Anda di halaman 1dari 1

JAMBOREE & CUBOREE DAERAH KOTA SETAR 2017

Peraturan Kem
Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian, menjadi peringatan dan difahami oleh semua peserta
sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.

1. Semua peserta yang menghadiri / menyertai aktiviti program ini mestilah telah berdaftar keahlian, telah
memperolehi kebenaran ibubapa / penjaga dan pemimpin.
2. Semua peserta mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua Perkhemahan.
3. Semua peserta mesti menyertai semua aktiviti yang dijalankan.
4. Semua peserta mesti berunifom pengakap yang lengkap semasa aktiviti dijalankan.
5. Semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem tanpa kebenaran Ketua Perkhemahan /
Pegawai yang bertugas.
6. Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di tapak aktiviti 5 minit lebih awal.
7. Semua peserta beragama Islam wajib menunaikan tanggungjawab keagamaan masing-masing.
8. Semua barangan peribadi yang berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kesorakan / kehilangan barangan / peraratan atau perkakasan milik
anda.
9. Kebersihan tempat penginapan anda adalah menjadi tanggungjawab anda dan kumpulan untuk
membersihkannya pada setiap masa.
10. Peserta lelaki dilarang berada didalam kawasan peserta perempuan dan sebaliknya.
11. Para peserta kem mesti menjaga tingkahlaku, budi pekerti dan berbudi bahasa sesama peserta dan pegawai
kem.
12. Tingkahlaku “Vandalism” – iaitu merosakkan narta benda dan kemudahan awam adalah dilarang.
13. Setiap peserta dinasihatkan supaya tidak berlari dalam kawasan penempatan khemah.
14. Setiap peserta mesti berjalan dalam barisan yang teratur apabila menuju ke mana-mana lokasi yang
diarahkan.
15. Peserta yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kemalangan mestilah melaporkan segera
kepada mana-mana pegawai kem.
16. Peserta yang bermasalah disiplin boleh dikenakan dendaan termasuk digagalkan dan dihantar pulang.
17. Jangan bergurau secara berbahaya dengan rakan-rakan.
18. Setiap peserta dilarang membasuh pinggan atau membuang sisa makanan ke dalam sungai sebaliknya
menggunakan tempat basuhan yang telah disediakan.
19. Jangan membuang sebarang kertas / kain / baju / seluar / tuala wanita ke dalam lubang tandas.
20. Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana pegawai kem.

Saya mengakui telah membaca dan memahami semua isi kandungan peraturan ini dan berjanji akan mematuhinya.

Nama : …………………………………………………………………………

Sekolah : ……………………………………………………………………..

Tingkatan : ……………………

……………………………………………………….
Tandatangan Peserta

Anda mungkin juga menyukai