Anda di halaman 1dari 4

Laporan Lawatan Sambil Belajar Selama Dua Hari

Pada minggu lepas, kelas kami iaitu G 1.1 dari Institut Perguruan Ilmu Khas
telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan yang diadakan
pada hari Khamis, 3 Mac 2011 disertai oleh sebanyak 20 orang kelas kami,
seorang jurubahasa dan seorang guru pengiring.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mempelajari tentang intervensi awal di


samping mengenali kanak-kanak bekeperluan khas. Tambahan pula,
menimba ilmu pengetahuan tentang pendidikan khas dan membina semangat
menjadi guru pendidikan khas.

Sebelum bertolak, kami datang lewat kerana bangun lewat. Guru penasihat
kami, Puan Habsah mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan
nama baik insitut semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau,
barulah rombongan kami bertolak dari Institut Perguruan Ilmu Khas.

Kami tiba di The National Autism Society of Malaysia (NASOM), Melaka tepat
pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh penjaga, Puan Noraya.
Beliau memberi penerangan tentang sejarah pusat dan tujuan penubuhannya.
Kami juga diberi taklimat ringkas tentang kanak-kanak autisme, masalah dan
sejarah pusat itu.

Semasa berada di sana, kami berpeluang melihat kanak-kanak autisme dan


juga kelas-kelas austisme. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai
pembelajaran intervensi awal termasuk terapi yang menarik ala disko. Kami
juga diberi beberapa maklumat tentang sikap-sikap kanak-kanak autisme.

Selepas itu, kami dibawa berjumpa kanak-kanak autisme dan juga remaja
autisme. Kami perhatikan kelakuan kanak-kanak autisme tersebut diuruskan
dengan baik dengan kemahiran dan teknik-teknik yang sistematik, yang
diusahakan oleh pekerja-pekerja NASOM yang mahir dan cekap. Kami juga
dapat melihat kanak-kanak autisme mematuhi arahan pekerja NASOM
walaupun terlampau nakal.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-
gambar dengan pekerja dan juga kanak-kanak autisme. Kira-kira pukul 2.00
petang, kami berkumpul semula dan memberi cenderahati kepada NASOM.
Selepas itu, kami bertolak ke masjid yang tidak jauh dari NASOM, Melaka.
Pada masa itu, berlaku hujan lebat. Namun itu tidak mematahkan semangat
kami dalam lawatan apatah lagi sembahyang jamak zohor dan asar.
Kemudian, kami makan di restoran mamak yang berdekatan masjid.

Selepas perut kami kenyang untuk seketika, kami bertolak ke Kompleks


Rakan Muda Alor Gajah, Melaka pada pukul 3.30 petang. Semasa perjalanan
itu, kami tersilap jalan dan terpaksa patah balik semula. Nasib baik Wan Lin
mahir tentang selok belok jalan di Melaka. Tepat pukul 4.20 petang, kami
sampai di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Kami berehat di
asrama kompleks itu. Ketua rombongannya, Firdaus Bin Khairuddin
mengumumkan bas akan bertolak ke bandaraya Melaka pada pukul 5.30
petang. Pada masa itu, kami mengambil kesempatan untuk mandi dan
mengemaskan katil.

Tepat pukul 5.30 petang, kami bertolak ke Bandaraya Melaka. Kami sampai
di sana pada pukul 6.30 petang. Ketua rombongan, Firdaus menyarankan
kami berkumpul di Dataran Pahlawan, Melaka pada pukul 8.30 malam. Kami
juga disuruh agar berhati-hati semasa berjalan-jalan di bandar Melaka. Kami
menikmati pemandangan indah semasa jalan-jalan di Melaka. Namun, kami
tidak akan melupakan nasib kanak-kanak OKU. Sementara itu, kami
mengambil beberapa gambar di sana dan juga makan malam di Dataran
Pahlawan.

Pada pukul 8.30 petang, kami berkumpul dan menemui guru pengiring kami,
Doktor Aziz berdekatan Kota A’ Famosa. Tiba-tiba ada sesuatu tidak kena
antara Dr.Aziz dengan ketua rombongan, Firdaus Bin Khairudin. Rupanya
Dr.Aziz mempermainkan dia kerana hari itu hari jadinya ke-21. Kami sama-
sama menyambut hari jadi Firdaus, Anis, Basirah dan Syafiq. Mereka juga
mendapat hadiah hari jadi yang lawa. Tepat pukul 11.00 malam, kami
berangkat pulang ke Kompleks Rakan Muda.

Perjalanan ke tempat penginapan itu mengambil masa yang lama iaitu 2 jam
kerana jalannya terlalu gelap dan kurang kemudahan lampu jalan. Jadi,
pemandu bas berhati-hati memandu itu. Syukur, kami sudah sampai di sana
pada pukul 1.00 malam. Kami tidur di sana dan berehat sepenuhnya.

Pada keesokkan hari iaitu 4 Mac 2011, kami bangun pagi dan menunaikan
solat subuh pada pukul 6.00 pagi. Kemudian, berehat dan mandi pagi.
Selepas berhias, kami mengemaskan asrama dan katil masing-masing.
Kemudian itu, kami bersarapan pagi dan meletakkan beg di dalam bas kami.
Kami bersiap dan bertolak ke Pusat Intervensi Awal Sindrom Awal dan
Autisme tepat pukul 8.30 pagi. Sebelum itu, ketua rombongan, Firdaus Bin
Khairudin memberikan cenderahati kepada pihak Kompleks itu.

Pada pukul 10.30 pagi, kami sampai di sana dan berkumpul untuk mendengar
taklimat daripada guru pengiring kami dan ketua rombongan. Kami melawat
pusat itu dan mengenali intervensi awal untuk kanak-kanak bekeperluan
khas. Macam-macam kami mengenali kanak-kanak itu. Ia diakhiri dengan
persembahan kanak-kanak dan juga kami. Kami berasa amat seronok
bersama mereka kerana dapat berpeluang berseronok dengan mereka.
Selepas itu, kami membeli cenderahati yang lawa daripada pusat itu.

Kemudian, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah
hari. Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami berdepan dugaan
yang besar iaitu 3 kali enjin bas mati di tengah-tengah jalan yang sibuk dan
tayar kiri belakang yang pancit di lebuh raya sempadan melaka-seremban. Ia
telah melambatkan perjalanan kami selama tiga jam. Sepatutnya sampai
pada pukul lebih kurang 4 petang. Sebaliknya kami sampai dengan selamat di
Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras pada pukul 7.00 malam. Syukur, kami
semuanya selamat dan tiada masalah yang serius kecuali penat. Di samping
itu, kami berasa bangga dapat menjadi guru Pendidikan Khas dan berazam
mengajar murid bekeperluan khas dengan baik.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat pendidikan khas di
kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati
kami tentang betapa susahnya kehidupan orang kelainan upaya menghadapi
cabaran tanpa rungutan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini
dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan
pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh kelas kami,
namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak lawatan
seperti ini dapat diadakan lagi.

Dilaporkan Oleh, 5 Mac 2011.

Amril Nurman
………………………………
(AMRIL NURMAN BIN LOKMAN)
AJK Setiausaha, G 1.1

Anda mungkin juga menyukai