Anda di halaman 1dari 4

APA ITU SRS

Pendahuluan
Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam
sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang
dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu
Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di
dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala rondaan pula dilaksanakan oleh
peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang
telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga
keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis
dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa
sekarang.Dengan adanya Skim Rondaan Sukarela ini, sebahagian besarnya telahpun
berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
Objektif SRS
1. Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
2. Membantu menguatkuasakan undang-undang;
3. Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
4. Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
5. Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
1.
Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di
dalam Kawasan Rukun Tetangga.
2.
Berumur 18 tahun ke atas.
3.

Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan


Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.

S: Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah Skim Rondaan Sukarela (SRS)
diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan tepat, maka, kelulusan
boleh diperolehi dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu
pejabat.
S: Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim
Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.

S: Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi
cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam
untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan
pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan
bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota
perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing.
Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh
yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing
untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
S: Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan
tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan
baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan.
Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.
S: Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas
rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988]
menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam
kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel
dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan
Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.
S: Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen
arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu
menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh
dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang
ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap
ke balai polis yang berhampiran sekali.
S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran
kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
1.
Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
2.
Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
3.

Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00

4.

Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)

5.

Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00

CARA MENJALANKAN RONDAAN


1.
2.

Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan
di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang
selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.

3.

Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh
mengganggu ketenteraman orang ramai.

4.

Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan


semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.

TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDA


1.
2.

Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.


Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan
yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.

3.

Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.

4.

Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa


rondaan.Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai
rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa
Skim.

5.

Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Skim.

6.

Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan
mengikut syif yang telah ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN


1.
2.

Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga,
Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.
Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang
ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.

3.

Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan
Skim Rondaan Sukarela.

4.

Sentiasa memakai uniform yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang
Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.

5.

Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:

Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan

Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada
masa bertugas;

Tidur atau berjudi;

Tidak memberi maklumat palsu;

Tidak hadir bertugas tanpa sebab;

Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;

Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan


terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan

Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh
memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.

KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN


1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam
kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat matamata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang
pegawai polis berpangkat mata-mata.
2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas
meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa
atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau
bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.

Anda mungkin juga menyukai