Anda di halaman 1dari 2

TERHAD

MM 5.2.4A TD

BAB 11

KAWALAN KEHORMATAN

SEKSYEN 1

AM

1. Perbarisan Kawalan Kehormatan. Terdapat lima jenis kawalan kehormatan


yang dilaksanakan oleh sesebuah batalion RAMD samada di peringkat TD ataupun
pasukan RAMD. Kesemua perbarisan ini melibatkan pemakaian Pakaian Istiadat
(No. 1).
SEKSYEN 2

KAWALAN KEHORMATAN UTAMA

2. Kawalan ini dilakukan oleh batalion yang mempunyai Panji-Panji Yang di-
Pertuan Agong dan juga Panji-Panji Rejimen. Pada kebiasaannya, perbarisan ini
dilaksanakan di dalam majlis-majlis rasmi melibatkan Pembesar Negara, lawatan
Ketua Negara Asing, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Negara Asing serta
orang kenamaan yang layak turut diberi penghormatan menerima kawalan ini. Panji-
Panji Yang di-Pertuan Agong hanya dikeluarkan apabila melibatkan SPB Yang di-
Pertuan Agong pada satu-satu perbarisan atau majlis. KKU yang melibatkan Panji-
Panji Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen memerlukan tiga pegawai dan
103 anggota LLP ini diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Mejar.

SEKSYEN 3

KAWALAN KUATER

3. Kawalan ini dilakukan oleh batalion-batalion RAMD bagi tujuan memberi


penghormatan kepada orang-orang kenamaan termasuk Pegawai Kanan ATM
berkelayakan dalam rangka lawatan rasmi atau lawatan kerja ke satu-satu batalion.
Orang kenamaan yang disambut akan menerima tabik hormat dan seterusnya
melakukan pemeriksaan terhadap anggota kawalan. Kawalan ini terdiri daripada 9
anggota LLP yang diketuai oleh seorang Sarjan.

SEKSYEN 4

KAWALAN DARJAT

4. Kawalan ini didirikan khusus bagi istiadat menghadap serta menyembah


watikah tauliah perlantikan wakil-wakil kerajaan asing yang ditauliahkan. Kawalan ini
didirikan di Istana Negara dan Panji-Panji Rejimen dibawa bersama. Kawalan ini
juga didirikan ditempat bersemayam SPB Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat
Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong. Kawalan ini boleh didirikan tanpa panji-
panji sekiranya batalion yang terlibat masih belum dianugerahkan panji-panji.

3-1

TERHAD
TERHAD

MM 5.2.4A TD

Batalion RAMD yang kebiasaannya ditugaskan untuk istiadat ini adalah Batalion
Pertama RAMD (Istiadat). Kawalan ini terdiri daripada dua pegawai dan 31 LLPyang
diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Mejar ataupun Kapten.

SEKSYEN 5

KAWALAN KEHORMATAN SETEMPAT

5. Kawalan ini dilaksanakan untuk sambutan Ketua Negara atau Ketua Kerajaan
Asing dalam rangka lawatan rasmi atau lawatan kerja ke negara dan kebiasaanya
didirikan di tempat ketibaan (point of entry). Batalion RAMD yang kebiasaanya
ditugaskan untuk istiadat ini adalah Batalion Pertama RAMD (Istiadat). Kawalan ini
terdiri daripada tiga pegawai dan 30 anggota LLP yang diketuai oleh seorang
pegawai berpangkat Mejar ataupun Kapten dan Panji-Panji Rejimen turut bersama di
dalam perbarisan.

SEKSYEN 6

GUARD TURN OUT

HURAIAN
SEKSYEN 7

RUMUSAN

HURAIAN

3-2

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai