Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Konkulsinya, hasil daripada pelaksanaan kajian etnik Bugis ini, ianya telah
banyak memberi manfaat serta kebaikan kepada diri saya walaupun terdapat
banyak halangan yang saya tempuh sepanjang membuat kajian. Rasional saya
memilih etnik Bugis ini kerana bagi pendapat saya etnik Bugis merupakan etnik
yang unik dari pelbagai aspek seperti adat resam, bahasa dan tulisan, makanan
dan sebagainya.
Sepanjang melaksanakan kajian ini, saya telah dapat mengetahui tentang
budaya etnik Bugis yang pelbagai bermula dari adat semasa menyambut
kelahiran, adat semasa perkahwinan, adat semasa kematian dan sebagainya.
Hasil kajian ini, barulah saya mengetahui tentang rentetan perkahwinan yang
diamalkan oleh etnik Bugis. Dari zaman dahulu sehinggalah ke hari ini. Rentetan
perkahwinan tersebut bermula dari upacara Mapuce-puce yang digelar sebagai
upacara merisik, kemudian adalah upacara Madduta Masuro iaitu upacara
meminang di mana pada masa itu akan berlakunya perbincangan tentang
hantaran, penetapan tarikh hantaran dan masa majlis akan dilangsungkan.
Setelah itu merupakan upacara Madduppa atau Mappaisseng di mana jemputan
perkahwinan akan disebarkan. Setelah selesai, upacara memberikan hantaran
daripada

pihak

lelaki

terhadap

pihak

perempuan

akan

dilangsungkan.

Rombongan untuk menghantar hantaran terdiri daripada teruna dan dara.


Kemudian diteruskan lagi dengan upacara Menre Alena di mana pengantin lelaki
akan ke upacara nikah. Adat resam perkahwinan etnik Bugis juga mengadakan
majlis keramaian yang digelar Agaukeng dan upacara Mapparola merupakan
rentetan terakhir dalam perkahwinan etnik Bugis ini. Mapparola merupakan
suatu adat di mana pengantin perempuan mengunjungi keluarga pihak
pengantin lelaki.
Sesungguhnya, perkara yang paling penting yang saya peroleh sepanjang
menyiapkan kajian ini, saya dapat membina hubungan sesama mereka. Bagi
pendapat saya, memupuk semangat persaudaraan sangatlah penting kerana
melalui hubungan persudaraan yang terjalin, kita akan dapat saling mengenali
serta memahami perbezaan yang dimiliki.
Namun, hasil kajian ini bukan sahaja mampu membina hubungan sesama
masyarakat etnik Bugi di Kampung Karamunting Sandakan, malahan saya juga

24 | H U B U N G A N E T N I K : B U G I S

dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara rakan sekelas


terutamanya terhadap rakan sekumpulan saya iaitu, Nazathul Ezmira Binti Bahri.
Sejujurnya, melalui tugasan ini,kami lebih mudah untuk berkolaborasi dalam
menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, daripada pelaksanaan pameran tugasan ini, ianya mampu
melatih diri saya agar berani untuk bercakap di khalayak orang ramai. Seperti
mana semasa pameran, kami dikehendaki untuk menerangkan serba sedikit
berkaitan hasil kajian kami tentang etnik Bugis. Maka, dengan adanya sudut
pameran itu, ia telah membina keyakinan diri saya untuk tampil di hadapan.
Kemahiran sedemikian sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap bakal guru
kerana seorang guru merupakan tempat rujukan oleh masyarakat. Maka, apa
yang akan terjadi sekiranya seorang guru tiada kemahiran dalam berkomunikasi
dengan masyarakat. Bagaimana untuk seorang guru menyampaikan suatu ilmu
yang dimilikinya.

24 | H U B U N G A N E T N I K : B U G I S

Anda mungkin juga menyukai