Anda di halaman 1dari 83

(Video) Lelaki ‘Gila’ Bertindak Nekad Serang Seorang jururawat warga Filipina bekerja di salah

Kaunter Hospital, Kelar Tangan Jururawat sebuah hospital di Arab Saudi telah ditikam oleh orang
tempatan ketika bertugas.
Berulang-Ulang Kali
Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Negera (DFA),
jururawat yang bertugas di bilik kecemasan, berusia 29
tahun, Rolanda Mina telah mengalami kecederaan parah
ditangannya selepas diserang secara mengejut oleh
seorang lelaki Arab Saudi berusia 22 tahun ketika
bekerja di hospital Khamis lalu.
Kejadian itu telah dirakam oleh sistem televisyen litar
tertutup hospital. Video itu walaubagaimana pun telah
dimuatnaik kedalam media sosial dan segera tular.
Didalam rakaman terbabit suspek perlahan-lahan
menghampiri Mina dan tiba-tiba mengeluarkan pisau
serta mengelar Mina tanpa henti.
DFA memberitahu suspek kini berada dalam tahanan
https://siakapkeli.my/2018/05/24/video-lelaki-gila-bertindak- polis dan kes tersebut telah dihantar kepada pendakwa
nekad-serang-kaunter-hospital-kelar-tangan-jururawat- raya untuk disiasat.
berulang-ulang-kali/ Pihak berkuasa masih mencuba mengetahui motif
serangan setelah Mina mendakwa langsung tidak
mengenali suspek.
Seksyen 503 Kanun Keseksaan

Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa


bencana kepada tubuh, nama baik atau harta orang itu, atau kepada tubuh
atau nama baik seseorang yang orang itu ada kepentingan, dengan niat
hendak menyebabkan orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang dia tidak
terpaksa di sisi undang-undang melakukan, atau meninggalkan daripada
melakukan apa-apa perbuatan yang dia berhak di sisi undang-undang
melakukan, sebagai jalan bagi mengelakkan pelaksanaan ugutan itu, adalah
melakukan kesalahan secara jenayah.

https://www.youtube.com/watch?v=xXQDC8R7u1Y
https://www.youtube.com/watch?v=hwnN5WpRWsQ
Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah


dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,
atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika ugutannya itu ialah
ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak
menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau hendak
menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum mati atau pemenjaraan,
atau dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun
Seksyen 186 Kanun Keseksaan
Menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya

Barang siapa dengan sengaja menggalang mana-mana penjawat awam dalam


menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan
selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh
sampai sepuluh ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
Seksyen 189 Kanun Keseksaan
Ugutan Bencana Kepada Seorang Penjawat Awam

Barang siapa mengadakan apa-apa ugutan bencana kepada mana-mana


penjawat awam, atau kepada mana-mana orang yang dia percaya penjawat
awam itu ada kepentingan dengannya, bagi maksud hendak mendorong
penjawat awam itu supaya melakukan apa-apa perbuatan, atau supaya jangan
melakukan atau melengahkan melakukan apa-apa perbuatan, yang berhubung
dengan perjalanan fungsi jawatan penjawat awam itu, hendaklah dihukum
dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau
dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
DEFINASI
Crime (Jenayah)
Paul Tappan (1960):
An intentional act or omission in violation of criminal law committed without
defence or justification and sanctioned by the state for punishment as a felony
or a misdemeanour.

Sir Willian Blastone


Jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan atau tinggalan yang
mengancam undang-undang awam.
Obsorn, 1964 A Concise Law Dictionary hlm 9
Suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat
dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi
undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab
menerima hukuman denda atau penjara
BAGAIMANA JENAYAH BERLAKU ?
Tiga elemen yang wujud secara serentak dalam
satu masa menyebabkan berlaku jenayah

Peluang Melakukan
Jenayah
(Opportunity)

Niat Penjenayah
3 ELEMEN Sasaran
(Desire) (Target)
LIABILITI JENAYAH

Dalam sistem perundangan jenayah, prinsip amnya adalah seseorang itu tidak
boleh dikatakan bersalah dengan sesuatu jenayah melainkan dibuktikan
kesalahannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Actus non facit
reum nisi mens sit rea

Mens rea – niat


Richard Card dalam buku Introduction to Criminal Law (1980)
“Mens Rea sebagai keadaan fikiran sama ada nyata atau tersirat seperti yang
dikehendaki oleh definasi sesuatu kesalahan”

Actus reus - perbuatan


CRIMINAL JUSTICE SYSTEM
CRIME

RELEASE

ENFORCEMENT
PRISON POLICE

MALAYSIA
PROCEEDING: CRIMINAL INVESTIGATION/
JUDGEMENT: EVIDENCE GATHERING/
JUSTICE SYSTEM ARREST PERPETRATOR/
SENTENCING/PRISON/
DISCHARGE RELEASE ON BAIL

JUCIALRY: MEDICAL
COURT
MEDICAL ATORNEY
DECISION MADE : GENERAL
DISCHARGE/ CHARGE
KUASA-KUASA ORANG AWAM

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah ( Akta 593 )


orang awam diberikan kuasa – kuasa berikut ;-

1. Kuasa Menangkap

2. Kuasa untuk memeriksa dan merampas.

3. Kuasa untuk mendakwa.


STATUTE SEC. 15 CPC

DEFINITION

CASE LAWS Shaaban’s case

POLICE

WARRANT

TYPE/OFFENCES PENGHULU

W/O WARRANT
ARREST
PRIVATE PERSON

JP

FC

ARRESTEE

RIGHT Sec. 28A CPC

ARRESTOR
TANGKAPAN

1. Seksyen 23, Kanun Prosedur Jenayah


Polis Dan Penghulu.

2. Seksyen 27, Kanun Prosedur Jenayah


Orang Persendirian.

3. Seksyen 30, Kanun Prosedur Jenayah


Jaksa Pendamai.

4. Seksyen 31, Kanun Prosedur Jenayah


Majistret.
Christie v leachinsky (1974) AC 573

Tangkapan adalah tindakan paling pertama dalam segala prosiding jenayah


ke atas saspek

HALBURY’S LAW OF ENGLAND, EDISI KETIGA, JILID 10,342

• Rampasan sebenar atau sentuhan tubuh seseorang dengan tujuan untuk


menahannya.

• Tangkapan semata - mata bukanlah tangkapan, melainkan orang tersebut


menerima proses itu dan menurut pegawai yang menangkapnya.
KUASA-KUASA ORANG AWAM

SEKSYEN 27 KPJ
TANGKAPAN OLEH ORANG PERSENDIRIAN,
PROSEDUR.

• Hanya ke atas kes boleh tangkap tanpa waran dan kes tidak boleh jamin
(Non Bailable ).

• Mesti dalam pandangannya

• Mesti dalam kehadiranya.

• Mesti serah segera kepada polis yang akan membuat tangkapan semula.
PROSES TANGKAPAN
Bagi melaksanakan sesuatu tangkapan, garis panduan ditetapkan
di bawah seksyen 15 ( 1 ) Kanun Prosedur Jenayah, di mana apabila
pegawai polis atau pun orang lain yang hendak melaksanakan
tangkapan, ia hendaklah :-
i)Menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap
itu .

ii)Jika orang itu melawan atau cuba melarikan diri, maka bolehlah
mengambil langkah - langkah yang perlu.
iii)Walau bagaimanapun, seksyen ini tidak sesekali memberi hak
menyebabkan kematian, pada orang itu melainkan kesnya itu
melibatkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup.
DEFINASI TANGKAPAN

HALBURY’S LAW OF ENGLAND, EDISI KETIGA, JILID 10,342

• Rampasan sebenar atau sentuhan tubuh seseorang dengan tujuan untuk


menahannya.

• Tangkapan semata - mata bukanlah tangkapan, melainkan orang tersebut


menerima proses itu dan menurut pegawai yang menangkapnya.
IMPLIKASI SESUATU TANGKAPAN

• Menahan kebebasan perjalanan seseorang tetapi sah mengikut


undang - undang.

• Hak asasinya untuk bergerak adalah terbatas.

• Secara tidak langsung ini bertentangan dengan hak asasi manusia di


bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ARTIKEL 5 ( 3 ).
SEK. 96 Apa itu hak pertahanan Persendirian.
Hak ini digunakan oleh seseorang terhadap orang yang mengugut
atau membawa bahaya kepadanya. Hak ini diiktiraf oleh sistem
undang-undang kebanyakan negara kerana sebuah negara tidak
mampu untuk mempertahankan hak semua rakyatnya secara
mutlak, oleh itu rakyat diberi hak untuk mempertahankan diri.
KONSEP PEMBELAAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN
TERDAPAT 4 KATEGORI DALAM PEMBELAAN HAK PERTAHANAN
PERSENDIRIAN IAITU;

1.MEMPERTAHANKAN DIRI SENDIRI


2.MEMPERTAHANKAN DIRI ORANG LAIN
3.MEMPERTAHANKAN HARTANYA SENDIRI
4.MEMPERTAHANKAN HARTA ORANG LAIN

HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MERUPAKAN SUATU


PEMBELAAN YANG BAIK BAGI MENGELAKKAN SESEORANG ITU
DARIPADA PERTUDUHAN DAN LIABILITI JENAYAH.
KONSEP PEMBELAAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN
CHAKO MATHAI LWN STATE OF KERALA (1064) A.I.R, MAHKAMAH
ADA MENYEBUT;

“HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN ADALAH MERUPAKAN SUATU


HADIAH YANG TERTINGGI YANG DIBERIKAN KEPADA RAKYAT
UNTUK MELINDUNGI MEREKA DENGAN BERKESAN DARIPADA
PERBUATAN AGRESIF YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-
UNDANG. SETIAP ORANG DIANDAIKAN TIDAK AKAN LARI JIKA
DISERANG. DIA BOLEH MELAWAN BALIK…”
KONSEP PEMBELAAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN

REGINA LWN CUMMINGS (1819) S.L.R (N.S.) 41, KETUA HAKIM


O’MALLEY ADA MENYEBUT BAHAWA;

“SESEORANG BOLEH JUGA MEMPERTAHANKAN KAWANNYA ATAU


TUBUH BADAN KAWANNYA DARIPADA DICEDERAKAN ATAU DARIPADA
MENERIMA CEDERA PARAH.”

WALAUBAGAIMANAPUN, HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN


PERLULAH MENGIKUTI CARA-CARA TERTENTU DALAM
PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG YANG TERBAHAGI KEPADA 4
PERINGKAT;
KONSEP PEMBELAAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN

A) BILA HAK PEMBELAAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH DAN


HARTA ITU BERMULA DAN MASIH ADA (SEKSYEN 102 DAN 105)
B) BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH DAN
HARTA TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN (SEKSYEN 100 DAN
103)
C) BILA HAK ITU TERMASUK MENYEBABKAN APA-APA KEROSAKAN
YANG LAIN DARIPADA KEMATIAN (SEKSYEN 101 DAN 104)
D) SEKATAN PENGGUNAAN PEMBELAAN INI (SEKSYEN 99)
KONSEP PEMBELAAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN

Pembelaan pertahanan persendirian ini bertapak di atas beberapa perkara iaitu;

A) Dalam kebanyakkan kes, masyarakat umum boleh melindungi diri sendiri


terhadap apa jua serangan yang dikenakan terhadap diri sendiri ataupun harta
benda
B) Di mana bantuan yang boleh diperolehi, ianya perlulah menggunakannya
C) Di mana bantuan tidak boleh diperolehi, seseorang itu akan mengambil apa-
apa jua tindakan yang perlu untuk melindungi diri sendiri, tetapi
D) Bahawa kekerasan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan bentuk
kecederaan dan perasaan
SEK 97 PEMBAHAGIAN HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

• MEMPERTAHANKAN DIRI SENDIRI

• MEMPERTAHAN DIRI ORANG LAIN

• MEMPERTAHAN HARTA BENDANYA

• MEMPERTAHAN HARTA BENDA ORANG LAIN


BEBAN PEMBUKTIAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN
DI ATAS TERTUDUH
PENDAKWA RAYA LWN LEE POH CHYE & ANOR (1197) 4 MLJ 578 (MT: JEFFREY TAN KC)

“PIHAK PENDAKWAAN MEMPUNYAI BEBAN UNTUK MEMBUKTIKAN KESALAHAN


TERTUDUH. PIHAK TERTUDUH YANG MENGAMBIL KEPENTINGAN DI BAWAH
PENGECULIAN DALAM KANUN INI, MEMPUNYAI BEBAN UNTUK MEMBUKTIKAN DI ATAS
IMBANGAN KEBARANGKALIAN, KEADAAN-KEADAAN KES TERSEBUT YANG TERMASUK
DI DALAM MANA-MANA PENGECUALIAN, ATAU PENGECULIAN KHAS ATAU MANA-MANA
PERUNTUKKAN DALAM KANUN ATAU MANA-MANA UNDANG-UNDANG DAN SEHINGGA
DIBUKTIKAN SEBALIKNYA, MAHKAMAH AKAN BERANGGAPAN TIADA WUJUDNYA
KETERANGAN MENGENAI PERKARA INI.”
BEBAN PEMBUKTIAN PERTAHANAN PERSENDIRIAN
DI ATAS TERTUDUH
SEKSYEN 105 AKTA KETERANGAN 1950. INTIPATI YANG PERLU DIBUKTIKAN
OLEH PIHAK TERTUDUH;

1.PADA MASA MELAKUKANNYA


2.OLEH SEBAB AKALNYA TIDAK SEMPURNA “MENTAL DELUSION, EPILEPTIC AND
AUTOMATISM, HYPOGLYCAEMIC ATTACK DAN MANIA”
3.TIDAK BERUPAYA MENGETAHUI
4.KEADAAN PERBUATAN ITU
5.BAHAWA APA YANG DILAKUKAN ITU SAMA ADA SALAH ATAU BERLAWANAN
DENGAN UNDANG-UNDANG
SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM PERTAHANAN
PERSENDIRIAN ATAU SEBALIKNYA ?

The Law Of Crime (Edisis 22) Oleh Ratanlal And Dhirajlal muka surat 220
menyatakan; setelah meneliti peruntukan di dalam kanun keseksaan mengenai
perihal pertahanan persendirian beserta dengan prinsip-prinsip yang terpakai,
pihak mahkamah perlulah memutuskan sama ada pihak tertuduh bertindak di atas
sesuatu serangan yang munasabah yang menyebabkan ketakutan bahawa
kematian atau kecederaan parah yang berakibat daripada serangan tersebut itu
adalah munasabah atau tidak adalah suatu persoalan fakta. Pertimbangan
haruslah dibuat terhadap bentuk senjata itu dibuat, bentuk serangan yang
dikenakan dan keadaan persekitaran yang perlu diambil pertimbangan.
SEK 98 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TERHADAP PERBUATAN ORANG YANG TIDAK
SEMPURNA AKALNYA

• Tidak menjadi satu kesalahan ,oleh sebab orang yang melakukan perbuatan
belum cukup umur, belum cukup akal,tidak sempurna akal,mabuk atau sebab ia
salah faham.

• Hak pertahanan persendirian terhadap perbuatan itu adalah dikira hak sekiranya
perbuatan itu menjadi kesalahan.
• Misalan 1 :-
Z, oleh sebab gilanya, mencuba membunuh A. Z tidaklah melakukan apa-
apa kesalahan. Tetapi A ada hak pertahanan persendirian sama seperti hak
sekiranya Z tidak gila.
PERBUATAN SESEORANG YANG BELUM CUKUP UMUR;

Seksyen 82 Kanun Keseksaan


Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-
kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.
PERBUATAN SESEORANG YANG BELUM CUKUP UMUR;

Seksyen 83 Kanun Keseksaan


Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-
kanak yang berumur lebih daripada 10 tahun tetapi kurang daripada
12 tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan
akibat perbuatan pada masa itu.
Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal

Seksyen 84 Kanun Keseksaan


Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh
seseorang yang pada masa melakukannya, oleh sebab akalnya
tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu
atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau
berlawanan dengan undang-undang.
Perbuatan Seseorang Yang Suatu Pembelaan
Seksyen 85 kanun keseksaan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan
dalam seksyen 86, mabuk tidaklah boleh menjadi suatu pembelaan
terhadap sesuatu pertuduhan jenayah.
(2) Mabuk boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan
jenayah, jika oleh sebab mabuk, orang yang dipertuduhkan itu, pada
waktu perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu, tidak tahu
bahawa perbuatan atau ketinggalan itu salah ataupun tidak tahu apa
yang ia lakukan dan -
Perbuatan seseorang yang suatu pembelaan

Seksyen 85 (A) Kanun Keseksaan


(a) Keadaan mabuk itu telah disebabkan dengan tiada kerelaannya oleh
perbuatan jahat atau cuai seseorang lain, atau
(b) Orang yang dipertuduhan itu, oleh sebab mabuk, menjadi gila, sama
ada bagi sementara atau lainnya pada waktu perbuatan atau
ketinggalan itu.
Bila mabuk menjadi suatu pembelaan
Seksyen 86 kanun keseksaan

(1) Jika pembelaan di bawah subseksyen 85 (2) telah dipastikan maka, bagi hal
termasuk di bawah perenggan (a) seksyen itu orang yang dituduh itu hendaklah
dibebaskan, dan bagi hal yang termasuk di bawah perenggan (b), peruntukkan
seksyen 84 kanun ini dan Seksyen 347 dan 348 Kanun Prosedure Jenayah
hendaklah dipakai.

(2) Mabuk hendaklah ditimbangkan bagi maksud menentukan samada orang yang
dipertuduhkan itu ada mempunyai sesuatu niat yang tertentu atau lainnya, yang
dengan ketiadaannya, ia tidak akan bersalah atas kesalahan itu,
Bila mabuk menjadi suatu pembelaan

Seksyen 86 Kanun Keseksaan

(3) bagi maksud seksyen ini dan seksyen yang terdahulu daripadanya itu,
mabuk hendaklah disifatkan termasuk suatu keadaan yang diterbitkan oleh
narkotik atau dadah.
SESUATU PERBUATAN KERANA SALAH FAHAM;

SEKSYEN 76 KANUN KESEKSAAN

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang
terpaksa di sisi undang-undang melakukannya atau yang, oleh kerana
silapfaham nyataan dan bukannya oleh kerana silafaham undang-undang,
dengan suci hati percaya dirinya, terpaksa di sisi undang-undang
melakukannya. (Silap fakta dan bukannya salah faham “misunderstanding”.
SEK 99 PERBUATAN TIDAK MENJADI HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

• Tiada hak pertahanan persendirian diatas perbuatan yang tidak munasabah


menyebabkan kematian / cedera parah yang dilakukan oleh penjawat awam/
dengan suci hati atas kuasa jawatanya diluluskan disisi undang-undang .
Penjelasan

• Perenggan ini bertujuan untuk melindungi seorang penjawat


awam terhadap penggunaan hak pertahanan persendirian
semasa menjalankan tugas rasminya.

• Penjawat awam itu mestilah bertindak dengan suci hatinya.

• Penjawat awam itu mesti mempunyai bidang kuasa (jurisdiction)


untuk bertindak.
INTIPATI SEKSYEN 99 KANUN KESEKSAAN

• Sekiranya seorang penjawat awam atau orang yang mengikuti arahannya


melakukan sesuatu tindakan yang mengikut seseorang yang munasabah
bahawa ianya akan menyebabkan cedera parah maka, orang yang
dilakukan sesuatu perbuatan oleh penjawat awam itu tidak boleh
mempertahankan diri.
INTIPATI SEKSYEN 99 KANUN KESEKSAAN

• Unsur penjawat awam perlu bertindak dengan suci hati atas nama jawatannya perlu diambil kira.

• Menurut seksyen 21 kanun keseksaan, seseorang penjawat awam termasuk;

• Pegawai tentera bertauliah

• Hakim

• Pegawai mahkamah

• Para juri dan pengapit

• Penimbang tara

• Orang yang ditugaskan mengurung orang

• Pegawai mencegah berlaku kesalahan, menjaga kesihatan, keselamatan dan kemudahan


awam
INTIPATI SEKSYEN 99 KANUN KESEKSAAN

• Yang menguruskan perbelanjaan kerajaan, pengukuran, pentaksiran, kontrak dan


berkaitan dengannya serta terlibat dalam kewangan

• Yang menguruskan pengutipan cukai, pengukuran, harta, kadar cukai, penentuan hak
penduduk dan yang berkaitan dengannya.

Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak mengetahui ataupun tiada mempunyai


sebab untuk mengetahui bahawa orang yang bertindak ke atasnya merupakan seorang
penjawat awam maka, orang itu boleh menggunakan hak Pertahanan Persendirian.

*Penjawat awam perlu memperkenalkan diri*


• Misalan :-
• Penguasa Ahmad telah mengarahkan Penolong Penguasa
Abu untuk menangkap Ali kerana Ali telah menggangu teman
wanitanya. Semasa tangkapan dibuat, Ali berhak menggunakan
hak pertahanan persendirian, kerana tangkapan itu adalah salah
di sisi undang-undang.
Tidak Ada Hak Pertahanan Persendirian.

• Dalam hal yang sempat mendapat perlindungan dari pihak


berkuasa awam.

• Misalan :- Sekumpulan lelaki telah menghampiri rumah A


dengan bersenjatakan pisau dan parang serta mengugut hendak
membakar rumah A. A kemudiannya melepaskan tembakan dan
mencederakan salah seorang daripada kumpulan itu. Di sini A
mempunyai hak pertahanan persendirian kerana tidak
berkesempatan untuk meminta bantuan atau perlindungan pihak
berkuasa awam. Lagipun kumpulan itu sedang membawa senjata
merbahaya.
• Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk
mengenakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu
dikenakan bagi maksud pertahanan.

• Dua perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum


mendatangkan kerosakan semasa menjalankan hak pertahanan
persendirian :

• Tidak sekali-kali mengenakan kerosakan yang lebih daripada


yang perlu bagi maksud pertahanan.

• Perbuatan itu mestilah munasabah mendatangkan ketakutan


kecederaan kepada tubuh badan atau hendak melakukan suatu
kesalahan.
• Misalan 1 :-
• A semasa diserang oleh B dengan tombak, telah melepaskan
tumbukan ke muka B yang menyebabkan kematian B. Di sini A tidak
bersalah atas kesalahan membunuh. Perbuatan A tidak dianggap
melampau.

• Misalan 2 :-
• Jika A membunuh seorang wanita tua yang didapati mencuri
barangnya atau Z setelah berjaya menangkap seorang pencuri,
dengan sengaja melepaskan geramnya sehingga membunuh pencuri
itu. Perbuatan sedemikian di anggap telah melampaui daripada yang
perlu bagi maksud pertahanan.
SEKSYEN 100 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
MENGENAI TUBUH TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN

• Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk


menyebabkan dengan sengaja kematian atau apa-apa kerosakan
yang lain kepada penyerang itu.

• Tertakluk kepada sekatan-sekatan dibawah seksyen 99 KK.

• Jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan dari mana-


mana jenis kesalahan berikut :-
SEK 100 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BADAN TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN
• Serangan Dan Ketakutan Menyebabkan Kematian

(Seksyen 300 Kanun Keseksaan)

• Serangan Dan Ketakutan Menyebabkan Cedera Parah.

(Seksyen 320 Kanun Keseksaan )

• Serangan Dgn Niat Melakukan Rogol

(Seksyen 376 Kanun Keseksaan)

• Serangan Dgn Niat Melakukan Sodomi/Liwat

(Seksyen 377a – 377c Kanun Keseksaan)

• Serangan Dgn Niat Melakukan Colek

(Seksyen 359 Kanun Keseksaan)

• Serangan Dgn Niat Melakukan Kurungan Salah. (Seksyen 340 Kanun Keseksaan)
Penjelasan

• “Ketakutan yang munasabah bahawa kematian akan


berlaku” – merupakan fakta yang mana Mahkamah akan
putuskan berdasarkan keadaan sekeliling kes itu seperti
“keadaan bentuk badan” serta “kelakuan mangsa” serta
“senjata yang digunakan”.


• Misalan 1 :

• Simati yang berbadan tegap dan kuat telah menagih hutang daripada
tertuduh dengan kasar sekali. Apabila tertuduh berdiam diri, simati tadi terus
mengambil sebilah pisau dan mengacu kea rah tertuduh. Tertuduh kemudian
mengambil sebatang kayu dan terus memukul tangan simati dan pisau
tersebut pun tercampak. Semasa pergelutan untuk mengambil pisau tersebut,
simati telah tertusuk pisau itu dan terbunuh. Di putuskan bahawa semasa
simati mengacukan pisau kea rah tertuduh, telah menimbulkan ketakutan
yang munasabah bahawa kematian akan berlaku.
Di dalam kes : Wong Lai Fatt lwn Pendakwa Raya (1973) 2 MLJ 31, seorang suami telah
menikam sehingga mati seorang lelaki yang cuba merogol isterinya semasa pasangan suami
isteri itu berada di rumah mereka. Mahkamah Persekutuan telah membebaskan suami berkenaan
daripada tuduhan membunuh di atas alasan bahawa ia telah menjalankan hak Pertahanan
Persendirian dalam mempertahankan isterinya daripada dirogol
Di dalam kes : Pendakwa Raya Len Lim Yew Sen (2004) 2 MLJ 97 (MT : R.K. Nathan H) kedua-dua
pihak telah menggunakan batang besi untuk bergaduh. Melalui keterangan adalah didapati bahawa
simati bertubuh besar dan lebih besar daripada tertuduh. Walaubagaimanapun, apabila batang
besinya terpukul tangannya dan dimati dalam keadaan hendak memukulnya dengan batang besi itu,
dia terus mengeluarkan ‘screwdriver’ dan menggunakannya sebagai alat untuk menghalau simati.

“Memandangkan ianya boleh diterima sebagai bentuk Pertahanan Persendirian kerana simati
menyatakan bahawa dia akan membunuhnya, saya tidak bercadang untuk mengambilnya sebagai hak
untuk Pertahanan Persendirian. Pihak tertuduh telah meminta untuk pergi ke suatu tempat untuk
bergaduh. Dia sepatutnya boleh mengelak dengan hanya berlalu dan tidak mengikuti simati ke tempat
lapang yang mana diketahuinya suatu pergaduhan akan berlaku. Mengetahui bahawa si mati besar
dan berat daripadanya, dia sepatutnya mengelakkan dirinya. Bentuk kecederaan yang dialami oleh
simati menunjukkan simati bukan sahaja mencubanya terhadapnya simati tetapi, bentuk tikaman yang
dikenakan adalah untuk menyebabkan kecederaan parah ke atas tubuh badan.
SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM PERTAHANAN
PERSENDIRIAN ATAU SEBALIKNYA ?

Pendakwa Raya Lwn Ngoi Ming Sean (1982) 1 Mlj 24, Ajaib Singh H Menyatakan;

“….Fakta bahawa tertuduh bersenjatakan sepucuk pistol revolver sementara simati


tiada mempunyai senjata pada ketika itu tidak akan menggugat hak pertahanan
persendirian yang ada pada pihak tertuduh. Pihak mahkamah haruslah menimbangkan
samada dalam semua keadaan kes ini secara keseluruhannya, pihak tertuduh
berhadapan dengan suatu serangan yang munasabah bahawa simati akan
menyebabkan ketakutan bahawa kematian atau kecederaan parah akan berakibatkan
dari serangan itu sekiranya pertahanan persendirian tidak dijalankan….”
SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM PERTAHANAN
PERSENDIRIAN ATAU SEBALIKNYA ?

Mahkamah menyatakan;

“….Tiada mana-mana peruntukan undang-undang pertahanan persendirian yang


menyatakan bahawa hak pertahanan persendirian terhadap tubuh badan tiada boleh
digunakan terhadap si penyerang yang tidak bersenjatakan apa-apa. Meneliti kepada
peruntukkan seksyen 100 kanun keseksaan, ia jelas menunjukkan sama ada
seseorang itu mempunyai hak pertahanan persendirian terhadap tubuh badan di
dalam kes ini adalah bergantung kepada cara mana dan bentuk tindakan seseorang
itu diserang, dan bukanlah di atas persoalan samada dia mempunyai senajata atau
sebaliknya.
SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM
PERTAHANAN PERSENDIRIAN ATAU SEBALIKNYA ?

Sekiranya semasa serangan itu dikenakan, dia mempunyai sebab yang


munasabah bahawa orang yang menyerangnya akan samada menyebabkan
kematian atau kecederaan parah terhadapnya maka, dia mempunyai justifikasi
untuk menyebabkan kematian terhadap si penyerang tersebut dalam
melaksanakan hak pertahanan persendirian tanpa mengambil kira fakta sama
ada si penyerang itu mempunyai senjata atau sebalinya”
SEKSYEN 101 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN BOLEH
MENDATANGKAN KEROSAKAN

• Selain dari Seksyen 99 dan Seksyen 100 hak pertahanan


persendirian hanya boleh mendatangkan kerosakan sahaja tidak
kematian.
SEK 102 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TUBUH BADAN
BERMULA DAN MASIH ADA

• Hak itu bermula terbitnya perasaan takut yang munasabah akan


bahaya terhadap tubuh badan dari satu percubaan atau ugutan
walapun kesalahan tidak dilakukan selagi perasaan dan bahaya
kepada tubuh masih ada.
Pendakwa Raya Lwn Yeo Kim Bok [1970] MLJ 204, si mati telah meminta
hutangnya dari tertuduh dalam keadaan sangat agresif. Ia kemudiannya
mengambil sebilah pisau dan terus meluru ke arah tertuduh yang masih lagi
berdiamkan dirinya. Apabila melihat keadaan tersebut yang sungguh
merbahaya, tertuduh yang mengambil sebatang kayu dan memukul tangan
simati yang menggenggam pisau menyebabkan pisau itu jatuh lalu mereka terus
bergelut. Dalam keadaan tersebut, tertuduh telah memperolehi pisau berkenaan
dan menikam si mati.
Mahkamah menyatakan bahawa tertuduh adalah berhak mempertahankan
nyawanya dan hak tersebut bermula dari masa simati menerkam bahaya
yang mendatang kepada keselamatan nyawa tertuduh. Sekiranya pisau itu
diperolehi oleh simati, maka besar kemungkinan simati akan menikam pihak
tertuduh. Demi mengelakkan nyawa terancam dan dibunuh maka, ia sempat
mempertahankan dirinya dengan menikam si mati.
BUKAN SUATU PERTAHANAN PERSENDIRIAN ?

Di mana tiada wujud lagi sebarang bentuk bahaya atau ketakutan yang munasabah akan bahaya
maka, tiada wujud lagi pembelaan pertahanan persendirian.

Kes Pendakwa Raya Lwn Lee Poh Chye & Anor (1977) 4 MLJ 578 (MT: Jeffrey Tan Jc) mahkamah
menyatakan;
“…Suatu kekerasan yang berulang-ulang dikenakan terhadap simati, ianya adalah merupakan
suatu tekanan kekerasan. Di atas perkara fakta yang dubentangkan, tiada wujud lagi sebarang
pertahanan persendirian. Jelas menunjukkan kecederaan yang dikenakan terhadap si mati adalah
sangat berlebihan daripada imbangan kecederaan yang dibenarkan. Apa yang jelas adalah
merupakan suatu kekerasan yang sangat tidak logik yang boleh dipercayai.
Hak Pertahanan Persendirian Akan Luput Sebaik Sahaja Seseorang Itu Keluar Daripada
Keadaan Bahaya.

Kes : Pendakwa Raya Lwn Dato’ Balwant Singh (No 2)[2003] 3 MLJ 395 (MT), Augustine Paul H.
Menyatakan;

“….Adalah didapati bahawa tahap keadaan merbahaya ke atas tertuduh dan ke atas tubuh
badannya adalah munasabah. Oleh itu tertuduh mempunyai hak pertahanan persendirian. Tetapi,
perlulah dilihat bahawa dalam kes ini, simati hanya bersenjatakan sebatang kayu manakala
tertuduh mempunyai senjata api yang boleh membunuh dan kecederaan yang dialami hanyalah
berbentuk lapisan nipis. Walaubagaimanapun, kayu itu bukanlah yang boleh menyebabkan
kepada atau tulang pecah.
Tertuduh menyatakan bahwa ianya merupakan suatu senjata yang merbahaya,
sementara SP 9 menyatakan juga bahawa ianya boleh menyebabkan kecederaan
parah dan kemungkinan kematian sekiranya dikenakan pukulan. Oleh itu, ianya adalah
merupakan suatu senjata yang merbahaya.

Seperti yang diperkatakan terdahulu bahawa undang-undang tiada membezakan


bahawa simati hanya bersenjatakan sebatang kayu, manakala tertuduh dengan
senjatapi, bahawa kecederaan yang serius itu tiada perlu dikenakan ia juga bukan
suatu kecederaan yang telahpun dikenakan tetapi, suatu kecederaan yang akan
dikenakan sekiranya hak pertahanan persendirian tidak diambil yang perlu
dipertimbangkan; maka tiada wujud suatu obligasi ke
Atas tertuduh untuk melarikan diri daripada keadaan merbahaya yang
dialaminya; bahawa tertuduh boleh berpusing semula dan menyerang sebagai
mempertahankan dirinya, dan juga hak ini termasuk menyebabkan kematian
kepada sipenyerang.

Justeru itu, saya berpendapat bahawa tertuduh telah membuktikan haknya


terhadap pembelaan pertahanan persendirian. Oleh itu, beliau tidak melakukan
apa-apa kesalahan dan dengan itu saya melepaskan dan membebaskan
tertuduh.
• Dalam kes Kata Singh vs Emperor 1933 Lah 167.

• A seorang lelaki yang ganas serta berbadan tegap dan kuat.


Manakala B pula adalah seorang yang berbadan kecil dan lemah.
Pada suatu hari satu pertengkaran berlaku antara A dn B. A dengan
bersenjatakan sebatang kayu telah menyerang B hingga
menjatuhkannya. B kemudiannya berjaya memukul A dan memukul
bertubi-tubi di kepala A. Tiga hari kemudian A meninggal dunia.
Mahkamah memutuskan bahawa hak pertahanan persendirian
mengenai tubuh telah dilaksanakan oleh B secara sah di sisi
undang-undang.
• Dalam kes Nga Chit Tin A.I.R Rang. 225.

• A semasa berada di sebuah pondok teah diugut oleh B. A kemudian


terus beredar dari pondok berkenaan atas kehendaknya sendiri.
Kemudian dengan tiba-tiba datang kembali dan terus memukul B
dengan sebatang kayu. B kemudiannya telah mati.

• Mahkamah memutuskan bahawa A tidak mempunyai hak


pertahanan persendirian di sini, kerana sebaik saja A beredar dari
pondok berkenaan, ketakutan yang munasabah akan bahaya
kepada tubuh A telah reda.
Sek 103 Bila Hak Pertahanan Persendirian Mengenai Harta Termasuk
Menyebabkan Kematian

• Serangan menyebabkan rompak

• Pecahrumah dan curi waktu malam

• Khianat dengan api

• Mencuri ataupun pencerobohan rumah.


Sek 104 Bila Hak Pertahanan Harta Hanya Menyebabkan Kerosakan

• Selain dari Seksyen 99 dan Seksyen 103 hak pertahanan


harta hanya boleh mendatangkan kerosakan sahaja.
Mohd Raffi Lwn Emperor, Air [1947] Lah 375 (Mt Lahore India)
Di mana sekumpulan orang termasuk simati yang menggunakan senjata yang merbahaya telah
pergi menuju ke rumah tertuduh dalam keadaan yang mengugut. Pada masa yang sama
mereka telah menjerit kuat untuk menghidupkan api kepada rumah tersebut. Tetapi mereka
tidak menghidupkan bahan api atau sebarang benda terbakar mahupun sebarang bentuk
cubaan yang lain, tertuduh yang berada di depan rumahnya telah menembak dan mengenai
tubuh simati dalam jarak 11 hingga 14 kaki semasa dia menggerakkan kakinya.

Mahkamah mendapati sama ada kumpulan itu mengandungi lima, atau tujuh orang, adalah
jelas bahawa sesetengah daripada mereka membawa senjata merbahaya dan mengugut yang
memberi gambaran di dalam fikiran tertuduh bahawa dia mengalami kecederaan parah ke atas
tanganya maka, semestinya dikatakan bahawa dalam menembak itu untuk menyebabkan
kecederaan ibrahim tidak melampaui hak pembelaan pertahanan persendirian terhadap tubuh
badan.
Sek 105 Bila Hak Pertahanan Mengenai Harta Bermula

• Hak mempertahankan harta berakhir jika pesalah telah lepas lari


dengan harta itu atau sehingga mendapat pertolongan atau
bantuan dari pihak berkuasa untuk mendapati semula harta itu.
Atau sehingga harta itu telah dapati semula.
Seksyen 106 - hak pertahanan persendirian terhadap serangan
yang boleh menyebabkan kematian bila ada bahaya kerosakan
kepada orang yang tidak bersalah
Penggunaan mengikut syarat berikut;

1.Bahawa serangan itu boleh menyebabkan kematian kepada A


2.Bahawa A terpaksa mempertahankan dirinya
3.Bahawa tiada jalan lain kecuali mendatangkan bahaya kerosakan kepada
seseorang yang tidak bersalah
4.Perbuatan A dalam keadaan sedemikian terhadap B, dalam pertimbangan A,
tidaklah akan menyebabkan B terbunuh (mungkin A mengagak bahawa B akan
cedera).
NO TELEFON PDRM MELAKA
IPK MELAKA 06-2851999
IPD MELAKA TENGAH 06-2841999
IPD ALOR GAJAH 06- 5564153
IPD JASIN 06- 5291122

SMS POLIS MELAKA 012-2244999

Hotline !!!
VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL(VSP)
Inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk meningkatkan
keamanan dan keselamatan dalam negara

Aktiviti mencegah dan membasmi jenayah melalui kerjasama antara PDRM dengan
masyarakat

Orang ramai menjadi “mata & telinga” polis dan berkongsi maklumat melalui saluran
yang ditetapkan

Pendekatan “community oriented policing” dan “smart partnership” yang terbukti


berkesan untuk mencegah jenayah di seluruh negara
Hantar melalui smartphone
CIRI-CIRI
INISIATIF Hantar secara tepat masa
VSP Hantar gambar / video

Hantar koordinat GPS

Terima amaran keselamatan


VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)
Orang ramai menjadi “mata & telinga” pihak polis dan berkongsi
maklumat untuk meningkatkan
keselamatan dan keamanan negara
Ahli VSP
ALIRAN MAKLUMAT INISIATIF VSP
URB
MPV
Bit
Rondaan
Aduan/Maklumat
Gambar/Video
Koordinat GPS

DCC
DCC
CCC
DCC
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai