Anda di halaman 1dari 7

1.

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP SERTA KESELAMATAN

11.1 Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara
menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG
11.2 Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim,kenal mengenal dan
hormat menghormati antara satu sama lain.
11.3 Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, menjaga keselamatan diri,berdisiplin
dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan.
11.4 Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak
perkhemahan apabila masuk waktu solat.
11.5 Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program
atau aktiviti yang dilaksanakan.
11.6 Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disedia.
(Dilarang merosak / memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)
11.7 Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
11.8 Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab
menjaga kebersihan kawasan.
11.9 Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa
mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
11.10 Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki
dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.
11.11 Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan
tuntutan agama) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan
atau mana mana kawasan rasmi perkhemahan.
11.12 Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti
perkhemahan.
11.13 Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
11.14 Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah
malam.

11.15 Peserta dilarang memancing, berburu,menangkap dan membunuh fauna atau


merosakkan habitat.
11.16 Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti
perkhemahan.
11.17 Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi atau dengan kebenaran
11.18 Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan dan penjagaan diri,peralatan
dan harta persendirian.
11.19 Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
11.20 Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran
dan pengawasan jurulatih/fasilitator.
11.21 Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

1
11.22 Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan
sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
11.23 Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
11.24 Semua peserta hendaklah memakai Pas Pengenalan ( Jika dibekal) pada setiap
masa berada dikawasan perkhemahan.
11.25 Peserta tidak dibenarkan memasak di kawasan perkhemahan kecuali ditempat
disediakan.
11.26 Peserta dilarang bermain-main dengan senjata tajam, pisau atau parang.
Peralatan tersebut hendaklah disimpan ditempat yang selamat selepas
digunakan.
11.27 Semasa aktiviti , peserta hendaklah mendengar dan melihat dengan baik setiap
arahan dan tunjuk ajar dari jurulatih/fasilitator/tutor.
11.28 Apabila melihat sesuatu kesilapan semasa aktiviti, ia hendaklah dijadikan sebagai
satu pengajaran.
11.29 Jika berlaku sebarang kemalangan segera beritahu jurulatih/pensyarah/tutor/
Kem Komanden/Penolong Kem Komanden
11.30 Guru Pelatih tidak dibenarkan berenang di dalam kolah mandi / tasik/sungai
tanpa kebenaran atau kawalan.Jika guru pelatih engkar sebarang kemalangan
adalah tanggungjawab sendiri.
11.31 Peserta lelaki TIDAK DIBENARKAN berada didalam kawasan perkhemahan atau
dalam khemah peserta perempuan atau sebaliknya.
11.32 Arahan keselamatan akan diberitahu dari semasa ke semasa..

2
ARAHAN AM
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN

PESERTA/GURU PELATIH

1. Peserta/Guru Pelatih tidak dibenarkan mandi atau menjalankan aktiviti di sungai/kolam


tanpa kebenaran
2. Peserta/Guru Pelatih lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan perkhemahan guru
pelatih perempuan dan sebaliknya.
3. Tidak dibenarkan keluar dari khemah dalam keadaan yang tidak sopan contoh
berkemban.
4. Tidak dibenarkan memasak atau menyala api di kawasan khemah.
5. Tidak boleh membawa makanan ke dalam khemah.
6. Tidak menggantung pakaian di sekitar kawasan perkhemahan kecuali di ampaian
7. Jangan membuang sampah atau apa saja barang lain ke dalam sungai/kolam/longkang
atau lain lain tempat kecuali di tempat pembuangan sampah yang ditetapkan.
8. Peserta/Guru Pelatih perempuan hendaklah menjaga kebersihan bilik air dan
membuang barang tertentu ke dalam tong sampah atau tempat khas yang disediakan
9. Menjaga tingkah laku dan adab sopan ketika berada di kawasan perkhemahan terutama
ketika berada di dalam kawasan hutan atau tempat sunyi bagi mengelak berlaku perkara
yang tidak diingini
10. Pergerakan guru pelatih hanya sehingga JAM 23.59 melainkan dengan kebenaran dan
tanggungjawab Kem Komandan/Penolong Kem Komandan/Pensyarah Penasihat.
11. Patuhi waktu sembahyang dan setiap solat hendaklah dilakukan secara berjemaah.
12. Peserta/Guru pelatih perempuan yang uzur tidak dibenarkan berada dalam khemah
sewaktu sembahyang berjemaah diadakan, sebaliknya duduk di belakang jemaah lain .
13. Dilarang memotong, menebang, memetik atau mencabut mana-mana tumbuhan di
kawasan aktiviti dijalankan mahu pun di tapak perkhemahan.

BARANG BARANG TERLARANG DI TAPAK PERKHEMAHAN


1. Handphone
2. Rokok, gam, ganja atau sebarang jenis dadah
3. Alatan muzik
4. Radio/Walkman/CD Player
5. Barang kemas atau berharga
6. Sebarang senjata atau peralatan tajam
7. Segala barang yang boleh menimbulkan masalah/mengganggu program perkhemahan.

3
ARAHAN KESELAMATAN AKTIVITI KEMBARA.

SEBELUM KEMBARA….

1. Pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan aktiviti kembara/jalan lasak seperti seluar
trek, T-Shirt, kasut sukan/kasut air dan sebagainya.
2. Pastikan anda tidak membawa barang berharga atau barang yang tidak sesuai untuk
aktiviti kembara.
3. Pastikan kesihatan anda berada pada tahap baik / 100%.Jika ada yang sakit atau cedera
sila maklumkan kepada jurulatih / pensyarah penasihat
4. Guru pelatih hendaklah mendengar taklimat dari jurulatih/pensyarah nasihat
5. Pastikan anda membawa barang yang sesuai semasa aktiviti kembara seperti air, sedikit
makanan, peralatan ubatan, parang,tali dan sebagainya.
6. Pensyarah penasihat/jurulatih akan memberi tugasan dalam aktiviti kembara (jika ada)

SEMASA KEMBARA…

7. Guru pelatih hendaklah berjalan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.


8. Guru pelatih dinasihatkan supaya jangan berpisah/berpecah dari kumpulan.
9. Pastikan rakan dalam kumpulan mencukupi sebelum beredar selepas berehat
10. Guru pelatih hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama
11. Guru pelatih dilarang bergurau/mengganggu/atau melakukan apa-apa perbuatan yang
boleh menimbulkan kekecohan
12. Guru pelatih hendaklah memberi tumpuan semasa dalam aktiviti kembara
13. Guru pelatih hendaklah member bantuan kepada rakan yang mengalami
kesulitan/kecederaan dan sebagainya
14. Guru pelatih dikehendakki mematuhi arahan dari ketua kumpulan/jurulatih/pensyarah
penasihat
SELEPAS KEMBARA…

15. Ketua kumpulan hendaklah memastikan bilangan ahli mencukupi setelah tamat aktiviti
kembara
16. Guru pelatih hendaklah memberi maklum balas/refleksi tentang kembara
17. Menyiapkan laporan aktiviti sepanjang perkhemahan.
18. Menyatakan kelemahan dan kelebihan sepanjang aktiviti
19. Menyatakan beberapa perkara yang perlu di perbaiki

ETIKA RIMBA / HUTAN/ PANTANG LARANG KETIKA DALAM HUTAN

- Sesuatu jajahan yang berkecuali yang penuh misteri dengan isian khazanah flora dan fauna
Serta berpenghuni makhluk yang ketara dan tidak ketara.
- Rimba boleh di ziarahi dan jelajah tetapi tidak boleh ditawan.

4
- Kita harus menghormati undang-undang belantara (Jungle Rule)
- Berikut adalah petua petua Etika Rimba ‘BUAT’ dan ‘ELAK BUAT’

A. Amalkan ( Do’S)

1. Sebelum memasuki Rimba, niat mestilah tulus untuk menziarahi dan menghayati keindahan
alam ciptaan Tuhan
2. Beri salam dan jangan ubah akidah kepada Allah SWT.
3. Hindarkan perasaan ketakutan dengan menghayati suasana persekitaran
4. Hormat menghormati kehidupan di Rimba dengan mengakui kewujudan penghuni Rimba
5. Amalkan untuk berhenti sejenak ( 10 - 15 minit) waktu Rembang Matahari. Waktu ini semua
penghuni Rimba sering berhenti sejenak.
6. Hentikan perjalanan bila secara tiba-tiba terbayang wajah yang dikasihi atau binatang
menjalar melintas. Ianya adalah tanda bahaya dihadapan. Rehat seketika sebelum
meneruskan perjalanan
7. Sentiasa amalkan ‘menoleh ke kiri/kanan dan belakang untuk mengecam persekitaran yang
pasti berguna waktu kecemasan serta menentukan jarak rakan dibelakang.
8. Botol air mestilah sentiasa berisi penuh, kerana kemungkinan sumber air sukar di jumpai.
Dalam Rimba kita boleh hidup 2 minggu dengan hanya meminum air.
9. Sediakan bersama bekalan garam, lada hitam, kulit bawang merah dan cili kering.Ia boleh
digunakan waktu kecemasan gangguan dengan membakar. (jangan bakar kemenyan)
10. Sentiasa kuatkan semangat /azam untuk terus hidup semasa dalam rimba dengan melawan
keletihan mental dan fizikal.

B. Elakkan Buat ( DON’T’s)

1. Jangan menyebut nama-nama binatang, gunakan gantinama seperti mayban, orang kuat,
express sinaran dan lain lain. Jangan tegur kejadian yang ganjil atau aneh.
2. Elak dari memasang khemah/tidur melintang atas denai (track) kerana ianya adalah laluan
penghuni/gembala.
3. Hindarkan mandi sungai waktu senja dan bermain-main pinggiran air terjun besar /kecil.
4. Jangan bersiul-siul, main seruling atau menjerit atau melaung kerana perbuatan tersebut
menarik perhatian penghuni.
5. Jangan melaung / memanggil nama sahabat dan dilarang bercakap besar.
6. Jangan kencing merata-rata tempat.Gunakan tempat yang khusus/setempat.Adab buang air
kecil
a. Jangan dibuang tempat semak samun,lubang pokok atau tanah , pokok besar,gua atau
Busut
b. Beri salam sebelum buang air
c. Jangan pancut arah banir pokok besar sebaliknya pancut arah bertentangan.

5
7. Elakkan dari memasang lilin berhampiran telor (yang dibawah) kerana seperti menyeru
penghuni.
8. Jangan menyendirikan diri dari teman-teman
9. Jangan memandang busut tanah, gulung rotan atau mengambil benda ganjil.
10. Jangan menjawab panggilan nama dari suara yang tidak dicam atau kenali puncanya.
11. Elakkan dari memasukki rimba waktu hujan panas.Tunggu sehingga hujan reda.
12. Berburu binatang jangan berpecah.

C. Perhatian Di Rimba

1. Matikan diri (freeze ) dan jangan bersuara / menjerit jika bertembung/terserempak binatang
buas. Perhatikan undur ke belakang selangkah demi selangkah
2. Berhenti serta merta jika ternampak tikus/biawak melintas laju dihadapan kerana ………………
3. Berwaspada ketika cuba memanjat melintas halangan balak tumbang.
4. Awas jika terdengar seperti ayam berkokok dalam hutan kawasan berbatu atau rimbunan
terutama bulan April.
5. Beri perhatian waktu melintas kawasan pohon buluh kiri kanan yang menyerupai pintu
gerbang.
6. Awas jika terhidu bauan yang wangi, harum bunga,hamis kambing.Jangan sekali-kali
menegur atau menyapa.Baca ayat suci.
7. Wanita yang bertuala pastikan ditanam (elok bersih dahulu) elak dari buang merata-rata
8. Tidur malam elok mengiring dari terlentang. Awas jika dengar bunyi angin memusing
setempat.Basuh kaki sebelum tidur.Kejutkan teman dengan mencuit hujung kaki.
9. Aktiviti Rimba bermula Kala Senja sehingga dinihari dan berakhir waktu Fajar Sidiq.
10. Tindakan sesat :
a. Jangan maju kehadapan, berhenti dan rehat
b. Cuba balik ke pangkal jalan
c. Jangan ikut naluri arah
d. Kuatkan azam untuk hidup dan hapuskan ketakutan
e. Cuba bergerak ke tempat tinggi.

Kesimpulan :

Berasaskan Etika Rimba dengan menghormati penghuni RIMBA dan NIAT yang tulus dan baik
untuk jelajah RIMBA kita akan sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa kerana mensyukuri dan
menghayati keindahan alam Ciptaan Allah.Kekuatan mental dan fizikal amat perlu untuk
memupuk keyakinan diri agar mampu mengatasi keletihan dan ketakutan. Bersedia untuk
‘menduga tanpa diduga’.

DOA MASUK HUTAN :

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..”TIDAK AKAN ROSAK DAN MUSNAH DIRIKU DIATAS


SEBARANG PERBUATAN MAKHLUK ANDAIKAN DIIZIN ALLAH TAALA ”

6
7

Anda mungkin juga menyukai