke -6
Tempat ke -5
Tempat ke -4
Tempat ke -3
Tempat ke -2
Tempat ke -1
- Pertandingan Sudut PPDa
Ting 5 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 4 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 3 – tempat kedua dan pertama
Ting 2 – tempat ketiga, kedua dan pertama
Ting 1 – tempat kedua dan pertama

Ucapan terima kasih diatas kesudian Tuan Pengetua menyampaikan Hadiah kepada
para pemenang sebentar tadi
6 Persembahan Dikir Majlis belum lagi berakhir,
Barat
Kita teruskan majlis pada hari ini dengan persembahan Dikir Barat.
Persembahan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 4 dan tingkatan 2.
Mereka ini di latih oleh Puan Nurhasyimah binti Mat Saiedan dan Puan Nur Syafira
binti Abdullah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas persembahan yang penuh
bertenaga itu tadi.
7 Penutup dan Bersurai
Majlis kita sudah sampai ke hujungnya, diharapkan segala aktiviti yang telah
dijalankan ada masej yang sampai kepada semua warga SMK Bukit Kuching
Tengah akan bahayanya DARVIH.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemaridisusunmaaf dipinta.

Bungaseroja di ataspara,
Jatuhditimpabuahberangan;
Andai kata tersilapbicara,
Kemaafanjua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada saya


Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh
Majlis diserahkan kembali kepada Pengawas yang bertugas

Anda mungkin juga menyukai