Anda di halaman 1dari 28

TERHAD

PTKPN BHG. `A’ 501

POLIS BANTUAN

PENUBUHAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67
dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh
21hb, Disember, 1970).

OBJEKTIF

2. Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut:-

2.1 Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan


Polis tidak berkesan;

2.2 Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di


Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor
Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan
mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas
di dalam kawasan yang ditentukan.

2.3 Sebagai unit sokongan/ bantuan kepada PDRM dalam sesuatu


situasi yang diperlukan.

KUASA MELANTIK

3. Pegawai Kanan Polis Bantuan dari pangkat kehormat Inspektor hingga


ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan
persetujuan Menteri Dalam Negeri:-

3.1 Pegawai Rendah Polis Bantuan dari pangkat kehormat Koperal


hingga ke Sub-Inspektor atau Konstabel Polis Bantuan adalah
dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari
Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen berkenaan, atau mana-
mana pegawai polis yang diberi kuasa bagi pihaknya.

3.2 Seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah


disifatkan berkhidmat dari bulan ke bulan, walau bagaimanapun
tempoh perkhidmatan seorang pegawai atau anggota Polis
Bantuan itu adalah tertakluk kepada sebarang perjanjian yang
dibuat dengan pihaknya.

PERMOHONAN KUASA-KUASA POLIS BANTUAN

4. Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta


yang ingin mendapat kuasa Polis Bantuan untuk pekerja-pekerjanya yang
berkhidmat dalam kawasan-kawasan tertentu, akan mengemukakan

1 TERHAD
TERHAD

permohonan kepada Ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya/ Ketua Polis yang
berkenaan. Pesuruhjaya/ Ketua Polis pula kemudiannya akan mengemukakan
permohonan tersebut bersama-sama dengan sokongan kepada Ketua Polis
Negara (Cawangan Pembantu).

5. Cawangan Pembantu akan membuat tinjauan khas ke kawasan


pemohon untuk mengenal pasti keperluan sebenar kuasa polis yang dipohon
sekiranya diperlukan, seterusnya mengemukakan laporan dan permohonan
tersebut kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis
yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan atau memberi bantahan bagi
permohonan tersebut.

6. Setiap permohonan akan diberi pertimbangan sekiranya ia memenuhi


syarat-syarat seperti berikut:-

6.1 Apabila disahkan oleh Pegawai Pemerintah di mana permohonan


dibuat, bahawa liputan polis tidak dapat dibekalkan dengan
mencukupi dan berkesan;

6.2 Bila mana kakitangan yang menjalankan tugas kawalan


keselamatan di Jabatan-Jabatan, Badan-Badan Berkanun dan
Sektor Swasta memerlukan kebenaran membawa serta
menggunakan senjatapi semasa menjalankan tugas;

6.3 Permohonan adalah terhad kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan


dan Badan-Badan Berkanun dan swasta yang ditakrifkan sebagai
perkhidmatan-perkhidmatan penting di bawah Seksyen 2, Akta
Perhubungan Perusahaan;

6.4 Tanpa menyentuh syarat di perenggan 6.3 di atas, permohonan


daripada sektor-sektor swasta boleh diberi pertimbangan
sekiranya sektor berkenaan memberi sumbangan besar kepada
ekonomi negara. Walau bagaimanapun permohonan-permohonan
tersebut hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

6.4.1 Bagi permohonan dari ladang-ladang keutamaan akan


diberikan sekiranya:-

a) Bila mana ladang-ladang tersebut yang menjadi


ahli Persatuan Penasihat Keselamatan yang
dilantik oleh Kerajaan Malaysia;

b) Ladang tersebut hendaklah terletak di dalam


kawasan atau apabila jarak jauh melebihi 24 km
dari Balai Polis yang paling hampir sekali;

c) Keluasan sesebuah ladang hendaklah melebihi 607


hektar (1500 ekar);

d) Ladang tersebut hendaklah yang sedang


mengeluarkan hasil dan produktif;

2 TERHAD
TERHAD

e) Apabila ladang-ladang berkenaan telah mempunyai


pengawal bergaji sepenuh masa yang terdiri dari
bekas-bekas Polis atau tentera yang telah diambil
bekerja sebagai Pengawal Keselamatan;

f) Apabila terdapat sekurang-kurangnya 100 orang


pekerja dan atau keluarga mereka tinggal dalam
ladang berkenaan;

g) Apabila terdapat kilang memproses hasil


pengeluaran dalam ladang berkenaan.

6.4.2. Bagi permohonan dari sektor pembalakan, keutamaan


akan diberikan sekiranya:-

(a) Kawasan pembalakan terletak di kawasan operasi;

(b) Apabila terdapat pusat perkhemahan pekerja-


pekerja yang menjalankan pembalakan 3 atau lebih
kawasan.

6.4.3 Sebarang kelulusan jika diberikan adalah terhad kepada


tempoh masa pembalakan seperti yang disyaratkan oleh
Jabatan Perhutanan;

6.4.4 Bagi permohonan dari sektor perhubungan, pengang-


kutan, perkilangan, bank, elektrik atau sektor penggalian,
penapisan, simpanan, pengedaran yang berkaitan
dengan bahan api, pertimbangan akan hanya diberi
sekiranya hasil pengeluaran, perkhidmatan menjadi nadi
kepada segala kegiatan ekonomi negara.

6.5 Bagi semua permohonan perlantikan Pegawai Rendah Polis dan


Konstabel Bantuan, perjawatan yang dipohon hendaklah tidak
melebihi dari perjawatan balai Polis dimana harta-harta
pemohon terletak. Disamping itu, pangkat Polis Bantuan yang
tertinggi mestilah tidak sama atau tidak melebihi dari jawatan
KPD di kawasan permohonan.

DOKUMENTASI, TAPISAN KESELAMATAN


DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

7. Apabila permohonan mendapatkan kuasa-kuasa Polis Bantuan


diluluskan oleh Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis
yang diberi kuasa olehnya, pemohon akan dimaklumkan oleh Pegawai
Pemerintah dimana permohonan itu dibuat dahulu. Seterusnya pemohon-
pemohon dikehendaki mengemukakan kepada Pegawai Pemerintah
berkenaan, maklumat calon-calon yang akan dilantik sebagai pegawai Polis
Bantuan seperti berikut:-

3 TERHAD
TERHAD

7.1 Tiga salinan maklumat peribadi calon-calon seperti di Lampiran


`2`;

7.2 Sesalinan laporan pemeriksaan kesihatan seperti di Lampiran


`3` yang menunjukkan bahawa calon berkenaan telah dipereksa
oleh Pegawai Perubatan atau Doktor Panel Syarikat dan disahkan
layak bagi tujuan perlantikan.

8. Setelah menerima borang Lampiran `2` dan `3` sebagai mana yang
dinyatakan di perenggan 7.1 dan 7.2 di atas, Pesuruhjaya / Ketua Polis
hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:-

8.1 Mengaturkan supaya dijalankan tapisan kasar oleh Cawangan


Khas dan tapisan oleh Jabatan Siasatan Jenayah terhadap calon-
calon yang akan dilantik sebagai Pegawai Polis Bantuan. Tapisan
oleh Jabatan Siasatan Jenayah hendaklah dilakukan dengan
mengambil cap jari calon-calon berkenaan dan seterusnya
dihantar kepada Pendaftar Penjenayah bagi tujuan pemeriksaan.
Sekiranya keputusan pemeriksaan tersebut tidak memuaskan
dimana calon-calon mempunyai rekod sabitan masa lalu, boring
RJ 2A hendaklah dikembalikan semula kepada Pendaftar
Penjenayah. Calun bekenaan tidak boleh dilantik sebagai pegawai
Polis Bantuan. Sekiranya keputusan tersebut memuaskan
dimana calun berkenaan tidak mempunyai apa-apa rekod
jenayah, borang RJ 2A hendaklah difailkan dalam fail peribadi
Polis Bantuan berkenaan dan proses perlantikan diteruskan.

9. Apabila seseorang calon didapati layak untuk dilantik sebagai Polis


Bantuan, mana-mana Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan
Sektor Swasta akan memaklumkan mengenai kesesuaian seseorang calon dan
seterusnya dikehendaki mengemukakan kepada Ketua Polis Negara (Cawangan
Pembantu) melalui Pegawai Pemerintah berkaitan, dokumen-dokumen seperti
berikut:-

9.1 Penyata diri seperti borang di Lampiran `4` (tiga salinan);

9.2 Lapan keping gambar berpakaian seragam, tanpa bertopi untuk


diagih-agihkan seperti berikut:-

9.2.1 Tiga keping gambar untuk fail peribadi yang akan


disimpan di Ibu Pejabat Kontinjen, ibu pejabat majikan
dan cawangan tempat tugas berkenaan;

9.2.2 Satu keping gambar untuk kad kuasa (Pol. 2B- Borang
`S`);

9.2.3 Empat keping gambar untuk dilekatkan dalam surat


perlantikan, (Lampiran `6 atau 6A). Surat perlantikan
dikeluarkan dalam empat salinan, yang mana satu
salinan diserah kepada anggota yang dilantik, tiga

4 TERHAD
TERHAD

salinan disimpan di dalam ketiga-tiga fail peribadi


seperti dinyatakan di para 9.2.1 di atas;

10. Pesuruhjaya/ Ketua Polis sebaik sahaja menerima dokumen- dokumen


seperti di perenggan 9 di atas, hendaklah mengambil tindakan berikut:-

10.1 Menyediakan senarai nama (nominal roll) anggota-anggota yang


telah berjaya dalam tapisan Cawangan Khas dan Jenayah,
seterusnya mengemukakannya kepada KPN (Cawangan
Pembantu). Senarai nama tersebut hendaklah mengandungi
nama dan nombor setiap anggota yang akan dilantik sebagai
Polis Bantuan;

10.2 Menyediakan dan menandatangani empat keping surat


perlantikan bagi Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Bantuan
seperti Borang di Lampiran 6.

10.3 Bagi perlantikan ke pangkat Inspektor Polis Bantuan dan ke


atas, menyediakan empat keping surat perlantikan (lampiran 6)
yang telah dipenuhkan dan dilekatkan gambar, hendaklah
dikemukakan kepada KPN (Cawangan Pembantu bagi
mendapatkan persetujuan Menteri dan tandatangan oleh KPN
atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa
olehnya;

10.4 Mengaturkan supaya Polis Bantuan yang baru dilantik itu di


bawa kehadapan seseorang pegawai Kanan Polis tidak kurang
dari pangkat Asisten Superintenden Polis untuk mengangkat
sumpah sebagai seseorang Polis Bantuan. Ketika mengangkat
sumpah hendaklah berpakaian seragam seperti yang ditetapkan
oleh Ketua Polis Negara dari masa kesemasa.

10.5 Menyerahkan satu salinan surat perlantikan (Lampiran `6 & 6A`)


kepada Polis Bantuan yang telah mengangkat sumpah untuk
kegunaannya.

PENGELUARAN KAD KUASA

11. Apabila menerima senarai nama seperti di perenggan 10.1 di atas dari
Pesuruhjaya/ Ketua Polis, Cawangan Pembantu hendaklah mengambil tindakan-
tindakan seperti berikut:-

11.1 Mencatatkan nama-nama Polis Bantuan berkenaan di dalam


daftar Polis Bantuan.

11.2 Menyediakan kad kuasa (Pol. 2B-Borang `A`) untuk mereka.

11.3 Menghantar kad-kad kuasa tersebut kepada Pesuruhjaya/ Ketua


Polis bagi mendapatkan tandatangan Pegawai dan anggota Polis
Bantuan yang berkenaan.

5 TERHAD
TERHAD

12. Apabila Pesuruhjaya / Ketua Polis mengembalikan kad-kad kuasa yang


telah dilekadkan gambar dan menandatangani oleh Polis Bantuan berkenaan,
Ketua Cawangan Pembantu hendaklah menandatangani kad kuasa bagi APR
dan Konstabel dan meletakkan cop rasmi sebagai `Pengesahan Kuasa`. Kad-
kad kuasa Polis Bantuan berpangkat Inspektor dan keatas akan ditanda-
tangani oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan / Pentadbiran) sebagai `Kuasa
Mengesah`. Selepas itu, kad-kad tersebut akan disalut plastik.

13. Kad-kad kuasa tersebut telah siap disalut plastik, Cawangan Pembantu
akan menghantarnya kepada Pesuruhjaya / Ketua Polis untuk diserahkan
kepada anggota-anggota Polis Bantuan berkenaan. Perbelanjaan penyalutan
adalah ditanggung oleh majikan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Polis
Diraja Malaysia.

NOMBOR PERIBADI

14. Cawangan Pembantu dikehendaki mengaturkan pembahagian nombor


peribadi Polis Bantuan mengikut susunan setiap kontinjen. Nombor-nombor
peribadi tersebut akan dimulai dengan huruf `PB` bagi anggota pangkat
rendah dan konstabel. Sementara nombor peribadi bagi Pegawai kanan Polis
Bantuan, nombor-nombor peribadi akan dimulai dengan huruf `I/ PB` dan bagi
Asisten Superintenden dan keatas pula dimulai dengan huruf `G/ PB`.

FAIL PERIBADI

15. Pesuruhjaya/ Ketua Polis dikehendaki menyelenggarakan fail peribadi


semua pegawai Kanan Polis Bantuan. Pegawai Rendah dan Konstabel Polis
Bantuan.Fail-fail tersebut akan dikenalpasti melalui nombor peribadi setiap
pegawai berkenaan. Seterusnya, fail peribadi tersebut hendaklah mengandungi
salinan-salinan seperti di Lampiran `1` hingga `7` serta Borang CR 2A. Jika
seseorang Pegawai Polis Bantuan ditukarkan ke kontinjen lain, majikan
hendaklah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pesuruhjaya/ Ketua Polis
berkenaan dan fail peribadi itu kemudiannya akan dihantar kepada kontinjen
dimana pegawai itu tukarkan.

PENEMPATAN POLIS BANTUAN

16. Apabila seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan yang


menjalani pertukaran atau diarahkan bertukar ke kontinjen lain dari agensi
/syarikat /jabatan yang sama perlu menjalani proses seperti berikut:-

16.1 Majikan hendaklah membuat permohonan pertukaran ke


kontinjen baru menerusi PJP/ KP Negeri di kontinjen dimana
pegawai/ anggota berkenaan bertugas, melalui borang
Lampiran `9’ (pegawai kanan) dan borang lampiran ‘9’A
(anggota Polis Bantuan). Borang-borang tersebut, seperti di
lampiran.

16.2 PJP/ KP negeri yang berkaitan hendaklah mengedar


permohonan tersebut kepada PJP/KP kontinjen yang baru.

6 TERHAD
TERHAD

16.3 Kelulusan adalah tertakluk kepada keperluan tugas dan budi


bicara PJP/KP negeri itu. Sebaik sahaja kelulusan dibuat
majikan perlu dimaklumkan oleh PJP/KP negeri yang baru.

16.4 Walau bagaimanapun angkat sumpah atas jawatan yang


sama, pemeriksaan kesihatan, tapisan keselamatan dan
pengeluaran kad kuasa (Pol. 2B – borang ‘A’ yang baru tidak
perlu dilaksanakan semula.

( Para 16 yang asal dibatalkan – Tarikh Kuatkuasa 17 Februari 2009 –


Perintah Pasukan Bil. 15/2009 bertarikh 3 Mac 2009 – Pindaan
No. 196 )

PAKAIAN SERAGAM

17. Selaras dengan peraturan 6, peraturan-peraturan (Polis Bantuan)


polis, 1970, jika seseorang yang bekerja dengan seseorang yang bekerja
dengan seseorang lain atau kumpulan-kumpulan (kemudian daripada atau
Konstabel Bantuan untuk menjalankan tugas-tugas polis disatu-satu kawasan di
bawah kawalan majikan itu, maka majikan berkenaan adalah bertanggungjawab
membekalkan pakaian seragam dan lencana-lencana sebagaimana yang
ditetapkan oleh Ketua Polis Negara dari masa ke semasa.

18. Pakaian dan lencana yang dipakai oleh setiap pegawai dan anggota
Polis Bantuan hendaklah selaras dengan peraturan di Lampiran '1'.

KUASA DAN TUGAS.

19. Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas- tugas


polis dalam kawasan-kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa
yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti
seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.

20. Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau anggota


polis biasa, pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih
rendah dari polis biasa yang sama pangkatnya.

21. Anggota-anggota Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan


majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:-

21.1 Rondaan, bit dan kawalan statik;

21.2 Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan;

21.3 Melindungi dan mengiringi harta majikan;

21.4 Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah;

21.5 Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.

7 TERHAD
TERHAD

KUASA MENYIASAT

22. Pegawai Polis Bantuan boleh menjalankan siasatan polis atau


menggunakan kuasa-kuasa khas penyiasatan seperti yang diperuntukan dalam
keadaan-keadaan tertentu setelah Ketua Polis Negara memberi kebenaran
kepada mana-mana pegawai Polis Bantuan menggunakan kuasa-kuasa khas
penyiasatan terhadap kesalahan-kesalahan tertentu dan dalam kawasan yang
ditetapkan sekiranya ketua Polis Negara berpuashati bahawa unit berkenaan
telah diberi latihan secukupnya untuk menjalankan tugas siasatan.

LATIHAN

23. Pasukan Polis DiRaja Malaysia adalah bertanggungjawab memberi


latihan polis terhadap anggota-anggota Polis Bantuan. Cawangan Latihan
Kontinjen adalah dikehendaki menyediakan segala latihan-latihan asas dan
sebarang latihan selanjutnya untuk anggota-anggota Polis Bantuan. Walau
bagaimanapun, perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan, pengangkutan,
peluru dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan semasa latihan tersebut
hendaklah ditanggung oleh majikan masing- masing.

24. Silibus latihan akan disediakan oleh Cawangan Latihan Bukit Aman.
Perkara-perkara yang diajar adalah berfokus kepada pengetahuan dan
kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh pegawai Polis Bantuan berkenaan.
Sebagai tambahan, kurikulum latihan yang mempunyai kaitan rapat dengan
tugas jabatan-jabatan, Badan-badan atau syarikat-syarikat berkenaan atau
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh majikan tersebut hendaklah juga
diberi keutamaan.

SENJATAPI

25. Semua pegawai dan konstabel Polis Bantuan yang telah dilantik secara
sah, boleh membawa dan menggunakan senjatapi yang dilesenkan di atas
nama majikannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarah oleh
majikannya dalam kawasan yang ditetapkan.

TATATERTIB

26. Menurut Peraturan 5(2), Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis


1970, seseorang anggota Polis Bantuan hendaklah tertakluk kepada
peraturan-peraturan tatatertib yang seberapa hampir seperti seorang pegawai
polis yang setaraf pangkat dengannya.

27. Majikan bertanggungjawab mengambil tindakan salah laku anggota-


anggota Polis Bantuan di bawah kawalannya dan melapurkan keputusan
tindakan salah lakunya kepada Pesuruhjaya/Ketua Polis Negeri yang berkenaan
untuk tindakan selanjutnya.

28. Ketua Polis Negara boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya
menarik balik kuasa polis seseorang Pegawai Kanan Polis Bantuan dan boleh
juga menurunkan pangkatnya kepangkat yang lebih rendah. Pesuruhjaya atau
Ketua Polis boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menarik balik

8 TERHAD
TERHAD

kuasa polis seseorang Pegawai Rendah Polis Bantuan atau Konstabel Polis
Bantuan.

29. Sebelum tindakan menarik balik kuasa polis atau menurunkan pangkat
seseorang Pegawai Polis Bantuan atau Konstabel Polis Bantuan diambil,
majikan seperti yang dinyatakan diperenggan 27 di atas hendaklah terlebih
dahulu memberitahu anggota polis bantuan berkenaan secara bertulis alasan-
alasan mengapa cadangan menarik balik kuasa polis atau menurunkan
pangkat beliau dibuat dan meminta pegawai tersebut memberi jawapan dalam
masa 14 hari tarikh penerimaan.Sekiranya gagal tindakan yang dicadangkan
boleh diteruskan.

30. Apabila seseorang Pegawai Polis Bantuan atau anggota Polis Bantuan
hendak ditamatkan perkhidmatannya oleh mana-mana Jabatan Kerajaan,
Badan-badan berkanun atau Sektor Swasta, atau ingin meletakkan jawatan di
tempat tugasnya dengan serta merta, maka pihak majikan adalah
bertanggungjawab mengambil balik surat perlantikan dan kad kuasa dari
pegawai atau anggota Polis Bantuan berkenaan dan diserahkan kepada
Pesuruhjaya/ Ketua Polis Negeri.

PENYERAHAN KAD KUASA DAN LAIN-LAIN

31. Jika seseorang Polis Bantuan meninggal dunia, dipecat atau meletakkan
jawatan, adalah menjadi tanggungjawab majikan-majikannya menyerahkan balik
kad kuasa (Pol.2B- Borang 'A') surat perlantikan dan apa-apa kelengkapan
yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada majikan dan semua barang
tersebut hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya/ ketua Polis Negeri dimana
Polis Bantuan itu berkhidmat.

TUNTUTAN DAN ELAUN

32. Seseorang Polis Bantuan hendaklah berkhidmat secara sukarela dan


tidak berhak membuat sebarang tuntutan yang berkaitan dengan upah, hadiah,
elaun atau lain-lain tuntutan kerana perkhidmatannya dari Pasukan Polis Diraja
Malaysia.

PEMERIKSAAN

33. Pesuruhjaya/ Ketua Polis atau mana-mana Pegawai Polis yang


diberikuasa olehnya hendaklah dari masa kesemasa melawat unit-unit Polis
Bantuan untuk:-

33.1 Memeriksa bilik-bilik kawalan;

33.2 Memeriksa keselamatan tempat menyimpan senjatapi dan


peluru;

33.3 Memeriksa sistem kawalan dan pertahanan;

33.4 Menguji pengetahuan undang-undang dan kuasa-kuasa Polis;

9 TERHAD
TERHAD

33.5 Pemantauan dari segi tahap disiplin Polis Bantuan.

34. Anggota Cawangan Khas yang dilantik sebagai Pegawai Polis Bantuan
atau Konstabel Bantuan tidak tertakluk kepada Perintah Tetap ini. Mereka
adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Arahan E3
(M) No.29.

PEMBATALAN

35. Perintah ini membatalkan Arahan Ketua Polis Negara No.25.

10 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN `1' KPD


PTKPN BHG. ` A’ 501

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA


LENCANA POLIS BANTUAN

1. Baju
- Baju kemeja potongan Polis biasa berlengan pendek, atau
berlengan panjang sebagai `pilihan'. Pengawai berpangkat Sarjan
Mejar keatas boleh memakai `bush jacket' sebagai pilihan.

2. Seluar
- Seluar panjang.

3. Topi/ Songkok/ Beret


- Tiap-tiap pertubuhan diberi kebebasan memilih satu pakaian menutup
kepala samada topi (cap), songkok atau beret.

4. Lencana Topi
- Lencana topi Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai dipakaian
penutup kepala yang dipilih.

5. Lencana Bahu
- Lencana Bahu bertulis 'Polis Bantuan' dipakai dipangkal lidah bahu
baju. Bagi Pegawai Kanan dikecualikan.

6. Lambang Majikan
- Lambang majikan ditampal dilengan kiri baju. Lambang tersebut
mestilah berukuran 7cm x 9cm dan bertulis POLIS BANTUAN
dibahagian atasnya.

7. Tali Pingggang
- Tali pinggang hitam (web belt) atau tali pinggang kulit hitam.
Pegawai kanan boleh memakai tali pinggang 'nylon' sebagai pilihan.

8. Butang
- Butang seperti mana yang dikeluarkan untuk kegunaan pegawai-
pegawai dan anggota Polis biasa.

9. Kasut
- Kasut kulit hitam atau kasut kanvas hitam atau kasut boot canvas
hitam.

10. Rantai wisel


- Rantai wisel sebagaimana Polis Biasa.

11. Stokin
- Stokin berwarna hitam

11 TERHAD
TERHAD

12. Wisel
- Sama seperti bentuk wisel Polis Biasa.

13. Apulet
- Pegawai Kanan memakai apulet berwarna hitam.

14. Lencana Pangkat


- Struktur dan bentuk hendaklah sama dengan Polis Biasa. Misalnya
Koperal ada dua calit, Inspektor dua paku diatas apulet, ASP tiga paku,
DSP satu Mahkota dan SUPT, Satu Mahkota dengan satu paku.

15. Lencana
- Nombor Polis Bantuan dan tanda nama hendaklah dipakai bagi
Anggota Pangkat Rendah dan tandanama bagi Pegawai Kanan untuk
pengenalan seperti mana Polis Biasa.

16. Warna Baju dan Seluar


- Warna baju dan seluar yang telah ditetapkan bagi unit-unit Polis
Bantuan adalah seperti berikut:-

Baju - Biru Muda


Seluar - Biru Gelap

Catatan;

Alat-alat yang ada dalam Pusat Bekalan Polis boleh dibekalkan oleh
Pusat Bekalan Polis atau Setor Bekalan Kontinjen dengan bayaran.

12 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '2
PTKPN BHG. `A’ 501

TAPISAN BAGI PEMILIHAN AHLI SUKARELAWAN POLIS/ POLIS


BANTUAN DALAM PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

1. a) Nama Penuh (huruf besar)......……………….………………..

b) Nama dalam tulisan Cina (keturunan cina)….………................

2. Nama gelaran (jika ada)…………………………...............................

3. Haribulan dan tempat lahir……………………………….......................

4. Nombor Kad Pengenalan (baru).…………….....(lama).………............

5. Tkh / Tempat Kad Pengenalan dikeluarkan……….....................

6. Alamat sekarang.……………………………………..............................

……………………….…………….............................

7. Alamat lima tahun yang lalu...............…………………………………........

....…………………………………………………….

8. Sekolah-sekolah yang dihadiri dan tarikh:-

........................... ...............................

........................... ...............................

........................... ...............................

9. Nama Bapa.…………………………..…………................................

Alamat…………………………………..............................................

Pekerjaan............................………………………………….............

10. Pernahkan dituduh di Mahkamah................................

Jenis Kesalahan..........………………………………...............................

Hukuman......................…………………………………...................

11. Jawatan-jawatan dalam pertubuhan siasah:-

13 TERHAD
TERHAD

a)...........................................................

b)...........................................................

12. Pekerjaan yang telah sudah...................................

13. Pernah dilantik sebagai Polis Bantuan / Sukarelawan Polis sebelum

ini……………………………………………………...............................

Tarikh:............... ……….......................
(Tandatangan Pemohon)

14 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '3'
PTKPN BHG. `A’ 501

SURAT PEMERIKSAAN KESIHATAN

Saya sahkan bahawa telah memeriksa................................ dan pada pendapat


saya, *beliau boleh / * tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang Polis
Bantuan (Auxiliary Police). Dalam pemeriksaan ini saya dapati beliau
mengidap kelemahan yang berikut:-

...................…………………………………………….................................................
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………

yang saya dapati *tidak akan / * akan menghalang beliau untuk berkhidmat
sebagai Polis Bantuan.

.....................
(Tandatangan)

.....................
(Nama Doktor)

Tarikh............... (Cop Rasmi)

*potong yang tidak bersesuaian.

15 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN `4'
PTKPN BHG. `A’ 501

POLIS BANTUAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

PENYATA DIRI

1. Kontijen....................................................

2. Daerah Polis................................................

3. Nama........................................................

4. Nombor Polis Bantuan........................................

5. Nombor Kad Pengenalan(baru)..............(lama).............

6. Nama Bapa...................................................

7. Tempat & Tarikh Lahir.......................................

8. Alamat......................................................

9. No. Telefon.................................................

10. Pekerjaan...................................................

11. Majikan dan Alamat..........................................

12. Gaji Hakiki.................................................

13. Kelulusan...................................................

14. Taraf Perkahwinan...........................................

15. Nama & Alamat Suami/Isteri...................................

.............................................................

16. Waris & Alamat (selain bil. 14):-

i............................................................

Persaudaraan.................................................

ii...........................................................

Persaudaraan.................................................

16 TERHAD
TERHAD

iii..........................................................

Persaudaraan.................................................

Saya mengaku bahawa setakat yang saya ketahui,butir-butir yang tersebut


diatas semuanya adalah benar.

Tarikh:............... ...................……
(Tandatangan)

Saksi:

Tandatangan:...................

Nama:..........................

Pangkat:.......................

Jawatan:.......................

17 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '5'
PTKPN BHG. `A’ 501

REKOD PERKHIDMATAN POLIS BANTUAN

(semua butir-butir perlantikan, kenaikan pangkat,


pertukaran, penghargaan dan tatatertib)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Pangkat Perkara Kuasa T/Tangan

--------------------------------------------------------------------------------------------------

18 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '6'
PTKPN BHG. `A’ 501

(Untuk Pegawai Kanan)

SURAT PERLANTIKAN
(Sek. 47 (1) Akta Polis 1967)

Ini adalah untuk mengesahkan bahawa menurut kuasa yang diberi


kepadanya dibawah Seksyen 47 (1) Akta Polis No. 41/1967, Ketua Polis
Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri telah melantik
...................................……………….....…………….…No.KP..……....................
beralamat.......…………………………………...............................................sebagai
seorang Polis Bantuan (Auxiliary Police) dengan pangkat kehormat
..........……........ mulai ................................

2. Kuasa dan tugas anda sebagai seorang Polis Bantuan hendaklah dijalankan
dalam semua kawasan dan bangunan dibawah kawalan
...................................................... Kuasa ini juga dipanjangkan luar kawasan
ditetapkan semasa anda menjalankan tugas resmi yang diarah secara bertulis
oleh majikan anda.

Tarikh: ………..................... ……….....................

19 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '6 A'


PTKPN BHG. `A’ 501

(untuk APR/ Kons. sahaja)

SURAT PERLANTIKAN
(Sek. 47 (2) Akta Polis 1967)

Ini adalah untuk mengesahkan bahawa menurut kuasa yang diberi kepadanya
dibawah Seksyen 47 (2) Akta Polis No. 41/1967, Pesuruhjaya Polis* / Ketua
Polis Negeri* …………………………......................... telah
melantik.……………………………….. No.KP.....…………………………...........
beralamat.................................................................................................................
........…………………… sebagai seorang Polis Bantuan (Auxiliary Police) dengan
pangkat kehormat .........…………........... mulai ...............................

2. Kuasa dan tugas anda sebagai seorang Polis Bantuan hendaklah dijalankan
dalam semua kawasan dan bangunan dibawah kawalan
...................................………………........... Kuasa ini juga dipanjangkan luar
kawasan ditetapkan semasa anda menjalankan tugas resmi yang diarah secara
bertulis oleh majikan anda.

Tarikh:.................. …………………

20 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 7
PTKPN BHG. `A’ 501

POLIS
JADUAL KEDUA

(Seksyen 48 & Jadual, Akta


Polis No.41/1967)

Saya....................................................……………….... dengan sesungguhnya


dan benar mengaku bahawa saya akan bersungguh dan dengan jujur
berkhidmat sebagai...................................………….................. dalam Polis Diraja
Malaysia dan akan menjunjung dan menjaga Undang-undang Malaysia, dan
bahawa saya akan melaksanakan kuasa dan tugas-tugas jawatan saya dengan
rajin dan jujurnya.

Pengakuan dibuat di.…………... pada ………haribulan........ 20....

(...................)
Tandatangan

Dihadapan saya,

(...................)

21 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN '8'
PTKPN BHG. `A’ 501

KAWAD

Kawad Tangan

Bil.

1. Sedia , senang diri dan rehatkan diri.

2. Baris dalam tiga barisan dan lurus.

3. Buka / tutup barisan, nombor dan terangkan.

4. Berpusing ,berpusing separuh bersurai dan keluar.

5. Paras, hormat dalam berhenti.

6. Berjalan, berhenti dalam cepat masa.

7. Berjalan, berhenti dalam perlahan masa.

8. Panjang, pendek langkah, langkah kehadapan dan kebelakang.

9. Langkah merusuk dan belok.

10. Berpusing, berpusing separuh dalam perlahan masa.

11. Berpusing, berpusing separuh dalam cepat masa.

12. Hentak kaki, maju, berhenti dalam perlahan masa.

13. Hentak kaki, maju, berhenti dalam cepat masa.

14. Tukar langkah dalam perlahan masa dan cepat masa.

15. Tukar langkah cepat, perlahan dan berlari.

16. Buka / tutup barisan masa berjalan.

17. Tukar haluan dalam berhenti dan berjalan.

18. Berjalan dalam barisan dan belok

19. Jadikan dua barisan dari tiga barisan.

20. Skuad menghadap rusuk bertiga-tiga jalan dalam satu barisan.

21. Hormat dalam berhenti dan masa berjalan.

22 TERHAD
TERHAD

22. Hormat tanpa topi, hormat masa pakaian pereman, pandang kiri/kanan.

23. Hormat selaku terima gaji.

Kawad Senjata

Bil Perkara

1. Sedia, senang diri dan rehatkan diri.

2. Rusuk dari turun, turun dari rusuk.

3. Lurus dalam kedudukan rusuk dan kedudukan turun.

4. Hormat dari turun, turun dari hormat.

5. Hormat dari rusuk, rusuk dari hormat.

6. Baring senjata, angkat senjata.

7. Tatang dari turun, turun dari tatang.

8. Tatang dari rusuk, rusuk dari tatang.

9. Untuk diperiksa periksa senjata.

10. Lepas spring.

11. Julang dari turun, turun dari julang.

12. Julang dari rusuk, rusuk dari julang.

13. Bimbit dari turun/rusuk, rusuk/turun dari julang.

14. Kalih dari bimbit, bimbit dari kalih.

15. Sedia dari rusuk/ turun,turun rusuk dari sedia senjata.

16. Sedia senjata dari julang, julang dari sedia senjata.

17. Hormat dari senjata.

18. Mengulang semua pelajaran.

UNDANG-UNDANG PERATURAN POLIS


KANUN KESEKSAAN (PENAL CODE)

Bil Perkara

1. Darihal hak Pertahanan Persendirian. Sek. 96-106.

23 TERHAD
TERHAD

2. Darihal subahat dan pakat jahat jenayah.


Sek. 107-109,110-16 dan 120A.

3. Darihal kesalahan-kesalahan mengenai Badan Manusia.


Sek. 319,324,340,359,360 dan 368.

4. Darihal kesalahan terhadap harta.


Sek. 279,382,390,392,410 dan 415.

5. Darihal Pencerobohan Jenayah / pecah rumah.


Sek. 441,442,445,454,503 dan 511.

KANUN ACARA JENAYAH (C.P.C)

1. Darihal memberi bantuan dan maklumat.


Sek. 11-14.

2. Darihal menangkap
Sek. 15-23.

3. Darihal saman dan waran tangkap.


Sek. 34,38,47,54,57-65.

4. Tindakan polis Mencegah Kesalahan,


Sek. 103-106.

5. Maklumat dan Kuasa menyiasat.


Sek. 107-109.

UNDANG-UNDANG AM (GENERAL LAWS)

1. Akta Senjatapi No. 206/60.


Sek. 2,3,4,5-9 dan 32.

2. Ordinan kesalahan-kesalahan kecil 3/55


Sek. 4-9, 10-15,20A,21,22,24,27-29,30,31.

3. Akta Bahan Letupan No. 207/52 (semakan 1978).


Sek. 12,19,20,23 dan 25.

4. Ordinan Mencegah Jenayah (PCO) No. 13/59.


Sek. 2,18,&19.

5. Akta Mencegah Rasuah No. 57/61 (semakan 1971).


Sek. 3,6,9,10-12 dan 29.

6. Akta Keselamatn Dalam Negeri No. 82/60 (semakan 1972).


Sek. 1,57-62,64-65,72 dan 73.

24 TERHAD
TERHAD

PERINTAH TETAP KPN DAN AKTA POLIS

Bil Perkara

1. Tabik Hormat A. 109

2. Buku Peringatan Polis A.114

3. Eskot Polis A. 120.

4. Maklumat Pertama D...

5. Senjata-senjata dirampas C... dan C... keselamatan Senjata.

6. Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970.

7. Akta polis No.4/67(Tugas-tugas Am Polis).

LATIHAN SENJATA

Revolver.38

1. Mengenal, Keselamatan, membawa dan mencuci.

2. Isi, separuh cekah, peluru terlepas dari pusingan.

3. Cekah, separuh cekah, peluru terlepas dari pusingan.

4. Kedudukan-kedudukan dan menenang.

5. Latihan menembak.

6. Tembak akhir.

Revolver/ Auto-Pistol.32

1. Mengenal, Keselamatan, Buka pasang dan cara membawa.

2. Isi dan keluarkan peluru.

3. Cara-cara menenang dan kedudukan.

4. Latihan Menembak.

5. Mengulangi pelajaran.

6. Tembak Akhir.

Shot Gun/ Senapang Patah

25 TERHAD
TERHAD

1. Mengenal, Keselamatan, cara-cara membawa dan cuci mencuci.

2. Isi dan keluarkan peluru.

3. Latihan cara menembak dalam kedudukan menenang dan kepit.

4. Tembak akhir

MEMPERTAHANKAN DIRI/ SSP

Bil Perkara

1. Kilas tangan dari hadapan/ belakang dan tangan melintang.

2. Kilas pergelangan tangan.

3. Pistol/ Revolver dari hadapan/ belakang.

4. Pisau dari hadapan dan dari belakang.

5. Pisau dari atas/ rusuk.

6. Melepaskan pelukan.

7. Melepaskan tendangan dan pegangan.

8. Mengelakkan tangan keluar dan menetak.

26 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘9’
PTKPN BHG. A 501

PENEMPATAN POLIS BANTUAN


(PEGAWAI KANAN)

Para 16.1 PTKPN A 501

1. Pangkat/ Nombor/ Nama :

2. Nombor Kad Pengenalan :

3. Agensi Polis Bantuan :

4. 4.1 Kontinjen Asal :

4.2 Kontinjen Baru :

5. 5.1 Alamat Tempat Tugas Asal :

5.2 Alamat Tempat Tugas Baru :

6. Alasan Pertukaran :

7. Tarikh Berkuatkuasa :

8. Sokongan/ Ulasan Majikan :

Disokong/ Tidak Disokong Diluluskan/ Tidak Diluluskan

…………………………………… ……………………………………
(Tandatangan/ Cop Majikan) Tandatangan/ Cop Jabatan
(KETUA POLIS NEGARA)

27 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN ‘9’A
PTKPN BHG. A 501

PENEMPATAN POLIS BANTUAN


(ANGGOTA PANGKAT RENDAH)

Para 16.1 PTKPN A 501

1. Pangkat / Nombor / Nama :

2. Nombor Kad Pengenalan :

3. Agensi Polis Bantuan :

4. 4.1 Kontinjen Asal :

4.2 Kontinjen Baru :

5. 5.1 Alamat Tempat Tugas Asal :

5.2 Alamat Tempat Tugas Baru :

6. Alasan Pertukaran :

7. Tarikh Berkuatkuasa :

8. Sokongan/ Ulasan Majikan :

Disokong/ Tidak Disokong Diluluskan/ Tidak Diluluskan

…………………………………… ……………………………………
(Tandatangan/ Cop Majikan) Tandatangan/ Cop Jabatan
(PJP/ KP Berkaitan)

TERJEMAHAN DAN SEMAKAN PTKPN INI


BERKUATKUASA MULAI 2hb JULAI 2003.

28 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai