Anda di halaman 1dari 15

Wawancara dengan Cikgu Awang Daud

Berikut saya paparkan wawancara penuh saya (verbatim) dengan Cikgu


Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari
2003.

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-
7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada
tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping,
Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21.
Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat
(daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong
Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya
dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya
dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang.
Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri Badek, Siti Kalsom.
Semua di bawah kami.

Kalau silat jangan tipulah. Kalau gurulatih yang baru-baru ni kata dia itu,
dia ini, pembohong semua.

Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi 7 biji. "Awang, saya mahu awak dengan
Majid jadikan 21," kata Dato’ Meor. Bila jadi 21, ajar pada guru seperti
Ahmad Lazim, Mat Putih, Kalsom, Badek, Sazali dan guru-gurulatih seluruh
Malaysia. Semua turun ke Taiping tahun 1973. Kali pertama kursus
gurulatih. Dan kali pertama juga dia isytiharkan tali pinggang putih, hijau,
merah, kuning dan hitam. Tahun 1973 lah yang mula-mula sekali buat
bengkung.

(Semasa kursus gurulatih) Dato’ bagi orang lain bawa. Bawa dia orang ni
gurulatih pergi jogging. Tinggal saya dengan Cikgu Majid. Masa itulah
susun pelajaran.

Memang 7 biji tangkapan. Belum ada lagi 21. Pukulan pun sama. Kombat 7
biji dia bagi. Kombat dia bagi kat saya di Singapore. Sebab di Singapore
masa tu ada navy (naval base). Pangkalan navy di Woodlands. Semua
bangsa ada. Mat Saleh, Korea, Jepun, India. Dia (Dato’) suruh saya
mengajar navy. Dia kata hak silat jangan mengajar. Ajar kombat 7 biji aja.
Kombat aja. Tahun 1961. Saya mengajar di Woodlands, Singapore.
Memang kombat dia lain sikit daripada Cikgu Majid. Buah tangkapan
semua sama (dengan Cikgu Majid). Saya dapat semua sama. Buah
(tangkapan) semua sama, cuma pembawa dia yang ubah-ubahkan.

Hussain Kaslan, saya kenal dia tahun 1960 di Singapura. Sampai tahun
1963.

You tengok Pasak Singapore main dengan Kedah. Style Kedah main, dia
ada lain sikit. Singapore dia main style lain, style zaman dulu. Style zaman
tahun 1960-an. Zaman saya berlatih dulu. Saya tengok baru-baru ni,
semasa lepas raya dia (Pasak) buat demo di Hotel Hyatt. Dia orang buat
demo. Dia masuk tikaman yang pertama, saya dah tahu. Saya boleh baca
dah satu sampai tujuh buah yang dia orang main. Memang buah tu aja.
Tak payah saya tunggu sampai habis. Buah dulu-dulu. Memang dia main
buah dulu-dulu. Buah tu memang saya belajar dulu. Memang saya tahu.
Tak usah tipu. Bila anak murid dia main buah yang pertama, saya tau dah.
Kejap lagi buah ni. Kejap lagi buah tu. Betul tak saya kata? Saya cakap
dekat orang rumah saya, "Tengok, kejap lagi dia main buah ni, buah keris
ya! Awak cuba tengok buah dua. Buah macam ni nanti." Baik yang main
keris, tangan kosong, parang-rantai, main parang. Old punya. Buah dulu-
dulu. Tapi bila dia orang tengok saya dengan anak-anak buah saya,
termasuk guru-gurulatih sini main, (anak-anak buah saya semua; yang
mana berlatih bukan anak buah Cikgu Majid, anak-anak buah saya semua
tu; termasuk arwah anak saya, semua berlatih dekat saya.) bila orang-
orang Singapore tengok kita main, dia kata, "Wow, macamana Cikgu, yang
ini lain. Best lah buah ni. Minta Cikgu turunkan di Singapore. Satu minggu
latih kami balik." Sebab saya, saya ikut keadaan semasa. Jadi, silat kita
kalau kita tumpu pada cara lama, tak ada pembaharuan. Kita tak boleh
pergi sampai atas.

Karate saya belajar, taekwondo saya belajar, judo saya belajar, wushu
saya belajar, shaolin saya belajar, boxing Siam saya belajar. Sampai ke
Bangkok. Atas daripada Bangkok lagi saya masuk bertanding.

Silat kita memang terbaik, tetapi orang kita tak ada latihan. Cuba silat kita
dapat kepada orang asing. Dah lama berkembang. Lebih daripada ini lagi.

Cuba tanya Cikgu Majid. Dulu berlatih hari-hari. Lepas enam bulan, buat
ujian.

Kita jadi guru silat atau kita jadi pesilat, kita jangan fanatik hanya silat kita
yang terbaik. Silat olahraga ni cara kedudukan dia, cara dia serang, cara
permainan, cara diri, cara dia punya art, dia semua tiru karate dengan
taekwondo. Kalau dia bawa cara macam zaman saya dulu, dia bawa silat
betul. Ini dia campur. Kira pemain-pemain silat olahraga tak pandai silat
pun tak apa. Vietnam mana pandai silat! Tapi orang-orang dia semua
champion karate, taekwondo semua tu. Blackbelt semua tu. Termasuk tok
guru dia. Dia tu kawan saya. Saya tomoi boleh masuk. Silat olahraga ialah
silat yang dicipta oleh kerajaan untuk menghapuskan silat Melayu. Jangan
marahlah...

Yang zaman sekarang ni, anak-anak muda mahu yang mana? Dia mahu
speed. Kita main kita tengok keadaanlah. Jet Li main macamana? Jacky
Chan main macamana? Bukannya lawa tapi buah dia OK juga! Jet Li kita
tengok dia main serius. Lepas tu kita tengok Chuck Norris main. Lepas tu
kita tengok yang lain-lain main. Kita bezakan. Saya biasa discuss dengan
arwah anak saya (Cikgu Zulkarnain). Main berpasangan dengan dia dari
pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi. Tapi jadikan lebih bagus
daripada yang lain-lain. Kita gabungkan semua sekali...

Di Kelantan, saya buka Martial Arts. Saya try buka Martial Arts dua bulan.
Silat-silat Gayong dan gelanggang-gelanggang silat lain semua tutup
habis. Lari ke Martial Arts. Sebab dia tengok ada pembaharuan. Tapi Cikgu
Majid kata, "Tolong tutuplah Martial Arts. Kalau buka Martial Arts, habislah
silat." Betul.

Dia ada perbezaan (dulu dengan sekarang.) Budak sekarang, dia terima
yang itu, itu aja. Buah satu dia pakai tu sampai dia mati tau! Dia tak tahu
pecah, pecah, pecah. Dia kalau orang tu pakar dalam silat, dia gurulatih
silat, saya bagi kat you 1 sampai 7, you boleh pecah jadi 49. Satu pecah
tujuh. 7 x 7 = 49. Kalau 1 sampai 21? 21 x 7. Itu tak masuk pukulan lagi.
Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi tujuh biji. Dia minta saya dengan Cikgu
Majid jadikan 21.

Buat kursus. Ambil tali pinggang. Budak-budak Cikgu Rashid tali pinggang
merah, bila buat ujian (bengkung kuning) dengan saya tak lulus. Saya
suruh keluar tetak kelapa muda bagi pecah. Genting, bata hentak kepala.
Semua tak boleh buat. Ini tak boleh buat.

Kita kalau ujian sekarang ni, kita ikut silibus. Baguslah ikut silibus. Tapi kita
free-sparring tu tak ada. Kita nak ambil merah. Bila ambil merah, kalau kita
dapat merah, kita automatik jadi guru silat. Jadi gurulatih. Jadi kita kenalah
free-sparring. Lima orang serang kita. Dah itu keistimewaan kita.

Dalam ujian, yang pertama kita suruh buat buah. Lima biji. Katakan buah 7,
17, 18, 20, 21. Lepas tu kita suruh buat pecahan. You belajar pecahan
buah 1, buah 2 kan? Buah 3 paling banyak. Paling banyaklah. Kalau buah
18, buah 19, buah 20 belajar tak? Tak tahu kan? Bila kita suruh buat
pecahan buah tu, tak boleh pergi. Itulah dulu tali pinggang, orang yang
memiliki tali pinggang merah tu sekarang ni, dia tali pinggang hitam; taraf
dia sama orang dulu tali pinggang merah. Taraf dia sama aja. Pelajaran
yang dapat tu.

Pecahan dia tak tentu. Kadang-kadang 7. Kadang-kadang 10. Dia tengok


keadaanlah. Sebab kalau kita dah master dalam buah, dalam pukulan ke,
macam saya tunjuk you (pukulan berangkai), alih ni sikit aja saya boleh
pergi sampai 5 (sasaran pukulan).

Kita nampak ni, dekat mana saya nak makan ni. Dia (musuh) cuma boleh
nampak dia nak tangkap kita, dia nak makan kita. Tapi dia tak nampak
yang saya nak makan. Awak nampak tak? Takkan saya nak tunggu.

Tu saya kata jangan fanatik...

Kalau sistem pukulan, pukul dulu. Serentak tiga sekali. Dia punya pukulan
yang tahap masterlah. Apa yang awak belajar tu cuma tahap asas aja. Tapi
awak mengaku memang bagus, memang lawa. Tapi tu cuma asas sahaja.
Asas elakan. Dia maju, kita maju. Tak payah elak, saya terus masuk aja.
Tak sempat nak elaklah, masuk terus aja. Dia pandai tomoi ke, apa ke, kita
mana tahu? Sebab tu sepak dia ada macam-macam. Bukan hanya untuk
duduk jarak jauh. Lagi dekat, lagi bagus.  

LATIHAN KEKUATAN
Nak bagi kuat (tangan) kita pegang(tarik) getah (tiub basikal). Kaki, main
getah juga. Nak bagi tinggi(sepakan), ambil besi ball-bearing, kita tarik kaki
bagi naik, naik...

Tumbuk, guna punching bag. Punching bag, mula-mula bubuh habuk kayu.
Lepas tu dicampur dengan pasir. Lepas tu, buang semua, bubuh pasir
sahaja. Berat sikitlah. Berlatih dalam dua minggu. Ni lama sikit. Lepas dua
minggu, buang separuh daripadanya, kita bubuh batu dengan pasir. Batu
kecil-kecil; batu kerikil. Campurkan.

Silat, kegunaan (serangan) kaki ada 5 cara. Kalau tomoi dia ada dua.
Dalam silat, kita kena kuat 5 bahagian kaki.

Ada latihan silat yang katok tulang kering dengan rotan. Untuk kuatkan
urat-urat kaki. Kaki, dia merangkumi semua anggota kekuatan kita. Segala
penyakit dalam badan kita duduk di kaki tau? Kalau kaki kita sihat
bermakna badan kita sihat. Refleksologi - urut tapak kaki. Tapak kaki ada
beratus cabang urat saraf; punca urat saraf. Dia kena kuat di situ. Kena
mengajilah (kalau nak tahu).  

KISAH MAHAGURU
Dato’ Meor dia ada alat-alat angkat berat. Saya malas(angkat berat). Bila
dia tak nampak, saya letak kaki(atas besi angkat berat), golek-golekkan
besi, bunyi pramm, pramm. Dia (Dato’) ingat kita tengah buat bench press.
Kita (sebenarnya) dok relaks aja. Tak larat kadang-kadang. (Berlatih silat
lagi.) Angkat besi lagi. Mana ada tenaga.

Seelok-eloknya dia suruh kita bangun pagi-pagi, lepas mandi, sarapan tu


kita angkat (besi) tu sejam. Lepas sembahyang subuh. Petang kita berlatih
silat. Malam kita angkat berat(di gym). Kalau kita berlatih silat petang,
malam kita angkat berat. Kalau berlatih silat malam, petang kita angkat
berat.

Dato’ selalu panggil saya suruh rasa otot tangan dia. "Awang, Awang, mari,
mari. Pegang tangan ayah, pegang, pegang."

Dato’ sparring partner dia bertukar-tukar.


Dulu padding kena pakai guni, bangsa yang berat dan besar tu. Ambil
empat helai guni(dan bebat/balut perut). (Saya kalau kena) buat-buat flat.
Cikgu Majid kena, flat, flat betul(bukan buat-buat). Dia celik, kena lagi. Kita
tahan nafas tau! Dia(Dato’) ada pakai ilmu-ilmu dalam.

Banyak yang ambil isim ni abang Cikgu Majid.

Hj. Harun anak murid saya. Belajar daripada A.

Gelanggang latihan di sebelah Balai Polis Kota Sarang Semut. Saya duduk
situ. Rumah Mak cik Som. Datin yang tua. Dia memang orang situ.
Dia(Dato’) buat macam gelanggang, ada bilik-bilik. Nak tidur, yang
perempuan atas rumah dia, yang lelaki di gelanggang. Gelanggang tu
terbuka kepada semua. Hj. Harun semua berlatih di situlah. Masuk
Gayong, mandi Gayong di rumah itu. Dia bukan tempat untuk jurulatih aja.
Dalam setahun ada sekali kursus untuk gurulatih. Untuk gurulatih sahaja.
Saya dengan Cikgu Majid yang ambil alih. Dia(Dato’) dok kat luar. Bukan
dia yang mengajar tapi Cikgu Majid. Dia(Dato’) cuma mengajar bila tengah-
tengah malam, orang tak ada, orang balik habislah.

(Masa saya tengah mengajar) dia(Dato’) kata, "Haa bagus, bagus, bagus."
Kita buat tak bagus pun semua bagus. Kejap lagi orang dah balik, dia kata,
"Salah tu, salah." (ketawa)

(Dato’ ketika turun mengajar) kadang-kadang siap dengan tie, baju lengan
panjang, siap dengan kot dia, dengan kasut Johnson. Dia bukan tanggal
kasut. Kasut tak buang. Dia bagi tummm. Tak pengsan ke kita?

Baju tak pakai. Dia gulung kain pelekat. Dia tunjuk. Dia ajar gitu-gitu aja.
Nak tengok dia pakai baju silat tak dak. Di gelanggang pun gitu juga. Dia
pakai kain sahaja. Baju tak pakai. Dia bukan mengajar. Dia tak mengajar.
Yang mengajar, saya dengan Cikgu Majid. Cuma dia turun bila nak tengok
anak murid lain berlatih. Dia tengok, dia kata, "Bagus, bagus, bagus." Dia
naik atas rumah semula. Bila orang dah balik habis, baru dia panggil Cikgu
Majid dengan saya turun. Dia tegur jika ada kesilapan kita di gelanggang.
Sekarang ni, gurulatih yang mana hak tinggi-tinggi, depan anak murid dia
tegur(gurulatih). Jatuhlah standard. Jatuh standard(air muka) gurulatih.

Dia(Dato’) suruh kita atur(susunan buah). Dia bagi, bukan dia ingat. Apa
yang dia ingat, dia bagi, bagi, bagi. Dia kata cukuplah. Buah pertama, buah
kedua, buah ketiga. Kita aturlah(susun). Ni nombor 1, ni nombor 2, ni
nombor 3, ni nombor 4. Bilangan buah yang diturunkan dia tak kira.
Kadang-kadang kita kata, "Buah ni Dato’ kami bubuh no. 18." Dia jawab,
"Ha, eloklah. Boleh. No. 18 pun bolehlah." Biasanya ikut turutan(terima
buah), ini no. 1, no. 2, no. 3, no. 4.
Dia dulu tugas yang susun mata pelajaran ialah saya dengan Cikgu Majid.
Lepas tu, silibus semua saya dengan Cikgu Majid yang susun mata
pelajaran. Susun daripada mata-mata pelajaran yang kami belajar. Tapi
masalahnya yang orang la ni belajar tak habis. Habis, pelajaran tu masih
banyaklah. Masih banyak duduk dalam Gayong Pusaka.

Antara Gayong Pusaka dengan Gayong Malaysia, main lain. Bukan


bermakna Gayong Pusaka lebih pandai. Gayong Malaysia pun anak murid
saya. Tetapi kerana belajar tak habis. Tak sempat habis, kita dah keluar.
Jadi, Gayong Malaysia lain, Gayong Pusaka lain. Jadi, dia keluar lagu tu
bermakna Gayong Malaysia belajar tak dan habis. Tak sempat habis dah
jadi dua pertubuhan. Jadi dua pertubuhan dia pecahlah. Lepas tu kita sekat
orang Gayong Malaysia tidak dibenarkan masuk dalam Gayong Pusaka
dan orang Gayong Malaysia tidak benarkan orang Gayong Pusaka masuk
dalam Gayong Malaysia. Dia(PSSGM) kata kita menderhaka. Baru tahun-
tahun akhir-akhir ini sahaja guru Gayong Malaysia kami terima berkursus
(di Gurun). Dulu kami tak terima. Lulus kursus barulah pelajaran depa tu
ada. Tapi ada juga yang dah ambil hak kita, dia pukul kita. Datang kursus
dua hari, kita boleh kenal punya.

Kita ni profesional. Sebab kita silat, kita kena bawa ke alam profesional.
Kita jangan bawa ke alam kampung-kampung.

Itulah, dulu arwah Dato’ Meor dia nak jurulatih-jurulatih dia badan mahu fit.
Cikgu Majid pendek-pendek pun dulu badan strong tahu. Sekarang ni dah
tua tak ada apalah. Sebab dulu cabaran dia nak jadi guru silat ni memang
berat sikit. Mesti berani rempuh dugaan-dugaan. Pelajaran yang awak ada
tu, awak guna pelajaran tu. Tapi awak jangan lupa baca Al-Fatihah dan
Qulhuwallah. Selawat. Itu amalan yang dia (Dato’) suruh. Jangan tinggal
langsung. Sebanyak 70,000 kali. Baca Al-Fatihah, Qulhuwallah sebanyak
70,000 kali. Al-Fatihah, selawat dan Qulhuwallah. Setiap satu 70,000. Tapi
orang la ni ingat baca Qulhuwallah sebanyak 70,000. Selawat tak baca. Al-
Fatihah tak baca. Dia mahu semua sekali. Tak kiralah lama mana nak
habiskan. Saya dari tahun 1969 saya baca, sampai sekarang ni saya tak
tinggal lagi. Tiap-tiap bulan puasa baca habis. Baca ketiga-tiga sekali.
Baca wiridlah. O.K katakan waktu ni(Asar) awak selawat dulu. Ambil
selawat 1000 kali. Maghrib awak baca Al-Fatihah 1000 kali, sampai ke
Isyak. Lepas Isyak sampai ke tengah malam nak tidur tu, bacalah
Qulhuwallah 1000 kali pulak. Jadi, dalam satu hari awak dapat semua -
1000, 1000, 1000. Besok awak buat 1000, 1000, 1000 lagi. Dia duduk
dalam ketiga-tiga tu. Pendinding untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga
tu. Kebaikan untuk diri kita pun duduk dalam ketiga-tiga tu. Yang paling
Tuhan kasihi dan Rasulullah paling sayang kerana kita selawat banyak kat
dia. Bila kita selawat banyak kat dia, berkatlah banyak kat kita.
SILIBUS LAMA
Sistem lama, dia tali pinggang putih, orang tali pinggang putih kita ambil
daripada exercise, senaman, lompatan, rangkum semua gerakan tangan
dan kaki jadi Rajawali 49. Hak tali pinggang merah sekarang ni baru tali
pinggang putih dulu. Buah pentas kena main sampai buah 21, buah
tangkapan, buah pukulan, buah pecahan. Baru dapat putih. Untuk tangan
kosong, itu aja. Baru you masuk hijau. Hijau tu dikhusus banyak tongkat,
banyak pisau, gerakan pisau, gerakan tongkat, gerakan parang. Sampai
habis. Lepas tu baru dia masuk keris, masuk lembing, masuk cendai.
Masuk merah. Sekarang tak dak. Sekarang kena cari. Itulah saya kata,
modal habis, tak dak depa ni, tu yang sekat, sekat, sekat.

Hitam dulu powerlah. Hitam dulu kalau setakat tiga orang kita boleh lawan
sambil tutup mata. Lawan senjata. Kira yang terbaiklah tu.

Merah biasa habis senjata semua.

Kuning dia bahagian-bahagian dia. Bahagian pecah genting, pecah kelapa,


koyak kelapa dengan gigi, tokak besi panas, berjalan atas bara api. Bagi
habis pecah-pecah semua genting, pecah kelapa apa semua. Hak dulu
punyalah. Lepas tu dia kena ulang kaji balik, nak tengok dia ingat ke tidak,
daripada buah asas, daripada buah 1, putih, hijau, merah, dia boleh
himpun semua balik tak. Dah kita gulung semua daripada putih, hijau,
merah, dah sampai hak yang pecah-pecah genting, kelapa (pemusnahan),
baru dia masuk ke hitam. Jadi serba segala-galanya dia dah masuk dah.
Baru dia pergi hitam.

Rajawali dia ada buah sendiri. Peringkat kuning. Gerak dia duduk dalam
(bengkung) hijau, dalam merah. Buah dia dalam kuning.

Macam 4-5 orang serang, kena guna langkah yoi. Langkah yoi 1-21. Orang
guna kayu, guna lembing, guna pisau, keris, parang, semua kita boleh
guna(yoi). Tangan kosong lagi sedap.

Gerakan 10-20 dia lompat tepat. Dia dah masuk serangan harimau
kumbang. Itu bahaya dah. Semua dia makan bawah.

Buah yoi dia banyak buah pukulan. Dia tak masuk buah tangkapan. Dia
masuk buah pukulan banyak. Gerak dan masuk. Apabila berlatih, berlatih
gerak dulu, tapak (yoi) dulu. Kalau dah stabil, tahu gerak, baru masuk
buah.

Murid la ni kalau dia ambil putih, bila ambil hijau, pelajaran putih dia lupa
habis. Dia dapat merah, pelajaran hijau dengan putih dia lupa. Dulu kalau
kita nak ambil hak merah, dia uji hak putih dulu. Lepas tu dia uji hijau.
Habis hijau baru uji merah. Tapi penatlah. Kuning - putih, hijau, merah uji
dulu. Hitam - diuji semua sekali.

Zaman saya dulu, tumbuk (gerakan tumbuk) sahaja sebulan.  

SEJARAH PUSAKA GAYONG


Gayong Pusaka - Datin no. 1, Gayong Malaysia Datin - no. 2. Dato’ pernah
kata, "Gayong Pusaka hak aku. Gayong Malaysia pun hak aku. Aku untung
sebab satu guru dua silat." Cikgu Ahmad Lazim pun dengar. Tapi dia orang
nak nafi. Mak cik Som ibu yang tua. Hak Gayong Pusaka untuk ibu yang
tua.

Tapi yang tak akui, orang yang cucuk-cucuk dia. Orang Gayong Malaysia.
Nak ilmu kami boleh bagi. Kalau ikut sistem dalam pertubuhan PSSPGM
(perlembagaan) tak boleh. Bila depa dah balik sana, depa kutuk kami.
Banyak guru-gurulatih hak Gayong Malaysia yang datang sini, ambil
pelajaran di sini. Balik di sana dia kutuk kami di sini. Saya tahu semua tu.
Semua saya tahu. Budak-budak saya ramai di KL. Derhaka pada Dato’
Meorlah, inilah, itulah. Tak nak akui depa ambil pelajaran hak kami. Tak
akui. Saya tahu semua tu.

Cikgu Majid buat rombongan lima buah bas ke Singapore. Untuk pergi
melawat orang-orang Gayong Singaporelah. Orang bawa lari duit. Jadi
rombongan tu tak boleh pergilah. Cikgu Majid yang uruskan semua (yang
tandatangan surat). Orang tu yang kutip duit dah hilangkan diri. Kes itulah.
Lepas tu Dato’ Meor pecat Cikgu Majidlah. Tarik balik semua jawatan-
jawatan. Orang cucuk Dato’? Adalah. Memang adalah.

Lepas tu dapat settle balik. Yang nak pergi rombongan pun orang kami
semua. Orang yang pergi rombongan semua tahu (cerita sebenar). Bukan
Cikgu Majid yang ambil duit. Orang lain semua tahu. Tapi ada orang cucuk
Dato’ suruh siasat. Pecat, tarik balik kuasa apa semua. Tak apalah kan?
Lepas tu umum dalam surat khabar pulak kata Cikgu Majid penipu,
menjatuhkan maruah Silat Gayong.

Orang yang nak pergi rombongan tak jadilah. Jadi depa tahu semua. Nak
buat rombongan dari sini(Kedah), pergi menghadap Dato’ Meor di Taiping.
Menghadap minta tarik balik, suruh Dato’ Meor tarik balik pemecatan. Dia
tak mahu tarik balik. Lepas tu tak pergilah rombongan ramai-ramai tu. Pergi
sebuah bas aja. Yang pergi kepala-kepala aja. Tapi waris-waris beradat,
ketua-ketua beradat, semua guru-gurulatih Kedah kata kalau Dato’ tak
mahu tarik balik, kami akan buka Silat Gayong lain. Termasuk Menteri
Besar Kedah dulu, Tan Sri Osman Arof, termasuk MP, speaker negeri yang
pergi rombongan ke Taiping tu. Balik daftar selalulah. Orang-orang
ini(tokoh politik) jika daftar, sekejap aja pendaftaran lulus. Betul tak?

Lepas 2-3 bulan, kami datang ke Taiping. Kami bagitahu Dato’ Meor, "Dato’
sekarang ada dua silat. Silat Gayong Pusaka satu, hak Mak cik Som. Silat
Gayong Malaysia hak Mak cik Idah."  

GAYONG DAN PELAKON FILEM/DRAMA


Saya ajar silat kepada pelakon untuk berlakon aja(Choreographer). Jins
Shamsuddin dia belajar Gayong awal lagi, dengan Cikgu Majid di Terong,
Perak. Dia belajar awal lagi. Dekat Cikgu Majid. Sebelum dia jadi pelakon.
Dia pergi ke Singapore, lompat terbang semua dia dah boleh. Jins
Shamsuddin, dia memang baik dengan arwah Dato' Meor. Dia kursus
dengan Dato' Meor terus. Wak Jasni di Singapura, dia khusus untuk
pelakon di Jalan Ampas sahaja.

Saya, tawaran berlakon banyak. Semua saya tolak. Pasal drama moden ni
banyak hero jambu-jambu, lawa-lawa.

Pelakon Ebby Yus belajar dekat Sani. Dia anak murid Sani. (Dia boleh buat
backflip?) Ha, memanglah. Dia berlatih. Tu saya kata kalau rajin berlatih,
tak kira badan besar mana dia boleh buat. Yang jadi masalah, saya
gemuklah, saya tak boleh flip, badan saya berat. Memang tak bolehlah.
Kalau kita sendiri, saya kata tadi keyakinan pada diri kita sendiri, kalau kita
tak yakin pada diri kita, mana boleh buat saya gemuk, perut saya buncit,
mana boleh bla bla bla...pun tak bolehlah. Kalau macam tu apa pasal
badan gemuk macam ahli gusti boleh flip ke belakang? Pasal dia yakin
pada diri dia, dia boleh buat. Kemudian, kita kena yakin kita boleh buat. Dia
yang besar boleh buat, takkan kita yang kecil tak boleh buat.

(Latihan?) Latihan dia atas jurulatih jugak. Kalau anak murid kita nak buat
sommersault ke belakang, kita kena pegang tali pinggang. Dua orang di kiri
kanan. Lepas tu pegang tali sahaja(dua orang). Jangan pegang tali
pinggang. Letak tali. Bukan lilit, letak di belakang. Suruh lompat. Angkat tali
- sokong dia dengan tali. Sokong dia jangan bagi tumbang. Sambil tu (beri
kata-kata perangsang), "Oh, pandai. Awak pandai. Pandai. Cantik. Cantik.
Cantik." Dalam cantik, cantik, cantik tu kita jangan support. Letak sahaja
tali(tidak payah lambung). Sambil kata, "Jangan takut. Saya ada." Guna
psikologi, "Rasa tali tak?" sambil kita tarik hujung tali sedikit. "Ada, ada..."
"1,2,3 lompat!!!" "Tak rasa tali pun?" "Awak buat laju, cantik, tak
berasalah..."
Untuk flip depan, kita pegang bahu dia. Letak tangan kita tang tengkuk dia.
Dia angkat kaki, kita lambung dia. Kemudian, letak tangan aja. O.K. 1,2,3
kita jangan angkat.

Handspring depan, kita pegang bahu dia. Dua orang boleh. Seorang pun
boleh.

Saya dulu atas simen. Tak ada tilam, tak ada apa. Tapi tepi pantai. Lorong
Fatimah, belakang dia tepi pantai. Air laut sebagai sokongan. Semua
bengkung akan diuji flip, kecuali kuninglah.  

KURSUS BENGKUNG HITAM


Guru Gayong Malaysia dakwa dapat hitam cula 4, cula 5 daripada
gelanggang Gurun? Saya pun pakai hitam jalur dua aja(ketawa). Dia mesti
melalui saya kalau nak ambil pelajaran hitam yang sampai cula ke-4, ke-5
dan ke-6. Kalau Cikgu Majid sahaja, tak boleh luluskan sampai cula ke-4,
ke-5, ke-6. Ada pelajaran yang hak saya Cikgu Majid tak ada. Dato’ bagi
sama. Bila kami dah atur semua pelajaran tu, jadi khusus macam Cikgu
Majid, kalau orang ambil ujian, Cikgu Majid master bahagian tangkapan.
Kalau bahagian pukulan dengan (serangan) kaki, saya. Kalau Cikgu Majid,
dia master dalam bahgian tangkapan. Kalau orang KL yang ambil ujian di
sini (dengan Cikgu Majid aja), maka dia master bahagian tangkapan aja.
Tapi pukulan dengan kaki nak ambil dekat siapa? Kalau saya tak sign, tak
lulus. Begitu juga jika dia ambil ujian dekat saya seorang. Dia ambil kaki
dengan pukulan, tapi tangkapan Cikgu Majid tak sign, tak lulus. Kalau
macam guru sekolah, subjek sains dia, matematik dia. Takkan dia semua
kena mengajar? Ada pengkhususan masing-masing. Pukulan hak saya,
kaki saya, lepas tu pecah-pecah kelapa, pecah genting, pecah apa semua,
semua hak saya. Orang yang nak lulus tali pinggang hitam, semua hak ini
yang nak lulus. Tangkapan dah tak kisah dah. Benda-benda ini semua ni.
Kalau tak temu dengan saya, macamana nak kata lulus, tak lulus?

Hak (gurulatih) lain tu, ambil (pelajaran) dekat saya dengan Cikgu Majid,
tapi kata Dato’ Meor yang bagi. Dia nak lindung kata saya yang bagi. Dia
tak mahu duduk di bawah saya. Dia tak akan mahu mengaku dia anak
murid saya. Saya tok guru dia. Dia kata dia belajar direct daripada Dato’
Meor. Pembohong! Dia datang sini, dia belajar dengan saya dan Cikgu
Majid. Saya pergi ke Taiping pun, saya bagi(mengajar) dengan Cikgu
Majid. Pergi ke Singapore pun saya bagi(mengajar) dengan Cikgu Majid.
Dengan arwah Ramli(Cikgu Ramli Ibrahim dan Cikgu Ramli Maarof) sekali.
Orang yang menjadi harapan dia(Dato’) masa dia muda-muda dulu. Lepas
tu sampai dia uzur, (Gayong Pusaka) pecah daripada Gayong Malaysia.
Dia uzur dia tak ajar apa dah. Dia pecah Gayong Pusaka dengan Gayong
Malaysia sebenarnya dia dah tua dah. Tak larat apa dah. Masa pecah tu
tahun 1978. Jadi dah tua dah, dia tak larat dah, dan dia dah tak larat, dia
tak mengajar silat. Dia pakai smart-smart. Kot dengan tie, dengan kasut
tajam dia. Dia tak mengajar silat dah. Dia cuma pergi melawat sana,
melawat sini, melawat merata-rata dah. Pelajaran dah habis susun.
Dengan Cikgu Majid habis dah. 1973 (kursus gurulatih pertama). Pelajaran
Gayong Pasak takat Dato’ ada di Singapore aja. Tu lah saya kata tengok
demo baru-baru ini, yang main semua stail lama dulu. Lama-lama dulu.
Budak-budak saya tak pakai tu. Tak syoklah tengok.

(Orang lama Gayong Singapura Pak Sulong dakwa Gayong ni cerdik, buah
asal cuma tujuh biji tapi la ni boleh jadi banyak?)

Memang Gayong (buah asal) 7 biji. Memang Gayong cerdik. Saya belajar 7
biji. Memang saya tak nafi. Memang 7 biji. Gayong Pasak, Pak Hussain
Kaslan, dia jumpa saya hari tu, dia kata, "Memang cerdik. Awak memang
cerdik Awang. Gayong 7 biji awak jadikan memang cantik main dia." Saya
kata kat Pak Hussain, "Tak cantik macamana bang. Kalau kita melukis,
kalau kita harap warna putih aja, cantik tak? Warna putih aja tak cantik.
Kita kena campur warna merah, warna hijau, warna kuning, warna biru.
Bila tengok dibubuh warna-warni, cantik tak?" "Oh, cantik," dia kata.
"Macam kereta Pak Hussainlah, dia kita make-up lawa-lawa, bubuh
spotlight warna kuning, cat warna-warni, cantik tak?" tanya saya. "Saya tak
nampak kot tu. Kena pergi Singapore," dia kata.  

DIPLOMA SILAT SENI GAYONG SCHOOL


Cuma yang ada 3 orang aja. Cikgu Ahmad Lazim tak ada tu. Singapore
Gayong School. Yang dapat diploma - saya, Cikgu Majid, Cikgu Nordin
Perlis dan arwah anak dia, Siti Aishah. Walaupun saya tak berlatih dengan
Dato' Meor(di Taiping), pelajaran semua saya tahu.

AWANG DAUD’S MARTIAL ARTS


Dia(silat lain) nak cedok kat mana dia punya pasallah. Macam saya juga.
Saya duduk di Kelantan, saya buka martial arts. Kita tak ambil buah silat
Gayong. Buah-buah, saya tak ambil hak Gayong. Saya gabungkan sendiri
karate, taekwondo, wushu, boxing Siam. Saya gabungkan, saya jadikan
satu Martial Arts. Kalau tengok buah saya lebih canggih daripada Silat
Gayong. Memanglah Cikgu Majid tuduh orang Gayong nak campur
adukkan dengan karate, taekwondo, wushu, apa semua. Memang sayalah.
Dia smash kat sayalah. Saya buka martial arts. Memanglah. Dulu saya
gabungkan semua. Wushu saya belajar. Karate saya belajar. Kungfu saya
belajar. Permainan kayu India saya belajar. Boxing Siam saya belajar.
Gabungkan semua sekali. Saya cari yang canggih-canggih semua. OK
macam karate dia punya kepakaran bahagian tendangan. Tendangan dia
memang hebat kan? Taekwondo dia punya pattern. Cantik kan? India dia
punya permainan kayu. Boxing Siam cara dia tumbuk dengan siku. Serupa
dengan buah silat. Saya masuk semua. Cantik tak? Barulah bunga tu
bunga silat. Pukulan saya ambil hak silat. Saya ambil separuh. Misalnya
daripada 13 steps, saya ringkaskan jadi 3 steps sahaja. Jadi, orang hendak
hak banyak ke hendak hak sikit? Janji musuh jatuh. Janji KO. Jadi, bila
saya buka di Kelantan, ibu bapa bawa anak-anak. Anak kecil-kecil. Hak
tadika pun ada, hak darjah satu, darjah dua. Pegang anak dua-dua tangan,
mari berlatih dekat saya. Yuran RM25 sebulan. Kalau 3 orang? Sebulan
dekat RM75 untuk belajar (Martial Arts) aja. Belajar silat RM3 sebulan.
Setahun lebih di Kelantan. Sampai dalam istana pun saya buka. Sampai
semua Pertahanan Awam, Tentera, Polis semua masuk habis. Pusat
Pengajian Tinggi apa semua, Nilam Puri apa semua, semua habis masuk.
Saya cuba serap ke dalam Gayong. Orang-orang Gayong Kelantan
merayu, "Cikgu buat camtu, walaupun RM3, tak ada orang berlatih. Semua
lari pergi ke Cikgu habis." Habis, 18 cawangan saya buka. Saya, arwah
anak saya dan 6 orang jurulatih. Sampai istana saya masuk. Dia
gelanggang Silat Gayong semua jadi gelanggang Martial Arts. Nama dia
Martial Arts. Dia diregister. Di Kuala Lumpur, tempat saya di FINAS.
Semua artis belajar Martial Arts. Depa tengok Awang Daud’s Martial Arts.
Dengan logo saya depa pakai berlakon drama. Ada lagi orang dok pakai.
Siap logo, semua siap. Dengan baju, dengan logo, dengan register. Semua
siap. Kalau tidak, tak luluslah.

Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur dan tanya guru karate, guru taekwondo,
guru shaolin di KL, guru yang besar-besarlah, yang kecil-kecil tak
payahlah, siapa dia Awang Daud? Nanti dia kata, "Kalau lu tak kenal siapa
tu Awang Daud, lu tak usah belajar silatlah. Tak guna lu masuk silat kalau
lu tak kenal Awang Daud."

PERTANDINGAN JUARA PENDEKAR KEDAH


Juara Pendekar di Kedah dia buka kepada semua (seni bela diri).
Peraturan dia jangan bagi mati aja. Jangan pukul mata, jangan pukul buah
penyawa. Atas badan semua boleh pukul. Superstar hak kuat, hak terror,
lawan dengan budak yang latih di sini(Gurun), tercabut tangan. Terkulai.
Kena dengan budak-budak sinilah. Budak sini sebelum saya buat
pertandingan tu saya latih 3 bulan dululah. Bagi latihan ala tentera habis.
Selama 3 bulan. Lepas tu baru keluar borang untuk pertandingan. Dah
buat persiapan dulu. Tapi biasanya tuan rumah memang begitulah. Kalau
Sukan SEA kita jadi tuan rumah, lagi dua tahun dia bagitahu siapa tuan
rumah. Jadi kita preparelah. Juara silat semua orang Gayonglah.
Taekwondo depa tak masuk. Bila dia tengok kali pertama dia tak masuk.
Dia (tuan rumah) kata hari pertama dia bagi silat aja. Silat Gayong sahaja.
Untuk pemilihan ke peringkat antarabangsa ni. Kalau karate dan
taekwondo nak masuk, tunggu hari kedua. Tengok-tengok yang habis
pecah muka, yang selak, yang terkopak. Mereka tarik diri. Mana nak
masuk. Tak boleh nak masuk. Tak nak masuk sebab ganas. Jurulatih
taekwondo hak Kedah dia kawan baik saya. Dia kata, "Cikgu buat gitu mati
ooo…" Peraturan dia memang ada. Jangan pukul sini, jangan pukul situ.
Peraturan dia gitulah. Macam silat olahraga jugak (cuma tiada padding.)
Line hitam. Kalau awak fight, awak masuk dalam kawasan hijau. Kalau
awak keluar dari line merah, bermakna awak terkeluar(out). Sebab awak
takut nak lawan. Awak lari keluar. Kalau kena tendang dan terlambung
keluar, dia boleh masuk balik. Kalau sengaja lari keluar, memang out. Kira
outlah. Kalau dia dapat kunci, macam gusti, dapat kunci sampai tak boleh
buka, dia dikira menang. Muka boleh dipukul tapi dengan tapak tangan.
Silat dia dah buat lama dulu pertandingan terbuka banding dengan K-1 di
USA.

Saya ilmu mengurut saya tak ada. Dato' bagi kat orang lain saya tak tahu.
Saya ilmu(isim) Dato' Meor semua saya tak belajar. Pak Ngah Mat Khir
dengan Cikgu Majid belajar. Saya tak belajar. Saya belajar fight aja. Kursus
khas saya ialah untuk fight aja. Saya tak belajar ilmu-ilmu rawatan, ilmu
pendinding dan lain-lain.

Kalau silat di seluruh Malaysia, termasuk 368 jenis silat di Malaysia,


asalnya silat yang terbang, yang melenting, yang apa semua, Silat
Gayonglah. Lepas tu bertahun-tahun kemudian, baru ada silat lain timbul,
yang boleh terbang(menghambur). Silat Gayong Kuntau Jawa Kedah - Pak
Hussein. Lepas tu timbul pula Silat Gayong Singa Berantai - Hassan
Topok.

PENYATUAN GAYONG
Cadangan awal - Gayong Malaysia nak bubar Gayong Pusaka dan lantik
Cikgu Majid jadi Guru Utama dan Cikgu Awang sebagai pembantu. Dia
punya pelan awallah. Jadi, kita serapkan Gayong Pusaka dalam Gayong
Malaysia.Jadi, boleh ke? Saya kata Silat Gayong Pusaka jangan hapus.
Biar Cikgu Majid masuk PSSGM dulu. Lantik Cikgu Majid dulu. Masuk
dalam Gayong Malaysia. Saya akan urus dalam Gayong Pusaka. Tak
boleh ke? Kena hapus? Saya kata kami pendaftaran masih hidup. Gayong
Malaysia dah mati(pada masa tu). Baik Gayong Malaysia masuk dalam
Gayong Pusaka. Lagi bagus. Ohh tak boleh, dia kata. Awak nak hidupkan
Gayong Malaysia, awak nak matikan kami. Tapi hak kami hidup, hak awak
punya mati. Jadi dia nak gunakan hak Gayong Pusaka ni, nak gunakan
untuk hidupkan Gayong Malaysia. Mana boleh, saya kata. Gayong
Malaysia masuk di bawah Gayong Pusaka, bernaung di bawah Gayong
Pusaka. Dia tak mahu gitu. Ahmad Lazim tak mahu gitu. Kalsom pun tak
mahu gitu. Nak suruh hapus Gayong Pusaka. Sorry lah saya kata.Ya lah
memang dia orang(PSSGM) nak ambil Cikgu Majid pegang Lembaga Adat.
Bila ambil Cikgu Majid, secara automatik orang kata Gayong Pusaka akan
ikut dia orang ni. Tentu dia akan ikut bapak dia, Cikgu Majid. Tapi saya
kata sorry lah. Saya tak ikut. Biar saya tak mengajar silat, tak mengapa.
Apabila Cikgu Razali meninggal, Ahmad Lazim yang kuat dengan Cikgu
Majid. Yang suruh bubar Gayong Pusaka. Suruh masuk dalam Gayong
Malaysia sebab dia pegang pewaris dalam Gayong Malaysia. Dia pewaris
Gayong Malaysia. Pewaris masih banyak yang ada. Dia mana boleh
pegang. Fadilah ada lagi. Anak Dato', Fadilah.

CIKGU AWANG DAN TOKOH SILAT LAIN


Gayong Fatani asal Pattani. Anuar Wahab tu kawan baik saya. Pernah
belajar Gayong atau tidak, saya tak tahu. Tapi Cikgu Majid kata Anuar
anak murid Gayong. Tapi dengan saya dia tak belajar. Saya tak pernah
tahu dia belajar Silat Gayong. Dia belajar dekat Cikgu Majid. Ataupun dia
belajar dengan Dato' Meor. Tapi saya tak tahulah. Wallahualam. Tok guru
dia orang Kedah. Orang Pendang. Tok guru dia anak murid Dato' Meor
juga. Wallahualam.

Cekak tu tok guru dia orang Perak. Pak Ya tu. Saya tak kenal Pak Ya. Tapi
yang Azmi Long bawa tu (Kalimah). Juga Ustaz Hanafi (Cekak). Ustaz
Hanafi tu dia masa nak buka silat, masa tu saya tak kahwin lagi, saya baru
belajar silat, dia datang ke rumah Cikgu Majid. Dia selalu tengok saya.
Saya masa tu tengah ajar kursus tumbuk genting, pecah genting, kepak
besi. Dia minta saya bekerjasama dengan dia pergi jual ubat. Saya tunjuk
kuat, dia jual ubat. Azmi Long dia jual ubat bodybuilder. Saya tunjuk kuat,
dia jual ubat. Lepas tu hilang. Dia hilang. Ustaz Hanafi hilang. Muncul
kembali, Azmi Long dengan Silat Kalimah, Ustaz Hanafi dengan Silat
Cekak.

Lincah pulak, sejarah dia kalau orang tanya saya, saya tak tahu. Yang
saya tahu saya yang buka gelanggang di rumah Omar Din. Makan nasi
beriani. Arwah En. Razali Salleh yang bawa saya, pergi dengan Cikgu
Majid. Itu yang saya tahu.

Anda mungkin juga menyukai