Anda di halaman 1dari 26

PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

31
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

SENARAI SEMAK
PENYIASATAN KES SEKSUAL/ROGOL

1. TERIMA MAKLUMAT / LAPORAN POLIS

1.1 Baca dan teliti pengaduan serta kenal pasti maklumat penting

1.2 Buat catatan dalam Diari Siasatan daripada mula-mula terima


arahan untuk menyiasat kes sehingga tamat siasatan

1.3 Semak keperluan menggunakan Bilik Triage (jika perlu)

2. PENILAIAN MAKLUMAT/LAPORAN POLIS

2.1 Buat pertanyaan ke atas pengadu / saksi

2.2 Menjeniskan kesalahan dan seksyen

2.3 Dapatkan maklumat lanjut untuk tujuan siasatan dan tujuan


operasi (jika perlu)

2.4 Menentukan tempat kejadian dikawal oleh Pegawai Pertama di


tempat kejadian

2.5 Maklumkan SIO/KBSJD/ PT D11/ PTD10/KPD/KJSJ mengenai


kejadian

2.6 Temu bual Awal Dengan Mangsa

Temu bual hendaklah dibuat oleh Pegawai Penyiasat Wanita, jika


tiada Pegawai Penyiasat Wanita, mangsa mestilah diiringi oleh
Anggota Wanita. Tujuan temu bual bagi mengetahui:-

2.6.1 Apa yang berlaku

2.6.2 Di mana / bila / bagaimana / mengapa kejadian berlaku

2.6.3 Saspek / Orang-orang yang terlibat

2.6.4 Pastikan umur mangsa melalui dokumen seperti


Kad pengenalan diri dan sijil kelahiran atau secara lisan

2.6.5 Selepas kejadian, adakah mangsa telah mandi, salin


pakaiannya (termasuk pakaian dalam). Di mana pakaian
tersebut dan adakah sudah dibasuh (bagi tujuan siasatan)
32
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

2.6.6 Jika perlu, pegawai penyiasat digalakkan untuk


menggunakan kaedah seperti penggunaan patung, lukisan
dan flash card, kepada ( mangsa kanak-kanak dalam
kategori orang kurang upaya (OKU), slow leaner, down
sindrom, autisme dan kanak-kanak istimewa untuk
mendapatkan gambaran yang jelas kejadian yang berlaku.

2.6.7 Gunakan jurubahasa untuk merakam percakapan orang-


orang di bawah kategori ini (orang-orang yang biasa
berkomunikasi dengan mereka)

2.6.8 Ketahui keperluan temubual dengan mangsa tetapi jangan


terlalu mendesak. Ketahui keadaan trauma yang dialami
oleh mangsa. Cuba berperasaan empati dan tenteramkan
jiwa dan kurangkan perasaan malu terhadap mangsa

2.6.9 Buat catatan dalam diari penyiasatan keadaan emosi


mangsa

2.7 Pemeriksaan Awal Mangsa Di Balai

Ketahui keadaan fizikal dan mental mangsa untuk menentukan rawatan


perubatan bagi tindakan mana yang perlu diambil. (SIO / KBSJD
hendaklah membuat keputusan sama ada penyiasatan biasa harus
dijalankan atau sebaliknya) :

2.7.1 Jika keadaan mangsa memerlukan rawatan segera, mangsa


hendaklah dihantar ke hospital dengan diiringi oleh anggota polis
wanita yang tidak beruniform. Sekiranya mangsa adalah lelaki,
eskot lelaki perlu mengiringi mangsa. Perlu merujuk kes kepada
Bahagian D11 bagi kes rogol/liwat.

2.7.2 Jika mangsa tidak perlukan rawatan yang segera :

(a) Pemeriksaan pakaian dan badan mangsa hendaklah dibuat


oleh pegawai anggota wanita sahaja dengan kerjasama
penuh dari mangsa, di bilik khas

(b) Adakah mangsa hamil atau pun tidak

(c) Catat kecederaan-kecederaan fizikal yang nyata


(lebam/calar/gigitan/’love bite’/luka)

33
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(d) Catat kesan-kesan kotoran pada tubuh mangsa (bahagian


belakang badan, punggung, lutut, siku, jari tangan/kaki).
Catat juga jika terdapat benda asing yang melekat seperti
pasir, tanah, batu jalan, rumput, cebisan daun-daun kering
dan sebagainya

(e) Ambil gambar bahagian yang cedera/ada kesan.


LARANGAN: bahagian yang boleh diambil gambar adalah
kaki hingga paras lutut, keseluruhan tangan muka/kepala
sahaja.

(f) Tentukan bahawa tiada sesiapa termasuk pegawai/anggota


polis lelaki dibenarkan hadir semasa pemeriksaan sedang
dijalankan. Pastikan bahawa keselamatan pemeriksaan
adalah terhad kepada pegawai pemeriksa sahaja

(g) Selepas pemeriksaan, hantar pengadu ke hospital segera


untuk pemeriksaan pakar perubatan bersama borang untuk
pemeriksaan.

2.8 Tindakan oleh SIO / KBSJD

2.8.1 Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan SIO/KBSJD


keterangan kes yang ada setakat ini dan mengarahkan
IO membuka siasatan mengikut klasifikasi kes yang
mempunyai elemen seksual/rogol.

2.8.2 Jika kes itu adalah kes yang menarik perhatian,


SIO/KBSJD hendaklah memaklumkan KPD, KJSJ, T/KJSJ
(S/P), PT D11 IPK, KPP D11 dengan segera

2.8.3 Maklumat pertama hendaklah dihantar (Sitrep).


(PTKPN D150 para 1.6) DAN (PTKPN D224 para 3)

3. PERSEDIAAN KE TEMPAT KEJADIAN

3.1 Sediakan anggota serta peralatan dan pergi ke tempat


kejadian.

3.1.1 Detektif atau anggota yang membantu termasuk


Jurufoto

3.1.2 Kenderaan yang sesuai

34
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

3.1.3 Dokumen yang perlu;

(a) Buku Nota / Buku Siasatan

(b) Borang percakapan (Pol.51C bercop s. 112KPJ)

(c) Borang Bongkar

(d) Borang ID (Pol.51D)

(e) Lain-lain borang mengikut keperluan

3.2 Basic Investigation Officer (IO) Kit oleh forensik

3.2.1 Lampu suluh

3.2.2 Pita pengukur

3.2.3 Pembaris besi

3.2.4 Kertas graf, marker, buku nota, pensil, pen, kapur, krayon

3.2.5 Kanta pembesar dan cermin tangan

3.2.6 Sarung tangan getah, penyepit, gunting dan stapler

3.2.7 Alat-alat untuk membungkus dan melabel keterangan fizikal

3.3 Keperluan bantuan unit-unit sokongan

Ini bergantung kepada kes sama ada merupakan kes yang


menarik perhatian dan yang memerlukan tindakan serta-merta

3.3.1 Unit Forensik (D10)

3.3.2 Fotografi (D6)

35
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

3.3.3 Unit K9 (D6)

3.3.4 Lain-lain Unit yang difikirkan perlu

4. PENGURUSAN TEMPAT KEJADIAN

4.1 Melawat Tempat Kejadian

4.1.1 Segerakan lawatan ke tempat kejadian

4.1.2 Minta Unit Bantuan jika perlu

4.1.3 Lawatan hendaklah secara tidak menarik perhatian.


Elakkan dari dikenali sebagai pegawai polis
(pengecaman fizikal)

4.1.4 Gunakan kenderaan tanpa lambang polis dan tidak


memakai uniform polis.

4.1.5 Bawa mangsa atau saksi bersama (jika boleh)

4.1.6 Bawa bersama alat-alat penyiasatan.

4.1.7 Kawal keselamatan tempat kejadian

4.2 Buat pemeriksaan tempat kejadian bagi melihat kesan,


tanda, kumpul dan simpan barang kes dengan selamat.

4.2.1 Buat catatan pengumpulan keterangan fizikal

4.2.2 Sediakan dokumen berkaitan (senarai bongkar/buku)

4.2.3 Pengurusan / pengendalian keterangan fizikal


dengan betul
4.2.4 Buat pemerhatian tempat kejadian/catatkan:
suasana, penggeledahan rakam gambar dan rajah
kasar

36
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

4.3 Pemeriksaan Tempat Kejadian

4.3.1 Kenal pasti kawasan kepongan dan keluasannya

4.3.2 Hanya pegawai/anggota yang telah ditetapkan dan


ditaklimatkan sepenuhnya oleh pegawai penyiasat
dibenarkan masuk ke dalam kawasan pemeriksaan.

4.3.3 Dapatkan kerjasama mangsa menceritakan


/menunjukan dari luar kawasan kepongan akan
tempat-tempat berlakunya kejadian mengikut
kronologi

4.3.4 Pegawai Penyiasat hendaklah mendapatkan


gambaran awal kejadian dan apakah jenis barang
bukti yang harus/mungkin ditemui dan di bahagian
mana

4.3.5 Kawal keselamatan tempat kejadian dengan


menempatkan anggota yang secukupnya dan/atau
gunakan tali pita untuk kepongan. Jika perlu, pegawai
penyiasat hendaklah guna kebijaksanaannya untuk
mengadakan kepongan dari bahan-bahan yang sedia
ada (kayu-kayu halangan, basikal,m/sikal, perabot, tali
rafia dan lain-lain yang diambil dari luar kawasan
kepongan.

4.3.6 Pastikan juga tempat kejadian selamat dari hujan.

4.3.7 Jika bantuan Unit Forensik telah diminta, tunggu


sehingga bantuan tersebut sampai dan menjalankan
pemeriksaan. Pegawai penyiasat perlu memberi
taklimat kepada Ketua Unit Forensik sebelum
pemeriksaan dijalankan.

4.3.8 Jika bantuan Unit Forensik tidak diminta, pemeriksaan


boleh dijalankan di bawah pengawasan pegawai
penyiasat dengan menggunakan kaedah-kaedah
pemeriksaan secara (mengikut keadaan dan luas
tempat kejadian): Spiral method, Double Strip method
atau Zone method

37
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

4.3.9 Cari bahan bukti seperti kesan air mani, muntah,


darah, rambut, bulu, puntung rokok, bekas-bekas
makanan, pakaian luar dan dalaman
mangsa/cebisan pakaian, tilam, cadar, senjata yang
digunakan, tali-tali ikatan dan kesan-kesan cap jari
dan sebagainya.

4.3.10 Barang-barang bukti yang dijumpai hendaklah


diletakkan tanda pengenalan, diambil ukuran dan
ambil gambar dari pelbagai sudut jarak dekat dan
jarak jauh, menunjukkan SEMUA barang bukti dalam
kedudukan asal mereka. Gambar diambil mengikut
arahan pegawai penyiasat dan bukan mengikut
kehendak jurufoto.

4.3.11 Selepas gambar keseluruhan diambil, barang bukti


dikutip & dimasukkan ke dalam bekas seperti sampul
surat, tabung plastik, tabung, botol, atau
dibungkuskan secara berasing dan ditandakan
dengan terang dan jelas (Repot No., Tanda
pengenalan barang bukti, nama IO, tarikh/masa
jumpa). Ini dilakukan di tempat kejadian dan bukan
di balai. Catatkan juda dalam diari siasatan.

4.3.12 Jika Unit Forensik turut hadir, pengumpulan/


penandaan barang bukti akan dilakukan oleh Unit
Forensik dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.
Barang bukti yang diterima perlu dibungkus semula &
ditanda dengan tanda pengenalan baru oleh pegawai
penyiasat. Catat dalam diari siasatan.

4.3.13 Jika kejadian berlaku di dalam bilik di atas tilam, kulit


tilam hendaklah dipotong untuk mngesan kesan air
mani (ambil kulit tilam sahaja).

4.3.14 Borang bongkar perlu diserahkan kepada orang yang


hadir semasa pemeriksaan dan rampasan.

38
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

4.4 Tindakan ke atas individu yang berada di tempat kejadian

4.4.1 Butiran peribadi individu yang boleh membantu

Siasatan

4.4.2 Keterangan tentang kejadian secara lisan

4.4.3 Pemeriksaan badan dan rampasan untuk cari


keterangan (jika perlu)

4.5 Mengesan keterangan fizikal

4.5.1 Adakan pemeriksaan yang menyeluruh di tempat

kejadian

4.5.2 Penandaan keterangan fizikal

4.5.3 Merakam gambar keterangan fizikal

4.5.4 Pengumpulan dan pembungkusan

4.6 Rajah Kasar

4.6.1 Pastikan rajah kasar dibuat berserta dengan kuncinya

4.6.2 Lakar sempadan asas serta objek tetap sebagai


pedoman

4.6.3 Kedudukan keterangan fizikal dan tandanya

4.6.4 Ukuran sesuai, guna objek kekal sebagai pedoman

4.6.5 Kunci kepada rajah kasar kalau boleh di kertas


berasingan

4.6.6 Tentukan perkara berikut diambil perhatian semasa


melukis rajah kasar
(a) Lokasi Spesifik

(b) Tarikh dan masa

39
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(c) Nombor laporan polis atau nombor rujukan kes

(d) Pelukis-Pangkat/Nama/Jawatan serta

ditandatangani

(e) Keadaan lampu dan cahaya

(f) Skala atau sebaliknya

(g) Petunjuk kompas

(h) Keterangan-keterangan fizikal dan tanda tempat


ianya dijumpai

(i) Keadaan cuaca

(j) Kunci atau penerangan, jarak jika perlu

(k) Tanda-tanda di rajah kasar mestilah sama dengan


yang ditulis dalam buku catatan

4.6.7 Setiap muka surat ditandatangani dan disertakan


dengan cop nama, Jawatan

4.7 Gambar

4.7.1 Menentukan jurugambar merakam gambar-gambar


sebagaimana dikehendaki.

4.7.2 Gambar mangsa, termasuk kesan kecederaan

4.7.3 Gambar keseluruhan tempat kejadian dan gambar


yang fokus kepada keterangan fizikal yang dirampas
untuk dijadikan keterangan.

4.7.4 Setiap gambar yang dirakam perlu dicatatkan tarikh


dan masa serta penerangan gambar itu

4.7.5 Elakkan merakam imej anggota yang membantu


siasatan

4.8 Rakaman Video (jika perlu)

4.8.1 Sekiranya rakaman video digunakan, pastikan prosedur


dipatuhi

40
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

4.8.2 Rakaman tempat kejadian yang belum diusik dan dalam


keadaan asal

4.8.3 Rakaman dari ketinggian paras mata tanpa ulasan selari

4.8.4 Mulakan dari pandangan luar kemudian membawa ke


bahagian dalam tempat kejadian secara menyeluruh
dan terperinci.

4.8.5 Jika ada ukuran, buat dua rakaman untuk membezakan


sesuatu keterangan fizikal tanpa ukuran dan dengan
ukuran menggunakan pita pengukur.

4.8.6 Fokus jauh dan zoom kepada barang-keterangan fizikal


mustahak dan yang sukar dilihat dengan jelas oleh
mata biasa.

4.9 Pegawai penyiasat hendaklah mencatatkan segala butir-butir


penemuan dan pemerhatiannya di dalam satu buku catatan
atau nota siasatannya.

4.10 Tentukan Modus Operandi penjenayah dan rangka


perancangan tindakan susulan atau tindakan yang
selanjutnya.

4.11 Perkara yang dilarang di tempat kejadian

4.11.1 Memasang kipas dan penghawa dingin jika tidak sesuai

4.11.2 Menggunakan tandas atau paip air, kain atau tuala


yang ada di tempat kejadian

4.11.3 Membenarkan mana-mana orang menghisap rokok

4.11.4 Membenarkan orang yang tidak ada kaitan masuk ke


kawasan kejadian atau benarkan sesiapa menyentuh
atau mengalih apa-apa juga barangan di tempat
kejadian

41
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

4.11.5 Sekiranya terdapat pihak media atau akhbar berada


di tempat kejadian, tegah daripada memasuki dalam
kawasan atau perimeter tempat kejadian.

4.11.6 Berikan nasihat yang wajar kepada pihak media atau


akhbar

5. TEMU BUAL SAKSI-SAKSI DI TEMPAT KEJADIAN

5.1 Temu bual saksi yang telah dikenal pasti oleh anggota yang
membantu (detektif) untuk mendapatkan maklumat
tambahan dan rakaman percakapan jika perlu

5.2 Pastikan anggota bantuan kenal pasti lain-lain saksi yang


boleh membantu siasatan terutama yang berada di luar
lingkungan tempat kejadian.

5.3 Butir-butir saksi untuk tindakan rakaman percakapan


kemudian

5.4 Saksi / mangsa yang dibawah umur 16 tahun hendaklah di


rakam keterangan secara video di Pusat Temuduga Kanak-
Kanak (CIC) bagi setiap kes jenayah.

6. PENGURUSAN KETERANGAN FIZIKAL

6.1 Tentukan pengasingan dibuat ke atas keterangan fizikal


yang kekal, kering, basah atau mudah rosak

6.2 Memberikan penandaan yang sistematik

6.3 Menentukan pembungkusan yang sesuai dengan setiap


keterangan fizikal

6.4 Memastikan ada meteri pada setiap bungkusan untuk


analisa pakar

6.5 Pengasingan keterangan fizikal bagi tujuan analisa pakar

6.5.1 Jabatan Kimia

6.5.2 Hospital

6.5.3 Persenjataan

6.5.4 Makmal Forensik PDRM


42
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

7. HOSPITAL – PEMERIKSAAN PERUBATAN

NOTA : Tindakan tidak disenaraikan mengikut keutamaan. Ini


bergantung kepada situasi dan keadaan kes. Adakalanya mangsa
perlu dirujuk kepada pakar perubatan dahulu sebelum tindakan
polis seperti temu bual, lawatan ke tempat kejadian, rakam
percakapan boleh dijalankan. Untuk kemudahan pengurusan, pihak
hospital telah memberi garis panduan bagi kes-kes BARU iaitu
kejadian berlaku dalam tempoh 72 jam dari masa kejadian dan
rawatan segera akan dijalankan. Bagi kes-kes LAMA iaitu selepas
tempoh 72 jam dari masa kejadian, pemeriksaan akan dijalankan
pada waktu pejabat di klinik pakar sakit puan hospital kerajaan
berkenaan.

(KBSJD perlu dirujuk terlebih dahulu, segala tindakan adalah atas


arahannya)

7.1 Dalam keadaan mangsa yang memerlukan rawatan,


hendaklah menghantar ke hospital kerajaan dengan segera.
Sediakan dokumen berikut :-

7.1.1 Pol 59 (ulasan hasil pemeriksaan awal perubatan dalam


Pol 59 yang diisi oleh pakar perubatan hendaklah
diambil selepas pemeriksaan dijalankan)

7.1.2 Surat permohonan dari pegawai penyiasat untuk


pemeriksaan khusus dijalankan dan pengambilan
sample-sample seperti :

(a) Vaginal swab/darah/rambut/bulu/kuku dan bahan-


bahan asing yang terdapat dari tubuh mangsa
seperti pasir/tanah/batu/rumput/daun

(b) Pakaian mangsa (jika belum disalin pakaian)

(c) adakah ‘kemasukan’ berlaku dan jangka masa


kejadian

(d) Adakah mangsa mengandung – jika ada berapa


lama (kejadian dilaporkan lewat)

43
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(e) Kesan kecederaan jika ada

7.1.3 Surat kebenaran pemeriksaan (consent letter) dari


mangsa jika mangsa melebihi 16 tahun. Surat
kebenaran dari ahli keluarga/penjaga jika mangsa di
bawah umur 16 tahun.

7.1.4 Pegawai penyiasat hendaklah memastikan seorang


eskot disediakan untuk mengiringi mangsa semasa
pemeriksaan perubatan. Mangsa wanita hendaklah
diiringi oleh pegawai penyiasat/anggota wanita tanpa
pakaian seragam. Mangsa kanak-kanak atau kurang
upaya hendaklah turut ditemani oleh ibu bapa/ahli
keluarga/penjaga

7.1.5 Sebaik sahaja sampai di hospital, tempatkan mangsa di


bilik khas/One Stop Crisis Centre (OSCC). Elakkan
mangsa ditempatkan di ruangan umum yang boleh
menjadi tontonan orang ramai.

7.1.6 Segala formaliti hospital seperti pendaftaran dibuat


secara tidak menarik perhatian yang diuruskan oleh
kakitangan hospital dan dibantu oleh pegawai
penyiasat.

7.1.7 Pemeriksaan perubatan akan dilakukan mengikut


prosedur hospital, iaitu:

(a) Bagi kes rogol, pemeriksaan fizikal akan dibuat


oleh seorang pegawai perubatan diikuti oleh
pemeriksaan pakar sakit puan (O&G)

(b) Bagi kes liwat, pemeriksaan fizikal juga dilakukan


oleh pegawai perubatan dan diikuti oleh seorang
pakar unit forensik hospital

44
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(c) Bagi mangsa kanak-kanak, pemeriksaan akan


dilakukan seperti di atas, selepas itu akan
dimasukkan ke dalam wad untuk dirujuk ke SCAN
Team hospital berkenaan

7.1.8 Pegawai penyiasat hendaklah mendapatkan


spesimen/barang bukti dari pegawai perubatan selepas
sahaja selesai pemeriksaan dilakukan seperti :-

(a) Pakaian mangsa semasa kejadian yang masih


belum ditukar. (Pakaian yang telah dibasuh juga
perlu diambil kemudian)

(b) Specimen darah

(c) Vaginal Swab (high/low)

(d) Kuku, rerambut, bulu, air liur

(e) Bahan-bahan asing yang terdapat dari tubuh


mangsa seperti pasir/tanah/batu/rumput/daun

7.1.9 Barang bukti dari hospital (kecuali pakaian) diterima


dalam keadaan ditanda dan dimeterikan oleh pihak
hospital. Catat setiap satu tanda/meteri/barang bukti
yang diterima dalam diari siasatan

7.1.10 Jika selain pegawai penyiasat, serah terima wajib dibuat


dengan teratur

7.1.11 Barang bukti ini perlu dimasukkan ke dalam bekas lain,


dilabel pegawai penyiasat, dimeteri dengan ‘seal’ rasmi
daerah sebelum dihantar untuk analisa Jabatan Kimia.
Pakaian yang basah hendaklah dikeringkan tanpa
didedahkan kepada matahari sebelum dibungkus.
Catat di diari siasatan. Penyimpanan keterangan fizikal
yang diperolehi dari tubuh mangsa hendaklah rujuk
PTKPN Bil. D102 dan D207

45
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

7.1.12 Rakam percakapan ringkas dari pegawai perubatan


hospital :-
(a) Adakah ‘kemasukan’ berlaku dan jangka masa
kejadian

(b) Adakah mangsa mengandung-jika ada berapa


lama (kejadian lama)

(c) Kesan kecederaan yang nyata jik ada- apa yang


menyebabkannya (luka/lebam/calar/kemerahan)

7.1.13 Bagi kes yang disiasat dibawah Seksyen 376B KK


(sumbang mahram) – pegawai penyiasat perlu
merujukkan mangsa kepada Jabatan Kebajikan Daerah
berkenaan bagi tujuan :

(a) Penempatan sementara

(b) Hak penjagaan sementara

(c) Perlindungan

8. TINDAKAN APABILA ADA TANGKAPAN

8.1 Pastikan sebab-sebab tangkapan diberitahu kepada orang


yang ditangkap

8.2 Tentukan prosedur di bawah seksyen 28A KPJ dipatuhi

8.3 Tangkapan yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18


tahun hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Pelindung
Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagaimana termaktub di
bawah Peruntukan Seksyen 87 Akta Kanak-Kanak 2001
Pindaan 2016.

8.4 Jalankan pemeriksaan badan untuk mendapatkan keterangan


fizikal dan rampasan ke atasnya jika ada

8.4 Sekiranya terdapat kecederaan fizikal, hantar ke hospital untuk


rawatan dan kesan kecederaan

46
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

8.5 Sekiranya saspek ditangkap di tempat kejadian

8.5.1 Prosedur tangkapan yang sama

8.5.2 Jalankan soal siasat awal bagi mendapatkan


keterangan dan keterangan fizikal

8.5.3 jika saspek cedera, atur untuk hantar ke hospital dengan


anggota kawalan

8.5.4 tempatkan saspek di luar kawasan tempat kejadian dan


dikawal

8.5.5 Asingkan saspek daripada orang lain dan daripada


keterangan fizikal

8.6 Tindakan lanjut atas saspek

8.6.1 Pakaian saspek hendaklah diperiksa dan dicatatkan :-

(a) Tanda kekotoran

(b) Kesan darah

(c) Kesan koyak

(d) Rampas pakaian dan keluarkan ‘search-list’

8.6.2 Tubuh badan saspek hendaklah diperiksa, catatan


dalam diari dan ambil gambar

(a) Luka

(b) Kesan gigitan

(c) Kesan calar/cakar

(d) Kemerahan/Lebam/bengkak

(e) Kesan kekotoran di lutut, siku, badan

(f) Hantar untuk rawatan perubatan jika ada luka

47
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

8.7 Jalankan soal siasat ke atas saspek untuk mendapatkan


maklumat lanjut

8.7.1 Rakan sejenayah

8.7.2 Motif jenayah dilakukan dan modus operandi?

8.7.3 Lain-lain barangan kes yang berkaitan

8.7.4 Penglibatan saspek dalam lain-lain kes

8.7.5 Buat fotofit rakan sejenayah jika perlu

8.8 Periksa tempat tinggal saspek untuk kesan keterangan fizikal


dan lain-lain keterangan yang boleh menguatkan kes :
Leading to Discovery

8.8.1 Pastikan kenyataan secara ‘verbatim’ (berpandukan


pertuturan sebenar saspek) sebagaimana kehendak
seksyen 27 Akta Keterangan, direkodkan sekiranya
saspek membuat pengakuan “Leading to discovery”

8.8.2 Jika pengakuan dibuat di luar balai polis, pengakuan


saspek perlu dicatatkan dalam buku catatan / kertas

8.8.3 Jika pengakuan dibuat di balai polis, catat dalam buku


catatan dan satu laporan polis dibuat oleh pegawai
penyiasat yang menjalankan penemuan itu.

8.8.4 Selepas penemuan keterangan fizikal satu laporan polis


perlu dibuat

8.8.5 Rakam percakapan saspek

8.9 Tahan di bawah sek. 117 KPJ

8.10 Ujian saringan air kencing saspek adalah perlu

8.11 Dapatkan keizinan untuk mendapatkan contoh darah dan


rakam percakapan doktor yang mengambil contoh darah.
48
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

8.12 Buat kawad cam berpandukan PTKPN D226 jika perlu.

8.12.1 Rakam sambungan percakapan saksi yang membuat


pengecaman

8.12.2 Rakaman percakapan pegawai yang mengendalikan


kawad cam

8.13 Rakam cap jari untuk perbandingan dan rekod MAFIS

9. PENGURUSAN KETERANGAN SAKSI

9.1 Merakam Percakapan mangsa

9.1.1 Sebelum merakam

(a) Rakaman percakapan hendaklah diambil oleh


pegawai/anggota wanita secara yang tidak
tergesa-gesa.

(b) Jika pegawai perakam adalah lelaki, mangsa


haruslah ditemani oleh anggota wanita

(c) Pegawai perakam perlu memastikan

(1) Mangsa faham bahasa yang digunakan

(2) Jika bantuan jurubahasa diperlukan sebaiknya


seorang wanita

(3) Gunakan jurubahasa yang bertauliah bagi


mengelak timbul salah faham. Dapatkan
bantuan jurubahasa khas bagi mangsa-mangsa
istimewa (bahasa isyarat)

(d) Elakkan kehadiran orang luar semasa merakam


percakapan.

(e) Tidak sesiapa termasuk pegawai/anggota polis


lelaki dibenarkan hadir semasa rakaman
percakapan sedang dijalankan.

49
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(f) Pastikan kenyataan amaran sek. 112 KPJ diberi sebelum


dirakam

(g) Bagi kes kanak-kanak, percakapan biasa diambil


dengan menentukan dia mempunyai ‘intelligence’
yang mencukupi dan memahami percakapannya

9.1.2 Semasa Rakaman Percakapan

(a) Pegawai penyiasat hendaklah mendapat maklumat-


maklumat berikut daripada mangsa :-

(b) Tempat kejadian

(c) Mengenal pasti saspek :

(1) Nama saspek/nama panggilan

(2) Sifat-sifat fizikal termasuk tanda kelahiran/tanda


nyata (ada gambar)

(3) Deskripsi pakaian semasa kejadian

(4) Butir-butir kenderaan

(5) Tempat kediaman saspek

(6) Pekerjaan saspek/tempat kerja

(7) Nombor telefon

(8) Perhubungan dengan saspek

(9) Adakah mangsa mengenali, pernah berjumpa


atau melihat saspek sebelum kejadian.

(d) Mengenal pasti tempat kejadian

(e) Lokasi tempat kejadian (dalam bangunan/luar


bangunan/kawasan semak)

50
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

(f) Tanda-tanda jalan yang dilihat dan lain “land mark”


yang dilihat di kawasan sekitar

(g) Senario sebelum kejadian/pertemuan

(1) Temu janji

(2) Berjumpa di pusat hiburan

(3) Rumah kawan

(4) Pusat beli-belah

(5) Perjumpaan yang tidak dirancang

(6) Pencerobohan

(7) Diculik

(8) Disamun

(9) Lain-lain kes

9.1.3 Soalan-soalan khusus perlu diajukan dengan cermat


dan dengan pilihan perkataan yang teliti/sensitiviti
dengan mengambil kira trauma yang dihadapi oleh
mangsa:-

(a) Umur mangsa semasa kejadian (statutory rape)

(b) Kemasukan

(c) Soal kerelaan

(d) Kelakuan sebelum kejadian

(e) Kelakuan selepas kejadian

(f) Jika hamil, mengapa lewat membuat pengaduan

51
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

9.1.4 Rakaman Percakapan Video & Sesi Kaunseling

(a) Mangsa yang berumur di bawah 16 tahun, perlu dirujuk


ke Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk rakaman
keterangan melalui video. Jadual rakaman akan
diaturkan oleh CIC.

(b) Mangsa juga akan mendapat perkhidmatan kaunseling


/ rundingcara di Victim Care Centre (VCC) yang
diuruskan oleh CIC. Sesi kaunseling dan rundingcara
akan dikendalikan oleh pegawai khidmat sokongan
mangsa (VCO).

9.1.5 FOTOFIT

(a) Jika saspek adalah orang tidak dikenali, bantuan teknik


FOTOFIT diperlukan untuk melakarkan gambar saspek.

(b) Jika kepadanan yang diperoleh adalah tinggi, maka


buat edaran yang mencukupi kepada anggota detektif
untuk tujuan pengesanan dan maklumat.

(c) Jika saspek gagal dikesan, dapatkan butiran penuh dan


pohon RJ10.

(d) Jika perlu dapatkan bantuan media untuk


mempamerkan gambar saspek dengan kebenaran
KPD.

9.2 LAPORAN KIMIA

Pegawai Penyiasat bertanggungjawab untuk menyelia


pembungkusan, pemeterian, penandaan, penghantaran dan
ambil balik keterangan fizikal. Semua keterangan fizikal yang
diperoleh sepanjang penyiasatan berjalan, hendaklah
dibungkus dalam bekas yang sesuai, secara berasingan dan
ditanda dengan :

9.2.1 Nombor pengaduan

9.2.2 Nama pegawai penyiasat


52
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

9.2.3 Tarikh/masa dijumpai

9.2.4 Ada pengenalan yang sistematik, jelas dan terang

9.2.5 Dimeterikan dengan meteri rasmi

9.2.6 Catatan dibuat dalam diari penyiasatan :-

(a) Deskripsi barang bukti

(b) Tarikh/masa/tempat dijumpai

(c) Tanda pengenalan sistematik yang diberi

(d) Meteri yang digunakan

9.2.7 Barang bukti dihantar secepat mungkin untuk analisa


oleh pakar:-

(a) Untuk laporan Jabatan Kimia gunakan borang Pol.


31.

(b) Dihantar dan diambil oleh orang yang sama-jika


bukan pegawai penyiasat kes

9.2.8 Apabila dapat balik barang bukti dari Jabatan Kimia,


hendaklah didaftar di stor keterangan fizikal dengan
segera. Catat nombor pendaftaran stor keterangan
fizikal, di m/s 4 kulit kertas siasatan.

9.2.9 Laporan asal Kimia hendaklah disimpan di dalam peti


besi KPD dan salinan dalam Kertas Siasatan, salinan
kepada saspek awal – tidak kurang 10 hari bekerja dari
hari perbicaraan (Sek. 399(1) KPJ). Jika perlu Ahli
Kimia/Pegawai Perubatan Kerajaan boleh dipanggil
sebagai saksi. Tandatangan penerima dan penyerah,
hendaklah dicatat di bahagian belakang salinan asal
Laporan Kimia/Laporan Perubatan

9.2.10 Salinan asal Laporan Kimia/Laporan Perubatan tidak


boleh disimpan dalam kertas siasatan, tetapi disimpan
dalam stor barang bukti.

53
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

9.3 Doktor

9.3.1 Mendapatkan laporan perubatan

9.3.2 Rakaman percakapan terutama berhubung kes


rogol/liwat

9.4 Pakar-pakar lain

9.4.1 Rakaman percakapan pakar berkenaan

9.4.2 Dapatkan laporan yang berkaitan

9.5 Saksi-saksi lain

9.5.1 Rakaman percakapan


(a) Adakah saksi bebas nampak kejadian
(b) Adakah mangsa memberitahu sesiapa selepas
kejadian
(c) Adakah saspek lain bersubahat dalam kes
(d) Apa kaitan pengadu dengan mangsa (jika
pengadu bukan mangsa)

10. MENILAI KETERANGAN

10.1 Pastikan kandungan kertas siasatan lengkap

10.1.1 Kulit Kertas Siasatan (Muka 1 hingga 4)

10.1.2 Kertas Minit

10.1.3 Laporan Polis (Folio A, AA…)

10.1.4 Percakapan Pengadu/saksi-saksi (A1, A2,…..)

10.1.5 Percakapan SASPEK (B1 ……)

10.1.6 Diari Sasatan (C1, C2….)

54
PANDUAN PENYIASATAN JENAYAH

TERHAD

10.1.7 Lain-lain dokumen yang berkaitan (Folio D1, D2…..)

10.1.8 Sediakan LMM (Pol.60)

10.2 Sediakan “Summary of Evidence”

10.3 Rujuk Kertas Siasatan kepada TPR

11. SEKIRANYA CUKUP KETERANGAN

11.1 Menyediakan pertuduhan

11.2 Tuduh saspek

12. SEKIRANYA TIADA KETERANGAN

12.1 Cadang untuk Jamin/bebas saspek di mahkamah

13. TINDAKAN YANG DISYORKAN UNTUK SIASATAN LANJUT

13.1 Semak latar belakang dan aktiviti mangsa

13.2 Kegiatan teliti mangsa beberapa jam sebelum kes berlaku.

13.3 Tentukan Modus Operandi, kenderaan yang digunakan


saspek

13.4 Tindakan mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber,


tiang pendengar dll

13.5 Kaji semula dengan teliti, pendapat pakar hasil pemeriksaan


pakar yang dibuat termasuk penelitian kepada gambar-
gambar atau video.

55
TERHAD

13.6 Buat perbandingan dengan kes rogol/liwat yang lain untuk


mengesan persamaan atau kaitan

13.7 Bina semula kejadian kerana kemungkinan kes diada-adakan


atau penipuan

13.8 Jika ada tangkapan, hasil soal siasat yang dijalankan

13.9 Mengadakan Mesyuarat Perancangan yang dipengerusikan


oleh Ketua Polis Daerah/KBSJD jika melibatkan kes rogol bersiri

Anda mungkin juga menyukai