Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti
yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Panggilan peserta kepada semua jurulatih/petugas aktiviti adalah : “TUAN”


2. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh di sepanjang aktiviiti BIG.
3. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.
4. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan .
5. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.
6. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.
7. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.
(Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)
8. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
9. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.
10. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
11. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
12. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah
ditegah.
13. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama) dan dilarang memakai selipar atau kain
pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.
14. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.
15. Segala bentuk perjudian dan minuman yang diharamkan dilarang sama sekali,
16. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan perkhemahan selepas jam 12.00 tengah malam kecuali yang bertugas semasa
kawalan malam.
17. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
18. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.
19. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
20. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.
21. Peserta dilarang membakar di dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
22. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.
23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan dari masa ke semasa.
25. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan..
PERINGATAN

 Semua petugas yang dilantik diminta berada di tapak perkhemahan dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan.
 Kem Komandan perlu memastikan kenderaan kecemasan disediakan dan berada 24 jam di kawasan perkhemahan.
 Penyelaras perlu memastikan pematuhan nisbah jurulatih terhadap peserta seperti berikut:
 Aktiviti air ( 1 jurulatih : 5 pelajar )
 Aktiviti darat ( 1 jurulatih :10 pelajar)
 Sila pastikan bot pengiring/penyelamat ada semasa menjalankan aktiviti air
 Penyelaras perlu memastikan :
 Sekurang kurang seorang jurulatih air yang mempunyai ”bronze medal” semasa aktiviti dijalankan
 Sekurang kurangnya seorang jurulatih tali yang mempunyai sijil ”High Rope Level 2” semasa aktiviti dijalankan

PROSEDUR KESELAMATAN BIG

SEBELUM AKTIVITI

 PENYELARAS

i. Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih dan semua ajk


ii. Taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar
iii. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan sesuai untuk aktiviti
iv. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan
v. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti polis,bomba & hospital terdekat
vi. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menajalankan tugas dan mencukupi
vii. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut
viii. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama
ix. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum aktiviti BIG
x. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
xi. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan
SEMASA AKTIVITI
 KOMANDAN KEM
i. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan
ii. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan letrik
iii. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti
iv. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar
v. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan
vi. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan
vii. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan
viii. Memantau dan memastikan perjalanan aktiviti dan pengurusan kem berjalan lancar.

 JURULATIH AKTIVITI

i. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti.


ii. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat
iii. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan
iv. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan
v. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan
vi. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat
vii. Memberi penerangan tentang keselamatan diri
viii. Mengenalpasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti
ix. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti
x. Menjalankan aktiviti mengikut SOP

SELEPAS AKTIVITI

i. Menerima Laporan ketua jurulatih


ii. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan
iii. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan
iv. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan
v. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1 hari selepas perkhemahan
vi. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik
vii. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG cth polis, polis marin, Jabatan Hutan dan
lain-lain lagi

Anda mungkin juga menyukai