Anda di halaman 1dari 8

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMILIHAN TEMPAT / TAPAK

PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang


membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta.
Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira
beberapa faktor penting seperti di bawah:

1. Tanah atau tapak yang rata

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan – pemasangan


khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun
tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang
menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

2. Corak tapak perkhemahan

Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah
rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan
yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina
khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan
berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat
dan sebagainya.

3. Berhampiran punca air

Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang
bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air
yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri
dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai,
anak air, telaga, kolam atau sebagainya.
Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya
tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain
yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui
dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai
dan air pasang dan sebagainya.

5. Mudah untuk mendapat bantuanTapak perkhemahan yang dipilih juga


berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika
berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan
kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan
aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib
seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

6. Mudah untuk mendapat bahan bakar

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang
penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun
api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga
seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau
ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

7. Keselamatan kawasan perkhemahan

Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut


perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan
sebagainya.
8. Jangkamasa perkhemahan

Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa


perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka
perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak,
minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

9. Bilangan peserta perkhemahan

Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti.


Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan
mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya
ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu
saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.

10. Alam Persekitaran

Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti


perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah.
Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak
perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan
tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah
ke kawasan tersebut.
SENARAI PERALATAN / BAHAN UNTUK PERKHEMAHAN

• Khemah tempat masak.


• Khemah tempat solat.
• Khemah peserta.
• Kanvas alat duduk.
• Generator.
• Wire dua pin.
• Mentol lampu/soket.
• ‘camp bed’
• Skop atau penyauk tanah.
• Tong minyak petrol dan minyak tanah.
• Tukul cangkul pencakar.
• Tiang Khemah memasak.
• Helar.
• Parang.
• Tali nylon/raffia.
• Belerang/suffer.
• Gerjaji.
• Lampu picit.
• Wisel.
• Mancis api.
PERMAINAN- PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

 Aci Sorok
 Batu Seremban
 Bulu Ayam
 Baling Selipar
 Baling Tin
 Cari Cucu
 Congkak
 Dam Haji
 Galah Panjang
 Gasing
 Guli
 Jala Itik
 Konda Kondi
 Lompat getah
 Sepak Raga
 Susun Selipar
 Teng Teng
 Wau
AKTIVITI YANG SESUAI SEMASA PERKHEMAHAN

Kerohanian
Solat berjemaah di samping zikir yang dapat menenangkan fikiran. Latihan
berjemaah dalam suasana yang sukar dan melaksanakan tuntutan agama semasa
melaksanakan aktiviti.

Latihan
- Perkhemahan Induk.
Mendirikan khemah sebagai tempat tinggal sementara. (berteduh dan bermalam).
Khemah disediakan untuk memuatkan kapasiti 4 – 5 orang dewasa. Tujuan
perkhemahan induk adalah untuk mendedahkan kepada peserta suasana
perkhemahan dan pengendalian serta penggunaan perkhemahan secara terancang.
Dalam pada itu objektif perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni di
samping semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan perkhemahan
tersebut.

- Berakit.
Rakit adalah alat pengangkutan tradisional masyarakat negara ini. Penggunaan rakit
pada masa dahulu menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada hutan
seperti buluh atau kayu. Tujuan utama rakit adalah untuk dijadikan satu
pengangkutan yang dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun
begitu rakit yang digunakan untuk aktiviti ini adalah berasaskan kepada bahan
seperti pelampung getah, buluh, tali dan pendayung. Penggunaan bahan-bahan
tersebut dilihat sebagai alternatif kepada bahan-bahan hutan yang mana peratusan
keselamatannya lebih terjamin. Tujuan aktiviti berakit ini adalah untuk mendedahkan
kepada peserta pengetahuan dan kesukaran pengangkutan zaman dahulu serta
dapat meningkatkan tahap kecerdasan dari segi fizikal, mental dan rohani.

- Water confidence / water Treading


Aktiviti ini melibatkan aktiviti apungan di mana peserta diminta untuk turun ke dalam
air ke paras dada. Kemudian donggakan kepala masing-masing sambil mendepakan
tangan dan kaki lurus di hadapan. Dalam pada itu aktiviti ini adalah untuk
membiasakan peserta dengan persekitaran yang akan dialami semasa aktiviti
berakit dilaksanakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada
peserta terhadap jaket keselamatan yang dipakai dan menimbulkan keyakinan
terhadap diri sendiri dan peralatan yang ada untuk tujuan bantuan semasa
kecemasan.

- Abseiling dan Repelling.


Latihan ini memupuk keyakinan dan mendidik individu untuk mengetahui akan
kebolehan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti yang mencabar. Segala
kekuatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk memastikan semasa melintasi tali
menggunakan peralatan yang lengkap dapat memupuk rasa keyakinan yang tinggi.

- Ice Breaking / Latihan dalam kumpulan.


Latihan ini memberi peluang kepada semua individu untuk meluahkan apa yang
dirasai semasa aktiviti dilaksanakan agar ianya dapat dikongsi bersama dengan ahli
kumpulan dan seterusnya dapat menjadikan aktiviti tersebut satu cabaran untuk
diharungi bersama.

- Kembara.
Latihan ini dilaksanakan untuk memupuk semangat setiakawan yang jitu dan
bekerjasama antara ahli kumpulan. Pengembaraan melibatkan kawasan hutan
simpan yang mana peserta dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan merasai
kecintaan terhadap alam sekeliling. Masakan rimba, masakan solar antara latihan
kembara dalam hutan.

- Malaysia Cergas.
Latihan ini bercorak senaman ringan atau senamrobik. Bertujuan memberi semangat
dan rasa selesa untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancangkan.

- Rumusan dan penilaian / refleksi


Latihan ini memberi kesempatan kepada ahli untuk berkongsi maklumat, bekongsi
pendapat dan berkongsi pengalaman serta mencari resolusi untuk dijadikan
panduan dalam melaksanakan segala perkongsian tersebut dalam masa bertugas
untuk mencapai wawasan pihak pengurusan.
- Kesukaleraan membantu mereka yang tidak berkeupayaan.
Program ini melibatkan kerja-kerja sukarela peserta bersama dengan anak-anak
yatim dan memberikan mereka semangat dan dorongan untuk meneruskan
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai