Anda di halaman 1dari 10

Akta Dadah Berbahaya, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport,


mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor,
mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau
mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah
sekiranya di dapati di dalam miliknya :

15 gram atau lebih berat heroin


15 gram atau lebih berat morfin

15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

1,000 gram atau lebih berat candu masak


1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

200 gram atau lebih berat ganja


200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

40 gram atau lebih berat kokain


2,000 gram atau lebih berat daun koka

50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane

50 gram atau lebih berat Amphetamine

50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)

50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)

50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)

50 gram atau lebih berat Methamphetamine

50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA

50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA

50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine

50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)

50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat
heroin

gram atau lebih berat morfin


gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram
atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

250 gram atau lebih berat candu masak


250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

50 gram atau lebih berat ganja


50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

15 gram atau lebih berat kokain


750 gram atau lebih berat daun koka

30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane

30 gram atau lebih berat Amphetamine

30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)

30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)

30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA

30 gram atau lebih berat Methamphetamine

30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)

30 gram atau lebih berat N-ethyl MD

30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA

30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine

30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)

30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang
disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun
atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun
sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8
Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan
sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari
7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my
Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)
SEKSYEN KESALAHAN/JENIS DADAH
39B

39(A)(2)

39(A)(1)

HUKUMAN

Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau


morfin

Memiliki 1000 gm atau lebih candu


masak atau mentah

Memiliki 40 gm kokain atau lebih

Memiliki 200 gm atau lebih ganja

Memiliki 2000 gm daun koka atau


lebih

Memiliki 50 gm atau lebih


Amphetamine Type Stimulants
(ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy

Memiliki 5-15 gm heroin atau


morfin

Memiliki 250-1000 gm candu

Memiliki 50-200 gm ganja

Memiliki lebih 15-40 gm kokain

Memiliki lebih 750 gm daun koka

Memiliki 30-50 gm Amphetamine


Type Stimulants (ATS) contoh;
syabu atau pil ecstasy

Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin Tidak kurang dua tahun penjara
tetapi tidak lebih 5 tahun dan
Memiliki 100-250 gm candu
diwajibkan sebatan rotan antara 3
hingga 9 kali
Memiliki 20-50 gm ganja
-samaMemiliki 5-15 gm kokain

Mati Mandatori

Tidak kurang lima tahun penjara


atau dipenjara seumur hidup dan
diwajibkan tidak kurang 10 rotan
sebatan

6B

Memiliki 250-750 gm daun koka

Memiliki 5-30 gm Amphetamine


Type Stimulants (ATS) contoh;
syabu atau pil ecstasy

Menanam atau mengusahakan pokok ganja

Penjara seumur hidup dan


diwajibkan sebatan rotan tidak
kurang 6 kali

Memiliki kurang daripada 5 gm candu


mentah atau daun koka atau pokok popi
atau biji ganja dari popi

Penjara tidak lebih 5 tahun dan


denda tidak lebih RM20,000.00

Memiliki kurang 100 gm candu masak

-sama-

10

Alat-alat menghisap dadah

-sama-

12(2)

Memiliki kurang 2 gm heroin atau


morfin

Memiliki lain-lain dadah kurang


daripada Sek.39(A)(1)

Pejawat awam yang bertugas di


penjara, pusah pemulihan, lokap
polis atau mana-mana tempat
tahanan dan memiliki dadah di
tempat tersebut

-samaDirotan tidak lebih 3 sebatan

15(A)

Memasukkan dadah (dadah-dadah yang


dijadualkan) ke dalam badan

Penjara tidak kurang 2 tahun atau


denda tidak lebih RM5,000.00

15(B)

Berada di dalam premis tempat hisap dadah Penjara tidak kurang 2 tahun atau
denda tidak lebih RM5,000.00

umur saya 28thn....dapat kah mengikuti program pemulihan kerana keadaan saya sudah agak
kritikal krn semua org trsayang tdk mahu mendekati saya sejak awl thn 2011,,,dan ini kali ke3
saya mengulangi kesilapan yg sama....saya tdk mampu hdp seolah2 dipinggirkan dan suami pun
seakan org asing wlaupun tggl sebumbng...harap anda dpt fahami situasi saya skrg.....saya
seoalah tdk mahu lgi keluar dri bilik mahupun rmh dsbbkan malu dgn keadaan yg saya sendri
hlang kawalan emosi bila ada wlu skecik semut pun mslh datang d keoaka saya......terima kasih...
Message

Kita telah memerangi dadah lebih daripada 20 tahun menerusi pelbagai kempen
dan seminar tetapi kejayaannya belum ketara. Menurut laporan pihak berkuasa,
sejumlah 274923 penagih dadah dapat dikesan sejak tahun 1998 sehingga Januari
lalu di negara ini.Hal yang menyedihkan daripada angkara dadah ialah penagihpenagihnya membabitkan anak muda dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun, selain
penagih berusia 13 hingga 18 tahun. Tenaga-tenaga muda ini kalau dimanfaatkan
akan menjadi aset negara yang sangat berharga. Namun demikian, dadah telah
melalaikan mereka daripada menyertai pertubuhan belia dan sukan yang
membolehkan mereka menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan
yang sihat dan bermakna ini
Penagih dadah hidup bagaikan bangkai bernyawa dan tidak dapat menyumbang
tenaga untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, sewajarnyalah kita
mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam musibah yang sangat berbahaya ini.
Tambahan pula, kepuasan yang dirasai daripada perbuatan menagih dadah itu
sekejap sahaja, sedangkan penderitaannya berpanjangan. Sesiapa yang sudah
terjebak dalam kancah penagihan dadah mestilah berazam untuk meninggalkannya
dengan berusaha mengubati ketagihannya.
Perkara yang tidak dapat diabaikan ialah penagihan dadah akan membawa masalah
lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS dan penagih mudah terlibat dalam perlakuan
jenayah. Dalam usaha membanteras dadah, kerajaan telah berikrar akan bekerja
kuat memeranginya, yang tinggal hanyalah sokongan rakyat terhadap usaha serius
kerajaan menjadikan Malaysia negara yang bebas daripada dadah menjelang tahun
2015.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti:
Opiat dan Opiat Sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunakan

APA ITU OPIAT?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah
popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan
heroin.

APA ITU STIMULAN?

Gambar : Kokain
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-Type-Stimulants (ATS) dan
kokain.

APA ITU GANJA?

Gambar : Kanabis dalam bentuk herba, getah dan minyak


Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi daripada
pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico,
Afrika dan Timur Tengah.
Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis
bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Terdapat 3 jenis bentuk ganja iaitu herba, hashish (getah) dan minyak hashish (cecair).

APA ITU HALUSINOGEN?

Gambar : Pelbagai Bentuk Dadah Halusinogen


Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak
benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD,
DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini
ia digunakan oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

APA ITU DEPRESEN?

Gambar : Dadah GHB (terdapat dalam bentuk cecair dan pil)


Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam
sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi utama
tubuh.
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelabkelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai
kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia
alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
GHB atau Gamma-hydroxybutyrate boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil
dan kapsul. GHB tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian. GHB juga boleh kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh
memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang diguna dalam
bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula dipersalahkan dengan cara smoked atau snorted untuk
mendatangkan khayalan seperti dibius.

APA ITU UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA?

Gambar : Steroid
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan loleh doktor
untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia
walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot
atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan
sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol
boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagih.
Selain daripada itu, daun ketum atau spesis mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun
dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan segolongan rakyat di
Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan
sebagainya. Penggunaan yang kerap menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan
berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai