Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM WAKAF

ILMU
2021
PERSATUAN KEBAJIKAN ILTIZAM
NEGERI PULAU PINANG
KERTAS KERJA PROGRAM WAKAF ILMU 2021
PERSATUAN KEBAJIKAN ILTIZAM NEGERI PULAU PINANG

PENGENALAN
Program Wakaf Ilmu adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk yang terkesan selepas perintah kawalan
pergerakan (PKP) 2020 dan 2021. Program ini merupakan salah satu inisiatif persatuan untuk
membantu murid mempelajari atau membuat ulang kaji pelajaran yang mungkin terjejas semasa PKP
tersebut. Program ini memberi keutamaan kepada murid yang kurang berkemampuan untuk
mendapatkan kelas tambahan berbayar dan murid yang belum melepasi tahap minimum dalam
pembelajaran di sekolah. Tenaga pengajar program ini terdiri daripada sukarelawan dari USM,
IPGKPP, dan PIBG.

RASIONAL
Program ini membantu murid yang kurang berkemampuan dalam mengikuti kelas tambahan berbayar
dan terdiri daripada murid yang belum melepasi tahap minimum dalam pembelajara. Program ini juga
merupakan satu platform untuk menggalakkan NGO terlibat dan menjadi sukarelawan dalam bidang
pendidikan.

OBJEKTIF
I. Membantu murid mengulangkaji pembelajaran melaui kaedah terkini.
II. Murid dapat belajar dengan bimbingan sukarelawan.
III. Melahirkan rasa akrab antara murid dengan sukarelawan persatuan.
IV. Menggalakkan penglibatan NGO dalam bidang pendidikan.
V. Memberi pendedahan kepada murid belajar menggunakan peranti elektronik.

SASARAN
Semua murid sekolah randah dan menengah sekitar Parlimen Bukit Gelugor.

TARIKH & MASA CADANGAN


Kelas ini akan dijalankan sepanjang tahun bermula 20 April 2021. Diadakan pada hari Sabtu Jam 8.30
pagi hingga 11.30 pagi di sekolah yang terpilih.

TEMPAT
Sekolah terpilih sekitar Parlimen Bukit Gelugor.

JAWATANKUASA PROGRAM WAKAF ILMU


PENGERUSI
EN MOHD SYAMIL
NAIB PENGERUSI (I)
EN ILIAS TAJUDIN
NAIB PENGERUSI (II)
DR FADZILAH AMZAH
NAIB PENGERUSI (III)
EN TAMRIN MADE AMING
SETIAUSAHA
EN WAN MOHD AZAM

TENAGA PENGAJAR UTAMA


PENSYARAH USM
PENSYARAH IPGKPP
BAKAL GURU PPIP USM
BAKAL GURU IPGKPP

PENGISIAN PROGRAM
Bergantung kepada tahap pencapaian murid dan sukarelawan yang terlibat.

PENUTUP
Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu murid dalam mata pelajaran di sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….…………………………….. ………………………….……………….
( ) ( ) Setia Usaha Persatuan Kebajikan Iltizam
Pengerusi Persatuan Kebajikan Iltizam
Negeri Pulau Pinang Negeri Pulau Pinang.
Kos dan Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Anggaran

1. Sijil Penghargaan Agensi 4


2. Sijil Urusetia, Sukarelawan 10 RM 20.00

3. Token 20 RM 400

4. Sarapan Pagi 100

5. Sewaan tempat

e-wakaf ilmu online

Pengenalan :

e-wakaf ilmu online diperkenalkan sejajar dengan situasi pendemik covid19 yang telah memberi kesan
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Program ini dilaksanakan
sepenuhnya menggunakan kaedah secara maya. Selain daripada itu program ini dirancang sebagai salah
satu kaedah untuk membantu guru di sekolah dalam menarik minat murid berada lebih kerap dalam
platform digital. Ianya pernah dilaksanakan secara rintis di Sk Bukit Gelugor sepanjang tempoh
perlaksanaan PKPB .

Objektif Program :

 Membantu murid dalam menghadapi pembelajaran dalam normal baharu.


 Membantu murid yang terkesan sepanjang menjalani tempoh PKP dan PKPB.
 Mengurangkan kemurungan murid yang terpaksa berada di rumah sepanjang
PKP dan PKPB.
 Meningkatkan semula motivasi murid dalam pembelajaran.
 Menyediakan murid untuk berdepan pembelajaran abad 21 yang sebenar.
 Mencungkil kemahairan dan bakat murid dalam bidang ICT.
 Menggalakkan murid meggunakan platform digital dalam proses belajar.
 Menggalakkan warga pendidik dalam mengembangkan semangat
kesukarelawan dalam bidang pendidikan.
 Memberi peluang dan ruang kepada NGO dan Agensi luar untuk bersama
menyumbang dalam bidang Pendidikan.
 Merealisasikan kaedah pengajaran OER diperingkat rendah.

Agensi terlibat

 PPDTL
 Persatuan Kebajikan Iltizam Pulau Pinang
 IPGKPP
 PPIP USM

Platform / Apps

 Google Classroom
 Voicetread
 Flipgrid
 Mentimeter
 Genially
 Book Creator

Sasaran

 Murid Pra Sekolah, Murid Tahap 1 & 2 PPDTL.

Perlaksanaan Program

Program ini dilaksanakan secara terbuka oleh sukarelawan terlibat mengikut cara dan kaedah tersendiri
dalam usha menarik minat murid untuk berada dalam platform pembelajaran secara digital dan secara
tidak lansung dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran yang diadakan oleh guru
subjek kelak. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti aktiviti bercerita, eksperimen ringkas,
projek mudah kuiz dan aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian yang boleh dilaksanakan dalam
platform digtal. Sebagai dorongan dan galakkan bagi memotivasikan murid untuk menyertai program
ini token akan disediakan dan ianya akan diberi kepada murid yang berjaya berdasarkan penilaian
dibuat oleh sukarelawan yang terlibat. Aspek penilaian yang dicadangkan adalah seperti kreativiti,
kesungguhan, inisiatif dalam melaksanakan tugasan dan kriteria lain yang difikirkan bersesuaian
dengan aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan. Lima token akan disediakan dalam satu sesi untuk
dihadiahkan kepada murid yang berjaya. Murid yang telah berjaya mendapatkan token boleh menebus
token tersebut melalui PPDTL mengikut ketetapan yang dipersetujui.

Cadangan Jadual Perlaksanaan Dan Aktiviti

Disember 2020.

Tarikh Aktiviti Sukarelawan Token

15/12 Eks/Pro IPG 5

17/12 Bercerita Pra/TP1 USM 5

21/12 Eks/Pro TP2 IPG 5

22/12 Bercerita Pra/TP1 USM 5


Kos dan Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Anggaran

1. Sijil Penghargaan Agensi 4

2. Sijil Urusetia, Sukarelawan 10


RM 20.00

3. Token 20 RM 400

4. Peranti 200 x RM400 RM 80 000

Anda mungkin juga menyukai