Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN RINGKAS UNIT

Unit : Keselamatan
Program : Program Pendidikan Luar Taman Laut Pulau Perhentian 2015
Laporan
i.

Sebelum
Sebelum program ini bermula,saya dan rakan selaku ajk keselamatan membuat

perbincangan bersama pensyarah yang ditugaskan untuk mengetahui keseluruhan


perjalanan program ini. Dalam perbincangan ini saya dan rakan diberikan beberapa
tugas yang perlu diselesaikan seperti membuat jadual jaga malam untuk menjaga
sekitar kawasan tapak perkemahan sepanjang program bermula pukul 12 malam
sehingga pukul 5 pagi.Selain itu,kami juga ditugaskan untuk memastikan peralatan
yang berkaitan keselamatan dibawa seperti peti pertolongan cemas dan jaket
keselamatan.Kami memaklumkan kepada ajk peralatan berkenaan peralatan yang
perlu kami pastikan dibawa semasa program ini dijalankan.Sebelum bertolak kami
membuat semakan semula peralatan yang telah ditugaskan untuk dibawa bersama.

ii.

Semasa
Semasa berkumpul di garaj bas, IPG Kampus Pendidikan Islam, ajk keselamatan

telah mengira bilangan yang hadir berdasarkan senarai nama yang telah
disediakan. Sebelum bertolak, taklimat tentang keselamatan telah disampaikan
oleh pensyarah pembimbing untuk memudahkan proses perjalanan program ini.
Sepanjang perjalanan, ajk keselamatan sentiasa memainkan peranan dengan
memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi, iaitu seramai 30 orang.
Disamping

itu

juga,

ajk

keselematan

sentiasa

memastikan

para

peserta

menggunakan jaket keselamatan apabila naik ke feri.


Untuk memudahkan tugas, ajk keselamtan telah menyediakan satu first aid
untuk peserta lelaki dan satu first aid lagi untuk peserta perempuan.

Sebelum menjalani aktiviti kayak dan jungle trekking, ajk keselamatan


mengedarkan sarung tangan kepada setiap peserta untuk mengelakkan sebarang
kecederaan akibat melecet.

iii.

Selepas
Setelah selesai program ini,kami membuat semakan terakhir peralatan yang

ditugaskan kepada kami agar tiada peralatan yang tertinggal dan sebelum bertolak
kami memastikan semua peserta berada dalam keadaan yang sihat kerana hendak
meneruskan perjalanan yang memakan masa agak lama.Kami juga memastikan
semua peserta memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot sebelum beransur
pulang ke jeti besut.

iv.

Kelemahan
Sepanjang program dijalankan tidak terdapat banyak masalah yang berlaku

tetapi berlaku sedikit perubahan dalam jadual berjaga malam kerana ada
sesetengah pelajar yang mabuk laut dan terpaksa ditukarkan dengan orang lain
menyebabkan jadual yang dibuat tidak teratur.

v.

Kelebihan
Keselamatan sepanjang program dijaga rapi oleh ajk keselamatan dan

dibantu oleh pensyarah yang sentiasa mengingatkan tentang keselamatan kerana


keselamatan merupakan perkara yang paling penting dalam melakukan sesuatu
program.

vi.

Lampiran / Gambar

Gambar 1: First Aid yang dibekalkan untuk peserta

Gambar 2: Menyediakan sarung tangan untuk kegunaan semasa melakukan


aktiviti

Anda mungkin juga menyukai