Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM I-SIBER PPKI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
SMK SUNGAI PUTERI

PENDAHULUAN

Program I-Siber merupakan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan semua murid ppki
dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ia merupakan anjakan yang ke 7 dalam Transormasi Sistem
Pendidikan iaitu menafaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

Makmal komputer akan bertindak selaku medium program pembestarian ini dan murid dapat manfaat dan
menghayati kegunaan teknologi sebagai pemudahcara pembelajaran serta dapat meningkatkan kapasiti dan
pembelajaran.

Kehidupan pelajar pada masa kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan
tidak seimbang dan kurang menjaga kesihatan badan. Mereka lebih gemar mengambil
makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Cara pemakanan yang tidak
sihat ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan sasiah pelajar,
disamping cenderung mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya seperti obesiti.
Pelajar seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal
secara optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang
merbahaya serta dapat membentuk peribadi mulia. Oleh sebab itu pihak kantin
mengambil inisiatif mengadakan satu program khas untuk pelajar iaitu “pemakanan sihat
membentuk sasiah gemilang

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan
dan kehidupan seharian.

OBJEKTIF

1. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT di sekolah

2. Berkongsi idea dan kemahiran dalam penggunaan teknologi memperkasakan pembelajaran dan
pengajaran.
3. Menambah kemahiran ICT secara kreatif dalam membantu pelajar dalam kehidupan seharian.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid pendidikan khas

TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh: 25 Januari 2023 - 27 Januari 2023

Tempoh masa : 3 hari

TEMA

“Teknologi pemangkin kecemerlangan pendidikan Bestari”

TENTATIF PROGRAM
BIL TARIKH PELAKSANAAN AKTIVITI
1 25 Januari 2023 Menaip pantas teks dengan betul di makmal komputer
2 25 -26 Januari 2023 Pertandingan puzzle ICT atas talian
3 25 - 27 Januari 2023 Pembinaan video kreatif
4 26- 27 Januari 2023 Pertandingan Wordwall atas talian

ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN

1. Johan (hamper) RM 40 x 4 aktiviti RM 160

2 Naib Johan (hamper) RM 30 x 4 aktiviti RM 120

3 Tempat ke tiga (hamper) RM 20 x 4 aktiviti RM 80

4 Saguhati (1 x 4 aktiviti = 4) (hamper) RM 15 x 4 aktiviti RM 60

JUMLAH RM 420

SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH

1 PCG ELEKTIF PENDIDIKAN KHAS

RM 420
(literasi Komputer)
RM 420
JUMLAH

PENUTUP

Semoga hasil daripada program ini nanti akan memberi manfaat kepada murid pendidikan Khas supaya mereka
mendapat lebih pengetahuan dan kemahiran melalui kaedah pembelajaran ICT. Murid juga lebih bermotivasi
untuk belajar dan meningkatkan prestasi di dalam akademik seterusnya dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………… ……………………………………
(NUR FATIEHAH BT NAUPAL) (MUSHAFIZAH BT A SAMAD)
Penyelaras ICT b/p Pengetua
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sungai Puteri
SMK Sungai Puteri

Anda mungkin juga menyukai