Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pada

Januari

dilaksanakan

untuk

2001,

Program

memenuhi

Bina

keperluan

Insan

Guru

Latihan

(BIG)

mula

Perguruan

Pra

perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada


unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam
proses pembinaan insan guru. Model Konseptual Pendidikan Guru elemen
elemen intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi diberi penekanan
dalam program ini.
Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG)
tidak akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru
Institut Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang
berteraskan pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan
Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, para
guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial.
Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan
untuk

menampilkan peribadi dan jati diri yang baik

di samping

meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian pengisian


positif, penerapan nilai- nilai murni serta pengalamannya juga perlu dalam
diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya
dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.
Program Ceramah Bina Insan Guru Fasa 4 Sesi 1 ini, dilaksanakan
dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan
fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan
cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya program ini,
diharapkan guru guru PISMP dapat membina semangat juang yang
tinggi

dan

sentiasa

bersedia

menyumbangkan

masa

dan

tenaga

sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Sehubungan


dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dengan domain
pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan
komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan,
khidmat

pendidikan

kepada

komuniti,

berakauntabiliti,

amanah,

kreativitidan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai cita cita murni


membentuk peribadi seorang insan yang dinamik seterusnya membantu
merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

PENUTUP

Segala pengisian dalam slot-slot yang diterangkan telah berjalan


dengan baik dan lancar. Melalui program ini dapat dirumuskan bahawa
program ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan yang terserlah.
Program ceramah ini telah banyak memberi manfaat kepada pelatih
guru dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Slot-slot yang disediakan amat berguna bagi semua pelatih guru agar
ianya dapat menjadi pengetahuan serta pengalaman dalam meneruskan
profesion keguruan kelak. Kesemua ceramah program BIG ini dapat
mempersiapkan para guru pelatih dari pelbagai aspek seperti fizikal,
mental dan juga rohani.
Daripada keseluruhan program BIG ini, pelbagai ilmu dan maklumat
berguna diperoleh dan pengetahuan turut bertambah. Ianya menjadi nilai
tambah yang tidak ternilai harganya kepada para guru pelatih. Walaupun
program tersebut dijalankan pada waktu yang singkat dan padat, namun
pengisian berdasarkan slot-slot yang ditetapkan telah dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya.
Program seumpama ini adalah menjadi teras yang penting dalam
penyediaan kendiri bagi seorang bakal guru pada masa akan datang. Di
samping menambahkan pelbagai ilmu dalam bidang pendidikan, ilmu
sahsiah juga dititikberatkan.
Konklusinya, selaku bakal pendidik, kita wajar untuk sentiasa
bersiap

sedia

memikul

amanah

yang

diberikan

dan

sentiasa

bertanggungjawab dengan setiap tugas serta bekerjasama demi kebaikan


bersama. Segala ilmu yang berguna dan baik haruslah disampaikan
secara berterusan agar manfaatnya dapat diperolehi oleh pelbagai pihak
secara bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai