Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN TETAP PERKHEMAHAN BIG

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara
menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.
2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan
hormat menghormati antara satu sama lain.
3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah
laku yang terpuji sepanjang perkhemahan.
4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak
perkhemahan apabila masuk waktu solat.
5. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan hadir menepati masa dalam setiap
program/aktiviti yang dilaksanakan.
6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang
disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa
kebenaran).
7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
Peseta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab
menjaga kebersihan Kawasan.
8. Peserta menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiaa mengamalkan sikap
mesra alam sekitar.
9. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasa perkhemahan perempuan dan juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
10. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki
dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.
11. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan
tuntutan agama) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan
atau mana-mana Kawasan rasmi perkhemahan.
12. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti
perkhemahan.
13. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
14. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah
malam.
15. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau
merosakkan habitatnya.
16. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti
perkhemahan.
17. Peserta dilarang keluar dari Kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi atau dengan kebenaran.
18. Peserta bertanggungjawan terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta
persendirian.
19. Peserta dilarang membakar dalam Kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
20. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan
pengawasan jurulatih/fasilitator.
21. Komunikasi dengan pihak luar adalah DILARANG kecuali dengan pihak
pengurusan tapak perkhemahan.
22, Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
23. Peserta mestilah mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan
sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. Selepas diadili dan peserta didapati
bersalah maka peserta boleh dipertimbangkan samada LULUS/GAGAL.
25. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan, pengawal/jurulatih yang bertugas sila
ambil tindakan dengan serta merta dan dimaklumkan kepada Ketua
Jurulatih/Penolong Ketua Jurulatih/Jurulatih.
26. Jika ada sebarang masalah sila hubungi Ketua Jurulatih/Penolong Ketua
Jurulatih/Jurulatih yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai