Anda di halaman 1dari 17

AKTA 342

BAHAGIAN IV

MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Resional pindaan


Kehendak supaya memberitahu tentang
penyakit berjangkit.

10(1) Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana 10(1a) subseksyen baru Denda yang berasingan
rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit Mana-mana orang yang melanggar perlulah dikenalpasti
berjangkit dan tiap-tiap orang yang menjaga subseksyen 10(1) adalah melakukan mengikut siapa yang
atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan melakukan sesuatu
orang yang bukan pengamal perubatan yang boleh didenda atau dipenjarakan selama kesalahan.
menyenggarakan mana-mana orang yang tempoh tidak melebihi satu tahun atau
mengidap atau yang mati akibat penyakit kedua-duanya.
berjangkit hendaklah, apabila dia tahu
tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu
pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah
atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai
polis yang paling hamper atau memberitahu
ketua kampong yang paling hampir, seboleh-
bolehnya tanpa kelengahan,tentang
kewujudan penyakit itu.

1
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Resional pindaan

10(2) Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat Membatalkan perkataan “mendapat 1.Perkataan ”mengsyaki
atau “mendapat tahu” tentang wujudnya tahu” dan menggantikan dengan adalah lebih tepat
apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana perkataan “mengsyaki” berbanding dengan
premis hendaklah memberi notis tentang ”mendapat tahu”
wujudnya penyakit berjangkit itu kepada Membatalkan perkataan ”seboleh- 2. Menetapkan tempoh
Pegawai Kesihatan yang paling bolehnya tanpa kelengahan” dan masa melaporkan
hampir,”seboleh-bolehnya tanpa menggantikan dengan perkataan mengikut jenis-jenis
kelengahan”, dalam borang yang ditetapkan ”mengikut tempoh masa dalam jadual penyakit itu.
oleh peraturan-peraturan yang dibuat di seperti yang ditetapkan”
bawah akta ini.

10(2a) Baru 10(2a) subseksyen baru


Mana-mana pengamal maklmal yang Para pengamal makmal
mengsyaki apa-apa penyakit berjangkit hendaklah
hendaklah memberitahu Pegawai bertanggungjawab untuk
Kesihatan yang paling hampir mengikut melapor kejadian
tempoh masa seperti yang ditetapkan penyakit berjangkit
dalam jadual pertama di bawah akta ini. kepada pegawai
kesihatan berhampiran.
10 (2b) Baru 10 (2b) subseksyen baru
Mana-mana pengamal perubatan Para pengamal perubatan
tradisonal yang merawat atau mensyaki tradisonal hendaklah
apa-apa penyakit berjangkit hendaklah bertanggungjawab untuk
memberi Pegawai Kesihatan yang melaporkan kejadian
paling hampir mengikut tempoh masa penyakit berjangkit
seperti yang ditetapkan dalam jadual kepada pegawai
pertama di bawah akta ini kesihatan berhampiran.

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Resional pindaan

2
Kategori orang ini tidak
10(3) Orang yang menjaga sesuatu rumah tertakluk kepada
tumpangan hendaklah memberitahu Pegawai kehendak dalam jadual
Kesihatan Daerah atau kemudahan kesihatan pertama.
kerajaan atau balai polis yang paling
hampir,seboleh-bolehnya tanpa
kelengahan,jika dia tahu atau mempunyai
sebab untuk percaya bahawa mana-mana
orang dalam rumah tumpangan itu mengidap
atau telah mati akibat penyakit berjangkit

10(4) Mana-mana pegawai polis atau kampung Kategori orang ini tidak
yang menerima pemberitahuan di bawah tertakluk kepada
seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai kehendak dalam jadual
kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan pertama
yang yang paling hampir,seboleh-bolehnya
tanpa kelengahan

10 (5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen 10 (5) Mana-mana orang yang
ini adalah melakukan suatu kesalahan melanggar seksyen ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan :-

(a) berkenaan dengan sesuatu kesalah


pertama didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya;
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Resional pindaan

3
(b) berkenaan dengan sesuatu kesalahan
kedua atau yang kemudiannya didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

(c) berkenaan dengan sesuatu kesalahan


yang berterusan didenda selanjutnya
tidak melebihi lima ribu ringgit bagi
tiap-tiap satu hari kesalahan itu
diteruskan.

10(6) Apabila mana-mana orang dipertuduh di


bawah seksyen ini,dia hendaklah dianggap
telah tahu tentang kewujudkan penyakit
berjangkit itu atau telah mempunyai sebab
untuk percaya bahawa suatu penyakit
berjangkit wujud, melainkan jika dia
menunjuk kepada mahkamah di mana dia
dipertuduhkan berpuas hati bahawa dia tidak
tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang
penyakit berjangkit itu dengan usaha yang
berpatutan atau bahawa dia tidak
mempunyai sebab untuk percaya bahawa
suatu penyakit berjangkit wujud.

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

4
11 (1) Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

Jika menteri berpuas hati bahawa suatu Meminda dengan menambah perkataan
penyakit berjangkit telah bermula di mana- ” melalui perintah dalam warta” iaitu
mana kawasan di Malaysia atau bahawa melalui perintah samada dalam warta
mana-mana kawasan diancam oleh wabak atau melalui perintah bertulis dalam
apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh surat khabar atau dalam media massa
melalui perintah dalam warta, tempatan.
mengisytiharkan kawasan itu sebagai
kawasan tempatan jangkitan. Pindaan 11(1)

Jika menteri berpuas hati bahawa


suatu penyakit berjangkit telah
bermula di mana-mana kawasan di
Malaysia atau bahawa mana-mana
kawasan diancam wabak apa-apa
penyakit berjangkit, dia boleh melalui
perintah samada dalam warta atau
melalui perintah bertulis dalam surat
khabar atau dalam media massa
tempatan, mengisytiharkan kawasan
itu sebagai kawasan tempatan
jangkitan.

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

5
11 (2) Menteri boleh,melalui peraturan-peraturan (2) Untuk mengawal atau mencegah
yang di buat di bawah akta ini, menetapkan mana-mana penyakit berjangkit,
langkah-langkah yang hendak di ambil untuk syndrome atau kejadian risko kesihatan
mengawal atau mencegah merebaknya apa- awam di dalam atau dari sesuatu
apa penyakit berjangkit di dalam atau dari kawasan tempatan jangkitan, menteri
sesuatu kawasan tempatan jangkitan. boleh:

(a) memerintah langkah-langkah umum


untuk perhatian orang awam;

(b) memerintah rumah kediaman atau


institusi kebajikan sebagai tempat
pengasingan dan institusi perlajaran dan
pusat penjagaan harian hendaklah di
tutup.

(c) merintah supaya dibasmi kuman


segala barang atau tempat yang telah
tercemar atau jika barang atau objek
tidak berupaya dibasmi kuman dengan
sempurnanya, memerintahkan
pemusnahannya; dan

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

6
(d) di larang mengadakan atau
menganjur mesyuarat, perhimpunan atau
hiburan umum.

11 (3) Selama berkuatkuasanya sesuatu perintah


yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah
sah di sisi undang-undang bagi mana-mana
pegawai diberikuasa mengarahkan supaya
mana-mana orang atau golongan atau
kumpulan orang yang tinggal di dalam
sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di
dalam mana-mana bahagian membenarkan
dirinya atau diri mereka :-

(a) dirawat atau diimunisasi;

(b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi


selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal
keadaan; atau

(c) dikenakan apa-apa langkah lain


sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
pegawai diberkuasa untuk mengawal
penyakit itu.

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

7
11(4) Adalah sah bagi sesorang pegawai
diberikuasa menggunakan kekerasan, dengan
bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan
menggunakan apa-apa cara yang mencukupi
untuk memastikan bahawa apa-apa arahan
yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
dipatuhi.

11(5) Mana –mana orang yang enggan mematuhi Pindaan subseksyen 11(5)
apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah
subseksyen (3) adalah melakukan suatu Dengan membatal perkataan
kesalahan. ”subseksyen (3)” dan menggantikan
dengan perkataan ”seksyen ini”

11(5) Mana-mana orang yang enggan


mematuhi apa-apa arahan yang
dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan :-

(a) berkenaan dengan sesuatu kesalahan


pertama didenda tidak melebihi sepuluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya;

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

8
(b) berkenaan dengan sesuatu kesalahan
kedua atau yang kemudiannya didenda
tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
dan

(c) berkenaan dengan sesuatu kesalahan


yang berterusan didenda selanjutnya
tidak melebihi lima ratus ringgit bagi
tiap-tiap satu hari kesalahan itu
diteruskan.

12 (1) Tiada seorang pun yang tahu atau Seksyen 12


mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia Orang-orang dijangkiti tidak boleh
mengidap penyakit berjangkit boleh bertindak mengikut cara yang boleh
mendedahkan orang-orang lain kepada risiko merebakkan penyakit berjangkit
jangkitan melalui kehadiran atau
kelakuannya di mana-mana tempat awam Pindaan bagi seksyen 12(1)
atau mana-mana tempat lain yang digunakan
bersama-sama oleh orang-orang selain Subseksyen 12(1) di pinda dengan
daripada anggota-anggota keluarga atau membatalkan perkataan ”di mana-mana
rumahnya sendiri. tempat awam atau mana-mana tempat
lain yang digunakan bersama-sama oleh
orang-orang selain daripada anggota-
anggota keluarga atau rumahnya
sendiri”

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

9
12(1) Tiada seorang pun yang tahu
atau mempunyai sebab untuk percaya
bahawa dia mengidap sesuatu penyakit
berjangkit boleh mendedahkan orang-
orang lain kepada risiko jangkitan
melalui kehadiran atau kelakuannya
di mana-mana tempat awam

12(2) Tiada seorang pun yang tahu atau


mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia
mengidap mana-mana penyakit berjangkit
yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual
Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan
yang dia tahu mempunyai sebab untuk
pecaya mungkin membawa kepada
merebaknya penyakit berjangkit itu.

12(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen 12(3) Mana-mana orang yang
ini adalah melakukan suatu kesalahan. melanggar seksyen ini adalah
melakukan kesalahan dan apabila
disabitkan:-

(a) berkenaan dengan sesuatu pertama


didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

10
(b) berkenaan dengan sesuatu kesalahan
kedua atau yang kemudiannya didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahu penjara atau kedua-
duanya; dan

(c) berkenaan dengan sesuatu kesalahan


yang berterusan didenda selanjutnya
tidak melebehi lima ribu ringgit bagi
tiap-tiap satu hari kesalahan itu
diteruskan.

12(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana- Subseksyen baru 12(5)
mana orang yang kehadirannya atau Adalah tidak menjadi pembelaan bagi
kelakuannya di tempat yang disebut dalam mana-mana orang yang dituduh di
subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud bawah seksyen ini yang dia tidak
mendapatka rawatan perubatan. mengetahui bahawa kelakuannya
berkemungkinan akan menyebarkan
penyakit berjangkit, melainkan ia
membuktikan bahawa kelakuannya
adalah dibenarkan dengan notis bertulis
oleh pegawai kesihatan di tempat
tinggalnya.

11
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan
Pengawalan barang-barang tercemar
dan binatang-binatang yang dijangkiti

13(1) Tiada seorang pun yang tahu atau


mempunyai sebab untuk percaya bahawa
mana-mana barang telah tercemar atau
bahawa mana-mana binatang telah
dijangkiti atau tercemar boleh
memberikan, meminjamkan, menjual,
menghantar, menggunakan atau
mendedahkan barang atau binatang itu
tanpa pembasmian kuman terlebih dahulu.

13(2) Mana-mana orang yang melanggar 13(2) Mana-mana orang yang melanggar
subseksyen (1) adalah melakukan suatu subseksyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan. kesalahan dan apabila disabitkan;

(a) berkenaan dengan sesuatu kesalahan


pertama didenda tidak melebihi dua puluh
rubu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya;

(b) berkenaan dengan sesuatau kesalahan


kedua atau yang kemudiannya didenda tidak
melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya;

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

12
(c) berkenaan dengan sesuatu kesalahan
yang berterusan didenda selanjutnya tidak
melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu
hari kesalahan itu diteruskan.

13(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-


mana orang yang menghantar, dengan
langkah-langkah berjaga-jaga yang
sepatutnya, apa-apa barang atau binatang
supaya barang atau binatang itu dibasmi
kuman.

14 Seseorang pegawai di berikuasa boleh Seksyen 14 adalah pinda dengan


menyebabkan supaya mana-mana orang membatal semua seksyen dan ditambah
yang dijangkiti atau yang dia mempunyai dengan seksyen baru 14 (A)
sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh
sesuatu penyakit dipindahkan ke suatu 14 (A) Pengasingan orang-orang yang
stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh dijangkiti dan orang-orang yang disyaki
menahan orang itu di stesen itu sehingga
dia boleh dilepaskan tanpa 14(A) Seorang pegawai di beri kuasa boleh
membahayakan orang ramai. memerintah mana-mana orang yang
dijangkiti atau disyaki telah dijangkiti oleh
sesuatu penyakit untuk menahan atau
dirawat di hospital atau di lain tempat dalam
tempoh masa dan bergantung kepada
keadaan yang termaktub dalam peraturan
dan dalam keadaan yang mana pegawai yang
di beri kuasa berpendapat sehingga dia boleh
dilepaskan tanpa membahayakan orang
ramai.

13
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Resional pindaan
(2) Seseorang pegawai diberikuasa boleh
memerintah mana-mana orang yang dia
mengsyaki atau mengsyaki mana-mana kes
yang boleh merebak kes penyakit berjangkit
atau orang-orang yang telah pulih dari
penyakit atau telah mendapat rawatan boleh
di tahan dan di asingkan dan jika perlu
dirawat dalam rumah kediaman sendiri dan
keadaan ini bergantung kepada peruntukan
dalam peraturan.

(3) Mana-mana orang yang ingkar terhadap


perintah di bawah subseksyen (1) atau (2)
yang di perbuat;

(a) gagal untuk hadir ke tempat yang mana


dia diasingkan dalam masa yang di tetapkan
seperti dalam arahan;

(b) keluar atau meninggalkan tempat


pengasingan tanpa kebenaran daripada
pegawai diberikuasa;

(c) mana-mana orang yang ingkar atau gagal


mematuhi peruntukkan ini adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan;

14
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan
(i) berkenaan dengan kesalahan yang
pertama, boleh didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya;

(ii) berkenaan dengan kesalahan yang kedua,


boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya;

(iii) berkenaan dengan kesalahan yang


berterusan, didenda selanjutnya tidak
melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari
kesalahan itu berterusan.

(4) Untuk tujuan kesalahan dibawah


subseksyen (3) liability ketat adalah
digunakan untuk peringgan (3) (a) dan (b)

Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

15
15(1) Seseorang pegawai yang diberikuasa Pindaan seksyen 15
boleh memerintahkan supaya mana-mana
kontak menjalani pemerhatian di mana- Seksyen 15 adalah dipinda dengan
mana tempat dan bagi apa-apa tempoh membatalkan semua seksyen dan di
yang difikirkannya patut, atau menjalani tambah dengan seksyen barau 15A.
pengawasan sehingga dia boleh
dilepaskan tanpa membahayakan orang 15A Pemerhatian atau pengawasan
ramai. kontak

Seseorang pegawai yang diberikuasa, dalam


pertimbangan dia, boleh memerintah mana-
mana orang yang disyaki atau kontak dengan
penyakit berjangkit untuk menjalankan
pemerhatian atau pengawasan di mana-mana
hospital atau lain tempat untuk tempoh masa
dan bergantung kepada keadaan yang di
peruntukkan dalam peraturan dan
bergantung kepada lain keadaan yang di
pertimbangan oleh pegawai yang di
peruntukkan dalam peraturan sehingga dia
boleh dilepaskan tanpa membahaya kepada
orang awam.

16
Seksyen Sediaada Pindaan yang dicadangkan Rasional pindaan

(2) Jika mana-mana orang yang ingkar


perintah dibawah subseksyen (1) yang
diperbuat;

(a) gagal untuk pindah ke tempat di mana


dia harus diasingkan dalam tempoh masa
yang di tetapkan didalam perintah;

(b) tanpa kebenaran daripada pegawai yang


diberikuasa, lari atau cuba lari dari tempat
dia diasingkan; atau

(c) gagal untuk mematuhi mana-mana


keadaan yang mana seseorang itu perlu
melakukan, maka seseorang itu telah
melakukan kesalahan dan boleh disabitkan.

17

Anda mungkin juga menyukai