Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian

Mata Pelajaran: Matematik. Kelas: 2 Tarikh : 01.03.2011 Masa: 8.30 9.30 pagi Tajuk: Darab 2, 3, 4 dan 5.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:Mendarab nombor dan mengetahui bahawa hasil darab adalah penambahan nombor secara berulang dan menulis ayat matematik untuk pendaraban.

Objektif:
1) Murid dapat mendarab serta menambah secara berulang (2, 3, 4 dan 5) 2) Murid dapat menukar dan menulis ayat matematik penambahan berulang-ulang kepada ayat matematik pendaraban

BBM: Bahan maujud, gambar flash kad, pembilang,video Aktiviti Pengajaran: Set Induksi
1. Guru meminta murid melihat dan mendengar video sifir dalam blog yang ditunjukkan. 2. Guru meminta murid menyanyi bersama dengan mengulang semua video tersebut. 3. Guru menyoal a) sifir apakah yang kamu nyanyikan tadi? b) pernahkah kamu dengar lagu sifir ni? c) apakah maksud darab?

Langkah 1
1.Guru menunjukkan gambar belon di dalam blog (gambar belon dalam kumpulan dua-dua). 2.Guru menyoal murid berapakah bilangan belon dalam kumpulan itu? 3.Guru meminta semua murid mengisi dan menulis bilangan belon dalam petak yang disediakan dalam blog, kemudian menjumlahkannya. 4. Hasil penambahan berulang guru membimbing murid menulis ayat matematik dalam bentuk darab ke dalam petak yang disediakan seperti blog. 5.Guru meminta murid mencuba beberapa contoh yang lain yang terdapat dalam blog.

Langkah 2
1. Murid disuruh memadankan kumpulan pembilang dua-dua dengan kad bergambar dan kad nombor seperti berikut: Ayat matematik dalam bentuk penambahan berulang : 2+2+2= 6 dan Ayat matematik dalam bentuk Pendaraban :

3X2=6 2. Murid diminta mengira bilangan jumlah gula-gula ke dalam petak yang terdapat di dalam blog. 3. Murid diminta melengkap ayat matematik dengan penambahan berulang dan ayat matematik dalam bentuk pendaraban. 4. Guru mengulangi semula langkah tadi dengan kumpulan pembilang tiga-tiga, empat-empat, limalima dan sepuluh-sepuluh.

Langkah 3
1. Seterusnya guru menunjukkan operasi penambahan berulang menggunakan garis nombor seperti didalam blog:

2. Kemudian guru membimbing murid untuk menulis ayat matematik dengan penambahan berulang berpandukan garis nombor dalam blog. 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10 3. Guru menyoal murid bagaimana hendak menulis ayat matematik bagi operasi darab pula. Murid akan menyatakan bahawa 5 X 2 = 6 adalah ayat matematik pendaraban 4. Guru mengulangi kaedah yang sama dengan menggunakan garis nombor yang lain iaitu dengan penambahan berulang tiga-tiga, empat-empat, lima-lima dan lain-lain lagi. 5. Murid diminta menjawab kuiz dalam blog.

Penutup:
1. Guru menguji murid dengan menanya murid kalau 5 X 2 = 10, bagaimana cara menulis penambahan berulang dalam bentuk ayatmatematik . Jawapan murid : ayat matematik 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10

2. Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid.

Refleksi Pengajaran:

1. Isu / Perkara yang difokus: Tahap pencapaian hasil pembelajaran murid.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disipilin dan penglibatan murid sangat baik. Tiada masalah timbul bagi murid yang pandai kerana bagi mereka dengan menggunakan ICT dalam pengajaran memudahkan mereka faham berbanding cara tunjuk cara di papan tulis. Perkembangan pelajaran dapat dilaksanakan bersesuaian dengan rancangan pengajaran. Keseluruhan aktiviti pengajaran hari ini sangat menyeronokkan dan pencapaian murid sangat baik dan memuaskan.

2.2 Kelemahan: Pada pengajaran saya kali ini, saya dapati murid yang dalam kumpulan lemah masikurang memahami konsep penambahan berulang seperti yang telah disampaikan. Hal ini dapat dikesan setelah saya menyemak lembaran kerja setiap murid. Apa yang saya dapati terdapat beberapa orang murid masih keliru dengan simbol x dan +. Misalnya 5 x 2 = 7, Ini jelas menunjukkan penyampaian pengajaran saya tidak dapat diterima sepenuhnya oleh murid.

3. Cadangan penambahbaikan: Bagi mengatasi kelemahan pengajaran ini, saya akan mengadakan aktiviti dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid. Ini memudahkan saya memberi lebih tumpuan kepada murid yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai