Anda di halaman 1dari 12

MANUAL PERLAKSANAAN SERBUAN DAN

PENGGELEDAHAN
DI BAWAH
AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984
(Akta 304)

Disediakan Oleh ,

Cawangan Keselamatan Sinaran,


Bahagian Perkhidmatan kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Version 1.0 03-01-2000


1. PENDAHULUAN

Garispanduan ini disediakan sebagai rujukan kepada Pegawai Serbuan dan Pegawai
Siasatan yang bertugas di Cawangan Keselamatan Sinaran (CKS) dalam melaksanakan
operasi-operasi serbuan dan penggeledahan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
(Akta 304). Garispanduan ini mengandungi cadangan dan lakaran prosedur serbuan dan
pemeriksaan umum. Pengubahsuaian mungkin diperlukan untuk dipadankan dengan
keadaan dan keperluan sekeliling. Oleh itu pegawai yang bertanggungjawab harus peka
dan terus berusaha menambah pengetahuan untuk melengkapkan diri supaya boleh
bertindak dengan lebih cekap dan berkesan.

Pegawai yang melaksanakan operasi serbuan atau penggeledahan perlu mempunyai


tumpuan, kemahiran dan pengetahuan asas penguatkuasa yang kukuh. Semua pegawai
mesti mahir dengan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan dan prosedur-prosedur
kerja yang berkaitan.

Selain daripada itu tindakan yang dilakukan secara bijaksana, jujur, betul dan teratur
menjadikan kerja terasa mudah. Kerja-kerja yang dilakukan secara betul dan teratur akan
membantu kelancaran menuju matlamat yang dijangkakan.

2. PERBEZAAN PENGERTIAN SERBUAN/GELEDAH DAN PEMERIKSAAN

(a) SERBUAN. Memasuki satu-satu premis atau lokasi secara mendadak atau
rnengejut untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan mengikut undang-undang.

(b) PEMERIKSAAN: Melakukan semakan dan penelitian secara rasmi dan terbuka
untuk memastikan pihak berkenaan patuh kepada undang-undang dan syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

3. OPERASI SERBUAN

Umumnya, operasi-operasi serbuan oleh CKS mempunyai objektif-objektif berikut:-


(1) Untuk mengenalpasti orang yang melakukan kesalahan/ melanggar Akta 304
(pemilik, pembantu atau mana-mana orang yang berkaitan).
(2) Untuk mendapatkan barang-barang bukti fizikal yang terlibat dalam kesalahan atau
amalan bercanggah dengan akta tersebut.
(3) Untuk mendapatkan lain-lain bukti atau dokumen-dokumen sokongan yang boleh
membantu dan melengkapkan siasatan.

Objektif utama serbuan ialah untuk mengenalpasti orang bertanggungjawab (Orang yang
melakukan kesalahan). Biasanya operasi serbuan oleh CKS ke atas orang-orang yang telah
dikenali dan premis-premis mereka sentiasa terbuka dan mudah dimasuki. Persediaan dan
persiapan awal adalah diperlukan kerana mengenali dan menahan orang yang
bertanggungjawab adalah sangat penting. Tanpa orang-orang ini, kes-kes siasatan akan
menjadi sukar dan mungkin tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Objektif kedua, serbuan ialah merampas barang-barang keterangan yang berkaitan. Oleh
kerana barang-barang mungkin boleh dimusnahkan atau diubah, selalunya adalah penting
serbuan dilakukan secara mengejut. Pegawai serbuan juga perlu membuat beberapa
pengujian untuk menentukan barang kes yang ditemui boleh dijadikan bukti. Untuk tujuan ini
adalah penting peralatan pengujian yang sesuai perlu di bawa bersama-sama.

Version 1.0 03-01-2000 page: 1 of 11


3.1. KEANGGOTAAN PASUKAN

3.1.1. Pasukan Serbuan

Operasi serbuan perlu dijalankan samada oleh pegawai-pegawai dari CKS sahaja, atau
mendapat bantuan daripada pihak lain seperti anggota polis dan inspektor kesihatan.
Bantuan diperlukan terutamanya bila memerlukan tenaga tambahan atau personel yang
berpengalaman.

Langkah pertama adalah menentukan agensi utama yang bertanggungjawab untuk


serbuan itu. Bila satu agensi ditentukan agensi lain mestilah memberi sokongan
sepenuhnya. Tanggungjawab mengatur serbuan itu seharusnya terletak kepada agensi
utama yang telah ditentukan itu. Diantara yang perlu dilakukan ialah :
- Perancangan serbuan
- Pelaksanaan serbuan
- Menyelenggara rantai keterangan bagi barang kes yang dirampas.
- Menentukan tanggungjawab khusus untuk lain-lain agensi yang terlibat.
- Menentukan kuasa
- Menyelaraskan perhubungan.

3.1.2. Perlantikan Ketua Pasukan

Serbuan ini seharusnya dibawahkuasa seorang Pegawai yang boleh dipanggil sebagai
Pegawai Serbuan. Dia bertanggungjawab untuk menyelia seluruh operasi mulai dari
perancangan hingga pelaksanaan. Di samping mengambil kira berbagai agensi terlibat,
pemilihan dan perlantikan Ketua Pasukan tidak seharusnya berdasarkan pangkat atau
kekananan sahaja. Penekanan harus diberikan kepada pengalaman terdahulu dan
kebolehannya dalam melakukan operasi-operasi serbuan dan juga mempunyai
pengetahuan lokasi sasaran-sasaran dan latarbelakangnya. Pegawai Serbuan pula
seharusnya menaruh kepercayaan terhadap ahli-ahli pasukan mengenai pengetahuan
dan keupayaan mereka.

Bila serbuan besar perlu dilakukan yang melibatkan banyak pasukan, Ketua Pegawai
Serbuan perlu diwujudkan. Beliau akan menentukan pegawai serbuan untuk mengetuai
tiap-tiap pasukan. Struktur organisasi perlu jelas supaya ahli-ahli pasukan tahu arahan
siapa perlu dipatuhi.

3.1. 3. Kekuatan Pasukan

Walaupun selalunya agak sukar untuk mempunyai kekuatan yang unggul tetapi Ketua
Pegawai Serbuan seharusnya berusaha untuk mempunyai bilangan anggota yang lebih
ramai dari bilangan mereka di sasaran serbuan. Kelebihan dengan bilangan anggota
serbuan yang ramai:
moral suspek menurun
mudah mengawal seluruh kawasan terlibat, menghalang peluang melepaskan diri
dan mengawal keadaan yang tidak diduga.

Tidak semua pegawai yang ramai itu dilibatkan dalam serbuan tersebut. Sebahagiannya
untuk berada berhampiran atau terlibat secara tidak aktif.

Version 1.0 03-01-2000 page: 2 of 11


3.1.4. Pemilihan Anggota Pasukan

Permilihan Ketua Pegawai Serbuan adalah berpandukan pengalaman dan kebolehan.


Pegawai serbuan pula seharusnya mempunyai hak membuat keputusan memilih anggota
pasukannya. Anggota pasukan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
Mempunyai pertimbangan yang bagus dan kestabilan mental.
Tidak mudah berang (excited)
Patuh kepada arahan
Mempunyai kebolehan dan kemahiran tertentu, antara lain:
- Badan besar untuk kerja-kerja yang perlukan tenaga.
- Anggota yang terlibat secara langsung dengan kes itu.
- Kemahiran dalam menggunakan komputer, mengambil gambar, boleh bertutur
dalam bahasa suspek dan sebagainya.

3.1.5. Fungsi-fungsi Anggota

Untuk memastikan serbuan dapat dilakukan dengan sistematik, secara umumnya setiap
serbuan tidak kira berapa bilangan anggota dalam satu pasukan itu, perlu dibahagikan
kepada empat fungsi berikut perlu dilakukan.-

i) Unit Perimeter

Ini amat mustahak terutama bila operasi serbuan dilakukan di tempat awarn. Unit ini
menentukan orang ramai berada di luar kawasan sasaran dan tidak mengganggu
operasi.

ii) Unit 'Cover'

Berfungsi untuk menentukan keadaan di situ terkawal. Tiada orang yang disyaki atau
terlibat lari melepaskan diri atau membawa lari keluar barang bukti.

iii) Unit 'Apprehending'

Berfungsi memasuki premis untuk menahan suspek dan mana-mana orang lain yang
terlibat.

iv) Unit Bantuan/Pencari

Sokongan kepada unit 'apprehending' memasuki premis bersama-sama. Pasukan ini


bertanggungjawab mencari secara menyeluruh dan sistematik barang kes yang terlibat
dan merekodkan maklurnat-maklumat dari mereka yang terlibat. Anggota ini terlibat
dalam menyediakan atau bertindak sebagai:
Satu catatan berupa penyelenggaraan satu log yang tepat mengenai perkara
yang berlaku semasa serbuan. Selalunya kekecohan dan kepantasan sesuatu
kejadian itu berlaku tidak mengizinkan anggota yang menjalankan operasi,
mencatat keadaan berkaitan penahanan dan rampasan barang bukti. Catatan
ini akan mengisi kekosongan dengan menyatakan secara terperinci apa yang
telah berlaku. Dia melengkapkan nota-nota dengan gambar-gambar keadaan
serbuan, lokasi barang bukti dijumpai dan orang yang ditahan di sasaran.
Jurugambar untuk membantu merakamkan gambar barang bukti atau kejadian
yang berkaitan atau menyediakan lakaran kasar lokasi tempat penemuan
barang bukti.
Pemungut atau pengawal barang-barang buktil untuk memungut, mengumpul
dan melebelkan semua barangan yang dirampas dari orang yang ditahan.

Version 1.0 03-01-2000 page: 3 of 11


Adalah menjadi amalan biasa CKS semasa serbuan dilakukan hanya terdiri daripada Unit
Apprehending dan Unit Bantuan/Pencari.

3.2. PERANCANGAN SEBELUM SERBUAN

Semasa merancang serbuan, seharusnya diadakan beberapa perbincangan di kalangan


anggota pasukan, pegawai serbuan dan ketua serbuan. Perancangan operasi untuk serbuan
itu seharusnya hanya diketahui di kalangan anggota-anggota terdekat sahaja dan maklumat
berkaitan operasi serbuan yang dicadangkan itu disebarkan atas dasar 'need-to-know basis'.
Semua aktiviti perancangan dijalankan sebelum itu dibentangkan kepada anggota-anggota
berkenaan.

Semasa mesyuarat sebelum serbuan, adalah mustahak aktiviti-aktiviti berikut dilakukan :


(1) Ketua Serbuan, orang yang seharusnya mengetuai mesyuarat itu mesti di kenalpasti
terlebih dahulu.
(2) Semua anggota pasukan mengenali satu dengan yang lain, dan mereka memahami
prosedur dan tugas masing-masing. Atas sebab ini, adalah rnustahak semua hadir
semasa taklimat.
(3) Bila melibatkan kumpulan yang besar dan banyak kumpulan, Ketua Pegawai Serbuan
memberi taklimat kepada Pegawai Serbuan. Pegawai Serbuan seterusnya memberi
taklimat kepada anggota pasukan dengan lebih terperinci mengenai tugas-tugas
untuk dilakukan.
(4) Taklimat diberi termasuk dengan contoh 'diagram sasaran'. Ini memberikan semua
anggota pasukan menggambarkan pergerakan mereka, di samping masalah yang
mungkin timbul dapat diatasi atau dikurangkan semasa taklimat. Diagram seharusnya
lengkap sebaik mungkin dibentuk dengan gambar peta dan rajah lakar.
(5) Anggota dalam serbuan mesti mengetahui keadaan barang bukti yang dicari dan
jangkaan di mana rnungkin boleh dijumpai.
(6) Keterangan mengenai pengangkutan yang diguna termasuk jenis, model, nombor
plate warna dan sebagainya.
(7) Maklumat mengenal masa mesti ditentukan. Pegawal yang memberi taklimat mesti
memberi waktu yang tepat untuk berhimpun sebelum serbuan dan waktu untuk
bergerak ke sasaran.
(8) Anggota pasukan perlu tahu siapa yang memiliki kuasa untuk masuk ke premis.
(9) Tugas selepas memasuki premis perlu diberi perhatian dan dijelaskan.Tugas-tugas ini
termasuk:
i. Menahan dan mengawal suspek.
ii. Mengawal dan menjaga barang keterangan.
iii.Mengawal dan menjaga barang-barang rampasan.
iv. Mengawal mana-niana orang yang tiba ke tempat serbuan semasa operasi
berjalan.
v. Pengangkutan untuk anggota dan tempat berhimpun ke sasaran dan
sebaliknya.
vi. Prosedur untuk pengawasan selepas serbuan (jika perlu),

3.3 PERALATAN SERBUAN

Peralatan pengujian yang sesuai perlu disediakan bagi menguji kehadiran sinaran mengion
daripada radas penyinaran/bahan radioaktif semasa serbuan dilakukan. Selain daripada
barang-barang kes secara fizikal, data-data pengujian juga adalah penting untuk dijadikan
bahan kes.

Version 1.0 03-01-2000 page: 4 of 11


3.4 PELAKSANAAN SERBUAN

Selepas taklimat berakhir sebelum serbuan, sebaik-baiknya dilakukan serbuan semasa


ingatan masih kuat. Fasa pertama operasi ialah semua pasukan dan anggota pergi
melaporkan diri di tempat perhimpunan yang telah ditentukan pada masa yang ditetapkan.
Semua hubungan keluar dari anggota pasukan mestilah dilarang atau diawasi oleh Ketua
Serbuan.

Di tempat berhimpun ini, mungkin maklumat risikan terakhir boleh disampaikan. Semua
anggota adalah dalam keadaan siap sedia untuk menjalankan tugas masing-masing. Unit
perimeter bergerak menentukan kawasan persekitaran sasaran. Setelah semua bersedia,
Ketua Serbuan mengarahkan semua anggota memasuki premis, masuk secara cepat dan
bersungguh-sungguh, memberi peluang suspek bertindak ke tahap minimum. Tindakan
pada masa itu bergantung kepada tindakbalas suspek. Tugas anggota yang memasuki
premis iaitu Unit Apprehending dan Unit Bantuan dengan diketuai oleh Pegawai Serbuan,
ialah :
a. Masuk ke lokasi sasaran
b. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan kehadiran.
c. Kawal suspek dan lain-lain.
d. Pastikan sesuatu yang berbahaya, keselamatan diawasi dan diketepi.
e. Elakkan permusnahan barang-barang bukti.
f. Tentukan arahan dipatuhi semasa di dalam sasaran.
g. Geledah semua orang yang disyaki dan awasi rnereka.
h. Nasihatkan semua anggota akan tujuan dan status operasi itu.

Selepas keadaan terkawal, ketua pasukan mengeluarkan arahan untuk mengeledah premis
dimulakan. Hanya membenarkan anggota yang ditugaskan oleh Ketua Pasukan iaitu Unit
apprehending'. Proses-proses termasuk merekod, menanda barang bukti, pengenalan
suspek, membawa barang-barang kes, dan mengambil gambar-gambar di sekitar oleh unit
bantuan/pencari.

Setelah selesai Ketua Pasukan perlu memberitahu kepada semua yang terlibat, mulai dari
bahagian dalam keluar dari sasaran. Sebaik sahaja operasi itu selesai, satu taklimat semua
(debriefing) patut diadakan. Semasa taklimat itu semula anggota ditanya mengenai
maklumat berkaitan serbuan tersebut. Catatan perlu dibuat mengenai pemerhatian mereka.
Semua laporan taklimat semua ini dikemukakan segera kepada pihak berkenaan mengikut
prosedur tertentu.

Komen ke atas serbuan itu elok diberikan. Perlu ada usaha-usaha untuk mengenalpasti
keunggulan atau kelemahan operasi itu dan cadangan kemungkinan peningkatan untuk
perancangan operasi masa depan. Masalah yang ditempoh dianalisa dan dicatat dalam
risikan tektikal. Perancangan tektikal dan serbuan yang berjaya dan penganalisaan adalah
berguna untuk operasi di masa-masa hadapan.

3.5 MENGENDALIKAN BARANG BUKTI

Untuk mendapatkan munafaat yang maksima dan barang bukti, pegawai penyiasat bukan
sahaja mahir mengutipnya, dia mesti mengendali barang bukti dan menjaganya mula dari
masa pengutipan hingga masa dikemukakan dalam mahkamah dengan sempurna.

Penerimaan satu-satu barang bukti sebahagiannya bergantung kepada bagaimana ianya


dikutip dan penjagaan kemudiannya untuk menentukan integritinya. Pegawai yang mengetuai
serbuan perlu pastikan semua barang bukti dikira, direkod dan ditanda sebelum dibawa
keluar dari tempat kejadian secara teratur dan betul. Pastikan satu-satu barang keterangan

Version 1.0 03-01-2000 page: 5 of 11


itu dialih hanya dengan kebenaran ketua pasukan. Seharusnya barang kes ini dikendalikan
oleh seorang pegawai yang mahir supaya satu prosedur yang sekata digunakan.

Selepas barang bukti dibawa balik ke pejabat, ia perlu disimpan dengan sempurna. Bagi
sesetengah barang bukti seperti dokumen-dokumen, ianya perlu dibungkus dan dimeteri.
Semasa memberi keterangan di mahkamah, pegawai-pegawai yang terlibat dengan barang
bukti mesti memberi keterangan yang memuaskan bahawa barang itu tidak diubah dan dapat
mengecam dengan jelas terutama barang-barang bukti lain yang serupa.

3.6.1. Rantai Penjagaan

Semua pihak yang ada kaitan dengan penjagaan barang bukti dipanggil 'rantai penjagaan'.
Rantai ini terdiri dari sesiapa yang menjaganya mulai diambil alih oleh unit serbuan. Tiap-
tiap orang dari rantai ini termasuk mereka yang menjaga, menyimpan atau letak di bawah
kawalan.

Rantai penjagaan ini dilakukan demikian cara mengikut panduan berikut


- Bilangan orang yang menjaganya paling sedikit yang mungkin.
- Pergerakan barang bukti dari seorang ke seorang yang lain rnesti direkod,
siapa yang diberi, tarikh rnasa dan sebab dipindahkan.
- Surat keterangan penerimaan perlu diadakan dan ditandatangan oleh kedua
pihak yang menyerah dan menerima.
- Sekira barang kes diterima balik dari seseorang, pastikan barang itu sama dan
keadaannya tidak berubah.

3.6.2 Menerima Barang Kes

Semua barang kes mesti ditanda atau dilebel dengan betul untuk pengenalan sebaik sahaja
dipunggut. Tanda dibuat dengan tanda pengenalan dan ditandatangan ringkas di bekas
atau pembalut. Sekiranya perlu dipindah dan menggunakan bekas lain, bekas atau
pembalut asal mesti disimpan sebagai barang keterangan.

3.6.3 Mengira Barang Kes

Barang bukti seperti filem x-ray jika sedikit perlu dikira satu persatu. Sekiranya dalam
kuantiti yang banyak anggaran boleh dibuat atau mengira bilangan sampul.

3.7 SENARAI SEMAKAN

3.7.1. Persediaan Sebelum Serbuan


Persediaan sebelum serbuan adalah sangat mustahak dan perlu diberi perhatian
sepenuhnya oleh semua dalam pasukan terutama pegawai yang rnengetuai pasukan,
Pegawai Serbuan. Persediaan yang lengkap dan jitu menjamin kelancaran operasi.
Tanpa persediaan akan berlaku kelamkabut dan tidak sistematik yang boleh
menyebabkan serbuan tidak sempurna.

3.7.2 Ketua Serbuan


a) Mengenalpasti lokasi sasaran serbuan.
b) Memiliki maklumat risikan yang lengkap, termasuk peta, plan lakar sasaran,
struktur binaan dan susur atur persekitaran.
c) Mendapat anggota yang cukup rnengikut beban kerja di setiap sasaran dan
menentukan pegawai serbuan yang sesuai untuk tiap-tiap sasaran.
d) Mengadakan dan menentukan kenderaan yang rnencukupi dan berfungsi.
c) Mengadakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk operasi.

Version 1.0 03-01-2000 page: 6 of 11


f) Menyediakan 'ops-order' dan memberi taklimat kepada pegawai serbuan.
g) Mengkoordinasikan operasi dengan lain-lain agensi (jika perlu).

3.7.3 Pegawai Serbuan


a. Pastikan memiliki kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan
membawa bersama kad/surat kuasa untuk pengesahan.
b, Menghadiri taklimat oleh Ketua Serbua dan mengetahui dengan jelas dan tepat
tentang serbuan itu, termasuk- : missi, lokasi premis, persekitaran dan suspek
waktu serbuan dan sebagainya,
c. Menerima 'Op-order' dan memahami semua maklumat risikan yang diberikan.
d. Mengenali semua anggota dalam pasukan dan pastikan anggota pasukan
mengenali antara satu sama lain dan dalam keadaan bersedia.
e. Memberi taklimat mengenai latarbelakang dan missi operasi serta tentukan
tugas dan peranan tiap-tiap anggota sentiasa serbuan nanti, Pastikan tiada
sesiapa pun membuat perhubungan keluar.
f, Tentukan kenderaan/pengangkutan berada dalam keadaan sempurna.
g Tentukan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk digunakan dalarn serbuan
adalah lengkap dan mencukupi, antara lain
i) Senarai Bongkar
ii) Borang rajah lakar
iii) Borang maklumat klinik/hospital
iv) Borang rakaman percakapan
v) Diari penyiasatan
vi) Kertas kosong
vii) Borang format aduan polis
h. Pastikan beberapa bahan rujukan ada dibawa bersama dan kemaskini, antara
lain
- Akta-akta berkaitan
- Pena 'marker' dakwat kekal
- Sampul, tali, stapler, karong plastik dan kotak

3.7.4 Anggota Serbuan

a. Memahami missi serbuan, dan tahu tugas dan tanggungjawab yang akan
dijalankan.
b. Dalam keadaan bersedia dan berpakaian yang sesuai.

3.8 OPERASI SERBUAN

3.8.1. Memasuki Premis


a. Pegawai Serbuan dan semua anggota pasukan mesti sampai dan memasuki
sasaran tepat pada masa yang telah ditentukan. lni sangat penting supaya
bertepatan dengan perancangan, terutama bila sasaran operasi lebih dari satu.
b, Pegawai Serbuan mesti memperkenalkan diri dan anggota pasukan kepada
tuanpunya premis atau siapa yang menjaga premis pada masa itu dengan
menunjukkan kad/surat kuasa serta terangkan tujuan kehadiran pasukan di situ.
c. Tentukan keadaan di situ terkawal dan arahkan semua anggota memulakan
tugas mengikut seperti apa yang telah ditentukan Tidak ada pergerakan yang
mencurigakan dilakukan oleh suspek. Seboleh-bolehnya mereka berdiam diri
dan berada di kedudukan masing-masing. Dapatkan butir-butir peribadi mereka.
d. Tidak dibenarkan sebarang bungkusan atau apa jua barang-barang dibawa
keluar dari premis melainkan diperiksa terlebih dahulu. Elakkan mengguna
ugutan atau bersikap kasar dengan mana-mana penghuni premis. Sekiranya
dihalang semasa memasuki premis atau melakukan pengeledahan, segera

Version 1.0 03-01-2000 page: 7 of 11


dapatkan bantuan polis dan membuat aduan mengenai tindakan menghalang
oleh pegawai serbuan manakala anggota lain mengawasi premis.

3.8.2 Penggeledahan

a. Elakkan pengeledahan samada oleh Pegawai Serbuan atau lain-lain anggota


secara bersendirian. Pengeledahan mestilah dilakukan bersama tuanpunya
atau penghuni lain dengan persetujuan tuanpunya. Seboleh-bolehnya membuka
kunci atau membuka laci, pintu bilik, kabinet, beg, kotak, kereta dan sebagainya
hendaklah dilakukan oleh tuanpunya/penghuni sendiri.
b. Memecah secara paksa sebarang halangan merupakan tindakan terakhir. Jika
bilik, pastikan siapa penghuni bilik berkenaan.
c. Semasa pengeledahan perhatian hendaklah juga diberikan kepada tindak-
tanduk dan bahasa isyarat tuanpunya/penghuni. Berpandukan tindak-tanduk
mereka, tempat rahsia boleh dikesan.
d. Barang bukti yang dijumpai oleh anggota pasukan mesti dimaklumkan kepada
Pegawai Serbuan dan tentukan kedudukan. Seboleh-bolehnya Pegawai
Serbuan sahaja mengendalikan barang bukti yang ditemui, melainkan diarah
oleh Pegawai Serbuan. Barang-barang yang boleh diambil sebagai barang bukti
adalah seperti dalam Lampiran 1.
e. Untuk menentukan barang bukti utama yang perlu dikenalpasti, ujian kehadiran
sinaran mengion perlu dilakukan. Pengujian boleh dilakukan berbagai cara
seperti dalam Lampiran 2.
f. Rakamkan kedudukan barang kes yang dijumpai dengan gambar dan/atau
sekurang-kurangnya dengan rajah lakar seperti Lampiran 3. Tiap-tiap barang
bukti dijumpai hendaklah ditanda dan catitan ringkas kedudukan ternpat
dijumpai perlu dibuat samada oleh Pegawai Serbuan atau dibantu oleh anggota
lain. Barang kes yang ditanda, dikumpul dan hendaklah sentiasa diawasi
supaya tidak hilang atau keciciran.
g Jika timbul kekeliruan, rujuk kepada rujukan yang dibawa atau dibincang di
kalangan anggota pasukan secara sulit atau tertutup. Elakkan pertengkaran
terbuka terutama di hadapan penghuni premis. Keputusan dan arahan Pegawai
Serbuan adalah muktamad.
h. Dapatkan lain-lain barang keterangan sokongan, seperti dokumen, buku rekod
pesakit, alat kelengkapan, assesori lain yang boleh dikaitkan dengan barang
bukti utama. Rampas untuk membantu dalam penyiasatan dan pendakwaan.
i. Di akhir pengeledahan, sediakan Senarai Geledah (3 salinan) (lihat Lampiran 4).
Catitkan butir-butir barang bukti yang dirampas dan pada masa yang sama
lakukan semakan dengan tuan punya. Setelah ditandatangani, satu salinan
pendua diserahkan kepada tuanpunya
j. Tindakan-tindakan lain
i. Rakamkan kenyataan/percakapan tuanpunya dan semua penghuni lain
yang terlibat secara aktif (jika perlu). Lihat Lampiran 5 sebagai rujukan
untuk membuat rakaman percakapan.
ii. Hendaklah tentukan keadaan premis ditinggalkan dalam keadaan yang
menyenangkan.
iii. Tinggalkan premis setelah yakin semua barang bukti telah disemak dan
dalam keadaan sempurna di bawah jagaan Pegawai Serbuan atau
seorang anggota yang dipertanggungjawabkan. Pastikan anggota lain
balik bersama dan peralatan mencukupi sebelum bertolak balik.

3.8.4 Aduan Polis

Aduan Polis seharusnya dibuat sebaik sahaja operasi serbuan itu selesai. Samada
berjaya atau gagal aduan dibuat atas alasan jika berjaya aduan polis boleh dijadikan

Version 1.0 03-01-2000 page: 8 of 11


satu barang kes semasa perbicaraan. Sekiranya gagal aduan polis boleh dijadikan
sebagai 'covering report.

3.8.5 Penyerahan Barang Bukti Kepada Pegawai Penyiasat

a. Setelah kembali ke Ibu Pejabat, Pegawai Serbuan serahkan kepada Pegawai


Penyiasat secepat mungkin, samada setelah 'barang bukti' siap dibungkus dan dilabel
atau tidak. Serahan perlu dilakukan antara kedua pegawai tersebut untuk
memastikan barang bukti dan fail kes dalam keadaan teratur, lengkap dan betul.
b, Kedua-dua pegawai perlu menyiapkan diari siasatan masing-masing, rnencatitkan
semua tindakan penting yang dilakukan. Pastikan butir-butir penyerahan barang kes
adalah sama.

3.9 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN SERBUAN

Bil PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB


1. Arahan tindakan serbuan Pengarah Kejuruteraan
2. Perlantikan Penyelaras Serbuan Timbalan Pengarah (KS)
3. Perlantikan Pegawai Serbuan (Ketua Pasukan) Penyelaras Serbuan
dan pembentukan pasukan serbuan .
4. Mesyuarat/Taklimat Operasi keseluruhan dan Penyelaras Serbuan/ Pegawai
perbincangan strategi serbuan. Serbuan (Ketua Pasukan)
5. Taklimat kepada anggota pasukan dan mengatur Pegawai Serbuan (Ketua
tugas-tugas mereka Pasukan)
6. Pelaksanaan serbuan Pegawai Serbuan/ (Ketua
Kesempumaan kelengkapan Pasukan)
Pengeledahan, tahan dan rampas
Kawalan dan penjagaan barang bukti
Dokumentasi dan maklumat
Keselamatan pasukan & kelengkapan

7. Pengesahan serbuan dan melapurkan tindakan Pegawai Serbuan (Ketua


serbuan dan Laporan Polis Serbuan)/ (Ketua Pasukan)
8. Penyerahan barang bukti dan dokumen- dokumen kepada
Pegawai Serbuan/Ketua
Pegawai Penyiasat. Pasukan Pegawai Penyiasat

Version 1.0 03-01-2000 page: 9 of 11


3.10 CARTA ALIRAN KERJA OPERASI SERBUAN DAN PENGGELEDAHAN

PERLANTIKAN PEGAWAI
PENYELARAS SERBUAN OLEH
KETUA JABATAN

PENENTUAN & LANTIKAN PEGAWAI


SERBUAN (KETUA PASUKAN)

BENTUK PASUKAN
SERBUAN

GAGAL TAKLIMAT SEMULA


SERBUAN OLEH PEGAWAI
PENYELARAS

BERJAYA

LAPORAN POLIS

PENYERAHAN BARANG BUKTI/


DOKUMEN KEPADA PEGAWAI
PENYIASAT

SIASATAN UNTUK MELENGKAPKAN


KERTAS SIASATAN OLEH PEGAWAI
PENYIASAT

PROSES PENDAKWAAN DI
MAHKAMAH

Version 1.0 03-01-2000 page: 10 of 11


LAMPIRAN-LAMPIRAN

Lampiran 1:
FR20-001 - BARANG-BARANG YANG BOLEH DIRAMPAS SEBAGAI
BARANG BUKTI

Lampiran 2:
FR20-002 - KAEDAH PENGESANAN KEHADIRAN SINARAN MENGION
(IONIZING RADIATION)

Lampiran 3:
FR20-003 - PLAN LAKARAN

Lampiran 4:
FR20-004 - SENARAI GELEDAH

Lampiran 5:
FR20-005 - RAKAMAN PERCAKAPAN DALAM PEMERIKSAAN

Version 1.0 03-01-2000 page: 11 of 11

Anda mungkin juga menyukai