Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN DAN MEMBAIKPULIH SISTEM SIARAYA BILIK MESYUARAT DEWAN KENARI


BIRU DAN BILIK TS25 SMK UNGKU AZIZ

1.0 PENGENALAN

Sistem siaraya satu komponen penting di dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Segala maklumat
kepada peserta dapat disampaikan dengan baik jika adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan
baik. Untuk memastikan sistem siaraya ini sentiasa berfungsi dengan baik. Kertas kerja ini dibuat
bertujuan untuk menaiktaraf sistem siaraya di BILIK MESYUARAT DEWAN KENARI BIRU dan BILIK
TS25 SMK UNGKU AZIZ. Perkara ini adalah amat penting bagi memastikan maklumat-maklumat
dapat disampaikan kepada dengan baik dan jelas. Dengan adanya sistem siaraya yang
baik,pengurusan bilik tersebut akan menjadi lebih teratur dan cekap.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memastikan sistem penyampaian maklumat lebih berkesan.

2.2 Memastikan alatan dan kemudahan siaraya BILIK MESYUARAT DEWAN KENARI BIRU dan BILIK
TS25 berfungsi dengan baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggantikan mikrofon kepada jenis “ Mikrofon Gooseneck” di BILIK MESYUARAT DEWAN
KENARI BIRU dan BILIK TS25.

4.0 SASARAN

4.1 Memudahkan pengguna untuk menjalankan aktiviti.

4.2 Tiada gangguan teknikal semasa penggunaan sistem siaraya.

5.0 LOKASI PENAMBAHBAIKAN

5.1 BILIK MESYUARAT DEWAN KENARI BIRU dan BILIK TS25.

6.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

6.1 Perbelanjaan alatan

6.1.1 Harga peralatan ( Anggaran )

a) DENN DGM-88P GOOSENECK Microfon = RM 150.00 SEUNIT

JUMLAH 4 Unit = RM 600.00


6.2 SUMBER KEWANGAN

Memohon sumbangan dari pihak PIBG SMK UNGKU AZIZ

7.0 Penutup

Pemantapan sistem penyampaian maklumat adalah perkara yang sangat penting di sekolah. Dengan
adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan baik, perjalanan aktiviti akan menjadi lebih mudah dan
ini membantu mempertingkatkan lagi prestasi kerja di kalangan kakitangan sekolah. Sehubungan
dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan dapat membantu menjayakan rancangan ini
demi kepentingan warga SMK UNGKU AZIZ. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk
menjayakan hasrat murni kami ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

.......................................................

(Abdul Halim Bin Ismail)

SU JK Penyelenggaraan Kecil Sekolah

SMK UNGKU AZIZ

Anda mungkin juga menyukai