Anda di halaman 1dari 46

KANDUNGAN

Muka Surat

1. KANUN KESEKSAAN 2 - 17

2. KANUN PROSEDUR JENAYAH 18 - 33

3. AKTA POLIS 34 - 46

1
KANUN KESEKSAAN

SEKSYEN 21 PENJAWAT AWAM


Penjawat awam termasuklah:-
a) Pegawai bertauliah dalam angkatan tentera
b) Mana – mana Hakim
c) Pegawai mahkamah atau orang yang diberi kuasa oleh
mahkamah
d) Juri atau pengapit yang membantu mahkamah
e) Penimbangtara atau orang lain yang dijadikan rujukan untuk
keputusan mahkamah
f) Orang yang diberi kuasa untuk mengurung atau menahan mana –
mana orang.
g) Orang yang ditugaskan mencegah kesalahan memberi maklumat
membawa pesalah ke muka pengadilan atau menjaga kesihatan,
keselamatan dan kemudahan awam.
h) Pegawai yang mengambil, menerima, menyimpan atau
membelanjakan harta bagi pihak kerajaan dalam pekan, Bandar
dan daerah.
i) Pegawai mengambil / menerima / menyimpan / membelanjakan
apa – apa harta ( membuat ukuran dan tafsiran ataupun
mengenakan kadar atau cukai tidak bersabit dengan agama bagi
pekan, bandar dan daerah)

SEKSYEN 22 HARTA ALIH


a) Termasuk harta zahir dari segala rupa kecuali tanah
b) Benda – benda yang bercantum pada bumi
c) Dipasang dengan kekalnya pada benda yang bencantum pada
bumi

SEKSYEN 23 KEDAPATAN SALAH:-


a) Mendapat harta dengan jalan menyalahi undang – undang.
b) Harta itu bukan miliknya.
KEHILANGAN SALAH:-
a) Kehilangan harta dengan jalan menyalahi undang – undang.
b) Harta itu miliknya.

SEKSYEN 24 DENGAN CURANG


a) Dengan niat jahat
b) Menyebabkan kedapatan salah

2
c) Menyebabkan kehilangan salah

SEKSYEN 34 TIAP – TIAP SEORANG DARIPADA BEBERAPA ORANG BERTANGGUNG ATAU


SUATU PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH SEMUANYA SEOLAH – OLAH
DILAKUKAN OLEHNYA SEORANG
a) Perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang dengan niat
bersama.
b) Tiap – tiap seorang daripada mereka bertanggungjawab seolah –
olah dilakukan olehnya seorang.

SEKSYEN 100 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BADAN TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN
Tertakluk dalam seksyen 99 termasuk menyebabkan kematian pada jenis –
jenis kesalahan:-
a) Serangan mendatangkan ketakutan kematian akan berlaku.
b) Serangan mendatangkan ketakutan cedera parah akan berlaku.
c) Serangan dengan niat hendak merogol.
d) Serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii.
e) Serangan dengan niat hendak mencolek atau melarikan orang.
f) Serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan
salah yang tidak dapat pertolongan dari pihak berkuasa.

SEKSYEN 102 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BERMULA DAN
MASIH ADA
a) Apabila terbit sahaja perasaan takut bahaya akan menimpa.
b) Berjalan hingga hilang perasaan takut itu
c) Walaupun kesalahan itu tidak dilakukan.

SEKSYEN 107 MENYUBAHATI SESUATU PERKARA


Seseorang dikatakan bersubahat apabila:-
a) Menghasut orang lain melakukan perkara itu.
b) Mengambil bahagian dalam pakat jahat melakukan
perbuatan/ketinggalan menyalahi undang – undang.
c) Sengaja membantu kesalahan itu.

SEKSYEN 141 PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG – UNDANG


Perhimpunan 5 orang atau lebih dengan tujuan bersama:-
a) Dengan kekerasan menunjukkan kekerasan jenayah hendak
menakutkan kerajaan/penjawat awam yang menjalankan
kuasanya yang sah.

3
b) Menentang pelaksanaan undang – undang.
c) Melakukan khianat / pencerobohan jenayah/kesalahan lain.

d) Dengan kekerasan jenayah melucutkan hak seseorang daripada


yang dimilikinya.
e) Dengan kekerasan jenayah memaksa seseorang melakukan
perbuatan/ketinggalan yang menyalahi undang – undang.

SEKSYEN 143 SEKSAAN BAGI KESALAHAN SEK. 141


Penjara 6 bulan / denda atau kedua- duanya.

SEKSYEN 146 KEKERASAN DIGUNAKAN OLEH SEORANG ANGGOTA PADA MENJALANKAN


TUJUAN BERSAMA
a) Apabila kekerasan/kekejaman digunakan.
b) Dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang – undang.
c) Oleh seorang anggotanya bagi tujuan bersama.
Adalah melakukan kesalahan merusuh.

SEKSYEN 147* SEKSAAN BAGI MERUSUH - SEK 146


Penjara 2 tahun/denda/ kedua – duanya.

SEKSYEN 148* MEMILIKI SENJATA – SENJATA MAUT DALAM RUSUHAN


a) Sesiapa menghadiri, mengambil bahagian/ berada dalam rusuhan.
b) Memiliki senjatapi, bahan letupan, bahan melecur, kayu, batu.
c) Senjata maut digunakan untuk menyerang.
d) Seksaan penjara 5 tahun/denda/kedua-duanya.

SEKSYEN 159 GADUH GEMPAR


a) 2 orang atau lebih
b) Mengganggu ketenteraman awam
c) Bergaduh tempat awam
d) Adalah melakukan gaduh gempar

SEKSYEN 160 SEKSAAN GADUH GEMPAR - SEK 159


Penjara sehingga 6 bulan/denda sehingga RM 1000/- atau kedua –
duanya.

SEKSYEN 170 MENYAMARI PENJAWAT AWAM


a) Sesiapa berpura – pura memegang jawatan penjawat awam
tertentu.
b) Tahu ia tidak memegang jawatan tersebut.

4
c) Melakukan atau cuba melakukan perbuatan atas kuasa jawatan
itu.
d) Penjara selama tempoh 2 tahun / denda / kedua – duanya sekali.

SEKSYEN 177 MEMBERI MAKLUMAT PALSU


a) Sesiapa yang diwajibkan memberi maklumat mengenai apa –
apa perkara kepada penjawat awam.
b) Memberi sebagai benar tetapi palsu.
c) Seksaan penjara 6 bulan / denda sehingga RM 2000/- atau kedua
– duanya.
d) Jika maklumat mengenai kesalahan yang perlu dicegah /
menangkap kesalahan.
e) Seksaan penjara 2 tahun / denda / kedua – duanya.

SEKSYEN 182 MAKLUMAT PALSU DENGAN NIAT MENYEBABKAN PENJAWAT AWAM


MENGGUNAKAN KUASANYA YANG SAH DISISI UNDANG – UNDANG YANG
MENDATANGKAN BENCANA KEPADA ORANG LAIN
a) Sesiapa memberi maklumat kepada penjawat awam secara lisan
/ tulisan.
b) Ia diketahui / percaya adalah palsu.
c) Menyebabkan penjawat awam itu menggunakan kuasanya yang
mendatangkan bencana pada orang lain.
d) Atau menyebabkan berlaku perbuatan / ketinggalan salah.
e) Seksaan penjara 6 tahun / denda sehingga RM 2,000/- atau
kedua –duanya.

SEKSYEN 299* MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH


a) Sesiapa melakukan perbuatan dengan niat menyebabkan
kematian.
b) Dengan niat menyebabkan bencana tubuh yang mungkin
menyebabkan kematian atau
c) Tidak mungkin dengan perbuatan itu akan menyebabkan
kematian.

SEKSYEN 300* MEMBUNUH ORANG


a) Kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian.
b) Mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang.
c) Jika dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
d) Dengan niat menyebabkan bencana tubuh yang menyebabkan
kematian.
e) Menyebabkan bencana tubuh yang mana cukup pada lazimnya

5
untuk menyebabkan kematian.

SEKSYEN 301* MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH MENYEBABKAN KEMATIAN


SESEORANG YANG LAIN DARIPADA ORANG YANG KEMATIANNYA
DIMAKSUDKAN.
a) Jika seseorang bermaksud menyebabkan kematian / tahu akan
menyebabkan kematian.

b) Mematikan orang lain dari yang dirancang.


c) Sama seperti menyebabkan kematian orang yang dimaksudkan.

SEKSYEN 302* SEKSAAN BAGI BUNUH - SEK 300


Boleh diseksa dengan kematian.

SEK SYEN 304* SEKSAAN BAGI MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH - SEK 299
a) Penjara 30 tahun / denda jika:-
j) Dilakukan dengan niat
ii) Menyebabkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan
kematian.
b) Penjara 10 tahun / denda jika:-
i) Dilakukan dengan mengetahui mungkin menyebabkan
kematian tetapi
ii) Tiada niat menyebabkan kematian / bencana tubuh.

SEKSYEN 304 A* MENYEBABKAN KEMATIAN DENGAN CUAI


a) Sesiapa menyebabkan kematian seseorang
b) Melakukan perbuatan dengan gopoh / cuai
c) Tidak terjumlah mematikan orang dengan salah
d) Seksa penjara 2 tahun dan boleh didenda atau kedua – duanya.

SEKSYEN 305* MENYUBAHATI KANAK – KANAK ATAU ORANG GILA MEMBUNUH DIRI
a) Sesiapa:-
i) Berumur kurang 18 tahun
ii) Orang gila
iii) Orang yang merasau
iv) Orang dungu atau
v) Orang yang mabuk
b) Sesiapa bersubahat membunuh diri
c) Seksa penjara 20 tahun / denda

SEKSYEN 319 CEDERA

6
Sesiapa menyebabkan:-
a) Penyakit
b) Kesakitan
c) Kelemahan tubuh
Pada seseorang lain adalah menyebabkan cedera.

SEKSYEN 320 CEDERA PARAH


Jenis cedera berikutan dikatakan parah:-
a) Hilang tenaga kelakian
b) Hilang selama – lamanya penglihatan salah satu mata.
c) Hilang selama – lamanya pendengaran salah satu telinga.
d) Hilang anggota / sendi
e) Binasa / lemah selama – lamanya salah satu anggota sendi.
f) Patah / retak tulang / selisih sendi
g) Cacat selama – lamanya kepala / muka
h) Cedera yang membahayakan nyawa / menyebabkan menderita
sakit tubuh / tidak boleh menyara hidupnya selama 20 hari.

SEKSYEN 323 SEKSAAN KERANA DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA - SEK 319
a) Kecuali dalam seksyen 334 KK
b) Seksa penjara 1 tahun / denda RM 2,000 / kedua – duanya.

SEKSYEN 324 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA DENGAN JALAN


MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN – LAIN BENDA YANG MERBAHAYA -
BAGI SEK 319
a) Kecuali dalam seksyen 334 KK
b) Mana – mana orang dengan sengaja menyebabkan cedera
menggunakan alat – alat:-
i) Untuk menembak, menikam, memotong
ii) Apa – apa alat yang digunakan sebagai senjata untuk
menyerang.
iii) Benda – benda melecur
iv) Racun
v) Benda yang merbahaya pada tubuh bila dihisap,
ditelan/dimasukkan kedalam darah.
vi) Menggunakan haiwan

7
c) Seksa penjara 3 tahun / denda / sebat / dua diantaranya.

SEKSYEN 325* SEKSAAN BAGI CEDERA PARAH - SEK 320


a) Kecuali dalam sek 335 KK
b) Mana – mana orang dengan sengaja menyebabkan cedera
parah.
c) Seksaan penjara boleh sampai 10 tahun dan denda / sebat

SEKSYEN 326* DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PARAH DENGAN JALAN


MENGGUNAKAN SENJATA ATAU LAIN – LAIN BENDA YANG MERBAHAYA -
SEK 320
a) Sesiapa sengaja menyebabkan cedera:-
i) Menembak / menikam / memotong
ii) Alat yang digunakan untuk menyerang
iii) Api / benda – benda hangat
iv) Racun
v) Benda – benda melecur
vi) Benda – benda yang merbahaya pada tubuh, dihisap, ditelan /
dimasukkan kedalam darah.

SEKSYEN 354* MENCABUL KEHORMATAN


a) Sesiapa menyerang / menggunakan kekerasan jenayah pada
mana – mana orang.
b) Dengan niat / tahu akan mencabul kehormatan.
c) Seksaan penjara 10 tahun / denda / kedua-duanya.

SEKSYEN 375* ROGOL


Lelaki dikatakan merogol apabila bersetubuh dengan perempuan dalam
keadaan berikut:-
1) Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.
2) Tiada kerelaan perempuan itu
3) Dengan kerelaan tetapi dengan ketakutan kematian / cedera
parah / salah faham.
4) Dengan kerelaan tetapi lelaki itu tahu ia bukan suaminya dan
perempuan itu percaya ia suaminya / orang yang ia patut beri
kerelaan.
5) Dengan kerelaan tetapi tidak mengetahui akibat dari kerelaan itu.
6) Dengan kerelaan tidak jika perempuan itu berumur kurang 16
tahun.

8
SEKSYEN 375 A SUAMI MENYEBABKAN KECEDERAAN UNTUK MENGADAKAN PERSETUBUHAN.
a) Mana – mana lelaki dalam perkahwinan yang sah menyebabkan
kecederaan / ketakutan kematian / kecederaan kepada isterinya.
b) Untuk mengadakan persetubuhan.
Seksaan penjara 5 tahun.

SEKSYEN 376* SEKSAAN BAGI ROGOL


1) Tertakluk kepada sub.seksyen (2), (3) & (4) barang siapa
melakukan rogol hendaklah diseksa penjara 20 tahun /
sebat.

2) Barang siapa melakukan rogol keatas perempuan dibawah mana


– mana keadaan berikut:-
a) Pada masa / sebelum / selepas melakukan menyebabkan
kecederaan pada perempuan atau mana – mana orang lain.
b) Pada masa / sebelum / selepas meletakkan ketakutan
kematian / kecederaan pada perempuan atau mana – mana
orang lain.
c) Kesalahan itu dilakukan dalam kehadiran dihadapan mana –
mana orang lain.
d) Dengan tiada kerelaan perempuan itu bila ia dibawah umur 16
tahun.
e) Rela atau tidak perempuan itu dibawah umur 12 tahun
f) Kerelaannya diperolehi dengan menggunakan kedudukan
berkuasanya atau kerana hubungan professional atau
hubungan amanah lain yang berhubungan.
g) Pada masa kesalahan itu perempuan itu mengandung.
Hendaklah diseksa penjara tidak kurang 5 tahun tidak lebih 30 tahun dan
sebat.
3) Barang siapa melakukan rogol atas perempuan
a) Dimana hubungan perempuan itu dengannya adalah tidak
dibenarkan dibawah undang – undang hukum agama, adat
atau kebiasaan.
b) Seksaan penjara tidak kurang 8 tahun, tidak lebih 30 tahun dan
sebatan.
4) Barang siapa melakukan / percubaan rogol
a) Menyebabkan kematian perempuan yang dirogol /
percubaan merogol.
Seksaan hukuman mati / penjara tidak kurang 15 tahun, tidak lebih 30
tahun / 10 sebatan.

SEKSYEN 376 B HUKUMAN BAGI SUMBANG MAHRAM

9
1a) Sesiapa melakukan sumbang mahram.
1b) Seksaan dan penjara tidak kurang 6 tahun.
1c) Tidak lebih 20 tahun.
1d) Dan juga dikenakan sebatan.
2a) Sekiranya dibuktikan kepada tuduhan dibawah seksyen ini.
2b) Lelaki atau perempuan tidak mengetahui bahawa mengadakan
persetubuhan adalah orang yang mempunyai hubungan
dengannya, mengikut undang – undang, adat dan agama atau
boleh berkahwin.
2c) Persetubuhan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan.

SEKSYEN 377 PERSETUBUHAN LUAR TABII DENGAN HAIWAN


a. Sesiapa bersetubuh dengan haiwan
b. Seksaan penjara 20 tahun dan denda / sebat.

SEKSYEN 377A PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN TABII


a. Sesiapa bersetubuh dengan orang lain
b. Memasukkan zakarnya kedalam dubur / mulut orang itu.
c. Adalah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan
tabii.

SEKSYEN 377B SEKSAAN KERANA MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN


DENGAN ATURAN TABII
Penjara 20 tahun dan boleh didenda.

SEKSYEN 377C MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII


TANPA KERELAAN DSB.
a. Sesiapa melakukan persetubuhan luar tabii.
b. Tanpa kerelaan / bertentangan dengan kemahuan orang itu.
c. Mendatangkan ketakutan kematian / cedera parah.
d. Seksaan penjara tidak kurang 5 tahun hingga 20 tahun dan
boleh disebat.

SEKSYEN 377CA PERHUBUNGAN SEKS DENGAN OBJEK


a. Mana – mana orang melakukan perhubungan seks dengan
orang lain.
b. Memasukkan apa – apa objek dalam vagina atau dubur.
c. Tanpa kerelaan orang itu.

10
d. Seksaan penjara 20 tahun / sebatan.

SEKSYEN 377D MELANGGAR KESOPANAN


a. Mana – mana lelaki melakukan subahat.
b. Mendapat atau cuba mendapatkan supaya dilakukan.
c. Sebarang perbuatan lucah dengan lelaki lain ditempat persendirian.
d. Seksaan penjara 2 tahun.

SEKSYEN 377E MERANGSANG SEORANG KANAK – KANAK UNTUK MELAKUKAN SESUATU


PERBUATAN KELUCAHAN MELAMPAU
a. Sesiapa merangsang kanak – kanak bawah 14 tahun.
b. Untuk melakukan perbuatan lucah melampau dengannya / orang
lain.
c. Seksaan penjara 5 tahun dan boleh disebat.

SEKSYEN 378 KESALAHAN CURI


a. Sesiapa bermaksud mengambil barang – barang dengan
curang.
b. Harta yang boleh dialih – alih
c. Dari milik seseorang tanpa kerelaan orang itu
d. Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.
e. Dilakukan dengan curi

SEKSYEN 379* SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI


a. Seksaan penjara 7 tahun / denda / kedua – duanya.
b. Bagi kesalahan kali kedua / seterusnya ditambah dengan sebat.

SEKSYEN 379 A* SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENCURI SEBUAH KENDERAAN MOTOR


a. Sesiapa mencuri kenderaan bermotor / bahagian komponen
kenderaan motor.
b. Seksaan penjara tidak kurang 1 tahun hingga 7 tahun dan boleh
didenda.

SEKSYEN 380* MENCURI DALAM RUMAH KEDIAMAN DSB.


a. Sesiapa mencuri dalam rumah kediaman / khemah / perahuan.
b. Yang dilakukan sebagai tempat kediaman / menyimpan harta.
c. Seksaan penjara 10 tahun / denda dan kali kedua boleh disebat.

SEKSYEN 381* KERANI ATAU ORANG GAJI MENCURI HARTA DALAM MILIK TUANNYA
a. Sesiapa menjadi kerani / orang gaji yang diberi kerja.
b. Mencuri harta milik tuannya atau majikannya.

11
c. Seksaan penjara 7 tahun dan boleh didenda.

SEKSYEN 383 PEMERASAN


a. Sesiapa sengaja mendatangkan ketakutan pada orang lain.
b. Bencana akan berlaku keatas orang itu / orang lain.
c. Mendorong dengan curang supaya menyerahkan
i) Harta.
Ii) Cagaran berharga
d. Sesuatu yang bertandatangan / bermeteri yang boleh dijadikan
cagaran berharga.

SEKSYEN 384* SEKSAAN BAGI PEMERASAN - SEK 383


a. Seksaan penjara 10 tahun / denda dan boleh disebat atau
b. Dengan mana – mana dan diantara seksaan - seksaan itu.

SEKSYEN 385* MENDATANGKAN KETAKUTAN BENCANA MELAKUKAN PEMERASAN


a. Sesiapa dengan tujuan melakukan pemerasan.
b. Mendatangkan atau mencuba mendatangkan ketakutan.
c. Bencana akan berlaku keatas orang itu.
Boleh diseksa penjara 7 tahun / denda / sebat / kedua –duanya sekali

SEKSYEN 390 ROMPAK


Dalam rompak ada:-
a. Curi
b. Pemerasan
BILA KESALAHAN MENCURI MENJADI ROMPAK
a. Semasa hendak / sedang mencuri.
b. Semasa membawa / cuba membawa lari harta curi.
c. Dengan sengaja menyebabkan kematian, cedera, halangan salah
pada seseorang.
d. Pembunuhan, cedera, halangan salah serta merta akan berlaku.
BILA PEMERASAN MENJADI ROMPAK
a. Semasa melakukan pemerasan.
b. Ada di hadapan orang itu dengan mendatangkan ketakutan
orang lain akan:-
i) Dibunuh serta merta.
ii) Dicederakan serta merta
Dihalang dengan salah serta merta.

12
c. Dengan itu mendorong supaya menyerahkan apa – apa benda
yang diperas.

SEKSYEN 391 ROMPAK BERKUMPULAN


a. 5 orang / lebih cuba merompak
b. Orang yang sama – sama melakukan / cuba melakukan rompakan
dan orang yang membantunya.
c. Semuanya dikatakan melakukan rompak berkumpulan.

SEKSYEN 392 SEKSAAN BAGI MEROMPAK


a. Sesiapa melakukan rompakan seksaan penjara 10 tahun dan
boleh didenda.
b. Jika dilakukan antara matahari masuk dan terbit – seksaan penjara
14 tahun dan boleh didenda / sebat.

SEKSYEN 393 MENCUBA MELAKUKAN ROMPAK


Seksaan penjara 7 tahun dan boleh didenda.

SEKSYEN 394 DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA PADA MELAKUKAN ROMPAK


a. Sesiapa semasa melakukan / cuba merompak
b. Sengaja menyebabkan cedera.
c. Orang itu / orang yang bersama – samanya melakukan rompak.
d. Boleh diseksa 20 tahun penjara / denda / sebat.

SEKSYEN 395* SEKSAAN BAGI ROMPAK BERKUMPULAN (SEK 391)


Penjara 20 tahun dan boleh disebat.

SEKSYEN 397* ROMPAK DENGAN BERSENJATA ATAU ROMPAK SERTA MENCUBA


MENYEBABKAN KEMATIAN ATAU CEDERA PARAH
a. Semasa / cuba merompak.
b. Pesalah bersenjata maut dan menyebabkan cedera parah.
c. Cuba menyebabkan kematian / cedera parah pada orang itu.
d. Seksaan penjara dan boleh disebat.

SEKSYEN 405 PECAH AMANAH JENAYAH


a. sesiapa yang diamanahkan dengan harta / kuasa keatas harta itu.
b. Dengan curang menyalahgunakan / menjadikan kegunaan sendiri.
c. Melanggar arahan undang – undang bagaimana harta itu
disempurnakan / apa – apa kontrak menurut undang – undang.

13
d. Sengaja membiarkan orang lain berbuat demikian.

SEKSYEN 406 SEKSAAN BAGI PECAH AMANAH JENAYAH - SEK 405


Penjara 10 tahun / denda / kedua-duanya.

SEKSYEN 407 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH PEMBAWA DSB


a. Sesiapa yang diamanahkan dengan harta sebagai
pembawa, ketua pengkalan atau penyelenggara gudang.
b. Melakukan pecah manah jenayah.
Seksaan penjara 10 tahun / denda

SEKSYEN 408 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH KERANI / ORANG GAJI


a. Sesiapa menjadi kerani / orang gaji.
b. Diamanahkan dengan harta / kuasa keatas harta itu.
c. Melakukan pecah amanah jenayah.
d. Seksaan penjara 20 tahun / denda.

SEKSYEN 409 PECAH AMANAH JENAYAH OLEH PENJAWAT AWAM ATAU OLEH BANKER,
SAUDAGAR ATAU EJEN.
a. Sesiapa diamanahkan dengan harta.
b. Bertugas sebagai penjawat awam, banker, saudagar, peguam,
ejen.
c. Melakukan pecah amanah jenayah.
d. Seksaan penjara 20 tahun / denda.

SEKSYEN 411 MENERIMA HARTA CURI DENGAN CURANG


a. Sesiapa dengan curang menyimpan / menerima harta curi.
b. Tahu / percaya sebagai harta curi.
c. Seksaan penjara 5 tahun / denda / kedua – duanya.
d. Jika dibawah sek 379A – seksaan penjara tidak kurang 6 bulan
hingga 7 tahun / denda.

SEKSYEN 420 MENIPU DENGAN CURANGNYA MENDORONG SUPAYA HARTA DISERAHKAN.


a. Seseorang menipu, mendorong dengan curangnya.
b. Supaya orang itu menyerahkan harta pada orang lain.
c. Membuat / mengubah / membinasakan apa – apa cagaran
berharga yang bertandatangan / bermeteri.

14
SEKSYEN 425 KHIANAT
a. Sesiapa dengan niat menyebabkan tahu mungkin menyebabkan:-
i. Kerugian
ii. Kehilangan salah kepada awam / seseorang
iii. Kebinasaan pada harta
iv. Perubahan pada harta / kedudukannya.
b. Adalah melakukan khianat.

SEKSYEN 427 MELAKUKAN KHIANAT DAN DENGAN JALAN DEMIKIAN ITU MENYEBABKAN
KERUGIAN YANG BERHARGA SEBANYAK 25 RINGGIT.
a. Sesiapa melakukan khianat.
b. Menyebabkan kerugian 25 ringgit / lebih
c. Seksaan penjara 2 tahun / denda / kedua-duanya.

SEKSYEN 445 PECAH RUMAH


a. Sesiapa melakukan pencerobohan rumah / melakukan pecah
rumah jika:-
i. Ia masuk kedalam / mana – mana bahagian rumah dengan 6
cara berikut.
ii. Setelah berada di dalam bermaksud melakukan kesalahan.

b. Ia keluar dengan salah satu dari 6 cara berikut:-


1. Masuk / keluar melalui lubang yang dibuat sendiri /oleh
pensubahat bagi pencerobohan rumah.
2. Keluar / masuk melalui lubang yang tidak dimaksudkan oleh
sesiapa melainkan ia pensubahat dimaksudkan oleh penghuni
rumah itu bagi membukanya.
3. Masuk / keluar melalui lubang yang dibuka sendiri oleh
pensubahat dengan cara yang tidak dimaksudkan oleh
penghuni rumah itu bagi membukanya.
4. Masuk / keluar dengan membuka kunci rumah itu kemudian
keluar selepas pencerobohan rumah.
5. Jika masuk / keluar dengan:
i. Kekerasan jenayah
ii. Melakukan serangan
iii. Mengugut / menyerang seseorang.
6. Masuk / keluar melalui lubang yang telah dikunci bagi
menahan orang keluar / masuk, tetapi dibuka olehnya /
pensubahat.

SEKSYEN 457* PENCEROBOHAN RUMAH DENGAN BERSEMBUNYI MELAKUKAN KESALAHAN

15
YANG BOLEH DIHUKUM PENJARA.
a. Sesiapa melakukan pencerobohan rumah dengan bersembunyi /
melakukan.
b. Melakukan kesalahan hendaklah kesalahan yang boleh diseksa
dngan penjara:-
i. Penjara tempoh boleh sampai 5 tahun.
ii. Boleh juga didenda
iii. Kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjutkan 14
tahun.
iv. Bagi kesalahan kedua / seterusnya boleh dikenakan denda /
sebatan.

SEKSYEN 503* KESALAHAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH


a. sesiapa mengugut bencana tubuh, nama baik / harta orang itu /
orang lain
b. menyebabkan kegentaran / ketinggalan, menyalahi undang –
undang pada orang itu.
c. Adalah menakutkan secara jenayah.

SEKSYEN 506* SEKSAAN BAGI KESALAHAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH, JIKA


UGUTANNYA IALAH HENDAK MENYEBABKAN KEMATIAN ATAU CEDERA
PARAH DSB - SEK 503
a. Sesiapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah,
seksaan 2 tahun penjara / denda / kedua-duanya.
b. Jika ugutan menyebabkan kematian / cedera parah kesalahan
yang boleh diseksa dengan bunuh / penjara seumur hidup
seksaan penjara 7 tahun.
c. Menokmah perempuan sebagai jalang – seksaan 7 tahun / denda
kedua-duanya.

SEKSYEN 507* KESALAHAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH DENGAN CARA SEMBUNYI


NAMA
a. Sesiapa menakutkan secara jenayah.
b. Dengan jalan membuat perhubungan sembunyi nama / tempat
tinggalnya.
c. Diseksa penjara sehingga 2 tahun.

16
SEKSYEN 509 PERKATAAN ATAU ISYARAT LUCAH YANG DIMAKSUDKAN MENGAIBKAN
KEHORMATAN SESEORANG PEREMPUAN.
a. Sesiapa bermaksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang
perempuan.
b. Dengan cara:-
i. Membuat apa – apa bunyi supaya didengar.
ii. Menunjukkan supaya dilihat.
c. Dengan mengganggu kesantunan perempuan itu.
d. Seksaan penjara 5 tahun / denda / kedua – duanya.

SEKSYEN 511 KESEKSAAN KERANA MENCUBA MELAKUKAN KESALAHAN – KESALAHAN


YANG BOLEH DISEKSA DENGAN PENJARA.
a. Sesiapa cuba melakukan kesalahan.
b. Jika tiada peruntukan yang nyata dalam undang – undang ini.
c. Seksaan penjara ½ tahun dari hukuman maksimum kesalahan itu.

17
KANUN PROSEDUR JENAYAH

BAB I & II

MAKNA PERKATAAN , MAHKAMAH JENAYAH PADA AMNYA

SUSUNAN
FAKTA PELAJARAN
PERKARA

SEKSYEN 2 TAFSIRAN

a) Aduan

Tohmahan dengan percakapan / tulisan pada majistret untuk diambil


tindakan seseorang melakukan kesalahan

b) Kes Saman

Kes yang berhubung dengan kesalahan yang bukan kes waran

c) Kes Waran

Kes yang berhubung dengan kesalahan yang boleh dihukum dengan


kematian / penjara lebih 6 bulan

d) Kesalahan boleh Tangkap

Kesalahan yang mana pegawai polis boleh tangkap tanpa waran


mengikut Ruangan Ketiga Jadual Pertama

e) Kesalahan

Sebarang perbuatan / ketinggalan yang boleh dihukum oleh sebarang


undang-undang yang berkuatkuasa

f) Kesalahan Boleh Jamin

Kesalahan mengikut Jadual Pertama undang-undang ini atau undang-undang


yang berkuatkuasa

g) Kesalahan Yang Tidak Boleh Ditangkap

Kesalahan yang mana pegawai polis tidak boleh tangkap tanpa waran
mengikut Ruangan Ketiga Jadual Pertama

h) Pesalah Muda

Seseorang yang telah disabitkan salah yang boleh dihukum denda dan
penjara yang berumur 18 tahun atau lebih dan di bawah umur 21 tahun

18
BAB III

DARIHAL MEMBERI BANTUAN DAN MAKLUMAT KEPADA MAJISTRET , POLIS DAN ORANG-
ORANG YANG MENANGKAP

SUSUNAN
FAKTA PELAJARAN
PERKARA

SEKSYEN 11* BILA ORANG RAMAI MESTI MENOLONG MAJISTRET, JAKSA PENDAMAI DAN POLIS
1. Tiap-tiap orang mesti menolong majistret, JP, Polis atau penghulu jika
mereka meminta tolong :-
a. Menangkap ,menahan daripada melepaskan diri mana-mana
orang yang telah ditangkap yang mana majistret,JP, polis atau
penghulu berkuasa menangkap.
b. Mencegah daripada pecah keamanan, mendatangkan
kerosakan kepada keretapi, tren, terusan, limbungan,
pelabuhan, telegraf atau harta benda kerajaan.
c. Memberhentikan rusuhan / pergaduhan.

SEKSYEN 13 ORANG RAMAI DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUMAT DI ATAS PERKARA-PERKARA


YANG TERTENTU
1. Tiap-tiap orang mengetahui :-
a. Berlaku/niat hendak melakukan sebarang kesalahan yang boleh
dihukum dibawah seksyen kanun keseksaan .
b. Sebarang kematian mengejut ,luar biasa , dengan sebab
kekerasan , yang disyaki , mayat tanpa diketahui sebab-sebab
kematiannya .
2. Maka orang itu hendaklah dengan segera memberitahu maklumat
berkenaan dan berlakunya kematian tersebut kepada balai polis yang
hampir sekali/pegawai polis / penghulu .
Orang yang menjumpai mayat yang dipercayai mati kerana perbuatan
/ ketinggalan orang yang menyalahi undang-undang, ia tidak boleh
mengubah kedudukan mayat itu kecuali perlu sahaja.

SEKSYEN 14 PEGAWAI POLIS DIKEHENDAKI MELAPORKAN PERKARA –PERKARA TERTENTU


Mati mengejut, luar biasa atau kematian yang disyaki. Jumpa mayat
tanpa diketahui sebab-sebab kematiannya.

19
BAB IV

DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA

SUSUNAN
FAKTA PELAJARAN
PERKARA

SEKSYEN 15* CARA-CARA MENANGKAP


1. Memegang/ menahan badan orang yang hendak ditangkap melainkan
ia menyerah diri dengan percakapan atau tingkah laku.
2. Jika cuba melawan / cuba melarikan diri, gunakan langkahan yang
perlu.
3. Tangkapan tidak boleh mendatangkan kematian melainkan kesalahan
itu boleh dihukum degan kematian / penjara seumur hidup.

SEKSYEN 16 MEMERIKSA TEMPAT YANG DIMASUKI OLEH ORANG YANG HENDAK DITANGKAP
1. Orang yang menjalankan waran tangkap dipercayai orang itu berada
dimana-mana tempat , penjaga tempat itu hendaklah membenarkan
dan memberi kemudahan untuk pemeriksaan.
2. Jika tidak dapat masuk adalah sah boleh masuk dan memecahkan
mana-mana pintu luar/dalam mana-mana tingkap setelah diberitahu
dan tujuannya.

SEKSYEN 17 MEMERIKSA ORANG YANG BERADA DALAM MANA-MANA TEMPAT YANG


DIBONGKARI DENGAN WARAN
Bongkaran yang sah disesuatu tempat , semua orang ditempat itu boleh tahan
dan diperiksa, jika sesuatu barang itu tersembunyi pada badanya bolehlah
diperiksa dihadapan majistret di hadapan majistret, JP atau Inspektor .

SEKSYEN 18 KUASA MEMECAH MANA-MANA TEMPAT UNTUK MELEPASKAN DIRI


Pegawai polis / orang lain masuk dengan ‘sah’ mana-mana tempat untuk untuk
tujuan menangkap , boleh memecahkan mana-mana tempat untuk
melepaskan diri.

SEKSYEN 19 DITEGAH MENAHAN SECARA BERLEBIHAN


1. Orang yang tidak boleh dikerasi selain dari yang patut menahan
daripada lari .
2. Pemeriksaan perempuan :-
a. Oleh perempuan.
b. Tidak boleh dipermalukan.

SEKSYEN 20 MEMERIKSA ORANG YANG KENA TANGKAP


Seseorang yang kena tangkap :-
1. Oleh pegawai polis dengan waran.
a. Tiada syarat-syarat jamin.
b. Boleh jamin tiada penjamin.
2. Tanpa waran oleh pereman dengan dengan waran tidak boleh dijamin /
tiada penjamin. Boleh diperiksa dan mengambil barang-barang

20
padanya selain pakaian menutup badan dan simpan ditempat selamat.

SEKSYEN 20 A PROSEDUR PEMERIKSAAN ORANG


1. Apa-apa pemeriksaan ke atas tubuh hendaklah mematuhi prosedur
pemeriksaan tubuh dalam jadual ke empat kanun ini.
2. Walau apa pun undang-undang bertulis, peruntukan jadual keempat
hendaklah terpakai kepada mana-mana pemeriksaan oleh mana-mana
agensi peguatkuasa yang diberi kuasa menangkap.
3. Menteri Dalam Negeri boleh meminda jadual ke empat melalui perintah yang
disiar dalam warta.

SEKSYEN 22 MEMERIKSA ORANG KERANA HENDAK TAHU NAMA DAN TEMPAT TINGGAL
Orang yang ditahan dengan ‘sah’ disebabkan mabuk, , sakit, gila atau terlalu
muda tidak upaya memberi keterangan dirinya bolehlah diperiksa untuk
menentukan nama dan tempat tinggalnya .

SEKSYEN 23 * MASANYA POLIS ATAU PENGHULU BOLEH MENANGKAP TANPA WARAN


Pegawai polis atau penghulu tanpa waran boleh menangkap mana-mana
orang :-
a) Bersangkut melakukan kesalahan yang lazim ditangkap .
b) Memiliki alat-alat pecah rumah tanpa sebab yang sah disisi undang-
undang.
c) Orang yang telah diisytiharkan dibawah seksyen 44 KPJ.
d) Orang yang memiliki barang yang disyaki curi / harta diperolehi dengan
jalan tipuan dan sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan yang
bersabit / berkaitan dengannya.
e) Orang yang menghalang pegawai polis semasa menjalankan tugas /
lari/ cuba lari dari tangkapan yang’ sah’ disisi undang-undang.
f) Orang yang disyaki lari dari tugas.
g) Orang yang menyembunyikan diri di dalam keadaan yang boleh
dipercayai bahawa ia akan melakukan kesalahan yang boleh
ditangkap.
h) Orang yang tidak mempunyai mata pencarian yang tetap / tidak dapat
memberi dirinya dengan memuaskan.
i) Orang yang terkenal biasanya sebagai perompak, pemeras ugut
,pemecah rumah , pencuri / ianya biasa menerima barang-barang
curi/biasa melakukan pemerasan menakutkan/selalu menakutkan orang
dengan bencana.
j) Orang yang melakukan pecah keamanan dihadapannya.
k) Orang yang disyaki dibawah Pemerhatian Polis , tidak mengikut syarat
dibawah Seksyen 296 KPJ.

SEKSYEN 24 * ENGGAN MEMBERI NAMA DAN TEMPAT TINGGAL


1. Orang yang dituduh melakukan kesalahan tidak lazim ditangkap apabila
diminta oleh polis / penghulu :-
a) Enggan memberi nama dan tempat tinggal.
b) Memberi nama , tempat tinggal bohong boleh ditangkap dalam
masa 24 jam bawa ke hadapan majistret tanpa dikira masa
perjalanan dari tempat tangkapan ke mahkamah. Jika ia memberi

21
nama dan alamat betul boleh dilepaskan dengan
menyempurnakan bon jamin supaya hadir ke hadapan majistret jika
dikehendaki .
2. Apabila dibawa ke hadapan majistret boleh diberi jamin/ditahan hingga
dibicarakan.
3. Jka orang itu memberi alamat diluar persekutuan , dibawa ke hadapan
majistret dalam tempoh 24 jam / dihadapan seorang inspektor untuk
menyempurnakan bon dengan penjamin atau tidak atau ditahan
sehingga dibicarakan.

SEKSYEN 25 TANGKAPAN OLEH PENGHULU DAN TINDAKANNYA


1. Seseorang penghulu boleh menangkap tanpa waran hendaklah dengan
segera :-
a. Menyerahkan kepada pegawai polis .
b. Bawa ke balai polis yang paling hampir
c. Pegawai polis hendaklah menangkap semula.

SEKSYEN 26 MENGEJAR ORANG SALAH


Pegawai polis boleh mengejar mana-mana orang dimana-mana tempat dalam
persekutuan tanpa waran.

SEKSYEN 27 TANGKAPAN ORANG PEREMAN (PERSENDIRIAN) DAN ATURANNYA


1. Orang pereman boleh menangkap orang tanpa waran dan tidak boleh
dijamin :-
a) Berlaku dalam pandangannya
b) Orang yang diwar-warkan
2. Hendaklah dengan segera menyerahkan kepada polis / bawa ke balai
polis yang paling hampir.
3. Jika ada bersangkutan dengan seksyen 23 KPJ, hendaklah menangkap
semula.
4. Jika kesalahan itu tidak lazim ditangkap apabila diminta :-
a) Ia enggan memberi nama dan tempat tinggal.
b) Memberi nama dan tempat tinggal palsu.
c) Memberi nama dan tempat tinggal diluar persekutuan , tindakan
mengikut seksyen 24 KPJ.

5. Jika ia tidak melakukan kesalahan , hendaklah dilepaskan.


6. Jika orang itu melakukan kesalahan terhadap harta seseorang :-
a) Tuan punya harta .
b) Orang yang bersangkut paut dengan harta itu.
c) Orang gaji , tindakannya – boleh ditangkap orang itu dan
menahan hingga ia memberi nama dan alamat yang betul /

22
diserahkan dalam tahanan polis.
7. Seseorang yang ditangkap di Para (5) menyerang , boleh didenda
RM100 .

SEKSYEN 28 LANGKAHAN TERHADAP ORANG YANG KENA TANGKAP


1. Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah dengan segera
dibawa ke hadapan Majistret , kecuali tertakluk kepada syarat-syarat
jamin.
2. Tidak boleh menahan lebih 24 jam tanpa dikira masa perjalanan dari
tempat tangkapan ke mahkamah.

SEKSYEN 28 A HAK ORANG YANG DITANGKAP


i. Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah diberi alasan
penangkapannya.
ii. Pegawai polis hendaklah memulakan sebarang penyoalan rakaman
mana-mana penyataan dari orang yang ditangkap memberitahu
orang itu boleh:-
a. berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan saudara atau
kawan untuk memberitahu di mana ia berada.
b. berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dan berunding dengan
pengamal undang-undang (peguam).
iii. Bagi maksud itu, pegawai itu hendaklah seberapa segera
membenarkan orang yang ditangkap itu berbuat demikian.

SEKSYEN 29 MELEPASKAN ORANG YANG TELAH DITANGKAP


Seseorang yang telah ditangkap tidak boleh dilepaskan kecuali :-
a) Bon diri sendiri .
b) Dijamin oleh orang lain.
c) Perintah bertulis dari Majistret.
d) Perintah bertulis dari Inspektor.

23
BAB V

PROSES MEMAKSA KEHADIRAN (SAMAN)

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

SEKSYEN 34 SAMAN DAN BENTUKNYA


1. Saman untuk memanggil seseorang hadir ke mahkamah , dikeluarkan
oleh mahkamah , dengan tulisan , ditandatangani serta dimeterai
dengan cop mahkamah.
2. Dijalankan oleh polis
3. Mahkamah yang mengeluarkan saman itu boleh menyuruh orang lan
menjalankannya.

SEKSYEN 35 CARA-CARA MENYAMPAIKAN SAMAN


1. Seboleh-bolehnya pada orang yang kena saman itu sendiri dengan
menunjukkan helaian asal serta salinannya.
2. Ditandatangani dibelakang helaian asal sebagai tanda penerimaan .
3. Jika sebuah syarikat , serah kepada setiausaha / mana-mana
pegawainya.
4. Jika tidak dijumpai setelah berusaha mencarinya, boleh diserah
kepada alhli keluarga yang dewasa / orang gaji yang tinggal
bersamanya .

SEKSYEN 38 WARAN TANGKAP DAN BENTUKNYA


1. Waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah dengan tulisan ,
ditandatangani dan dimeterai denga cop mahkamah.
2. Berkuatkuasa hingga dibatalkan oleh mahkamah.

SEKSYEN 41 MEMBERITAHU ISI KANDUNGAN WARAN


Pegawai polis yang menjalankan waran hendaklah :-
a. Memberitahu isi kandungan waran.
b. Menunjukkan waran / salinannya jika diminta.

SEKSYEN 42 ORANG YANG DITANGKAP HENDAKLAH DIBAWA KEHADAPAN MAHKAMAH


DENGAN SEBERAPA SEGERA
Orang yang ditangkap hendaklah dibawa kehadapan mahkamah dengan
seberapa segera tertakluk pada syarat-syarat Seksyen 39 mengenai jaminan.

SEKSYEN 43 PERATURAN SELEPAS MENANGKAP ORANG DENGAN WARAN TANGKAP


1. Orang yang ditangkap diluar perbicaraan mahkamah hendaklah
dibawa kepada majistret yang hampir sekali .
2. Jika orang itu dikehendaki oleh mahkamah yang mengeluarkan waran

24
, hendaklah dihantar orang itu jika mahkamah tersebut boleh
mengambil jaminan.
3. Seksyen ini tidak menghalang pegawai polis menerima jaminan.

SEKSYEN 62 GELEDAH TANPA WARAN


1. Pegawai polis tidak kurang pangkat inspektor jika diberi mahkamah
dengan sebab-sebab yang munasabah barang-barang curi
tersembunyi dan dan mempunyai alasan yang boleh dipercayai
barang itu akan dipindah jika kelengahan mendapat waran. Bolehlah
menggeledah tempat tersebut.
2. Satu senarai barang-barang yang disyaki dicuri diserahkan dan dicatit
secara bertulis.
3. Mereka yang telah kecurian barangnya / wakil hendaklah menemani
pegawai tersebut dalam penggeledahan itu.

SEKSYEN 63 PENGGELEDAHAN TERUS


1. Mana-mana Pegawai Polis yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Polis
Negeri boleh memasuki mana-mana tempat bagi mencari barang-
barang curi bagi menggeledah dan merampas.
2. Dalam setiap kes barang yang dirampas menurut seksyen ini, yang
mana orang yang berada di tempat itu atau orang lain semasa
barang itu dirampas yang mana barang itu bukan miliknya melainkan
orang itu dahulunya pernah dituduh dalam kes ini, di mana disaman di
hadapan majistret untuk menerangkan bagaimana barang-barang itu
diperolehi maka majistret bolehlah memikirkan untuk membuat
pelupusan.

SEKSYEN 64 SENARAI BARANG YANG DIRAMPAS


Senarai barang-barang yang dirampas semasa penggeledahan dan tempat
barang itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai / orang lain yang
menjalankan penggeledahan serta ditandatangani.

SEKSYEN 65 PENGHUNI HENDAKLAH HADIR SEMASA PENGGELEDAHAN


Penghuni atau wakilnya hendaklah dibenarkan hadir semasa penggeledahan
dibuat dan hendaklah menyerahkan satu salinan daftar pemeriksaan yang
ditandatangani oleh penghuni atau wakil tersebut.

25
BAB VIII

PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

SEKSYEN 83 SIAPA YANG BOLEH MEMERINTAH PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-


UNDANG UNTUK BERSURAI
1. Majistret
2. Pegawai Polis Yang Diwartakan
3. Inspektor
4. Ketua Polis Balai (KPB)
Berkuasa menyuraikan kumpulan 5 orang atau lebih yang mengganggu
ketenteraman awam.

SEKSYEN 84 MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MENYURAIKAN PERHIMPUNAN YANG


MENYALAHI UNDANG-UNDANG
Apabila kumpulan haram diperintah bersurai , mereka nampaknya tidak mahu
bersurai maka , mana-mana Pegawai Polis , Ahli Pasukan Bersenjata boleh
mengambil langkahan jika perlu menangkap mereka yang melawan dengan
kekerasan.

26
BAB XII

TINDAKAN POLIS DALAM MENCEGAH KESALAHAN


(LANGKAHAN PENCEGAHAN)

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

SEKSYEN 103 POLIS HENDAKLAH MENCEGAH ORANG DARI MEMBUAT KESALAHAN YANG
LAZIM DITANGKAP

Tiap-tiap pegawai polis hendaklah dengan daya usahanya sendiri mencegah


dari berlakunya kesalahan yang lazim ditangkap.

SEKSYEN 104 MAKLUMAT MENGENAI ORANG YANG HENDAK MEMBUAT KESALAHAN BOLEH
TANGKAP

Pegawai polis yang mendapat maklumat adanya rancangan hendak


melakukan kesalahan yang lazim ditangkap hendaklah memberitahu
ketuanya / pegawai yang berkuasa mencegahnya.

SEKSYEN 105 TANGKAPAN BAGI MENCEGAH KESALAHAN BOLEH TANGKAP

Apabila mendapat tahu seseorang hendak melakukan kesalahan , hendaklah


menangkap orang itu tanpa waran jika tidak boleh dengan jalan yang lain.

SEKSYEN 106 MENCEGAH KEROSAKAN KEPADA HARTA AWAM


Dengan menggunakan kuasanya sendiri bertindak mencegah merosakkan
harta awam dalam pandangannya samada harta yang boleh dialih / tidak ,
kerosakan terhadap tanda-tanda dilaut / darat.

27
BAB XIII

MAKLUMAT KEPADA POLIS DAN KUASA-KUASA PENYIASATAN MEREKA

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

SEKSYEN 107 MAKLUMAT MENGENAI KESALAHAN


*
1. Maklumat berlaku kesalahan , ketua polis balai (KPB) atau pegawai
polis dibawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu, habis tulis
baca balik.
2. Tulis dalam buku repot – tarikh dan masa maklumat itu diterima
samada secara lisan atau / tulisan. Tandatangan ( jika aduan tidak
tahu menulis , ambil cap jarinya).

SEKSYEN 108 PROSEDUR DALAM KES TIDAK BOLEH DITANGKAP


1. Jika maklumat mangenai kesalahan yang tidak lazim ditangkap, suruh
aduan berjumpa dengan majistret (RTM)
2. Tiada kuasa khas penyiasatan polis melainkan mendapat kebenaran
Pendakwaraya/ timbalan pendakwaraya . Sarjan / KPB boleh
menyiasat kecuali tangkap tanpa waran.

SEKSYEN 109 PENYIASATAN DALAM KES BOLEH TANGKAP


1. Jika maklumat itu mengenai kesalahan yang lazim ditangkap, mana-
mana pegawai polis berpangkat sarjan / KPB boleh menjalankan
siasatan tanpa kebenaran daripada timbalan pendakwaraya.

2. Sebarang perbuatan pegawai polis dalam kes itu tidak boleh


dipersoalkan dengan alasan pegawai itu tiada kuasa khas menyiasat.

SEKSYEN 110 PROSEDUR JIKA DISYAKI BERLAKU KESALAHAN BOLEH TANGKAP


1. Jika maklumat diterima , pegawai polis berpangkat sarjan/ KPB
mempercayai kesalahan lazim telah berlaku hendaklah ia menghantar
repot itu kepada pendakwaraya dan ia sendiri pergi ke tempat
kejadian untuk membuat pertanyaan mengenai perkara yang
sebenarnya tentang kes itu dan menjalankan langkahan untuk
mendapat balik sebarang harta dan jika perlu menangkap orang salah
itu.
2. DENGAN SYARAT :-
a. Perkara yang dimaklumkan itu tentang seseorang yang disebut
namanya dan keadaan kes tidak berat , maka pegawai polis
yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri /
menghantar orang dibawahnya ke tempat itu.
b. Pada fikiran pegawai polis yang menerima maklumat itu tidak
ada alasan yang cukup bagi meneruskan penyiasatan, tidak

28
perlulah ia membuatnya.
3. Pegawai polis yang menerima maklumat itu hendaklah menulis dalam
laporannya sebab-sebab ia tidak menunaikan sepenuhnya seksyen
kecil (i)
4. Pegawai polis yang menggunakan kuasa ‘Deputi’ yang diberi
mengikut seksyen kecil (i) maka pegawai rendah yang diberi kuasa itu
tidak boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh sekyen 111,112,116
dan 117 KPJ.

SEKSYEN 111 KUASA PEGAWAI POLIS MENGHENDAKI KEHADIRAN SAKSI


1. Pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di dalam kes yang tidak
lazim ditangkap (hukuman daripada TPR) dan kes yang lazim
ditangkap bolehlah memanggil mana-mana saksi yang berada dalam
daerah polis menjalankan penyiasatan itu ,saksi-saksi mesti hadir.
2. DENGAN SYARAT –orang itu tidak dikehendaki berjalan kaki melebihi 7
batu daripada tempat kediamannya ke balai.
3. Jika saksi itu enggan hadir , pegawai polis akan lapor kepada majistret
dimana akan dikeluarkan waran terhadap orang itu untuk hadir.
4. Jika saksi itu adalah kakitangan keretapi, pegawai penyiasat
hendaklah beritahu ketua stesen yang berhampiran. Pekerja itu tidak
boleh meninggalkan tugasnya dalam keadaan yang membahayakan
nyawa orang ramai.

SEKSYEN 112 PEMERIKSAAN SAKSI OLEH POLIS


1. Pegawai penyiasat boleh menyoal saksi, tulis percakapan yang dibuat
oleh saksi.
2. Saksi itu dikehendaki menjawab semua soalan dengan syarat saksi itu
bolehlah menolak daripada memberi jawapan jika jawapan itu
menyebabkan ia kena pada sesuatu tuduhan.
3. Orang yang beri keterangan wajib menyatakan dengan benar
samada keterangan tersebut dibuat seluruhnya / sebahagian dalam
menjawab soalan-soalan / tidak.

4. Pegawai polis yang memeriksa seseorang dibawah seksyen kecil (i)


hendaklah memberitahu orang itu syarat-syarat kecil (ii) dan (iii).
5. Percakapan yang dibuat oleh seseorang samada diberi amaran /
tidak kepadanya (dibawah seksyen 113 (1) adalah diambil dengan
cara tulisan dan ditandatangai oleh orang yang beri percakapan /
cap jari, selepas dibaca semula dan beri peluang buat pembetulan.

SEKSYEN 116 GELEDAH OLEH PEGAWAI POLIS


1. Apabila seseorang pegawai polis yang membuat penyiasatan
memikirkan bahawa apa-apa dokumen / barang sangat perlu bagi
penyiasatan mana-mana kesalahan yang ia diberi kuasa menyiasat
dan mempunyai sebab mempercayai bahawa orang yang disaman /
diperintah dibawah seksyen 51 KPJ tidak dapat menunjukkan dokumen
/ barang tersebut maka pegawai itu bolehlah memeriksa /

29
menyebabkan diperiksa mana-mana tempat itu.
2. Pemeriksaan (bongkaran) boleh dijalankan oleh pegawai itu sendiri.
3. Jika bongkaran itu tidak dapat dijalankan olehnya, maka ia boleh
memberi kuasa bertulis kepada mana-mana pegawai polis
dibawahnya dengan dinyatakan dokumen / barang yang dikehendaki
dan tempat dimana pemeriksaan dijalankan.

SEKSYEN 117 PROSEDUR JIKA PENYIASATAN TIDAK BOLEH DISELESAIKAN DALAM TEMPOH 24
JAM
1. Apabila seseorang telah ditangkap / ditahan dan didapati bahawa
penyiasatan itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam
(mengikut sek.28 KPJ) maka pegawai penyiasat itu hendaklah :-
a. Jika mempunyai sebab mempercayai bahawa suatu tuduhan ./
maklumat boleh diperolehi (berasas) daripada orang itu,
kemukakan satu salinan catitan diari bersama orang yang
dituduh ke hadapan majistret.
2. Majistret yang di hadapannya seorang tertuduh mempunyai bidang
kuasa membenarkan tahanan tertuduh itu dalam tahanan:
a. Jika kesalahan yang sedang disiasat adalah dihukum dengan
penjara kurang dari 14 tahun penahanan tidak lebih dari 4 hari pada
permohonan pertama dan tidak lebih dari 3 hari dari permohonan kedua
atau;
b. Jika kesalahan yang sedang disiasat adalah dihukum dengan
hukuman mati atau penjara 14 tahun atau lebih penahanan itu hendaklah
tidak lebih dari 7 hari pada permohonan pertama dan hendaklah tidak
lebih dari 7 hari pada permohonan kedua.

SEKSYEN 119 DAIRI MENGENAI PERJALANAN SIASATAN


Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan hendaklah menulis dari
hari ke hari di dalam buku perharian mengenai penyiasatannya mengandungi
:
a. Masa menerima perintah berkenaan penyiasatan itu.
b. Masa mula dan habis menyiasat.

c. Tempat yang dilawati.


d. Pendapat semasa penyiasatan.
** butir ditulis tidak boleh ditunjukkan**

SEKSYEN 289 KEADAAN DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BOLEH DIHUKUM SEBAT
a) orang perempuan
b) lelaki yang dijatuhkan hukuman mati
c) lelaki yang mahkamah isytiharkan berumur lebih 50 tahun kecuali lelaki
yang dijatuhkan hukuman sebat di bawah seksyen 376, 377C, 377CA
atau 377E Kanun Keseksaan.

30
BAB XXVII

DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

SEKSYEN KEWAJIPAN PEGAWAI POLIS MENYIASAT KEMATIAN


329
Tiap-tiap KPB apabila menerima maklumat berikut hendaklah dengan segera
memberitahu maklumat itu kepada KPD :-
a. Membunuh diri
b. Seseorang dibunuh oleh orang lain, oleh binatang, jentera atau kerana
kemalangan.
c. Mayat yang dijumpai tidak tahu sebab-sebab kematiannya.
d. Kematian mengejut.

Tugas-Tugas Polis Untuk Menyiasat

1. KPD atau mana-mana pegawai polis yang diarahkan samada seorang


KPB / pegawai polis tidak kurang pangkat sarjan hendaklah :-
a. Dengan segera pergi ke tempat kejadian (mayat berada).
b. Membuat suatu penyiasatan .
c. Membuat suatu repot zahir sebab-sebab kematian.
d. Catitkan keadaan luka/ patah/ lebam dan tanda-tanda cedera
yang terdapat pada mayat itu.
e. Nyatakan cara bagaimana/ senjata / benda telah menyebabkan
tanda-tanda dimayat itu.

2. Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan sebab-sebab


kematian ini mempunyai semua kuasa menyiasat khas bersama dengan
penyiasatan kes boleh tangkap.
3. Repot itu mestilah ditandatangani olej pegawai polis yang membuatnya
dan kemukakan kepada KPD dengan segera.
4. KPD akan mengemukakan repot itu kepada majistret, majistret dengan
segera jika mayat itu tidak diperolehi seperti hangus, hanyut dan
sebagainya, repot mestilah dibuat dan penyiasatan mesti dijalankan juga.

SEKSYEN KEWAJIPAN PEGAWAI MENGADAKAN PEMERIKSAAN POSTMORTEM BAGI SESUATU


330 KES

Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan atas sebab-sebab kematian


ini apabila didapati untuk mengesyaki simati telah mendapat kematian

31
mengejut/ luar biasa/ kekejaman/ kematian disebabkan perbuatan yang
menyalahi undang-undang / ketinggalan dilakukan oleh mana-mana orang
hendaklah dengan segera hantar mayat itu untuk diperiksa oleh pegawai
perubatan yang hampir melainkan :-
a. Jika mayat itu perlu dilihat oleh majistret.
b. Pegawai itu berpendapat kematian itu disebabkan oleh kemalangan
maka ia bolehlah mengarahkan mayat itu ditanam semula.

32
BAB XXXVII

BERKENAAN PENDAKWARAYA , DARIHAL JAMIN

SUSUNAN FAKTA PELAJARAN


PERKARA

DARIHAL JAMIN
SEKSYEN MASANYA ORANG SALAH BOLEH DILEPASKAN DENGAN JAMIN
387
I. Seseorang yang ditangkap kerana melakukan / dituduh melakukan
kesalahan ( selain daripada kesalahan tak boleh dijamin ).
II. Dibebaskan / diberi jamin oleh KPB / KPL / Perintah Mahkamah.
III. Jika tidak dapat mengadakan jamin.
IV. Ikat jamin diri sendiri.

SEKSYEN BILA ORANG YANG DITUDUH DENGAN KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DIJAMIN
388 BOLEH DILEPASKAN DENGAN JAMINAN
1. Apabila seseorang ditangkap / dituduh elakukan kesalahan tidak boleh
dijamin / ditahan tanpa penjamin oleh pegawai Polis / dibawa ke
mahkamah dia boleh dibebaskan oleh KPD / mahkamah dengan syarat:-

a) Ia tidak melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin yang


boleh dihukum dengan kematian / penjara seumur hidup.
b) Seseorang berumur 16 tahun, perempuan, sakit teruk / cacat
anggota boleh dibebaskan dengan jaminan.
2. Jika didapati oleh pegawai itu / mahkamah dimana peringkat
penyiasatan, perbicaraan bahawa yang dituduh telah melakukan
kesalahan yang tidak boleh dijamin tanpa alasan yang cukup untuk
penyiasatan, perbicaraan lebih lanjut ia boleh dibebaskan dengan
jaminan mengikut keadaan oleh pegawai itu / budibicara mahkamah
dengan cara berikut:-
a) Merekodkan cara bertulis alasan – alasan dibebaskan
b) Diakhir perbicaraan dan sebelum keputusan dihebahkan atas
alasan dan tidak bersalah boleh dibebaskan dengan jaminan.

33
AKTA POLIS 1967 : AKTA 344

SEKSYEN 2 MAKNA PERKATAAN


a. DAERAH POLIS / BAHAGIAN POLIS:
Mana-mana kawasan polis yang ditetapkan oleh KPN (IGP)
b. KETUA PEGAWAI POLIS ;
Yang diberi kuasa oleh KPN (IGP) mengawal PDRM bagi mana-mana
Negeri atau Kawasan .
c. KETUA POLIS NEGARA ;
Dilantik dibawah Seksyen 5 .
d. KONSTABEL ;
Seorang Pegawai Polis berpangkat dibawah Koperal – Rekrut .
e. MENTERI:
Bertanggungjawab bagi polis. ( Menteri Keselamatan Dalam Negeri )
f. PEGAWAI KANAN POLIS :
Termasuk KPN (IGP) hingga ke bawah pangkat Inspektor , Inspektor
Percubaan .
g. PEGAWAI PEMERINTAH ;
Pegawai Polis yang diberi kuasa oleh KPN (IGP) mengawal Polis DiRaja
Malaysia bagi Negeri, Kawasan, Tempat Daerah Polis atau mana-mana
Formasi .
h. PEGAWAI POLIS ;
Seseorang ahli Pasukan Polis .
i. PEGAWAI RENDAH POLIS ;
Mana-mana Pegawai Polis berpangkat Koperal hingga ke Sub-Inspektor
j. SENJATA:
Termasuk peluru / amunisi .

* SEKSYEN 3 FUNGSI-FUNGSI (PEMBENTUKAN) POLIS


1. Tertakluk kepada akta yang digunakan diseluruh Persekutuan termasuk
perairannya .
2. Setiap anggota digunakan khidmat sepertimana syarat-syarat AKTA ini .
3. Pasukan hendaklah digunakan khidmat bagi ;-
a) Memelihara undang-undang dan ketenteraman .
b) Mengekalkan keamanan dan keselamatan Persekutuan .
c) Mencegah dan mengesan jenayah .
d) Menangkap dan mendakwa pesalah .
e) Mengumpul risikan keselamatan .

SEKSYEN 13 PENGAKUAN OLEH PEGAWAI POLIS APABILA DILANTIK


Dihadapan Pegawai Polis berpangkat Penguasa Polis (Superintenden Polis) ke
atas .

34
SEKSYEN 14 SIJIL PELANTIKAN
Ditandatangani oleh Pegawai Pemerintah/Pegawai Kanan yang diberi kuasa.

*SEKSYEN 17 SENJATA DAN PERALATAN HENDAKLAH DISERAHKAN APABILA BERHENTI MENJADI


ANGGOTA POLIS
1. Segera serahkan kepada ketua tempat ia bertugas , semua peralatan .
Dalam perkara khas , KPN (IGP) boleh membenarkan menyimpan
peralatan melainkan senjata dan peluru .
2. Tidak memenuhi Sub Seksyen (1) denda RM 100 , penjara tidak lebih
dari 3 bulan atau kedua-duanya sekali serta bayar nilai harga barang
yang dinilaikan oleh mahkamah.

SEKSYEN 18 PEGAWAI POLIS TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG DIPAKAI


BAGI PEGAWAI AWAM

1. Semua Pegawai Polis tertakluk kepada kehendak peruntukan yang


sama dengan Pegawai Awam yang setaraf dengannya .
2. Kecuali berlainan dari akta ini / peraturan-peraturan polis yang
dibawahnya .

*SEKSYEN 19 PEGAWAI POLIS HENDAKLAH DISIFATKAN SEBAGAI BERTUGAS


Semua Pegawai Polis / Polis Sokongan hendaklah disifatkan sebagai bertugas
apabila ;-
1. Dikehendaki bertindak sebagai demikian .
2. Melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan KUASA-KUASA .
3. Dimana-mana dalam Malaysia .

*SEKSYEN 20 TUGAS-TUGAS AM
1. Menangkap semua orang yang berkuasa menangkap .
2. Memproses risikan keselamatan .
3. Menjalankan pendakwaan .
4. Bantu melaksanakan peruntukan mana-mana undang-undang
berkaitan dengan hasil , eksais , kebersihan , kerantina , imigresen dan
pendaftaran .
5. Bantu mengekalkan ketenteraman di port , pelabuhan dan lapangan
terbang Persekutuan , menguatkuasakan meratin dan port
6. Melaksanakan saman , sapina , waran dan lain-lain proses undang-
undang .
7. Mempamerkan maklumat .
8. Melilndungi harta yang tidak dituntut dan mencari tuan punya .
9. Menangkap binatang-binatang sesat dan mengurungnya dalam paun
awam .
10. Memberi bantuan dan melindungi harta dan nyawa .
11. Melindungi harta awam dari hilang dan rosak .
12. Hadir di Mahkamah Jenayah jika diperintah khas di Mahkamah Sivil
dan mengawal ketenteraman didalamnya .
13. Mengeskot dan mengawal banduan-banduan .

35
SEKSYEN 21 TUGAS DI JALAN AWAM

1. Menjadi kewajipan pegawai polis ;-


a) Mengatur , mengawal , melencongkan lalulintas .
b) Memelihara ketenteraman di jalan awam , lebuh , jalanraya
dan tempat mendarat yang menjadi kegunaan awam .
c) Mencegah halangan semasa perhimpunan dan perarakan
dijalan awam dan lebuh yang mungkin dikerumuni /
terhalang
2. Sesiapa menghalang , membangkang atau tidak menurut arahan
boleh dipenjara 3 bulan / denda RM 200 atau kedua-duanya sekali .
3. Boleh tangkap tanpa waran , melainkan memberi nama , alamat
yang betul serta mematuhi saman keatasnya .

*SEKSYEN 24 KUASA PEGAWAI POLIS MEMERIKSA LESEN , KENDERAAN DAN LAIN-LAIN .


1. Mana-mana pegawai polis boleh ;-
a) Memberhentikan / menahan seseorang .
b) Yang dilihat / disyaki memiliki / barang / melakukan
kesalahan
c) Boleh menahan / memeriksa tanpa waran semua kenderaan
/ vessel tersebut .
2. Boleh menangkap tanpa waran jika enggan menunjukkan lesen dan
permit .
3. Jika gagal menurut perintah pegawai polis yang memberitahu /
memberhentikan , boleh tangkap tanpa waran melainkan sedia
mematuhi apa-apa saman / memberi nama dan alamat yang betul
4. Kuasa KPD (Ketua Polis Daerah boleh menahan 48 jam ) .

*SEKSYEN 26 KUASA MENDIRIKAN SEKATAN JALANRAYA .

1. Mana-mana Pegawai Polis dengan langkah munasabah untuk ;-


a) memelihara dan mengekalkan undang-undang serta
ketenteraman .
b) mencegah dan mengesan jenayah .
c) boleh mendirikan atau meletakkan apa-apa sekatan di atas
mana-mana jalan / tempat awam .

2. Jika gagal mematuhi isyarat polis supaya berhenti , boleh dipenjara


tidak kurang 12 bulan atau denda RM 1000 atau kedua-duanya sekali.
3. Pegawai Polis tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan ,
kecederaan / kerosakan pada seseorang / hartanya .

*SEKSYEN 27 KUASA MENGATUR PERHIMPUNAN PERJUMPAAN DAN PERARAKAN

36
KPD / Pegawai yang diberi kuasa oleh KPD :-
1. Boleh menetapkan / mengarahkan , jalan / tempat awam sesuatu
tempat perjumpaan / perarakan / perhimpunan diadakan.
2. Orang awam boleh memohon untuk perarakan / perhimpunan dari
KPD dengan bersyarat .
3. Mana-mana Pegawai Polis boleh memerintahkan berhenti perarakan
yang telah dibatalkan lesen dan diarah bersurai.
4. Jika membantah adalah melakukan kesalahan .
5. Jika mematuhi Perenggan (2) , 3 orang / lebih menjadi kumpulan
haram.
6. Mana-mana Pegawai Polis menangkap tanpa waran .
7. Jika gagal mendapatkan lesen dari KPD , boleh merayu dengan
bertulis kepada PjP / PP dalam tempoh 48 jam .
8. Seksaan penjara 1 tahun / denda RM 2000 ATAU RM 10000 .

*Seksyen 173 A dan 294 KPJ tidak terpakai berkaitan seksyen ini .

*SEKSYEN 34 PENUBUHAN SUKARELAWAN SIMPANAN


1. Mengandungi Pegawai Kanan, Peg. Rendah & Konstabel.
2. Sepertimana yang diperkenankan oleh YDP Agong .

*SEKSYEN 35 KELAYAKAN ANGGOTA – ANGGOTA SUKARELAWAN SIMPANAN.


1. Bukan anggota tentera / mana - mana pasukan ditubuhkan dibawah
undang – undang.
2. Berumur 18 tahun keatas hingga 50 tahun.
3. Memiliki kelayakan yang ditetapkan.

SEKSYEN 36 PERLANTIKAN PEGAWAI –PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN SIMPANAN DAN LAIN-


LAIN .
1. Pegawai Kanan dilantik oleh KPN (IGP) dengan persetujuan Menteri
2. C/Insp. Kebawah oleh KPN (IGP) .
3. Pegawai Rendah dan Konstabel oleh pegawai pemerintah .
4. Perlantikan , perletakan jawatan / pemberhentian pegawai kanan
( ASP disiarkan dalam warta kerajaan )

SEKSYEN 43 PEMOBILISASIAN (MENGERAHKAN) SUKARELAWAN SIMPANAN


1. Berhubung dengan keamanan Persekutuan KPN (IGP) boleh dengan
kelulusan Menteri mengerahkan sukarelawan simpanan .
2. Hendaklah berhimpun ditempat yang ditetapkan yang diarahkan oleh
KPN (IGP) .
3. Enggan bertukar tanpa sebab munasabah adalah melakukan
kesalahan .

37
*SEKSYEN 45 KUASA –KUASA PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN
1. Apabila melaksanakan tugas polis .
2. Mempunyai kuasa perlindungan , imuniti dan disiplin yang sama
dengan polis yang lain .

*SEKSYEN 46 MENEMPATKAN SEMULA DALAM PEKERJAAN SIVILIAN (AWAM)


1. Menjadi kewajipan majikan untuk mengambil semula anggota
sukarelawan tersebut yang aktif berkhidmat dengannya sekurang -
kurangnya 3 bulan sebelum dikerahkan .
2. Jika majikan enggan mengambil semula anggota tersebut adalah
menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak kurang RM 1,000/-,
penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua – duanya
3. Dengan syarat majikan dapat membuktikan:-
Setelah tamat tempoh satu bulan selepas perkhidmatan aktif ia
tidak memohon semula bekerja kepada majikan
Setelah ditawarkan bekerja ia tidak menghadirkan diri.
Atas sebab perubahan keadaan:-
a) Tidak praktik untuk mengambil semula bekerja
b) Beliau telah ditawarkan dengan pekerjaan yang lebih baik.

SEKSYEN 85 MEMBAWA SENJATA


Boleh membawa senjata dalam tugas sahaja .

SEKSYEN 86 TINGGAL TUGAS


1. Mana-mana Pegawai Polis tanpa sebab munasabah ;-
a) tidak hadir 21 hari / lebih berturut-turut .
b) menunjukakan tidak akan kembali bertugas .
c) boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan .
2. Semua gaji yang tertunggak dilucutkan .
3. Pegawai polis termasuk Polis Simpanan , Tambahan dan Bantuan .

SEKSYEN 87 DAHAGI / PENDERHAKAAN

1. Mana-mana Pegawai Polis menghasut / bercampur menentang


pasukan.
2. Tidak berusaha meleraikan penderhakaan .
3. Tidak memaklumkan kepada Pegawai Atasan .

*SEKSYEN 89 DENGAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG MEMBUAT , MENJUAL ATAU


MEMBEKALKAN BARANG –BARANG YANG DIBEKALKAN KEPADA PEGAWAI POLIS
DAN MENGGUNAKAN UNIFORM POLIS TANPA KUASA

38
Mana-mana orang bukan Pegawai Polis :-
a) Didapati memiliki pingat / bintang yang dikurniakan kepada
Pegawai Polis .
b) Tanpa kuasa yang sah membuat , membekalkan ,
menawarkan apa-apa lencana / alat cara anggota Polis atau
gabungannya .
c) Tanpa kebenaran Pegawai Pemerinah memakai ,
menggunakan atau menunjukkan apa-apa lencana / alat
cara pasukan polis melainkan untuk pertunjukan pentas /
sandiwara .

*SEKSYEN 90 KELAKUAN TIDAK SENONOH DI BALAI POLIS

Mana-mana orang berperangai rusuhan , lucah ,tidak senonoh , hina di balai


polis adalah menjadi kesalahan dibawah akta ini .

SEKSYEN 97 PERINTAH TETAP


1. KPN boleh mengeluarkan Perintah Tetap
2. Tidak berlawanan dengan kaedah / peraturan
polis dalam akta ini
3. Untuk mengawal arahan dan maklumat pada
pasukan.

*SEKSYEN 100 PENGUBAHSUAIAN UNDANG-UNDANG LAIN

1. Apa-apa sebutan mengenai pangkat oleh mana-mana undang-


undang yang dimansuhkan .
2. Hendaklah mengikut akta ini selepas berkuatkuasa .

39
Lampiran ‘A’

JADUAL PERTAMA

[ SEKSYEN 2 DAN 5 (2) ]

PANGKAT POLIS

1. PEGAWAI KANAN POLIS


KETUA POLIS NEGARA IGP
TIMBALAN KETUA POLS NEGARA DIGP
KOMISIONER POLIS CP
TIMBALAN KOMISIONER POLIS DCP
PENOLONG KANAN KOMISIONER POLIS SAC
PENOLONG KOMISIONER POLIS ACP
SUPERINTENDEN POLIS SUPT
TIMBALAN SUPERINTENDEN POLIS DSP
PENOLONG SUPERINTENDEN POLIS ASP
CIF INSPEKTOR C/INSP
INSPEKTOR INSP
INSPEKTOR PERCUBAAN
2. PEGAWAI RENDAH POLIS
SUB INSPEKTOR S.I
SARJAN MEJOR SM
SARJAN SJN
KOPERAL KPL
3. KONSTABEL
LANS KOPERAL L/KPL
KONSTABEL KONST
KONSTABEL TAMBAHAN KONST / S
REKRUT

40
Lampiran ‘B’

JADUAL

(PERATURAN 2)
PERATURAN POLIS , KELAKUAN DAN TATATERTIB PRP / MATA-MATA 1970

BIL. PERKARA

1. Mana-mana pegawai rendah polis memujuk atau cuba memujuk / menolong


pegawai atau untuk meninggalkan tugas / cadangan meninggalkan tugas .

2. Memukul atau menggunakan kekerasan terhadap anggota pasukan .

3. Menggunakan apa-apa bahasa mengugut atau ingkar perintah terhadap pegawai


yang lebih kanan darinya.

4. Biadap dalam perkataan , perbuatan dan tingkah laku terhadap pegawai yang lebih
kanan.

5. Menggunakan bahasa llucah / menghina terhadap mana-mana anggota polis.

6. Bersalah kerana berkelakuan menindas / zalim terhadap anggota yang berpangkat


rendah darinya.

7. Sengaja tidak mengikut perintah yang sah, samada bertulis atau sebaliknya.

8. Semasa bertugas / selepas bertugas menjadikan dirinya tidak layak bertugas kerana
terlampau mabuk atau menggunakan narkotik.

9. Tiada kebenaran pegawai kanannya, menerima minuman mabuk semasa bertugas


atau meminta / membeli minuman mabuk semasa ia bertugas.

10. Semasa bertugas memasuki dengan tiada sebab berpatutan mana-mana permis
yang diberi lesen menjual arak .

11. Berjudi dalam berek balai , pejabat,kantin polis tempat lain dibawah kawalan kawalan
polis.

12. Berkelakuan tidak senonoh yang memudaratkan tatatertib / mungkin mencemarkan


nama baik pasukan .

13. Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran.

14. Tiada sebab yang berpatutan tidak hadir / lambat untuk perbarisan, kelas
pengajaran,mahkamah /lain-lain tugas .

15. Tidur semasa bertugas.

41
16. Tiada kebenaran meninggalkan bit / lain-lain tempat tugas sebelum diganti.

17. Ada dalam miliknya apa-apa wang semasa menjalankan bit,ronda / tugas biasa.

18. Berada dibawah tahanan , meninggalkan /lari dari tahanan sebelum dibebaskan.

19. Menentang sesuatu eskot yang berugas untuk menangkap atau menjaganya.

20. Cuai atau enggan menbantu dalam penangkapan mana-mana pegawai polis
apabila diperintahkan.

21. Dengan cuai membenarkan orang-orang salah lari / tidak mengambil langkah yang
berpatutan mencegah dari orang salah lari.

22. Menggunakan apa-apa kekerasan yang tidak perlu terhadap orang salah dalam
melaksanakan tugasnya .

23. Tiada sebab berpatutan membuat penangkapan yang menyalahi undang-undang.

24. Apabila mengetahui seseorang pesalah dan tidak menangkap / tidak melaporkan
dimana pesalah itu berada .

25. Menunjukkan takut dalam melaksanakan tugas.

26. Dengan tiada kuasa / sebab yang berpatutan menyembunyikan nombor/


pengenalannya .

27. Melepaskan tembakan senjatapi dengan tiada kuasa atau sebab .

28. Ada dalam miliknya dengan tiada kuasa atau sebab yang berpatutan .

29. Menggadai / menjual / menghilangkan oleh kerana cuai , melarikan diri / merosakkan
apa-apa senjata peluru , kelengkapan uniform / barang lain yang dibekalkan
kepadanya.

30. Melakukan perbuatan penjarahan / pembinasaan yang buas .

31. Menerima / merayu-rayu apa-apa ganjaran , hadiah yuran / surat akuan dengan
tiada kebenaran pegawai pemerintah.

32. Menggunakan kedudukannya sebagai seorang anggota pasukan bagi faedah


persendirian .

33. Meletakkan dirinya kerana hutang budi kerana wang kepada seseorang dalam
melaksanakan tugas rasminya .

34 Menjadi penjamin mana-mana orang dngan tiada kebenaran mahkamah .

35 Melakukan apa-apa hutang dengan tiada niat membayar balik .

42
36 Menulis , menandatangan / memberi dengan tiada izin pegawai pemerintah apa-apa
surat akuan mengenai kelakuan / sokongan untuk mendapatkan pekerjaan atau apa-
apa lesen.

37 Tidak memperakukan / tidak membuat sesuatu penyata dengan segera dan benar
mengenai wang / harta yang diterimanya atas sifat rasmi .

38 Malas / cuai dalam menjalankan tugas .

39 Tidak bersikap teliti / tidak sopan kepada mana-mana orang awam .

40 Semasa bertugas / lepas tugas dengan memakai uniform didapati kotor / tidak kemas

41 Sengaja / cuai membuat apa-apa aduan / penyataan palsu terhadap anggota


pasukan .

42 Menahan apa-apa aduan / laporan terhadap mana-mana anggota pasukan

43 Membuat aduan terhadap anggota pasukan , sengaja membunyikan apa-apa


nyataan .

44 Tidak melaporkan perkara yang berkewajipan ia melaporkan .

45 Membuat menandatangani apa-apa nyataan palsu / mengelirukan dalam mana-


mana rekod daftar buku / suratan rasmi .

46 Enggan / cuai membuat apa-apa catitan yang ia berkewajipan rekod daftar buku /
surat rasmi .

47 Enggan / cuai membuat /menghantar laporan/ yang ia berkewajipan menghantar .

48 Dengan tiada sebab berpatutan , membinasa , mencacatkan apa-apa rekod daftar ,


buku / lain-lain surat rasmi .

49 Membuat / beserta membuat apa-apa aduan sembunyi nama .

50 Membuat apa-apa aduan sangkal / yang menyakitkan hati .

51 Perkara polis / perkara jabatan yang ia berkewajipan merahsiakannya .

52 Bercakap bohong dalam penyiasatan rasmi .

53 Pura-pura sakit atau uzur .

54 Dengan tiada sebab yang berpatutan tidak menjalankan / cuai daripada


menjalankan perintah / arahan daripada pegawai perubatan kerajaan .

55 Telah dihinggapi / ada sebab mempercayai yang ia telah digidapi penyakit


perempuan, ia tidak melapor diri kepada pegawai perubatan kerajaan .

43
56 Sakit dan tidak melaporkan sakit mengikut cara yang telah ditetapkan .

57 Menandatangani / mengelilingi apa-apa rayuan / penyataan berhubung mengenai


pasukan kecuali melalui surat menyurat yang sepatutnya .

58 Memanggil / menghadiri mesyuarat yang tidak dibenarkan untuk membincangkan


perkara mengenai pasukan .

59 Dengan tiada kuasa meminta / memaksa dari seseorang apa-apa pengangkutan


barang-barang.

60 Cuai memberi pertolongan kepada seseorang yang mendapat sakit / bencana


dijalan-jalan awam .

61 Mengambil bahagian dengan tiada kuasa dalam apa-apa tred atau dalam apa-apa
pekerjaan lain .

62 Dengan tiada kuasa / sebab yang berpatutan memandu mana-mana kereta pasukan

63 Sebagai menjaga kereta pasukan , dengan tiada sebab yang berpatutan ;-


a. Memandu / membenarkan dipandu kereta itu .
b. Membenarkan kereta itu diisi lebih muatan .
c. Membuat perjalanan yang tidak dibenarkan dengan kereta itu .

64 Bersalah kerana apa-apa perbuatan , kelakuan kekacauan yang ditetapkan oleh


Akta Polis 1967 sebagai suatu kesalahan terhadap tugas / tatatertib .

65 Bersalah kerana kecuaian kewajipan , kelakuan , kekacauan yang memudaratkan


ketenteraman , tatatertib yang tidak dinyatakan diatas.

66 Mencuba melakukan apa-apa kesalahan tataertib yang tidak dinyatakan diatas .

HUKUMAN TATATERTIB

A AMARAN

B DENDA

C LUCUT HAK EMOLUMEN

D TANGGUH PERGERAKAN GAJI

E TURUN GAJI

F TURUN PANGKAT

G BUANG KERJA

44
Lampiran ‘C’

# INSPEKTOR JENERAL POLIS ( IGP)


# DEPUTI INSPEKTOR JENERAL POLIS ( DIG)
# KOMISIONER POLIS ( CP)
# DEPUTI KOMISIONER POLIS ( DGP)
# SENIOR ASISTEN KOMISIONER POLIS I & II (SAC I & II)
# ASISTEN KOMISIONER POLIS (ACP)
# SUPERINTENDAN POLIS (SUPT)
# DEPUTI SUPERINTENDAN POLIS ( DSP)
# ASISTEN SUPERINTENDAN POLIS ( ASP)
# KADET ASISTEN SUPERINTENDAN POLIS ( K/ASP)
# CIF INSPEKTOR (C/INSP)
# INSPEKTOR (INSP)
# INSPEKTOR PERCUBAAN (INSP/P)

45
Lampiran ‘D’

# SAB INSPEKTOR (S.I)

# SARJAN MEJAR ( S.M )

# SARJAN ( SJN )

# KOPERAL ( KPL )

# LANS KOPERAL ( L/KPL )

# KONSTABEL ( KONST )

# KONSTABEL TAMBAHAN ( KONST / T )

46

Anda mungkin juga menyukai