Anda di halaman 1dari 18

ISU-ISU KEADILAN JENAYAH:

JENAYAH KEKERASAN DI
KALANGAN BEKAS ANGGOTA POLIS

Kes Ku Imran bin Ku Idlan


(bukan nama sebenar)
DISEDIAKAN OLEH:
MONA AZURA BINTI ISMAIL (819735)

PENDAHULUAN

Kes yang saya pilih sebagai rujukan untuk tugasan ini ialah salah satu
kes yang pernah saya kendalikan semasa bertugas sebagai Penolong
Penguasa Penjara di Pejabat Rekod dan Penerimaan di Penjara Pokok
Sena, Kedah yang mana kes tersebut meninggalkan kesan kepada diri
saya dari sudut keadilan jenayah atau koreksional.

Ini kerana saya berpendapat bahawa banduan berkenaan tidak


mendapat pembalasan yang setimpal dengan kesalahan yang telah
dilakukan.

Berdasarkan temuduga yang telah saya lakukan ke atas banduan


tersebut jelas menyatakan bahawa kesalahan sebenar banduan tidak
dibicarakan.

PENDAHULUAN

Butiran ringkas mengenai maklumat peribadi banduan serta kesalahan


dan hukuman yang diterima oleh banduan adalah seperti berikut.

Namun begitu nama sebenar banduan dan beberapa maklumat tidak


boleh didedahkan atas faktor-faktor keselamatan memandangkan
banduan masih lagi menjalani hukuman penjara.

BUTIRAN RINGKAS DIRI BANDUAN

Nama

: Ku Imran bin Ku Idlan (bukan nama sebenar)

No Banduan

Umur

Tarikh Lahir : 02 Mac 1960

Bangsa : Melayu

Warganegara

Agama : Islam

Taraf Pelajaran : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan

Status : Duda

: SMPP 68-05-003xx

: 55 Tahun

: Malaysia

: Bekas Polis

BUTIRAN RINGKAS KESALAHAN


DAN HUKUMAN BANDUAN

Kesalahan
1971

: Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

No Kes

: 62-53-xx / 43-16-xx

Mahkamah

: Mahkamah Tinggi 1, Johor Bharu

Tarikh Jatuh Hukum : 12 Mac 1997

Hukuman

Keputusan Rayuan / Ulang Bicara


: Rayuan pada 04.02.1998
Hukuman penalti dikekalkan dan sebatan dikurangkan dari 10 sebatan
kepada 6 sebatan

: Penjara Seumur Hayat dan Enam (6) Sebatan

BUTIRAN RINGKAS KESALAHAN


DAN HUKUMAN BANDUAN

Tarikh Masuk Penjara

: 12 Mac 1997

Tarikh Bebas Awal

Tarikh Hukuman Sebat Rotan

Kesalahan Tatatertib Dalam Penjara : Dengan sengaja menyebabkan


sakit, kecederaan, hilang upaya pada dirinya atau orang lain

Hukuman
bulan

: Tiada

: i.

: 24 April 1998 (6 Sebatan)

Turun peringkat bagi tempoh tidak melebihi 2

ii. Asingan dan diet terhad

RINGKASAN KES BANDUAN

Pada 02.02.1997, lebih kurang jam 2345, sepasukan anggota Polis telah
mengepung dan menahan tertuduh Ku Imran bin Ku Idlan (bukan nama
sebenar) di Jalan Sri Pelangi, Golden Coach, Johor Bharu dan
membawanya ke IPK Johor Bharu, Johor untuk disoal siasat tentang
kejadian samun bersenjata api.

Hasil siasatan pihak polis, subjek telah dihadapkan ke Mahkamah


Sesyen Tinggi, Johor Bharu.

Subjek telah didapati bersalah oleh mahkamah di bawah seksyen 4 Akta


Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan dijatuhkan hukuman penjara
seumur hayat dan enam (6) sebatan.

FAKTA KES BANDUAN

Bekas anggota polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis
Kontijen Johor, Ku Imran bin Ku Idlan (bukan nama sebenar) dijatuhi
hukuman penjara seumur hauat dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi
Johor Bharu selepas mengaku bersalah melakukan rompakan
menggunakan senjata api.

Mengikut fakta kes, subjek dituduh merompak wang tunai


RM103,970.00 bersama dua lagi rakannya yang masih bebas di sebuah
stesen minyak Caltex di Jalan Tun Abdul Razak kira-kira jam 1.45 pagi
hingga 2.30 pagi pada 25 September 1995. Dia juga dituduh
mengacukan revolver .38 Smith & Wesson terhadap pengurus stesen
minyak berkenaan, Muhammad Kamal (bukan nama sebenar) ketika
melakukan rompakan itu.

FAKTA KES BANDUAN

Menurut kertas pertuduhan, Muhammad Kamal (pengadu) didatangi tiga


lelaki Melayu secara tiba-tiba ketika dia sedang membuka pintu pagar
rumah di Jalan Padi Malinja II, Bandar Baru Uda, Tampoi.

Pada masa itu ketiga-tiga lelaki terbabit keluar dari kereta dan
memperkenalkan diri sebagai polis.

Ketiga-tiga lelaki itu mengarahkan Muhammad Kamal mengikut mereka


ke Balai Polis Central kerana mendakwa kereta Honda Accord bernombor
pendaftaran 9977 milik pengadu disyaki kereta curi.

Pengadu kemudian mengikut lelaki itu menaiki kereta Honda Accordnya.

FAKTA KES BANDUAN

Pengadu yang duduk di bahagian belakang dikawal rapi sebelum diacu


pistol oleh salah seorang daripada tiga lelaki berkenaan di satu lorong
berhampiran Balai Polis Central.

Seorang daripada lelaki terbabit kemudian menekan kepala pengadu


sebelum mengetuk tiga kali di tengkuknya menggunakan pistol
berkenaan.

Dari situ mereka menuju ke stesen minyak Caltex di Jalan Tun Abdul
Razak dan mengarahkan pengadu masuk dalam pejabat untuk
membuka peti besi.

Pengadu yang dalam ketakutan kemudian segera membuka peti besi


berkenaan dan menyerahkan sejumlah wang tunai sebanyak
RM103,970.00 kepada lelaki berkenaan.

FAKTA KES BANDUAN

Seorang daripada tiga lelaki itu memberitahu dia adalah bekas anggota
polis serta menunjukkan kad kuasa polis sebelum melarikan diri.

Pengadu membuat aduan di Balai Polis Tampoi pada hari sama.

Berikutan maklumat dan siasatan polis, subjek ditahan polis di Kelab


Malam Golden Coach di Jalan Sri Pelangi kira-kira jam 12.45 tengah
malam pada 02.02.1997.

ULASAN KES

Berdasarkan kepada sinopsis kes di atas kita akan mendapati bahawa


subjek telah mendapat pembalasan yang setimpal apabila dijatuhi
hukuman penjara sepanjang hayat.

Saya juga berpendapat sedemikian apabila membaca retentan kes


subjek.

Tetapi apabila saya bertanggungjawab sebagai pegawai yang


menguruskan rayuan bagi banduan hayat di bawah Perkara 113
Peraturan Penjara 2000, saya mendapati bahawa subjek sepatutnya
dikenakan hukuman yang lebih berat.

Ini kerana sepanjang proses penyediaan laporan rayuan saya perlu


bersemuka dengan subjek bagi mendapatkan beberapa maklumat.

ULASAN KES

Melalui temubual tersebut saya mendapati bahawa subjek bukan sahaja


melakukan kes rompakan bersenjata api semata-mata tetapi turut
melakukan beberapa siri pembunuhan dengan menembak mangsa di
kepala.

Mangsa pertama subjek adalah merupakan pegawai atasan subjek


semasa berkhidmat sebagai anggota polis.

Melalui temubual tersebut subjek mengaku bahawa telah menembak


mati lebih kurang 8 hingga 10 orang mangsa.

Subjek menjelaskan bahawa punca dia bertindak sedemikian adalah


untuk mempertahankan diri daripada ditangkap.

ULASAN KES

Oleh itu, saya berpendapat bahawa subjek sebenarnya tidak mendapat


pembalasan yang setimpal di atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Ini kerana subjek hanya didapati melakukan rompakan bersenjata dan


dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) Akta
37 Tahun 1971.

Walhal sepatutnya subjek turut boleh dituduh di bawah Seksyen 302


Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Bukan hanya seorang mangsa yang dibunuh tetapi lebih daripada itu.

Persoalannya di sini kenapa subjek terlepas daripada tuduhan


membunuh? Adakah kerana subjek seorang bekas anggota polis?

ULASAN KES

Mungkin di mata masyarakat mereka akan merasakan subjek telah


mendapat hukuman yang setimpal kerana subjek hanya melakukan
jenayah rompakan bersenjatapi.

Itu yang diwar-warkan di dalam akhbar tempatan pada waktu itu.

Tetapi pada hakikatnya masyarakat langsung tidak tahu bahawa subjek


turut melakukan jenayah membunuh yang mana kesalahan itu jauh lebih
kejam kerana melibatkan nyawa manusia.

Pelbagai persoalan timbul di kotak fikiran saya apabila mengetahui jenayah


sebenar yang telah dilakukan oleh subjek.

Di manakah ketelusan sistem keadilan jenayah di negara ini kerana dengan


sewenangnya mengabaikan jenayah berat yang dilakukan oleh subjek?

ULASAN KES

Saya merasakan subjek langsung tidak layak untuk dibuat rayuan untuk
meringankan hukumannya walaupun subjek berhak berdasarkan kepada
Peraturan Penjara 2000.

Tetapi sebagai pegawai


melaksankan tugas saya.

Namun jauh di sudut hati saya merasa sangat tidak adil kepada keluarga
mangsa-mangsa yang telah dibunuh.

Tidak wujud keadilan dari sudut itu jika dilihat dari pandangan sebagai
seorang manusia.

yang

bertanggungjawab

saya

tetap

ULASAN KES

Walau bagaimanapun, saya tetap berfikiran positif terhadap subjek.


Pasti segala yang berlaku ada hikmahnya.

Saya yakin Allah s.w.t masih memberi ruang kepada subjek untuk
bertaubat dan menjalani hukuman di dalam penjara.

Sepanjang hampir 24 tahun menjalani kehidupan sebagai banduan saya


pasti subjek telah menjalani pelbagai program pemulihan.

Peluang untuk subjek dibebaskan masih ada tetapi bergantung kepada


budi bicara sultan sama ada untuk memberi keampunan atau tidak.

Menghabiskan sisa hidup sepanjang hayat di dalam penjara adalah satu


hukuman yang berat walaupun subjek sepatutnya dijatuhi hukuman
mati.

Sekian, Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai