Anda di halaman 1dari 9

No. Ruj.

: SMKS4KD 600-3/2/19 ( )

KERTAS CADANGAN

MENAIKTARAF KAKI LIMA BENGKEL


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI ) KEPADA
LAMAN TERAPI SENSORI

Yang berusaha.
Pengetua,

MENAIKTARAF KAKI LIMA BENGKEL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


( PPKI ) KEPADA LAMAN TERAPI SENSORI

2.0 PENGENALAN
Masalah sensori di kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kategori
kefungsian rendah sering mengakibatkan masalah dalam kemahiran motor, kognitif, tingkah laku
dan perkembangan emosi. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Mengikut teori piramid pembelajaran, perkembangan sepatutnya bermula dari sensori, psikomotor
dan persepsi yang normal sebelum anak itu dapat mencapai kemahiran aktiviti harian dan
pembelajaran.ensori atau deria. Terapi sensori adalah aktiviti bermain yang boleh memulihkan
proses saraf yang berkesan. Tujuan “Sensor Play” adalah untuk merangsang semua jenis sensori
yang ada pada setiap MBPK seperti deria sentuhan, penglihatan, rasa, bau dan pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Seksyen 4 Kota Damansara bercadang
mengadakan Laman Terapi Sensori yang merupakan salah satu langkah untuk membantu MBPK
kategori kefungsian rendah mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya
sensori mereka. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana MBPK
memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya tumpuan dan penggunaan deria. Laman
Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk membantu MBPK kategori kefungsian rendah dari segi
kecergasan mental dan fizikal seperti fokus dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan
menenangkan fikiran menerusi pelbagai aktiviti yang dipantau guru.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan terapi atau rangsangan yang mewujudkan suasana dalam
meningkatkan kesedaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kategori
kefungsian rendah terhadap persekitaran mereka melalui deria penglihatan dan pendengaran
bagi mencapai ketenangan serta menolong MBPK mengalihkan perhatian daripada sebarang
gangguan.

3.2 Membolehkan MBPK kategori kefungsian rendah mengawal gangguan emosi


mereka melalui permainan dan peralatan.

3.3 Memberikan peluang kepada MBPK kategori kefungsian rendah mengalami


pengalaman yang menyeronokkan melalui permainan dan peralatan yang digunakan dan
dapat mengaktifkan pengawalan alat sensori mereka.

3.4 Menggalakkan relaksasi, konsentrasi dan pemfokusan dalam kalangan MBPK


kategori kefungsian rendah serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka melalui
interaksi dan permainan yang berlaku semasa proses terapi.

3.5 Dapat mengurangkan keresahan, agitasi dan masalah hiperaktif dalam kalangan
MBPK kategori kefungsian rendah.

3.6 Boleh dimanfaatkan kepada semua MBPK dalam membantu mengawal emosi
melalui permainan dan peralatan yang disediakan di Laman Terapi Sensori.

3.7 Membolehkan MPBK dapat belajar secara kondusif.

3.8 Menyediakan ruang yang selesa untuk MBK dan guru agar dapat melakukan aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan ( PdPC ) dengan lebih efektif dan bersemangat.

3.9 Dapat meningkatkan motivasi guru dan MBPK dalam PdPC dengan adanya
infrastruktur yang selesa.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kategori Kefungsian Rendah dan Autisme.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN


5.1 Tarikh: Disember 2022

5.2 Cadangan Projek di Kaki Bengkel PPKI

Perkara Skop Kerja

5.2.1 Menyelenggara lantai simen di Kerja-kerja membaiki lantai simen di


kaki lima bengkel PPKI serta kaki lima bengkel PPKI 5’ x 10’.
kerja-kerja berkaitan.
5.2.2 Memasang “partition” jenis Kerja-kerja menaik dan memasang
simen board di kaki lima bengkel “partition” jenis simen board di kaki lima
PPKI serta kerja-kerja berkaitan. bengkel PPKI berukuran 15’ x 9’.

5.2.3 Memasang sinki dan saluran paip Kerja-kerja memasang sinki dan saluran
air masuk dan keluar di bengkel paip air masuk dan keluar di bengkel
PPKI serta kerja-kerja berkaitan. PPKI.

6.0 JAWATANKUASA KERJA

- Rujuk Lampiran –

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan


Menggunakan peruntukan PCG Pendidikan Khas - LPBT tahun 2022

NILAI
BIL SUMBER ( RM )

1. PCG Pendidikan Khas – LPBT tahun 2022 3,990.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan


HARGA
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
(SEUNIT)

Menaiktaraf kaki lima bengkel PPKI


kepada Laman Terapi Sensori.
1. Menyelenggara lantai simen di kaki 5’ x 10’. LS 880.00
lima bengkel PPKI serta kerja-kerja
berkaitan.
2. Memasang “partition” jenis 15’ x 9’ LS 2,220.00
simen board di kaki lima bengkel
PPKI serta kerja-kerja berkaitan.
3. Memasang sinki dan saluran paip air LS 890.00
masuk dan keluar di bengkel PPKI
serta kerja-kerja berkaitan.
JUMLAH RM 3,990

8.0 ULASAN JPN/PPD

9.0 PENUTUP
Semoga usaha menaiktaraf kaki lima bengkel program pendidikan khas integrasi ( PPKI ) kepada
Laman Terapi Sensori ini, membolehkan MBPK kategori Kefungsian Rendah dan guru
PPKI menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan kondusif.
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah
kepada warga PPKI dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan
jayanya. Semoga usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini
akan dapat ganjaran yang lebih baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………………............... …………………………………….........
No. Ruj. : SMKS4KD 600-3/2/19 ( )
(TANTY ENYDA @ ZATIL AQMAR BINTI RAMLEE) (SARIPAH BINTI JAAFAR)
Guru Terapi Sensori, Penyelaras Pengurusan PPKI,
SMK Seksyen 4 Kota Damansara. SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

KERTAS CADANGAN

MENAIKTARAF KAKI LIMA BENGKEL


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI )
KEPADA LAMAN TERAPI SENSORI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Menaiktaraf Kaki Lima Bengkel


Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Kepada Laman Terapi
Sensori.

Atau

Tidak Meluluskan Cadangan Menaiktaraf Kaki Lima Bengkel


Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Kepada Laman Terapi
Sensori.

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

(ZAINUN BINTI MUDA)   


Pengetua,
SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

Tarikh:

Lampiran 1

JAWATANKUASA
Penasihat : Zainun binti Muda
Pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Pengerusi : Saripah binti Jaaffar


Penyelaras Pengurusan PPKI

Penyelaras Program : Tanty Enyda @ Zatil Aqmar Binti Ramlee


.
Bendahari : Pathmasri A/P Veerasingan

Teknikal : Abdul Razak bin Yahya

Ahli Jawatankuasa : Zuhaila binti Marjohan

: Norfadlina binti Abdul Jalil

: Siti Nur Salwani binti Alwi

: Syazwanie binti Mohammad

: Nur Aini binti Abdul Aziz

: Shakirah binti Abdullah

: Rosyanti binti Suwardi

Lampiran 2

1. Menyelenggara lantai simen di kaki lima bengkel PPKI 5’ x 10’.


Lampiran 3

2. Memasang “partition”di kaki lima bengkel PPKI.bengkel PPKI 15’ x 9’.


Lampiran 4

3. Memasang sinki dan salur paip air di bengkel PPKI

Anda mungkin juga menyukai