Anda di halaman 1dari 4

KEM PENGAWAS

SESI PETANG 2015


KEM KOMANDAN: SIA KEE KUI

BIDANG TUGAS KEM KOMANDAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan maklumat


serta perkara yang berkaitan dengan program.
Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara
keseluruhannya.
Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta aktiviti yang
akan dijalankan.
Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa bila
difikirkan perlu.
Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan perancangan
yang telah ditetapkan.
Menekankan kepentingan dan ketepatan masa.
Memastikan setiap peserta sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
Mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap peserta yang
melanggar peraturan.
Memberi taklimat berkaitan keselamatan tempat dan peserta disepanjang
program.
Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan di sepanjang program.
Menentukan jadual tugas kawalan keselamatan pada waktu malam.
Menyediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh, belerang dan
sebagainya.
Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya
selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

PERATURAN DAN ARAHAN UMUM

5K
1.
2.
3.
4.
5.

1.

KAWAL DIRI (BERDISIPLIN)


KETEPATAN MASA
KESELAMATAN
KERJASAMA
KEBERSIHAN

KAWAL DIRI

1 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan


selengkapnya kecuali mendapat kebenaran dari guru bertugas
2 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masingmasing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran
ataupun arahan dari fasilitator.
3 Peserta hendaklah sentiasa berbaris semasa mengambil makanan dan
pergi ke tempat aktiviti.
4 Peserta hendaklah sentiasa menumpu perhatian semasa taklimat atau
LDK berlangsung.
5 Peserta perlu mendapatkan kebenaran sebelum pergi ke tandas dan
sebagainya.
6 Sentiasa membawa amanah dan menjaga amanah dengan baik.
Pemeriksaan akan dilakukan secara tiba-tiba.
7 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

2. KETEPATAN MASA
1.
2.
3.

Peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa


aktiviti yang telah ditetapkan
Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda.
Setiap peserta perlu tidur/rehat pada masa yang ditetapkan. Diarang
bersembang dan bermain lampu suluh.

3. KESELAMATAN
1 Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang barang/peralatan yang merbahaya
di dalam kem.
2 LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN
SEGERA.
3 Sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti.
4 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang.
5 Peserta dilarang keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran.
6 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem.
7 Peserta dilarang bermain-main semasa menjalankan aktiviti.

4. KERJASAMA
1. Ahli kumpulan hendaklah sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu
dalam semua aktiviti.
2. Sekiranya seorang peserta yang melanggar peraturan, seluruh
kumpulannya akan dihukum.
3. Setiap ahli hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kumpulan.

5. KEBERSIHAN
1. Kawasan luar/ dalam tempat aktiviti dan tempat penginapan mestilah
sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
2. Pemeriksaan kebersihan akan dilakukan dari masa ke semasa.
3. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
4. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di
kawasan aktiviti atau sekitarnya
5. Tempat aktiviti hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
6. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah
untuk kegunaan ramai dan bersama
PAKAIAN / NAME TAG:
Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan
sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
1. Semasa Pertandingan
2. Semasa Aktiviti LDK

3. Semasa Sukan dan Riadah


4. Semasa Aktiviti Kerohanian
5. Semasa Majlis Perasmian Penutup

Anda mungkin juga menyukai