Anda di halaman 1dari 8

8 Permainan Tradisional Malaysia Zaman Dulu

by Ainniah Zulkefli  | Oct 30, 2020 | Info Bayi dan Kanak-kanak , Lain-lain  | 2 comments

Aduhai, umur dah lebih 30 tiba-tiba terasa rindu pula dengan permainan
tradisional Malaysia yang pernah saya bermain bersama rakan-rakan
dan saudara mara dahulu. Rasanya generasi 1980an (generasi kami lah
tu) yang paling beruntung dari segi aktiviti luar yang ‘adventurous’ yang
bermacam-macam tu. Hihihi.
Zaman kami itu, kami membesar tanpa gajet. Hampir setiap hari pasti
ada saja aktiviti fizikal yang buat kami pecah peluh, bergelak ketawa
bersama kawan-kawan serta melepaskan tekanan belajar.
Bila dah masuk zaman kanak-kanak terdedah dengan gajet macam
sekarang ni, barulah saya sedar yang aktiviti fizikal yang kami hadapi
setiap hari dahulu sangat penting untuk perkembangan fizikal, kesihatan
mental dan sosial anak-anak bila mereka semakin membesar.
Jom tengok apa yang kami main dulu-dulu. Yang satu zaman dengan
saya, boleh refresh semula memori zaman kanak-kanak. Kalaulah ada
mesin masa yang boleh patah balik ke zaman kanak-kanak… Hihihi.
.
Permainan Tradisional Malaysia Yang Pernah Popular
.
1# Lompat Tali Getah

(Gambar Google)

Yang suka main lompat tali getah ni biasanya budak-budak perempuan.


Tapi kalau ajak budak lelaki, depa join saja hihi.
Dalam permainan ini, dibahagikan kepada dua kumpula. Satu kumpulan
pegang dua hujung tali getah dan kumpulan yang lagi satu akan
melompat tali getah bergilir-gilir.
Kumpulan mana yang berjaya lompat tali getah pada paras yang paling
tinggi, merekalah yang menang. Ada level-level juga tau, dah tak ingat
pula nak ceritakan haha.
Ada juga yang main tali getah dengan melompat tali getah yang
dihayunkan di bawah sahaja atau dalam bentuk bulatan. Sambil hayun
tali getah sambil menyanyi.
“Rumah terbakar panggil bomba… Bomba datang berlumba-lumba…
Anak kambing patah kaki (lompat dengan sebelah kaki)… Anak
kambing pandai menari (lompat sambil pusing badan)… Anak kambing
makan rumput (sambil tangan mencecah lantai seperti sedang makan
rumput)… Anak kambing masuk kandang (kedua kaki kena ‘tangkap’ tali
getah di antara dua kaki yang dah jejak ke lantai)…”
Wahhh seronoknya! Happy kan zaman kanak-kanak kami?
.
2# Main Gasing

Dulu selalu ada pertandingan main gasing. Masing-masing pun bawa


gasing sendiri untuk menunjukkan kehebatan.
Nak main gasing ni kena lilitkan ia dengan tali yang ada. Kemudian tali
akan ditarik membuatkan gasing berputar. Gasing yang berputar paling
lama akan menang. Nak langgar gasing lain pun suka hati la, asalkan
gasing tak berhenti berputar, bolehlah menang haha!
Kalau korang nak tahu, beyblade yang ada pada zaman sekarang ni
macam inovasi dari gasing lah. Gasing versi tanpa tali.
.
3# Main Guli
Main guli ni mainan kegemaran budak-budak lelaki.
Seingat saya, main guli ni kita lukis bulatan di atas pasir. Kemudian main
jentik-jentik guli ke arah guli lawan kita supaya terkeluar dari bulatan tu.
Betul ke? Sebab saya macam tak pernah main guli dulu. Tapi teringat
sebab memang popular zaman saya.
Main guli ni tak banyak bergerak, tetapi memerlukan fokus dan
konsentrasi untuk tujukan guli kita mengenai guli lain.
.
4# Galah Panjang
Yang ini memang antara permainan kegemaran kami kat taman petang-
petang. Budak-budak ramai sesuai sangat main. Tengok gambar ni saja
pun dah boleh tahu perlukan ramai orang untuk bermain.
Macam mana nak main galah panjang?
Contoh macam dalam gambar, ada dua kumpulan – merah dan kuning.
Ahli kumpulan kuning perlu berjaga di garisan masing-masing, jangan
bagi mana-mana ahli kumpulan merah melalui petak-petak untuk sampai
melepasi garisan belakang sekali (tanda menang).
Haa, pandai-pandailah depa nak melepaskan diri dari satu petak ke
petak seterusnya tanpa disentuh sedikit pun oleh si penjaga. Masa ni la
kita boleh tengok siapa yang bijak mengatur strategi dan laju bergerak
hehe. Sambil main, sambil fikir, sambil pecah peluh gitu. Barulah sihat!
Kalau zaman dulu dah kenal Performance Drink, mesti lagi best. Eh!
.
5# Rebut Tiang

Hahaha, cerita pasal main rebut tiang ni teringat saya dan kawan-kawan
selalu main lepas habis sekolah agama sementara tunggu van sampai.
Untuk main ni perlukan bilangan ganjil pemain. Sebab sorang tu akan
jadi orang yang kena berusaha rebut tiang orang lain.
Lebih mudah nak faham kalau tengok gambar kat atas ni, adik berbaju
lengan hijau tu kena berusaha tukar tiang dengan yang berbaju lengan
kuning, tanpa adik yang pakai baju sekolah (tak ada tiang) tu dapat tiang
depa. Mana-mana dua orang nak tukar tiang pun boleh. Hihihi.
.
6# Congkak
Congkak ni mainan tradisional Malaysia indoor. Perlukan 2 orang
pemain dalam satu-satu masa.
Dipendekkan cerita, cara main congkak ialah pemain perlu masukkan
sebanyak mungkin guli ke dalam ‘rumah’ masing-masing (‘rumah’ =
lubang besar di dua hujung tu). Masa main congkak ni la ada istilah
‘tikam’, ‘terbakar’ dan lain-lain lagi. Hahaha, nostalgia sungguh! Mesti
yang tak pernah main congkak tak faham kan?
.
7# Teng-teng (Ketingting)

Masa zaman saya, kami panggil permainan ni “teng-teng”. Tapi baru ni


masa tolong anak buat kerja sekolah, saya terjumpa perkataan
“ketingting” yang menunjukkan permainan yang sama. Umi hampa ni
dah lebih 30 tahun baru tahu ejaan betul untuk permainan ni haha.
Untuk bermain “teng-teng”, perlu melukis beberapa petak contohnya
macam dalam gambar. Saya dulu gunakan kapur dan lukis atas simen di
laman rumah. Kalau bermain kat jalan tar pula, saya gunakan batu bata
yang berwarna merah tu.
Cara bermainnya, setiap pemain akan melontarkan batu masing-masing
mengikut urutan nombor, contohnya bermula dengan nombor 1.
Kemudian perlu melompat dengan sebelah kaki ke nombor 2, 3, dan
seterusnya sehingga 9. Lepas tu patah balik pula (nombor menurun
9,8,7,…sehingga 2), dan ambil semula batu di petak nombor 1 tadi.
Ini cuma step awal-awal sahaja. Ada lagi sambungan selepas itu yang
saya pun tak berapa nak ingat (hahaha sori!).
.
8# Masak-masak

Haa, kami dulu main masak-masak guna peralatan betul. Kalau ada
pinggan mangkuk dari dapur mak yang hilang tu, kami la yang ambil
buat main hihihi.
Kalau ada yang terer pasang api lagi best. Siap ‘kidnap’ beras dari dapur
lagi untuk konon-konon masak nasi. Ataupun ambil pasir buat macam
nasi. Koyak kertas kecik-kecik pun pernah buat juga hahaha.
Dan mesti korang pun ada yang ambik dedaun kat pokok pastu tumbuk-
tumbuk sampai keluar warna hijau, campur air konon-konon buat air teh
kan?
Aduhai rindu sungguh la! Macam-macam kan kami dulu? Agak-agak
kalau kita ajar anak-anak sekarang main permainan tradisional Malaysia
kat atas ni, depa akan suka tak? =)
 
Tercari-cari makanan/minuman tambahan untuk membantu melengkapkan nutrisi anak anda?

Anda mungkin juga menyukai