Anda di halaman 1dari 4

MPU3312 Bahasa Melayu

Semester 1 2018/2019
Tugasan:
Pengucapan Awam
Tarikh:
7 Disember 2018
Tajuk:
3.Amalan Gaya Hidup Sihat
Kumpulan Kuliah:
Kumpulan 33
NAMA NOMBOR MATRIK
Valarie Tamoh Anak Narok 65251

Pensyarah:
Puan Nur’Ain Binti Nasir

Gaya Hidup Sihat.


Selamat petang dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia, Yang Berbahagia, Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia, Encik Abdul Rahman Abdul Kadir, Pegawai Dietetik Universiti
Kebangsaan Malaysia, dan hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Hadirin sekalian,

Adakah para hadirin tahu apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?
Gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai satu amalan kesihatan ke arah perubahan
hidup yang memberi impak positif kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.
Saya percaya bahawa semua orang inginkan hidup yang sihat. Akan tetapi,
masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa dengan kerjaya mereka sehingga
mereka tidak ada masa untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Tanpa disedari, kerjaya
yang mereka kejari tersebut tidak mampu untuk menolong mereka apabila mereka
diserang penyakit. Ianya amatlah penting untuk kita membahagikan masa kita untuk
kerjaya kita dan juga kesihatan kita. Maka, berdiri nya saya di sini adalah untuk
menerangkan beberapa amalan yang boleh dipratikkan untuk kehidupan yang lebih
sihat.

Aktiviti senaman adalah antara aktiviti yang boleh diamalkan untuk kehidupan
yang lebih sihat. Hal ini kerana, sebahagian besar organ dalaman bergerak aktif
semasa bersenam. Dengan ini, ia dapat membantu proses peredaran darah dan juga
pengeluar peluh dari tubuh badan disebabkan oleh pergerakkan aktif. Antara aktiviti
sukan yang dapat dilakukan ialah berjoging, bermain badminton, bermain bola,
menunggang basikal, dan juga berenang. Aktiviti senaman bukan sahaja dapat
menyihatkan tubuh badan, malah ia juga dapat menjamin daya pemikiran yang sihat
kerana kecerdasan otak datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Jika kita
mengamalkan aktiviti senaman ini, tidak mustahil untuk kita meningkatkan tahap
kesihatan kita. Maka, amatlah penting untuk kita bersama-sama memupuk semangat
bersukan dalam diri kita semua.
Hadirin yang saya hormati,

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah gaya pemakan yang sihat. Gaya
pemakanan yang sihat juga memainkan peranan penting kerana zat-zat yang
terkandung di dalam setiap hidangan kita akan diserap oleh tubuh badan kita.
Makanan yang mengandungi zat-zat yang mencukupi dapat membantu kita untuk
mencegah diri daripada serangan penyakit. Amalan pemakanan yang tidak sihat hanya
akan mendedahkan diri kita kepada serangan penyakit seperti Diabetes, tanggi tahap
kolestrol yang tinggi dan juga serangan jantung. Pihak Kementerian Kesihatan telah
mengesyorkan kuantiti hidangan yang seimbang adalah mengikut piramid makanan di
mana makanan yang berada di puncak teratas haruslah diambil secara minima dan
kuantiti hidangan ini meningkat semasa menuruni piramid makanan. Jelaslah bahawa
pemakanan yang sihat dapat membantu untuk mencegah diri daripada diserang
penyakit kerana mencegah penyakit adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Seterusnya, saya ingin menekan tentang bahayanya rokok dan juga dadah.
Walaupun ramai yang tahu tentang tabiat yang tidak sihat ini, masih ramai juga yang
mempratikkannya. Akan tetapi, untuk menjamin kehidupan yang sihat, tabiat-tabiat
ini haruslah dielakkan kerana ianya hanya akan mengundang keburukkan kepada
tubuh badan kita. Tabiat merokok hanya akan mendedahkan perokok kepada pelbagai
penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, dan juga katarak manakala
penyalahgunaan dadah pula akan merosakkan saraf otak yang akan menganggu
kecerdasan otak. Jelaslah bahawa merokok dan juga dadah banyak keburukkannya.
Oleh itu, kesedaran orang ramai akan keburukkanya amatlah dipinta agar nilai
perokok dan juga penaguh dadah tidak terus meningkat.

Hadirin yang budiman,

Di sini, ingin saya simpulkan bahawa orang ramai perlulah sedar akan
kepentingan gaya hidup sihat. Hal ini kerana, pengamalan gaya hidup sihat dapat
membantu untuk mendisiplinkan diri. Saya berharap agar amalan gaya hidup sihat ini
akan dipratikkan di negara Malaysia ini. Dengan ini, saya akhiri ucapan saya pada
hari ini dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai