Anda di halaman 1dari 2

PIBG SK FELDA JENGKA 24

KERTAS KERJA
PEMBELIAN PERALATAN SISTEM SIARAYA PERHIMPUNAN PAGI
SEKOLAH

1.0 RASIONAL

Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) mencakupi ruang tugas yang luas dan apa-
apa program yang melibatkan murid automatik akan diletakkan di bawah pengurusan
HEM. Program-program HEM yang melibatkan murid biasanya meliputi jumlah
murid yang ramai. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sistem siaraya yang
mantap sebagai sokongan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Peralatan siaraya yang
lama juga telah uzur dan sekiranya dihantar ke kedai untuk dibaiki, pihak berkenaan
memberitahu kos baiki lebih mahal daripada beli baru. Justeru kami mengambil
keputusan untuk membeli PA Sistem yang baru. Oleh itu, sistem siaraya merupakan
keperluan fizikal sokongan untuk menjana kecemerlangan selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan.

1.2 MATLAMAT

Pengurusan kewangan yang efisien dan menyokong kemudahan fizikal dalam


menjana kecemerlangan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berteraskan keseimbangan dalam pendidikan negara yang bertaraf dunia.

1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Dapat melancarkan aktiviti perhimpunan rasmi mingguan dan harian.


1.3.2 Dapat membantu melancarkan pengelolaan sesuatu aktiviti baik di peringkat
sekolah, daerah mahupun negeri.
1.3.3 Dapat menaikkan imej sekolah sebagai pengelola baik di peringkat sekolah,
daerah dan negeri.
1.3.4 Dapat menjimatkan kewangan umpama “alah membeli tapi menang memakai”.
1.3.5 Dapat memberilkan ilmu tambahan melalui Jawatankuasa Siaraya, iaitu melatih
dan memberikan kemahiran dalam penggunaan peralatan audio visual yang tidak
diajarkan dalam kelas.
1.3.6 Dapat membantu murid untuk mendapatkan markah kokurikulum yang diperlukan
dalam pensijilan pelajaran sebanyak sepuluh peratus.

1.4 BELANJAWAN

Peralatan system siaraya yang diperlukan dalam menjana kecemerlangan dapat


diperincikan di bawah;

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Set Sistem Siaraya Mudah RM 1000.00 1 RM 1000.00

1
PIBG SK FELDA JENGKA 24

Alih
(Portable PA System)
2 Pembesar suara RM 1000.00 2 RM 2000.00
3 Stand Mic RM 200.00 2 RM 200.00
4 Kabel MIC 20 meter RM 100.00 1 RM 100.00
JUMLAH RM 3300.00

1.5 KESIMPULAN

Peralatan sistem siaraya ini diharapkan dapat berfungsi sebagai keperluan


kemudahan sokongan fizikal dalam menjana kecemerlangan yang dirancangkan.
Kemudahan sokongan fizikal ini diharapkan dapat digunakan secara maksimum agar
kecemerlangan yang dicanangkan dapar direalisasikan

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

……………………………… ………………………………
( Ahmad Helmi Bin Kassim ) ( Razak Bin Daud )
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK FELDA Jengka 24 SK FELDA Jengka 24
26400 Bandar Jengka 26400 Bandar Jengka
Pahang Pahang

Anda mungkin juga menyukai