Anda di halaman 1dari 3

Latar Belakang Temerloh

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang

Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai

Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokkan Bandar Ikan Patin

kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar ini berhampiran dengan

sungai yang lebih dikenali dengan Sungai Pahang.

Di sini diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu

dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau

menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur.

Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di

dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.

Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau

iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke

Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka

menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama

perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang

dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di

darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.

Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ.

Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli
yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang

berkata kepada abang-abangnya, " Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati

pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.

Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka

memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka

menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin

Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya

naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin

Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana wujudnya

persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang

lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering

sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu

tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan

tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.

Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah "mereloh". Maka tempat mereka

tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat "mereloh". Oleh itu, Sujudbilang dan abang-

abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan "mereloh".Oleh kerana perkataan tempat

"mereloh" itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang

menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh.

Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin
dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah

menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa

itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.

Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger, Residen British yang pertama mulai

menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan

Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan,

Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada

Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa

itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh

semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

Anda mungkin juga menyukai