Anda di halaman 1dari 51

10 Briged Para

10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC, Angkatan Tentera Malaysia.

Sejarah

Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.

Perihal

1988 satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru. 1990 Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat. 10 Oktober, 1994 Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun. Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).

Peranan

10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.

10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

Identiti Beret Merun 10 Para

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus)

Insignia

Motto Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas. Lagu perbarisan Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan Beret Merun Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa perang Dunia Kedua.

Sayap Berdarah Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 Komando Pasukan Gerakan Khas PDRM. Genggaman PARA Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ianya melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Latihan

Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.

Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada: 1. Senaman perang 2. Larian hutan berpaya 3. Mara lasak sejauh 12 km 4. Pelaksanaan serbuan khas 5. Latihan 5 km bagi membolos dan mengelakkan diri 6. Latihan abseilling 7. Latihan rapelling 8. Junam selesa

9. Jalan laju 22 kilometer 10. Mendaki Gunung Ledang 11. Ikhtiar hidup 12. Pandu arah 33 km 13. Berjalan lasak 65 km 14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 km 15. Berlari sejauh 7 km 16. Merentas desa

17. 18. 19. 20. 21.

Larian balak 32 kilometer bagi larian berpasukan Larian 42 kilometer Kawad tempur seksyen dan platun Kemahiran mengendalikan senjata

* Latihan yang ditunjukkan juga untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Latihan khas pula meliputi: 1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO) 2. Latihan payung terjun 3. Latihan tempur jarak dekat (CQC) 4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO) 5. Kursus penembak tepat 6. Kepakaran menggunakan bahan letupan 7. Kebolehan menembak 8. Menembak pantas

Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

Kelengkapan

Senjata
Pistol
Beretta M92F/S

Senapang Patah
Remington M870

Submesingan
HK MP5SD2

Raifal/Karbin
Colt M4A1 SOPMOD Block 1 Colt M16A1 Model 653 Steyr AUG (tamat perkhidmatan)

Sniper Rifles
Accuracy International PM Macmillan M96

Mesingan
FN MAG

Browning HP Mk. 3 Colt M1911A1

HK MP5SD3

FN Minimi HK 11A1

Glock 17 HK P9S HK Mark 23 HK USP9 SIG SAUER P226 SIG P2022

Data Senjata Pelancar Roket Dan Grened


Pelancar Grened M203 M79 Negara Amerika Syarikat Amerika Syarikat Amerika Syarikat Anti Kereta Kebal At-4 Negara Sweden Pertahanan Udara Starburst SA-16 Igla 9K310 Misil Anza Mk. II Blowpipe Negara United Kingdom Rusia Carl Gustav Sweden Recoilless rifle M72 LAW Amerika Syarikat Perancis

Milkor MGL

Pakistan

Eryx SRAAW

United Kingdom

Pistol separa automatik buatan Itali ini iaitu Beretta M92FS merupakan salah satu pistol yang amat popular dalam inventori tentera di seluruh dunia. Dengan menggunakan peluru 9mm, Beretta M92FS mampu memberikan tembakan yang jitu kepada sasarannya.

FN Browning High Power Mark III, Beretta M92FS dan Vektor SP1 adalah antara pistol-pistol semi automatik yang ada dalam inventori pasukan payung terjun, 10 Briged Para.

Bukan sahaja digunakan oleh pasukan Rejimen Gerak Khas, karbin tempur Colt M4A1 turut juga berkhidmat kepada anggota pasukan 10 Briged Para. Karbin Tempur Colt M4A1 dengan aksesori SOPMOD Block 1 menjadi pilihan Sang Beret Merun.

Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.

Colt M16A1 Model 653 menjadi raifal tempur kegemaran anggota 10 Briged Para. Ini kerana saiznya yang lebih kompak dan pendek berbanding raifal tempur Colt M16A1.

Mesingan 5.56mm FN Minimi buatan Belgium ini merupakan mesingan yang amat popular dalm inventori pasukan khas Angktan Tentera di Malaysia mahupun pasukan-pasukan khas di luar negara. Terdapat dalam bentuk Para iaitu udi senjata yang boleh diubah, mesingan ini adalah yang paling popular di kalangan 10 Briged Para.

Pelancar roket anti kereta kebal Eryx buatan negara Perancis ini adalah yang digemari oleh pasukan 10 Briged Para kerana faktornya yang mudah digunakan.

Pelancar roket AT-4 ini dapat digunakan untuk menghancur kereta kebal sekaligus kubu musuh. Ianya mudah dikendalikan dan mempunyai kaliber yang bersaiz 84mm.

Antara pelancar grenad yang paling lama berkhidmat dalim inventori Tentera Darat Malaysia. Dapat digabungkan dengan raifal M16 sebagai senjata tambahan dan digunakan untuk membunuh musuh dalam kelompok serta memusnahkan kubu musuh. Menggunakan grenad 40mm.

Pelancar grened Milkor MGL merupakan pelancar grened yang boleh menggunakan pelbagai jenis grened 40mm dari grened latihan (training round) sehingga ke grened HEDP (High Explosive Dual Purpose).

Anti Aircraft Rocket Launcher, Anza Mk.II merupakan pelancar roket yang boleh dikatakan serupa dengan pelancar roket anti pesawat FIM-92 Stinger buatan Amerika Syarikat mampu memberikan sengatan yang berbisa kepada sasarannya.

SA-16 Igla adalah senjata anti pesawat yang telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada Angkatan Darat menerusi Twin Igla Anti Aircraft Rocket Launcher yang ditembak daripada kenderaan jenis VAMTAC yang juga sedang berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia.

Komposisi 2008

Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada: 3 Batalion Elit Para:
Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)

Rejimen Artileri Diraja


Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)

Skuadron Kereta Perisai


Skuadron Armor Diraja (Para)
dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.

unit sokongan meliputi


Kompeni Bantuan (Para) 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para) Kor Polis Tentera Diraja (Para) 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para) Kor Kesihatan Diraja (Para) 10 Komp Kor Perkhidmatan Diraja (Para) 10 Komp Ordnan Diraja (Para) 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para) 10 Kompeni Workshop Medan (Para) Platun Pandura

Kereta kebal ringan Alvis Stormer buatan British ini semestinya menjadi kereta perisai pilihan pasukan 10 Briged Para. Dilengkapi dengan senjata 90mm Cockerill, Alvis Stromer mampu melumpuhkan kubu-kubu musuh sekaligus kenderaan ringan musuh.

Tokoh 10 Briged Para

Brigedier Jeneral Dato' Suhaimi bin Mohd Zuki Kolonel Hasagaya bin Abdullah Leftenan Kolonel Lim Kiat Choy Lt Kol Hamdan bin Ismail Kapten Hajazi bin Kamis Kapt Norhisham bin Md. Rahani Leftenan Noor Suhana binti Sanusi Pegawai Waran II Isa bin Ahmad Idris Pegawai Waran II Setia bin Abdullah Sarjan Nasarudin bin Mat Napiah (meninggal dunia pada 8 Disember, 2006) Sarjan Jamaluddin bin Isnin Koperal Budi Jery bin Ismail Koperal Wanita Nurul Azliza binti Nazri Lans Koperal Wanita Nor Lalilati binti Haron Lans Koperal Wanita Anismah binti Tapa Prebet Wanita Roslinawati binti Maydin Prebet Wanita Siti Rashidah binti Mohd. Amin

Selain Briged Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratruper wanita.

Trivia

Pada tahun 2000, 10 PARA terlibat dalam operasi Ops Pasir di Sabah untuk menentang pencerobohan pengganas daripada kumpulan militan daripada Filipina daripada mencerobohi perairan Malaysia. Kumpulan ini terdiri dari Batalion Infantri Para. Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timor Leste dalam Operasi Astute.

Operasi

Operasi-operasi lain
Operasi Malaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman MASMEDTIM, Kashmir MASMEDTIM, Acheh Operasi PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) Operasi Astute MALCON-UNIFIL 2007 Insiden Genting Sempah Negara Pakistan Pakistan Indonesia Malaysia Timor Leste Lubnan Malaysia 2006 2006 2007 2007 Tahun

Anda mungkin juga menyukai