Anda di halaman 1dari 18

JERANTUT

1) Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan “Jerantut” adalah berasal dari
perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di
kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini
dipanggil “Simpang Empat” iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu
bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama “Simpang 4″ ditukar
kepada “Jerantut”.

2) Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang
kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila
mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan
menjawab ke “Jeram tu”…”Jeram tu” lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini
JERANTUT.

3) Cerita ni saya dengar dari secara lisan dan kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang
berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang. Tak semena-
mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni
jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat. Sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).
Ulasan Pengarang Nama Jerantut ini bolehlah dikatakan amat berkait rapat dengan perkataan
asalnya JERAM dan TUT itu sendiri banyak taksiran dan pendapat orang lain yang mengaitkan
dengan sesuatu yang lain. Bagi saya yakin dengan cerita no 2 itu. Apa pun tidak ramai yang tahu
dari mana sebenarnya perkataan itu diungkap ditempat asalnya, (Cerita lisan ini saya dapati dari org
tua-tua di Jerantut feri) sebenarnya perkataan ini diungkap seawalnya di disebuah pekan kecil iaitu di
Jerantut Feri kerana feri itu sejenis pengangkutan di air apa pula nama tempatnya? pasti JERANTUT
dan kini pekan itu disebut Jerantut feri sehingga kini dan disinilah asal sebenarnya JERANTUT itu.
Sebelum berpusat di bandar Jerantut kira 10 minit perjalanan menaiki kenderan kepekan kecil itu.
KUANTAN

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan
pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh
Abdullah Munsyi pada tahun 1851/52 seperti berikut: “Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu
kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di
Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah
didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari……….” (1) Pada peringkat awalnya
Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai
Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah
dibuka oleh Haji Senik (2) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan
berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang
disamping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah
dijadikan penempatan ialah Perkuburan Cik Timah (3) berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang.
Tapak Perkuburan Cik Timah. Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di
hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka
diketuai oleh Encik Besar (4). Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan
dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan “Kuantan” dan kekal sehingga ke hari ini.
TEMERLOH
Diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu dahulukala,
Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan
antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah
dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini
ditubuhkan mulai 1 Julai 1889. Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak
raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka
berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang,
mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama
perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali
sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka
pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling. Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan
abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ.

Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang
berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata
kepada abang-abangnya, ” Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis,
selera nafsu.” Abang-abangnya faham akan maksud Sujud bilang tersebut. Maka mulai hari itu, di mana
ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-
orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya
mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka
Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan
Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana
wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan
pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering
sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas
yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin yang tidak
mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas. Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa
orang asli ialah “mereloh”. Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat
“mereloh”. Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan
“mereloh”.Oleh kerana perkataan tempat “mereloh” itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh
supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh.
Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan
anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun
dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah
mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah. Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger,
Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga
telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala
Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi
kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada
masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh
semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.
BERA
Daerah Bera merupakan satu daerah yang sudah lama wujud di Pahang ;dulu di kenali dengan
nama Daerah Mengkarak, pengasas kepada daerah ini tidak lain tak bukan ialah Tuk Mengkarak 1 ia itu
Imam Zul Bayan atau yg bernama Hashim yang merupakan Mufti Pahang sekitar tahun 1720-1750. Tuk
Mengkarak (Imam Dzu Bayan) (1630-1730) Tokoh ini merupakan ulama yang mula membuka Kampung
Mengkarak, di Daerah Bera. Beliau dikenali juga dengan nama Hashim. Beliau dikatakan berasal dari
Sumatera dari suku Minangkabau, Ibunya adik beradik perempuan kepada Tuk Suji Bilang yang membuka
penempatan di kawasan Temerloh. Hubungan Imam Syahibudin dengan Imam Zu’l al-Bayan,dimana ibu
Imam Dzulbayan merupakan adikberadik kepada Suji Bilang,datuk kpd Tuk Shahibudin; seperti berikut:
Tersayang-sayang pada rasaan Kepada “Umbi” Datuk PerempuanOrangnya arif lagi budimanUpas jahil
sudah termakan

Makam beliau kini terdapat di Mengkarak tetapi tidak dipelihara dengan baik. Makam ini terletak di
tebing Sungai Pahang,kemungkinan besar dalam beberapa tahun lagi makam ini akan runtuh dihanyutkan
oleh arus Sungai Pahang yang sentiasa mengubah tebing sungai. Tokoh ini disebut oleh Tuk Shahibudin di
dalam syair “Ghafilah ” dengan gelaran Imam Zu al- Bayan,yang bermaksud “Orang yang mempunyai
kemampuan menjelas dan menerangkan sesuatu”. Beliau mempunyai kemampuan untuk menghuraikan
dan mentafsirkan ajaran Hamzah Fansuri dengan jelas dan memuaskan hati pendenganr dari segi
kefahaman teks,huraian dan tafsiran serta bandingan. Menurut cerita mitos beliau digelar “Imam Dua
Bayang” yakni kerana kehebatan dan ketinggian ilmunya maka jika pada waktu malam beliau mempunyai
dua baying tidak sebagaimana orang biasa yang mempunyai satu baying.
Tuk Mengkarak Seorang ulama yang terkenal di negeri Pahang dan menjawat jawatan Mufti ketika itu:

Beliau dipercayai mendapat pendidikan di Acheh kerana ajaran yang dibawa oleh beliau adalah
dari Aliran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri dari Acheh, Oleh sebab kealiman beliau berbanding dengan
ulamak-ulamak lain di Pahang ketika itu,dipercayai beliau mempelajari ajaran ini dari anak murid
Shamsuddin Sumaterani.Sebuah buku karangan beliau dapat dikesan untuk membuktikan dakwaan ini.
Sekembalinya ke Pahang beliau telah dilantik menjadi mufti.Ajaran yang di bawa oleh be;iau merupakan
Ajaran Mertabat Tujuh sebagaimana beliau dapat dari gurunya Shamsuddin Sumaterani sebagaimana
yang dijelaskan oleh Tuk Shahibudin di dalam Syair al Ghafilah:
Di samping itu, Tuk Mengkarak oleh kerana berketurunan bangsawan beliau juga mahir di dalam
pentadbiran;di antara jasa beliau ialah membina sebuah mahkamah timbang tara bagi menghukum
pesalah,Setiap pesalah yang ringan atau yang dikenakan denda akan diletakkan di atas satu dacing yang
mempunyai dua piring. Semua pesalah dinaikan ke atas salah satu piring dacing itu, manakala dacing yang
disebelah lagi diletakkan padi atau beras,pisang jagung dan sebagainya. Cara ini pernah ditegur oleh Pak
Sako di dalam bukunya. Ini kerana Pak Sako tinggal di Kampung Buntut Pulau yang mana masih
menyimpan dacing tersebut sekitar tahun 1930an,dacing ini diwarisi dari Imam Muda Mamat anak kepada
Imam Zul’ al –Bayan yang tinggal di sana.

Tuk Mengkarak 11 (Imam Nur Qadim1670-1760) Tokoh ini juga dikenali melalui syair “Ghafilah”
yang dikarang oleh Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720 yang menyebutkan nama beliau, yang merupakan
seorang ulamak yang alim dan banyak membantu ayahndanya di dalam urusan pentadbiran agama di
negeri Pahang ketika itu. Semasa hayatnya beliau mengaji kepada bapanya dan kemudian dipercayai
mendalami ilmu Mertabat Tujuh di seluruh pelusuk Negeri-negeri Melayu yang ketika itu sangat kuat
dipengaruhi oleh aliran Hamzah ini.

Bangunan Majlis Daerah Bera Mengambil sempena nama tasik, iaitu Tasik Bera selain nama Bera
di perolehi melalui sumber masyarakat orang asli semelai iaitu berasal dari nama “Reba” (semak samun).
Khabarnya ada satu pokok tua yang ganjil yang tinggi dan luarbiasa besarnya telah tumbang ke tasik ini
dahan dan ranting yang terbenam itu menyebabkan tumbulah “reba” dengan banyaknya. Lalu sempena
nama “reba” atau dalam bahasa orang asli di sebut “Bera”
KUALA LIPIS
Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang
banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah “serau lipis” yang merupakan
tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah
alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan
penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas
untuk ke mana-mana. Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke
Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu
pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

Sementara Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada
dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala
Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan
tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.Menurut cerita kedua,
nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang
terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan pendudukkampong di
sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.Jadi,
apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’.
Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai
Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

Daerah Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara.
Selain bandarnya merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah ini juga
rumah bagi beberapa nama besarMalaysia. Antara nama-nama terkemuka ini ialah Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Muhamad Ghazali Shafie (bekas menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri), Wartawan/penulis dan aktivis politik (allahyarham) Ishak Haji Muhammad atau
Pak Sako, chef selebriti Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara Datuk Siti
Nurhaliza Tarudin.Kepada tetamu ke daerah ini, nama-nama ini disebut sebagai produk kebanggaan Lipis.
Semasa lawatan Program Kembara Media 2009 ke sini baru-baru ini, rombongan itu dibawa ke rumah
keluarga Siti Nurhaliza.Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih
koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.Hidangan itu, menurut ibu
Siti yang lebih mesra dengan panggilan “Mak Mah”, ialah makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza
berjual semasa zaman beliau bersekolah.Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala
Lipis, ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran
negeri pada 27 Ogos 1955.

LIPIS daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan
527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan
hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung. Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan
termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan
British.Sekurang-kurangnya ada 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya bangunan pentadbiran Daerah
Lipis dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos 1910, rumah kediaman bekas
Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek
tempatan, Cina, India dan Arab.”Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan
pelancong, sebanyak RM50juta setahun diperuntuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi
projek pembangunan secara menyeluruh.

MASJID NEGERI (MADRASATHUL FIRDAUS) Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai
Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis dan dibina pada tahun 1888 oleh
saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu
Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat,
satu daripada keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala
Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, Masjid Negeri ini
tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis
lebih 60 tahun.

BANGUNAN BEKAS SUK PAHANG Sebuah rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang Darul Makmur terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri
Keenam Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.Rumah bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan
pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua
(allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di sini semasa menjadi setiausaha kerajaan
negeri Pahang.Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa dilahirkan di rumah ini.
PAHANG CLUB, sebuah daripada bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang.
Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika
itu memegang jawatan Suprintenden Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.Apabila Residen British itu
berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab itu didiami Inspektor Polis British negeri
hingga tahun 1926.Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini ditinggalkan dan kemudian kerajaan
Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.Pada tahun 1957,
keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan, tetapi
selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat
tempatan.

Keunikan bangunan PEJABAT POS KUALA LIPIS ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri
di mana terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.Pejabat pos yang
dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai
pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002. Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Lipis ialah batu
bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.Batu yang
yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut, menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang,
di mana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.Batu itu dipercayai merupakan pusat bagi
Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat.Bagaimanapun Jabatan Ukur Dan
Pemetaan mengesahkan Batu GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang
digunakan oleh jabatan itu.

SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD, sekolah Siti Nurhaliza semasa remaja, yang pada mulanya
dikenali sebagai Government English School.Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan
sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British Pahang yang merasmikan sekolah itu pada 1929.Nama
Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama
mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936. Ketibaan anggota media disambut dengan
senyuman oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Ragayah Omar yang memberi penerangan mengenai
sejarah serta pencapaian terkini sekolah yang menjadi kebanggan rakyat Lipis ini.Katanya Sekolah
Menengah Clifford diisytiharkan Kementerian Pelajaran sebagai sebuah daripada sekolah utama di
Malaysia pada tahun 1996. Setahun kemudian menjadi perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang
mengambil pelajar terpilih tingkatan 4 terpilih dari Sekolah Menengah Clifford.Di zaman pemerintahan
Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu pejabat Kempetai. Rombongan media turut
dibawa melawat sebuah bilik darjah yang pernah dijadikan sebagai bilik tahanan dan penyeksaan sebelum
tahanan dikatakan dihantar ke Melaka.Kini bilik itu dijadikan bilik darjah pelajar Tingkatan Enam.

STESEN KERETA API KUALA LIPIS adalah perkhidmatan kereta api yang mula beroperasi pada
tahun 1926, merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis di mana sebagai permulaan ia
hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Baharu di selatan, Chegar Perah di utara dan ke Tumpat,
Kelantan.Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan kereta api yang dibina pada 1920 oleh
kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan
Singapura.Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar
hasilekonomi daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini seperti emas dan bijih.
Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang pada Jun 1898. Pada 27 Ogos 1955, ibu
negeri Pahang berpindah pula keKuantan. Bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) merupakan bangunan
kerajaan yang pertama di Kuala Lipis. Bangunan ini asalnya ialah rumah residen Pahang pada masa itu,
Sir Hugh Clifford.Istana Hinggap yang pertama dibina pada tahun 1926 pernah dijadikan kediaman
pegawai British, kemudian menjadi kediaman Menteri Besar Pahang pertama, Datuk Sir mahmud Mat dan
penggantinya, tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Mohd Almarhum Sultan Zainal Abidin III.Pada 20
April 1954, berlangsung pula di situ upacara perkahwinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan
Tengku Afzan Tengku Muhammad.Di Kuala Lipis juga terdapat sekolah menengah yang tertua di Pahang
iaituGovernment English School (Sekolah Inggeris kerajaan). Sekolah ini asalnya sebuah rumah kayu
beratap nipah dengan bilangan muridnya seramai dua belas orang. Pada tahun 1919, sekolah ini
mendapat bangunan baru. Perasmian sekolah ini dilakukan pada 1929 oleh residen Inggeris pada waktu
itu, Sir Hugh Clifford.
MARAN
Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran
berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.
Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa
yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita
dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran
sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan
harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya
bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi
membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat
mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan asli tadi menggelarkan sungai itu dengan
nama Sungai Maran. Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan
fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.
PEKAN
Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan
mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli. Di zaman
pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda,
Muhammad Syah untuk memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura.Pahang,
dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik
ini menjadikan Pekan terkenal pada ketika itu. Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya
telah dibuka oleh para pedagang Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia menyebut Kuala Sungai
Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai ‘Pekan’.Pada tahun 1889, Pekan telah
dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Dalam
pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898. Pekan juga terkenal
sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja.
Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana. Antara bangunan yang
terkenal yang telah dibina pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang,
Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan Rumah Rehat
Pekan. Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden.
Pada zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi
Sungai Pahang.Dari segi ekonomi pula, ada kilang-kilang seperti Kilang Mentiga (perkayuan), Kilang Isuzu
(kenderaan) dan Kilang Ested yang juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Pekan.

Deretan kedai dan bank yang ada dapat mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan. Walaupun
terdapat kemasukan unsur-unsur moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan
dirasai sebagai sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang
mempersonakan. Tambahan pula dengan penduduknya yang ramah menantikan kedatangan pengunjung.
Dan mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil
Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih
seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan
akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran
Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.
RAUB
Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke
18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui
hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke
tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).
Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan.
Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing.
Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk
mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan
tempat itu dengan gelaran“RAUB”. Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah
tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat
bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka
kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari
ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya
Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi,
sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang
tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit
perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar “RAUP” sedangkan ejaan
sekarang adalah “RAUB”. Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan
ejaan “RAUB” dari “RAUP”.

Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP ) menemui bekas ketua kampung sempalit Encik
Nasir Salleh untuk mengkaji asal usul nama Raub. Menurutnya Raub di buka oleh Tengku Laksamana
Alang Shah bersama dua anak lelakinya Awang dan Kassim pada tahun 1882. Ketika itu Pahang belum
bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Katanya Tengku Laksmana itu berasal dari Natar, Pagar
Ruyung di Sumatera mengembara bersama anaknya melalui Kuala Kubu, Selangor mengikuti alur sungai
dalam hutan belantara menuju ke sini. Setelah sekian lama mereka mengembara, di tebatan. Apabila
sampai di kawasan tersebut Laksamana mendapati sesuai untuk membuka petempatan. Kedua-dua tebing
tobak itu cantik kerana tanahnya berpasir dan menarik.Kawasan itu sekarang merupakan padang besar
Majlis Daerah Raub.
BENTONG
Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas
1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa.
Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin
pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan
mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan
terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada “banyak
untung” kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh
orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi “Bentong Mengikut cerita lama, nama Bentong
dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di
pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah
ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk
melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan
orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan
“Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan
perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
ROMPIN
Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan
sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah
Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya
ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya. Hal ini cukup menghairankan penduduk
tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap
keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru
Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada
Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin
tetapi dieja Rompin. Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar
Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak
diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di
situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan
memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat.
Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek
tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.

Rompin terletak di tepi pantai, menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu
Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan
perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara
spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki
pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran,
jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.

Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies
udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut
terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk
merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan
hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya
ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban
Chondong, Rompin.
TIOMAN
Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1998 ialah 800-1200 orang. Antara
pelancong yang mengunjungi pulau ini berasal dari Negara Jerman,Perancis, Itali, England, Singapura dan
lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 – 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009)
anggaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau
ini mencecah 30,000 – 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari
Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di
Kampung Salang ialahSalang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman,
kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri. Menurut kisah dongeng yang
dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang
naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.
Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah
berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina
bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah
gunung yang terdapat di Pulau Tioman. Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah
ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke
Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan
Pulau Tioman. Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan
dengan Kampung Juara.
KUALA KRAU.

Kalau perak ada kuala kurau, kelantan ada kuala krai,pahang lak ada kuala krau..sebuah pekan kecil yang
berada di tengah tengah laluan jerantut temerloh.asalnya tempat ni diberi nama apabila suatu ketika
muncul beribu ribu ekor monyet ( Kera ) di tepi tebing sungai pahang yang melalui pekan ni.hasilnya
dapatlah nama Kuala Kerau.

BUDU / BENTA

Mukim budu meupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak
peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di
dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua
Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg
Peruang dan Kg Terap. Budu adalah sebuah kampung di antara Tanjung Besar dengan Kemahang, Mukim
Budu teletak di daerah Benta, Kuala Lipis. Mengikut ceritanya asal usul nama kampung Budu pada
mulanya kampung yang dipanggil Budu ini didiami oleh kaum asli yang diketuai oleh seorang batin yang
bernama Budu. Oleh kerana tanah dikawasan budu itu sangat subur maka orang-orang daripada kampung
berhampiran berhajat sangat hendak menduduki kawasan itu. Ketua mereka telah meminta kebenaran
daripada Tok Batin Budu. Akan tetapi permintaan orang itu telah ditolak oleh Tok Batin Budu
Oleh kerana Tok Batin Budu menolak permintaan orang-orang itu maka satu perbalahan telah berlaku,
dimana ramai orang-orang asli dibunuh. Mayat mereka dibuang ke dalam sebuah sungai. Sebab itu sungai
tersebut di panggil Sungai Mangkai (Bangkai). Apabila orang-orang Asli yang membuka kawasan itu telah
ramai yang mati dan yang masih hidup juga meningggalkan tempat itu maka ianya mula didiami oleh
orang-orang yang sememangnya berhajatkan tempat itu. Oleh kerana kawasan tersebut masih belum ada
nama lagi lalu ianya diberikan nama Kampung Batin Budu kerana mengikuti nama ketua orang asli (Tok
Batin) yang diperangi mereka. Sesudahnya nama Batin Budu hilang dan dan tinggal ‘BUDU’sahaja.
Maka akhirnya lekatlah nama kampung itu sebagai Kampung Budu. Setelah itu, Sungai Mangkai telah
diubah kepada Sungai Budu. Apabila Kampung Budu dan kawasan sekitarnya menjadi sebuah mukim,
maka mukim itu disebut mukim Budu. Dahulunya Kampung Budu telah ditadbirkan oleh Orang Kaya Setia
Wangsa Lipis. Disebalik nama kampung BUDU ini ada sejarah yang perlu dikenang iaitu pada tanggal 22
Mei 1892 berikutan pada tarikh berkenaan berlaku peristiwa berdarah yang.menyebabkan Kampung Budu,
Mukim Benta musnah 122 tahun yang lalu. Tanggal 18 Mei 1892, Kolonel Walker bersama Hugh Clifford
telah bertindak sebagai wakil politik bergerak menuju ke kampung budu dari raub. ketika sampai di
Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihakInggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan
pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.Bagaimana pun bagi mempertahan tanah air
tercinta rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Ekoran kegagalan daripada
rundingan berkenaan, maka pada tarikh 22 Mei 1892 pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang
dan membakar Kampung Budu hingga menyebabkan banyak rumah penduduk dibakar serta binatang
ternakan terkorban. Tercatat didalam sejarahnya Pihak British telah menyerang Kampung Budu dengan
menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan kira-kira 100 orang melayu
terkorban.

PADANG TENGKU

Padang Tengku ini adalah sebuah perhentian keretapi diantara Kuala Lipis dengan Bukit Betong.Letaknya
dalam Mukim Gua Daerah lipis lebih Kurang 6 batu darii Kuala Lipis.
Mengikut ceritanya iaitu selepas ‘Perang Saudara 1857-1863’ orang-orang Rawa yang dibawa masuk ke
Pahang oleh Wan Daud (Orang Kaya Haji) dibenarkan pulang ke Selangor. Akan tetapi ramai yang mahu
menetap di Pahang. Mereka dibenarkan mencari tempat yang disukai asalkan tempat itu masih belum
didiami orang. Beberapa orang Rawa yang diketuai oleh Tengku Abdul samad (Tengku Samad) telah
membuka suatu kawasan. Mereka berumah tangga dan bercucuk tanam disana. Waktu petang mereka
bermain sepak raga di sebuah padang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
Melihat Tengku Samad dan orang-orangnya bermain sepak raga itu maka ramailah orang-orang yang
tinggal disekitar kawasan itu datang bermain sama. Orang-orang yang pergi bermain itu apabila ditanya
akan menjawab mereka hendak bermain sepak raga di padang Tengku Samad dan orang-orang yang
pulang apabila ditanya akan menjawab yang mereka balik dari bermain sepak raga di padang Tengku
Samad. Sebab itu padang tempat mereka bermain sepak raga itu dipanggil Padang Tengku Samad.
Sesudahnya tinggal Padang Tengku sahaja. Apabila kawasan itu jadi sebuah kampung maka kampung itu
dipanggil kampung Padang Tengku. Pada mulanya Padang Tengku cuma boleh dihubungi dengan
mengunakan perahu ikut Sungai Jelai.Kemudian pada tahun 1926 mendapat kemudahan jalan keretapi
melalui jalan Gemas –Gua Musang.Pada masa itu Padang Tengku adalah sebuah perhentian keretapi
yang terkenal. Ia digunakan oleh syarikat Selborne Plantation yang terletak disebelah kiri hilir Sungai Jelai.

Anda mungkin juga menyukai